Monday, July 20, 2009

Off blogging

Saya akan berehat seketika dari arena ini (utk beberapa hari) kerana saya akan pulang ke rumah PIL di Baling pg esok (Isnin). Saje je, sbb dah lama sgt tak balik sana. Wokehh... Till next entry, babai!!

Thursday, July 16, 2009

Just nak promote...

Setelah beberapa entry berat (ttg Natrah) ni aku just nak promote this,

and this,

Madu mmg sentiasa ada di rumah aku ni, tak kiralah madu mahal or madu yg bese2 jer, tapi mesti ada la. Aku mmg amal jugak la makan madu, esp time ngandung n lps bersalin, dan ni nyusukan anak pulak. Madu khaula skg RM65 sebotol tapi tempat yg biasa aku beli ni dpt la RM60. Sblm ni penah makan madu Kausar (dia ada 3 jenis - GOLD, RED n GREEN). Harga pun lebih kurang sama ngan madu Khaula tp ada botol kecik n botol besar. Kalau mcm Zukhruf batuk ker bg makan madu la. Insya-Allah, ok la dia. Oh ya, ada lg madu yg lebih mahal drp madu khaula n madu kausar ni, yg harga dia sampai RM80 utk botol kecik. Itu byk kali kena fikir la kalau nak beli... hahaha.

BIDADARI (keluaran DCL) tu pulak aku baru je try. Baru abis sebotol. Kalau nak tahu lebih lanjut ttg kandungan, kelebihan n kebaikannya boleh la google yer... banyak kat dlm intenet ni. Aku makan tu bukan nak jadi bidadari (hahaha) tapi sbb ter-suka dgn tagline dia "bina dari dalam diri".

Oh ya, saya bukanlah penjual mahupun dealer bg kedua2 produk di atas. Just sekadar nak share kat sini jerrr...

Kenapa saya.....

Ye, kenapa saya begitu berminat ttg kisah Natrah?

1- Kerana saya telah didedahkan dgn kisah Natrah sejak kecil lagi (umi saya adalah org pertama yg menceritakannya kpd saya)

2- Kerana saya seorg Melayu n Islam

3- Kerana kes itu 'unik' - melibatkan cinta, kasih sayang, agama, bangsa, budaya, negara, juga membabitkan isu perundangan serta menunjukkan mentaliti org Melayu ketika itu.

4- Kerana kisah Natrah adalah suatu sejarah dan kita harus belajar drp sejarah, kerana kita adalah sebahagian drp sejarah.........

5- Membawa saya tahu ttg byk perkara dan juga memikirkan byk perkara.

Wednesday, July 15, 2009

Lagi ttg Natrah yg menarik perhatian saya....

Banyak sungguh hasil google ttg Natrah. Byk yg sudah saya baca. Ada yg sama n ada yg sedikit berbeza, tapi kebanyakannya sama shj (just copy n paste).

Ini antara yg menarik perhatian saya.......

Menurut cerita, orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapura pada tanggal 12 Disember 1950, beribu2 orang melayu sudah sampai ke singapura pada waktu tersebut. orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah.

Orang melayu diketuai Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH", adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi.... dengar saja tu Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia.. Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..

Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut... Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura.

(Karim Ghani dipenjarakan slps itu).

Ini pula drp Saifulislam.com.........

"Tetapi ada satu pengajaran besar yang jangan kita terlepas pandang mengenai tragedi Natrah.

1950 menyaksikan 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melari dan memurtadkan Natrah.

Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.

Tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.

Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.

Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang difasakhkan aqidah beliau dari-Nya itu, berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan. Usahkan mahu memandang dengan sebelah mata, kewajaran murtad pula mahu dipertahankan atas nama kebebasan beragama yang entah di mana asal usulnya.

Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela.

Tiada lagi Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi yang membakar semangat itu.
Tiada lagi Karim Ghani yang mengepalai kebangkitan di akar rumpun.
Tiada lagi Profesor Ahmad Ibrahim yang menjadi peguam mempertahankan keadilan dan kebenaran.
Tiada lagi M.A. Majid yang membiayai perbicaraan mahkamah itu."


