Monday, August 10, 2009

Si chantek aku @ 5 months

Yer, semlm si chantek aku (auliya la!) dah genap 5 bulan....

So, di usia 5 bulan ni...

~ semakin aktif. dah blh berguling-guling. guling-guling je kejanya bila letak kat bawah. Cepat pulak tu skill dia berguling. tapi aku tak sure dia byk ke kanan or ke kiri. nak kena perati ni. dgn berguling tu jauh jugak dia boleh pegi... hihi. berguling la auliya nak explore dunia ni. nanti kan buleh merangkak tok cekak (tak larat) nak pegang la pulok.

~ semakin mesra, mudah senyum n gelak. bila diagah dia akn senyum n mudah gelak bila zukhruf buat apa2 aksi depan dia. mmg gelak sakan la bila tgk abg zukhruf buat aksi. ntah apa yg dia rasa lucu sgt tu. aku pulak seronok sgt dgr suara dia.

~ bila dia nangis dah takde suara baby cam dulu tu.

~ mmg takmo langsung kena tinggal sorang2.

~ suka main tangan ngan kaki, suka pegang2 kaki dia. 2,3 hari ni suka tarik kaki ke mulut n hisap!!! isk, tanak la auliya. org tua2 kata kalau baby buat camtu (hisap kaki) dia dah request adik... hahaha.

~ tangannya makin kuat mengenggam n menarik sesuatu.

~ suka dipegang duduk n tanak dah dipegang baring. hehe, dia pun nak tgk dunia jugak!

~ bila tgk org makan duk cap-cap mulut dia. kesian aku tgk. geram aku nak suap dia makan. isk, rasa tak sabar la nak tunggu 6 bulan.

~ tak sure la dia dah kenal ke tak nama sendiri. bila panggil "auliya" tu mmg la dia toleh, tp tak tahu dia toleh sbb suara aku ke sbb nama dia. hehe.

~ taktau lg brp berat dia. mungkin rabu ni gi klinik. tapi kalau ikut yg aku baca, berat baby @ 5month akan 2 kali ganda dr berat masa lahir. isk, kalau gitu hampir 7 kg la. tapi rasanya tak sampai la. mungkin 6 kg lebih jer.

NOTA:

Ptg kelmarin (sabtu) adik aku mardiah dtg sini dr Bintulu. And ptg semlm dah gi hotel tempat course dia tu. sampai 13 hb, lps tu nak balik kelate.

Kata mardiah bila tgk auliya......

"Isk, comey sungguh. kening terbentuk, bulu mata panjang lentik. mok tok comey... ayoh pong.... bakpo jadi comey gini....."

HAHAHAHA.... Bagi aku auliya takde la comel mana pun. Ramai lagi baby yg comel n putih. Tapi sbb anak kita mesti la comel di mata kita. hiks.. (biar la di mata org lain tak comel pun. huhu). se tak-cantek mana pun anak kita tetap cantik di mata kita... tetap jadi penyejuk di mata penawar di hati.......... kan?

5 comments:

EdaManAli said...

setuju...100%...
ank ida pn xputih...canner nk putih dh mak bapak xbrape nk putih tu gak...
tp tetap chumell di mata & hati kami...

kaklong nuzula said...

eda ~ iman n aisyah comel la... cam iman tu kira putih la. cerah kulit org kata.

mso.im said...
This comment has been removed by the author.
mso.im said...

assamualaikum, apa khabar doa pakcik sekeluarga kak long dan abang long dan anak-anak baik dan sihat semuanya. atuk acik nak ucap selamat hari lahir pada auliya yang sudah lima tahun. abangnya, zukhruf bila pula hari jadinya? kereta minyak shell tu dah cukupkah korumnya?

salam syabaan dan sedia menanti kehadiran ramadhan al mubarak yang kemudian menjenguk syawal bakal mempertemukan kita sekeluarga, insyallah. salam dari pak cik dan keluarga di kl. ada masa datang lah berbuka di rumah pak cik / atuk cik. wassalam.

kaklong nuzula said...

Owh pakcik Ti komen kat sini? hehe, terharunya. pakcik Ti yg sentiasa sibuk sempat komen di sini. tak sangka pakcik tahu blog kaklong ni sbb tak penah bgtau. hehe.

Alhamdulillah kami semua sihat. Auliya baru 5 bulan la. Zukhruf yg 5 thn. kereta minyak shell tu beli satu je aritu. InsyaAllah ada rezeki kami sampai ke rumah pakcik.