Sunday, May 30, 2010

Educated Housewife

(gambar sekadar hiasan)

Teringat pula satu kisah masa zaman sekolah dulu. Masa tu saya Form 5. Dlm kelas BI kena buat karangan tajuk "MY IDEAL PARTNER". So, semua org kena mengarang la, sambil berangan nak ciri2 pasangan hidup yg mcmana.

Ada sorang my classmate tu antara ciri2 ideal partnernya, perempuan itu adalah educated/ berpelajaran tetapi nanti tidak bekerja kerana dia prefer bakal "partner"nya itu duduk rumah jaga anak, boleh ajar anak2... haha...

Apa lagi? Karangan that boy (kira boy lagi la masa tu) mendapat "kemarahan" cikgu BI masa tu.. haha... Berkerut2 muka cikgu tu baca karangan budak tu. Mmg cam tak puas hati n ala2 terkejut + tak sangka sungguh (sbb yg buat karangan tu bukan calang2 budak)..

So tak habis2 cikgu tu membebel. Sebabnya hanya kerana budak tu nak isteri yg berpelajaran tinggi tetapi nanti tak kerja. Bunyi mcm tak patut aje! Budak2 pempuan pun ramai yg tak puas hati dgn lelaki itu... Jadi isu jugak la sesama kitorg masa tu... Sampai aku pun ala-ala tak puas hati ngan dia tu.. haha..

Budak lelaki itu adalah pelajar pintar di sekolah kami. Jadi best student hampir setiap kali exam. Very brilliant la otak dia... Masa Form 4, aku mmg selalu la bersaing ngn dia (pernah mengatasinya dlm bberapa subjek/ xm).. Naik Form 5 aku dah tak mampu nak challenge dia...

Hinggalah result SPM 1998 keluar, beliau muncul pelajar terbaik sekolah kami dan pelajar terbaik negeri Kelantan ketika itu dgn keputusan 10 A (9A1, 1A2). 9A1 ketika itu amat hebat tau. Best student Malaysia ketika itu 10A1 (2 org). Rasanya 2-2 dari MOZAC, Melaka.

Selepas itu beliau telah mendapat tajaan TNB utk ke UK dan rasanya kini kerja dgn TNB la.

Beliau dah pun kawin beberapa tahun lepas. Ada tgk gambar kawinnya dlm Friendster (masa tu). Skg taktahu la beliau apa kabar, dah ada brp org anak... Tak jumpa plak beliau dalam FB.

Masa beliau kawin tu... saya antara org yg sibuk nak tahu siapa isterinya.. haha... Drp maklumat yg diperolehi isteri beliau seorg guru (masa tu la, skg taktau kot dah berenti keje)....

---------------------------------------------

Apa yg saya dapati, ramai juga educated housewife skg ni. Yg ada master pun ada jadi SAHM/ WAHM... Mungkin... Mungkin kena lakukan sesuatu. Ya, sesuatu mesti dilakukan...

p/s: Walaupun saya hanyalah suri rumah biasa, tp otak saya bukanlah duk saja-saja... Mungkin sbb tak nak jadi dungu.. Haha.. Mcm2 yg saya fikirkan, sampai masalah negara pun saya nak tolong fikir.. huhu.. Dan mcm2 yg saya nak buat dan saya rasa kena buat...

14 comments:

Wan Anie said...

nak jadi housewife memang kena educated kaklong sebab anak2 cerdik sekarang... ibu kena lebih cerdik :D

mamafiza said...
This comment has been removed by the author.
mamafiza said...

Assalamualaikum wbt,

Salam perkenalan & salam persahabatan buat ibu teristimewa Cik Nuzula yang berhati mulia *indah benar namamu* >_<

Jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi saya.

Cik Nuzula merupakan contoh ibu terbaik yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam membesarkan anak-anak. Subhanallah!