-----> Ya, saya setuju!

Ni juga menarik n mesti baca (dr perspektif seorg peguam)

http://zabidiskrip.blogspot.com/2009/07/1_10.html

-------> Ya, juga saya setuju!

Antara kata-kata yg menarik perhatian saya....

"Matinya natrah...... bukan bermakna matinya sejarah!!!!!!"

Di sebalik isu Natrah

Semlm dlm WHI topik Natrah n isu itu turut dikupas dari sudut undang2. Datin Fatini yg telah 20 thn menulis ttg kisah hidup Natrah juga turut hadir.

Ya, krn seorg gadis, 18 nyawa terkorban, 200 yg cedera n beberapa org juga dihadapkan ke tali gantung..... Dan kerana seorg gadis juga berlaku rusuhan sehingga diisytiharkan darurat selama 2 hari 2 mlm....

Pada saya isu Natrah memberikan impak yg besar kpd sejarah peradaban n kehidupan kita selaku org Melayu n Islam....

Apa yg dapat saya simpulkan ttg isu Natrah (ketika kes itu berlaku, pd thn 1950)...

1- Org bukan Islam sengaja menaikkan kemarahan (provoke) org Melayu - Islam dgn penyebaran gambar Natrah melutut di hadapan patung Virgin Mary. Padahal menurut Natrah itu bukan dgn kemahuannya. Sememangnya dunia ketika itu mengetahui yg Natrah memilih utk meneruskan hidup sbg seorg Muslim (spt yg dikatakannya kpd mahkamah).

2- Ia bukan lagi mengenai isu perebutan hak penjagaan Natrah ttp lebih kepada perebutan agama (antara Islam dan Kristian). Dikatakan ketika Natrah sampai di Belanda, beribu2 org telah menunggunya. Dan ketika Natrah dikristiankan (diberi holly water) semua gereja di seluruh dunia membunyikan loceng sbg tanda meraikan "kejayaan" itu.

3- Org Melayu sanggup mati kerana agama. Org Melayu sanggup mati utk mempertahankan Islam. Org Melayu pantang agama Islam dihina dan dipijak-pijak. Ini dpt dilihat apabila org Melayu sanggup berjuang habis-habisan utk mempertahankan akidah seorg gadis.

4- Hubungan yg lebih drp hubungan darah bisa wujud. Lihat saja bagaimana sayangnya Che Aminah pada Natrah, padahal anak Belanda itu tidak mempunyai apa-apa hubungan darah dengannya. Natrah sudah dianggap spt anaknya sendiri, malah mungkin lebih lg... Ye, agama Islam yg telah menyatukan mereka!!

5- Org Melayu mmg berhati baik dan mulia. Natrah diterima bkn shj dlm keluarga Che Aminah ttp juga di kampung itu malah satu Malaya 'menerimanya' sbg anak Che Aminah. Padahal Natrah adalah anak penjajah - ye, Belanda adalah penjajah di Indonesia (kita kena ingat negara kita ketika itu pun masih di bawah penjajahan British, dan British n Belanda adalah adik-beradik!).

6- Org Melayu pada masa itu adalah berfikiran matang n menghormati undang2 (walaupun undang2 British/ Belanda). Mereka dapat terima apabila hak penjagaan Natrah diperolehi bapanya. Yg mereka marah adalah apabila mahkamah 'mengarahkan' Natrah kembali kpd agama asal ibu bapanya (dimurtadkan).

7- Che Aminah membesarkan Natrah dgn sepenuh kasih sayang n diberikan pendidikan yg terbaik. Natrah turut disekolahkan (masa tu kan tentu ramai yg tak masuk sekolah). Natrah dikatakan telah khatam al-Quran n menjaga solat 5 waktu.

8- Jiwa Natrah mmg sebati dgn budaya Melayu n agama Islam. Jiwa raganya mmg milik Malaya. Sehingga ke akhir hayatnya beliau tidak dapat melupakan Mansor Adabi, Che Aminah dan keluarga angkatnya serta bumi Malaya ini sendiri, khususnya tmpt beliau dibesarkan.

9- Natrah mmg mencintai Mansor Adabi (krn ada pertikaian betulkah Natrah mencintai Mansor Adabi atau itu hanya sekadar perkahwinan yg diatur).

10. Orang bukan Islam (khususnya org Inggeris n Belanda) mmg anti-Islam. Mungkin benar wujud pakatan Inggeris n Belanda ketika itu berhubung isu Natrah. Dan mungkin juga mahkamah mmg berat sebelah dlm perbicaraan. Jika tidak masakan kes yg sebegitu berat diputuskan (diberikan keputusan) oleh hakim hanya dlm masa 5 minit??

11- Ini semua adalah takdir yg telah tertulis. Mmg berlaku beberapa kesilapan di pihak Che Aminah yg membawa kepada kemenangan pihak Hertogh, tetapi ini semua mmg kehendak Ilahi, tiada siapa yg mampu menghalang lagi.................... Setiap yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknya, kerana DIA TUHAN yang Lebih Mengetahui.....

Sehingga kini saya tidak berani menghukum agama Natrah ketika beliau hidup mahupun ketika meninggal dunia... Siapa tahu kalau beliau sempat mengucap dua kalimah syahadah (atau beriktikad utk..... di akhir nafasnya). Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tambahan pula, beliau tidak mahu mayatnya disemadikan (mungkin taknak jadi isu) dan sbg permintaannya yg terakhir beliau mahu menderma mayatnya kpd Hospital Rotterdam bg tujuan penyelidikan. Kan ke pelik tu?

Tuesday, July 14, 2009

Selamat Hari Lahir kaklong!!

Ngeeee........

Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kpd diri saya sendiri........

28 thn yg lalu saya telah dilahirkan di Kampung Bakat, Gual Periok, Kelantan iaitu di rumah nenek saudara saya......... pada pukul 10.50 pagi......


My Wish List (boleh ker kat sini? boleh jer lah)

1 - Panjang umur dlm iman dan Islam..... (umur yg panjang lebih bererti kalau dapat mengenal Allah n beramal setelah mengenal........)

2 - Dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT. Semoga saya diberikan rezeki yg tak disangka-sangka oleh-NYA, kerana DIA Maha Kaya n Maha Berkuasa atas segalanya........... Saya mahu mencapai tahap "bebas kewangan" (bak kata Irfan Khairi) utk keselesaan beramal (ibadat!) n keselesaan dlm hidup, serta utk berbakti kpd mereka yg memerlukan.......... Hush!

3 - Kesihatan yg berpanjangan........ (Sihat adalah nikmat yg sgt besar dr-NYA!)

4 - Sentiasa dlm peliharaan Allah. Semoga DIA sentiasa bersama saya......

5 - Ingin mengecapi ketenangan n kebahagiaan yang hakiki dlm hidup.... (hidup tidak bererti tanpa 2 ini).

Apa lagi yer? Tu je lahhh........ Kalau ada lg pun simpan dlm hati je lah.... TST (tahu sama tahu) dgn Allah..... hahaha.

NOTA: Rasa cam biasa jerk, nak kata happy sgt pun tak, tak suka pun tak - mungkin sbb umur yg makin bertambah!! Huhu, dah tua aku.... Thanx to Fatin adekku yg jadi org pertama wish kul 12.00 tgh mlm td. Siap buat alarm lagi. hihi. And thanx jugak to Eming yg jadi org kedua n semua yg wish kut sms. Tak lupa juga kpd encik suami.... Thanx!!

Monday, July 13, 2009

Adik Oliya dah buleh nerak!!

Tadi (dlm kul 9 mlm td) tgk2 si kecik tu dah buleh nerak (meniarap). Aku ada menyaksikan adegan itu. hihi. Sungguh seronok rasanya. Bolehhh jugak Auliya nerak (masuk 4 bulan ni sbb zukhruf dulu masa 4 bulan).

Rasa lucu jugak tgk dia terkial2 bila tangan dia terlekat kat bawah perut tu. Hihi. Bila tgk dia dah nangis tu aku pun angkat la, terbalikkan dia semula......

Sebenarnya dari semlm lagi dia begitu tekun berusaha. Tapi smlm blum buleh nerak betul2 lg la, sbb acu dia duk mengiring tu terbalik semula. Hihi.

Pesan umi aku (masa zukruf dulu), sebagaimana pesan org tua2, masa baby nak nerak tu jgn tolong dia, means biar dia nerak sendiri - masa dia tgh cuba tu jgn tolak dia bg meniarap...... Hihi. Sbb nanti dia besar kang dia taknak buat apa2 sendiri (taknak usaha sendiri) - asyik mengharapkan org tolong jerk!! Hihi. Itu aku tak tahu la kesahihannya - betul ke tak. Tapi dah org tua2 pesan tu, mungkin ada kebenarannya..........

NOTA: Tak sabar nak tgk dia nyulo pulak.... (Nyulo tu ada gak org panggil tarik dada - mop lantai. hihi)

Perkembangan Auliya

Tadi gi klinik utk check-up dia yg 4 bulan.

So berat dia tetap 5.7 kg (tak naik!). Misi tanya, ada demam or sakit ke. Aku cakap le takde.... Ntah la nape tak naik berat. Aku ingatkan naik la, cukup 6 kg ker, sbb dia mcm berat jugak. Takpe la, yg penting sihat.

Panjang dia pulak still 62 cm (lucu pulak ukur panjang, tak ukur tinggi!!)

Yg 4 bulan takde kena cucuk.

Oh ya, kat KL ni pakai buku (REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK). Sbb kat Kelate hari tu pakai kad lagi (kad lipat2 yg warna pink tu). Ok jugak buku ni, dah siap2 bahagian utk umur 1 bulan, 2 bulan..... dan seterusnya. Setiap bhg bulan tu ada la check-list perkembangan bayi n nasihat (bimbingan utk ibu bapa).

NOTA: Lps gi klinik tu aku gi "mall" yg berdekatan ngan rumah kami utk cari puting botol susu n krim bepanthen (utk masalah aku tu). Actually dah beransur ok pun. Sblm ni aku duk buh ASI (air susu ibu) kat situ. Berkesan jugak utk perawatan segera. Tapi beli jugak krim utk jangka masa panjang. Puting plak puas cari tak jumpa yg dicari. Then beli yg lain, asal soft sikit. Pastu td beli mandian baby sebamed utk Auliya, sbb kulit dia kering, sensitif kot. Terkejut gak tgk harga (bg aku yg housewife ni la..) tp beli jugak la sbb kesian tgk kulit dia kering tu (misi kat klinik tu yg syorkan sebamed or satu lagi eubos - lagi mahal).

Lyn n Saiful datang

Ptg Sabtu lps (dah Maghrib actually) Lyn dan Saiful dtg ke rumah kami. Sebagaimana yg saya penah citer dlm entry ni, Lyn masih lagi belajar di UKM (bukak sem ni masuk 3rd year).

Lyn n Saiful selalu jugak la dtg ke rumah kami kalau Saiful dtg KL utk menjenguk Lyn (Saiful mengajar di Johor).

So, terpisahlah mereka anak-beranak, Lyn di sini, Saiful di Johor (masih dlm proses pertukaran) n Aina, baby mereka di Kelantan bersama dgn neneknya, merangkap ibu mertua Lyn.

Masa Lyn dtg tu byk yg kami bualkan. Tatkala ditanya ttg Aina (yg ditinggalkan) terus merah mata Lyn. Saya faham perasaan Lyn, krn saya juga seorang ibu. Ibu mana yg mahu berpisah dgn anaknya, tapi keadaan yg memaksa.

Lyn hanya sempat bersama Aina n menyusukannya ketika dlm pantang. N elok je habis pantang terus masuk UKM. Masa hari Sabtu tu baru 47 hari. Dah la Lyn n Saiful selama ni pun PJJ, jumpa kdg2 or time cuti jer. (Itu pun elok2 Lyn bersalin dlm cuti sem, kalau tak alamatnya kena extend la).

Saya berpesan jugak kpd Lyn supaya jaga kesihatan, jaga pemakanan, bykkan rehat, jgn jalan laju2 (hihi) n jgn buat kerja berat2 coz Lyn elok2 jer baru abis pantang tu......

Saya jadi rapat dgn Lyn semenjak saya kawin dgn encik suami, n semakin rapat sejak Lyn kawin ni.

Apapun saya doakan Lyn tabah n kuat semangat utk menghabiskan pengajiannya...... Insya-Allah. Dan semoga Aina sentiasa sihat dlm peliharaan-NYA. Saya sendiri pun belum tgk lg Aina n tak beli lg hadiah. Agaknya raya ni baru blh jumpa.

Friday, July 10, 2009

Saya dan Natrah...

Saya tidak mempunyai apa2 hubungan dengan Natrah, apa lagi mengenalinya. Tapi namanya cukup sinonim semenjak saya kecil lagi. Rasanya seawal usia saya sekolah rendah saya telah 'mengenalinya'.

Saya mengenali Natrah sbg gadis Belanda yg menjadi mangsa perebutan antara keluarga Melayu dgn keluarga kandungnya. Undang2 Belanda yg diguna pakai pada masa itu telah memihak kepada keluarga Belandanya dan rentetan itu beliau telah kembali ke Belanda, dan kembali kpd agama keluarganya (telah dimurtadkan - apa pun Allah saja yg tahu).

Saya masih ingat lagi akan sebuah majalah ttg kisah hidup Natrah (tahun 80an kot) yg disimpan oleh Umi saya.

Kali terakhir saya dgr berita ttg Natrah mungkin 10 thn yg lalu. Dikatakan masa tu beliau bekerja sbg tukang cuci di sebuah hotel. Beliau dah lupa semua ajaran Islam kecuali satu jer, berkenaan wudhuk @ air sembahyang. Ketika ditanya, adakah beliau menyimpan hasrat utk kembali kepada Islam? Katanya, beliau dah tua (utk mengamalkan ajaran Islam).

Mmg kisah hidupnya penuh tragis........ Dan kini beliau telah pun meninggalkan dunia ini. Saya pun baru tahu bila dgr dlm Wanita Hari Ini tadi........

Semoga ada sedikit kasih-sayang Allah untuk Natrah.................. kerana Dia TUHAN yang Maha Kaya, Maha Adil, Maha Agung, lagi Maha Mengasihani..................

NOTA: Nak tahu lebih lanjut ttg Natrah boleh la baca yg ditulis oleh MSO di sini.

Dugaan menyusukan Auliya...

8.7.09

Hari tu kan ada entry pasal sakit kat nipple masa nyusu Auliya... Ekoran drp tu saya telah merehatkan miss B yg sakit itu (kira kurangkan sket la bg belah yg sakit tu)... n lps tu sembuh la dan saya pun dapat nyusu both side dgn sama rata...

Masalah dtg kembali dlm 2,3 hari lps. Kali ni 2-2 pulak sakit.... Huhu... Semuanya bermula sejak Auliya makin menjadi2 nak bergantung @ melekat kat situ... Huhu. Sampai tido nyenyak baru lepas.... So skg ni sakit sgt, pedih!! Mcm melecet gitu. Rasa nak nangis tiap kali bagi dia hisap... Dah termenangis ponn...

Saya kan buat jugak stok EBM, ada la dlm 5 botol (tak banyak) n ajar jugak dia hisap botol (sekali-sekala). Sblm ni hisap jugak la, habis 2-3 oz. Masalahnya skg ni (2,3 hari ni) dia taknak langsung ngan botol........ Aduiiiii, macamana nak buat ni....

So, 2 masalah saya skg;

1- Sakit kat nenen
2- Si kecik tu tanak hisap botol

Saya cuba google (apa lagi, google la) n hasilnya;

1- Jumpa petua suh sapu susu kat tempat sakit n dibiarkan kering.
2- Drp Dr. Hamid Arshat pula,

"Adakalanya bahagian 'puting buah dada' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi menghisap. Dalam keadaan itu ibu dinasihatkan supaya berhenti dari menyusu badan dan sebaliknya, memerahkan susu dan menyimpannya ke dalam botol untuk diberi kepada bayi. Sejenis krim boleh disapukan dan perlahan-lahan, bila kurang terasa sakit, bolehlah menyusu sendiri kembali."

Saya pun rasa mcm tu, kena stop dulu hingga agak2 sembuh. Kalau tak, mcmana nak baik? Tapi macamana nak buat sbb Auliya taknak jugak hisap botol. Sampai nangis2 teruk n sampai tertido kelaparan.... Huhu. Aku tak sampai hati tgk dia kelaparan n bagi jugak dia hisap (walaupun aku dlm kesakitan yg amat). Ahhhh.... aku buntu.

9.7.09

(Rentetan drp entry di atas...)

Ptg smlm, saya telah sms mcsyu, tanya mcmana Hariz. And mcsyu syorkan saya cari puting yg jenis lembut, mcm Dr. Baby ker. Saya juga telah bertanya kpd shieda (mummyshe). Katanya, Iris dulu pun mcm tu jugak. Selama 2 minggu mogok lapar, tunggu sampai balik keje baru hisap. Isk, isk dasyat!

Dan mlm tadi saya telah menghabiskan masa dgn mengunjungi laman forum di susuibu.com. Inilah kali pertama saya memanfaatkan laman itu. Huhu. Mmg seblm ni tak penah tgk apa ada dlm tu (masuk tu penah la)... Akhirnya byk info yg saya dapat. Apa yg boleh saya simpulkan;

1- Bukan saya je yg hadapi masalah ni (masalah melecet n masalah baby tanak hisap botol). Yg melecet blh dikatakan ramai jugak penah alami. Mmg ramai la. Ada yg sampai berdarah. Ada yg sampai nangis2, meraung2 masa nyusu. Huhu. Mmg sakitnya Allah saja yg tahu. Itulah dugaan nak nyusu anak ni.

2 - Proses latching mesti betul... Jgn bagi baby hisap puting je, kena sumbat jugak bhg areola tu.. (rasanya dah betul, ntah la). N ada jugak org yg mmg jenis kulit lembut sgt kat situ...

3 - Baby dlm usia 3,4 bulan mmg normal la hisap dlm 3 oz sekali hisap. Yer la, kita yg direct bf ni mana tahu byk mana dia hisap.

4 - Ada beberapa krim utk merawat puting yg luka @ merekah @ pecah. Tp air susu dipercayai boleh jd penawar jugak sbb ia mengandungi bahan pelembap semulajadi, sesuai utk bahagian itu. Allah Maha Kaya kan???

5 - Beberapa jenis puting yg disyorkan dlm forum tu- NUK (jie pun penah bgtau yg ni), dr. baby n pigeon extra soft. Rupa2nya ada sejenis botol yg ala-ala breast; Adiri - natural nurser baby bottle. Ni rupanya...


Aku cuba cari kat MLO takde. Then jumpa kat sini. Harganya boleh tahan!

Oh ya, rupanya ada video pasal bf kat youtube. Aku tak penah tgk pon selama ni. huhu. Tak terfikir nak cari. Ada internet ni patutnya kena manfaatkan sepenuhnya la, utk gain sebanyak2 ilmu n infomasi...

NOTA: Dgn segala kenaifan, aku berjaya juga EBF zukhruf sampai 2 thn... Huhu.

Thursday, July 9, 2009

Little Auliya dah 4 bulan!!

