Tuesday, August 4, 2009

Menempek gambar

Ini dia......

Gambar auliya buleh nerak, masa mula2 buleh nerak aritu. Gambar ni aku amik ngan henset aku (yg tak seberapa tu). Nak citer, punya la jauh perjalanan gambar ni sblm masuk ke blog aku ni. kan aku takleh nak upload gambar dr camera ke compute ni. nak bluetooth pun takleh jugak, sbb mmg compute ni takleh baca sume yg dr usb port (dah lama mcm ni, entah apake masalahnya..)

Jadi sbb nak sgt buh gambar auliya nerak ni, aku MMS gambar ni ke henset umi ngan abah aku (kat kelate). Then suh ida adekku masukkan dlm frenster dia (bluetooth dr henset). Lps tu baru aku amik balik dr frenster ida dan masuk dlm ni. jauh kan perjalanan gamba ni semata2 nak tepek jugak kat blog aku ni. hihi. dapat jugak tepek gambar terbaru auliya. gambar2 lain dr dia lahir sume masih terperap dlm camera tu.

Ni pulak gambar yg ida MMS kat aku aritu...

Gambar Thong si kucing albino tokmi yg suka makan durian. hahahahaha. bak kata ida keajaiban dunia............. Itu la, umi aku pun cakap yg thong suka sgt makan durian. dia jilat sampai licin.... hoho.

Actually nama kucing ni "CHONG". Aku pun taktau mcmana boleh dapat nama chong tu. Tapi zukhruf la yg panggil dia "THONG". Sekor lagi kucing tokmi, DE'. Aku taktau nak eja macamana, tapi kalau kut jawi eja dia da - ya - ain, camtu la lbh kurang.

Gambar terakhir............


Ida adekku yg akan konvo kat UTM 16 hb. ni. Skg ni masih menanam anggur di rumah. Katanya nak cari keje kat kelate jer, nak duk umah ngan umi abah...... Takpun tunggu org masuk minang. Hahahaha. Ikut mu la ida. Tapi takkan mu nak langkah bendul kot. Tunggu mardiah dulu la kawennnn....

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Alahai comelnya anak dara tu....dah buleh meniarap eh Kaklong?

kaklong nuzula said...

Aah dah blh meniarap pun mimi.

mamawafiy said...

alah comel sangat la auliya..bulat mata dia ye..cerdik budak ni nampaknya.

kaklong nuzula said...

mama wafiy ~ damia lagi comel.. ntah nape jadi bulat sgt mata dia dlm gambar tu. cerdik ke? harap2mcm tu la.