Moga Tuhan sentiasa merahmati & melindungi Cik sekeluarga. Amin~ *peluk*


Tulus ikhlas,
mamafiza ^O^
LittleKittle.com

rynas said...

yer ibu yang nak jd WAHM kena prepare fizikal dan mental paling penting dengan ilmu penuh di dada..sebab nak didik anak di rumah bkn senang oohhh

A D I A said...

agree with u, housewife tak semestinya otak tak berjalan. we r all rounder, semua boleh buat. accountant, engineer, contractor, nurse, chef.. semua tu la kita punya krja. i'm housewife too but no kid(s) yet :) salam kenal :)

Blog Diva said...

betul,betul.

Mummy Hanny said...

tp ore raso loni semo mak2 pon nk jd housewife jah. caro ko rumoh tanggo, jago laki and anak2... belajar tu meme nk tinggi, utk penambahbaikan...ape salahnye dih?

Ummi Hanie said...

salam keanlan k.nuzula..

akhirnya smpai juga sy ke blog akk..selama ni hanya trdengar,eh terbca nama je..:p

sy pun WAHM merangkap full time housewife..xpernah kerja since kawin or sebelum kawin..haha

but doesn't mean sy student trcicir smasa d skolah dulu..erm bab tu len kali cerita lak..hehe

ape2pun,setuju sgt yg housewife skrg ni xbuleh dipandang sbelah mata je :)

Kaklong Nuzula said...

Kak wan anie ~ Aah betul tu kak. Nak jadi housewife pun kena berilmu, bukan senang nak didik anak2 zaman skg utk hadapi zaman mereka nanti.

Tapi ada juga ibu bapa yg tak belajar tinggi/ tak sekolah pun yg dapat lahirkan anak bijak pandai. Itulah kebesaran Allah. Mungkin kerana keikhlasan dlm menjaga n mendidik anak2. Tp zaman skg rasanya tak boleh.. Semua ibu bapa kena berilmu, kalau tak mati kena "chong" ngan anak2.. haha..

Kaklong Nuzula said...

mamafiza ~ Thanx singgah sini. U such a vey wonderful n fantastic woman/ mother... I dont know how u manage ur time.. haha.. Kejap jer lps i singgah ur blog terus u buat kunjungan balas n reply my email (tu pun u bgtau very rushing).. Sgt impresive ur spirit utk educate ur own children.. Byk benda nak belajar dari u.. Btw, thanx again for visiting me here..

Kaklong Nuzula said...

rynas ~ betul tu, kena ada ilmu. Kita nak didik manusia, bukan anak kucing.. Anak kucing pun take time nak ajar dia 'buang' kat bilik air.. haha...

ADIA ~ Thanx singgah sini.. Aah, semua kita kena buat tu.. Hehe.. Salam perkenalan kembali :)

Teh ~ Apa yg betul? Hehe.. Mu pun educated housewife (yg rajin n pandai masak tak mcm aku.. haha)..

Kaklong Nuzula said...

Chik (mummy hanny) ~ Belajar mmg tak salah chik. Menuntut ilmu tak rugi tp pilihan masing2 la nak keje/ jadi suri rumah. Tp mgkin betul cakap chik, semua nak duk rumah jer kalau boleh kan... Chik lagi la boleh nak duk goyang kaki jer kat rumah ngan hanny tp maybe khidmat chik masih diperlukan utk anak bangsa.. ngeh.. ngeh..

Kaklong Nuzula said...

Ummie Hanie ~ Salam perkenalan. Thanx singgah sini.. Pernah tgk nama saya? Haha.. Mcm glamer plak..

Betul tu, suri rumah pun byk cabarannya. Tak boleh pandang kita sebelah mata jer. Kita tak kerja bukan bermakna kita tak pandai (haha).. Tp kerana keadaan/ pilihan kita sendiri.. All the best la utk awak!

Cikgi Diva :-) said...

sapo that guy zulaika? hehe...

yes u're rite...housewife pon mesti educated...sbb bdk skg makin pintar....ibu2 pon kena sama bersaing dgn anak.