Ye, dah 4 bulan si kecik Auliya @ si chantek aku, hari ni 9.7.09....

Semoga terus membesar anakku....

Semoga perjalanan hidupmu diiringi kesihatan, keceriaan, kegembiraan... dalam restu ar-Rahman.............

NOTA:
Aku kan baru jer rekod dia punya progress baru ni (minggu lps ek). So ni takde sgt perubahan yg ketara. Still belum meniarap, tapi asek cuba mengiring jerk... And sejak seminggu ni bila dia nangis kuat dah kuar air mata..... Alosss, kesian tgk bila terkeluar air mata tu (takde la lama sgt pun nangis, tapi terkena time aku solat or dlm bilik ayak tu... huhu).

Wednesday, July 8, 2009

Takde keje cari keje

Mimi tidaklah mengetag saya tapi saya nak buat jugak yg ni....

TENTANG ANAK-ANAK

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan girl or boy?
2 org, sepasang.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Insya-Allah bila agak2 dah sesuwai. Hiks. Ni si kecik ni baru nak masuk 4 bulan.

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dalam islam?

Ahmad Zukhruf Azzuhri;
Ahmad = Yg terpuji
Zukhruf = Perhiasan
Azzuhri = Kecantikanku (kalau pempuan Azzahra)

Nur Zahratul Auliya;
Nur = Cahaya
Zahratul = Bunga @ yg berseri @ keindahan
Auliya (Aulia') = Para wali (juga bermaksud ketinggian, keutamaan)

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Saya dan suami, sama-sama.

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Zukhruf; suami saya yg suka ngan nama tu, sbb ada dlm al-Quran (nama surah). Simpan nama tu sblm kawin lagi (hihi). Azzuhri, tiba2 suka kat nama tu, diinspirasikan oleh nama seorg alim, merangkap tokguru Imam Malik, Shihab Azzuhri. Ttg nama Auliya blh baca di sini.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Yg pasti ada Z, sbb nama suami Z dan nama saya pun Z. Hiks...

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang... nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
4 tahun 3 bulan, kalau kira tahun sekolah 5 tahun (jauh kan?). Mula mengandung Auliya masa Zukhruf 3 thn setengah.

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang.... anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnya?
Tak kisah la sbb dah ada boy n girl ni... Tapi kalau blh nak sama ramai laki n pmpuan.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Zukhruf ntah la. Tapi Auliya kening amik kening aku, bulu mata pun ala2 aku, panjang n agak lentiksss... haha. Hidung pun hidung aku (trademark Perol, yg ala2 kembang gitu, huhu).

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


Zukhruf

Auliya (masa ni sebulan lebih, nampak besar kan.. takde gamba terbaru sbb tak dpt nak upload ke ini kompite)

11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni.
- Mija
- Mc Syu
- Ibu Arifa
- Idama
- Jie (yg baru jd mom blogger)
- dan sesape yg rajin nak buat ni.

Malam tadi....

Waktu : Maghrib
Situasi : Saya baru nak solat (nak angkat takbir). Zukhruf pun nak solat jugak, dia kat depan saya....

Zukhruf : Umi, kalau abang kata "Allahuatbat" (Allahuakbar) umi ikut abang deh...
Aku : Grrr.........

Budak2 mmg kdg2 kite tak boleh jangka apa yg ada di fikiran dia n apa yg dia nak buat.... Huhu... Zukhruf, Zukhruf...

Monday, July 6, 2009

Doa seorang anak...

Beberapa mlm lepas, aku terdengar Zukhruf berdoa lps solat... (Dia kdg2 rajin solat, bila tgk aku solat, dia akan gi amik wudhuk, amik sejadah kecik dia n solat. Solat cara dia la, tapi ok gak ar skg)...

Yg aku dgr mlm tu, doanya berbunyi...

"Allah, ampun dosa umi, dosa abah, dosa adik Oliya.. dosa seme orang.... Bagi......" (Aku tak sempat tangkap apa yg dia cakap, tapi aku syak cam dia mintak Allah bg duit jerk!!).

And mlm tadi, dia solat lagi n aku sempat dgr doa dia.......

"Allah, jangan wat mati ibu bapa saya. Saya sayang umi ngan abah saya, nenek saya......"

(Dah la sebut ibu bapa; dia dah tahu ibu bapa tu apa n tiba-tiba plak ada nenek. Hihi.)

Aku speechless. Rasa nak gelak tp tiba-tiba rasa terharu plak..... Isk, isk. Tak sangka dia boleh doa camtu.

Actually dia tahu pasal "MATI" ni dah lama. Ntah mana dia tahu. Dlm tv kot. Dia tanya, mati tu apa??? Aku cakap la............ Then dia nangis2 cakap, "Umi jgn la mati, nanti abang nak duk ngan sape......"

Sblm ni dia takut sgt "TUA" sbb dia tgk dlm tv. Ibu bapa yg sudah tua itu amat menakutkan dia. Ntah apa yg dia fikir. Tapi byk yg dia tanya aku masa tu......

"Nanti umi tua, sape nak jaga abang?"

"Nanti umi tua, sape nak masak kat abang?"

"Nanti umi tua, sape nak gi pasar?"

Mcm2 lg la.... Sungguh menakutkan dia TUA ni.

Oh ya, pasal doa lps solat ni mula2 dulu dia tgk aku la doa lps solat. Then dia tanya aku nak doa apa. Aku la yg cakap, minta Allah ampunkan dosa umi, dosa abah, dosa adik (dia la, masa tu adik Oliya takde lg... hihi).

And Zukhruf jugak penah cakap,

"Umi, kalau umi mati, abang nak duk ngan Tokmi la. Nanti abang jaga adik Oliya......"

Huhu.... Masa tu aku dlm pantang, lps bersalin Auliya......

Friday, July 3, 2009

Aku dan shopping online....

Hiks, takder la shopping pun... Cuma semenjak 2 menjak ni rasa cam terjebak pulak ngan habit ni. Suka sgt tgk brg2 yg org jual online.

Aku suka tgk baju baby cam dress, romper, tights n legging dan jugak pemainan utk kanak2. Sbb tu aku baru add link yg juai brg2 kat blog aku ni. And suka jugak tgk cloth diapers (cd)... Tgk jer, belinya tidak... Heheh. (Insya-Allah, nanti aku beli la). Ermm, rupanya ada gak cloth pad utk ibu-ibu. Hihi. Tp harga blh tahan.

Aku rasa shopping online ni dah jadi satu fenomena masa kini. Senang kan!

Dulu2 terfikir jugak, org pecaya ke??? Tp tgk skg ok jer, makin rancak lg! Ada jugak terfikir, depa ni semua betul ker, ker ada yg tipu.....??? Harap2 takde la kan.

Psikologinya kalau ibu yg jual tu org lebih mudah pecaya (cth: mention nama anak n ada letak gambar ngan anak). Yg mmg ada blog @ dah dikenali di kalangan mom bloggers tu aku rasa dpt tingkatkan kebolehpercayaan (reliability) org utk beli..........

Isk... mmg mcm2 ada - perfume, handbag, tudung, kain baju, selimut, cadar malah kek pun org jual online jerk... Senang kan. Senang utk penjual n senang jugak utk pembeli. Kan ada yg mangkuk tingkat tu, siap org hantar lg utk makan tghari. Lepas ni ntah apa lg org nak jual... Kalau kat luar negara mmg brg2 runcit pun org beli online. Agaknya org semakin malas nak kuar rumah, semuanya nak dihantar depan pintu.....

Sblm ni aku agak malas nak menerjah ke blog2 yg jual brg online ni. Tapi aku selalu 'lepak' kat mudah.my. Suka sgt tgk brg2 dlm tu, esp kat bhg children. kalau tgk kat mudah tu mcm2 org jual. Skg ni pulak suka tgk rumah @ kondo dan juge keta2 mewah dlm tu. hiks. berangan la pulak. