Ptg smlm saya dapat call dr Eming. This is the conversation...
Eming:
Kaklong, tahu doh ko? Aku :
Tahu gapo?Eming: Umi tok oyak ko aku nok gi Arab Saudi?
Aku: Hahhhh??? Umi tok oyak pong. Mu nok gi wat gapo?
Eming: Kijo la.
Aku : Ya ko? Bilo?
Eming : 2 minggu lagi.
Aku : Dah konfem la ni?
Eming : Yo la.
Aku : Pahtu Tihah ngan Haikal macamana?
Eming : Duk sini la.
Aku : Laa.... doh nok poso doh ni, nok rayo....
Eming : Hmmm...
Aku : Pahtu, berapa tahun?
Eming : Dia kontrak setahun-setahun.
Bla... Bla... Bla...
Yer, adik aku Eming akan berangkat ke Arab Saudi 2 minggu lagi. Kira dah konfem la ni. Actually dah lama Eming duk berura-ura n berkira-kira nak gi keje kat sana. Tp masa tu Tihah tgh ngandung n lps tu pulak Haikal kecik lagi. Ni Haikal pun dah setahun so Eming mmg tekad la nak gi sana ~ nak cari duit, nak simpan duit. Sebenarnya dah brp org kawan Eming keje kat negara2 arab tu.
Aku mmg terkejut sgt2 masa Eming bgtau tu. Ye la, tak sangka secepat ni n tak sangka jadi sungguh dia nak gi sana. Then mlm tadi fon umi aku. Kata umi, dia sedia rumah n kereta kat sana. Mujur la kalau mcm tu...
Kata umi, 20 hb. ni nak gi. Itu la, elok2 stat puasa. Skg ni tgh setel apekemenda ~ pasport, pas kerja semua la.
Huhu. Rasa sedih pulak. Takde lagi la adik aku yg boleh diharap, yg sama2 duk KL ni. Utk makluman, Eming ialah adik lelaki bawah aku. Anak kedua dlm adik-beradik. Dia keje juruukur bahan (QS). Isterinya, Tihah juga QS di JKR.
Nanti tinggal la Tihah ngan Haikal kat sini ~ duk kat rumah sewa mereka tu jugak... Semoga Tihah kuat. Be strong la Tihah. Itu la, hidup ini memerlukan pengorbanan. Kena rela berkorban utk kesenangan masa depan............
Semoga Eming dipermudahkan segala urusan n semoga semuanya selamat. Insya-Allah. Aku akan always tanya kabar Tihah semasa ketiadaan mu... Huhu.
Keluarga kecik Eming.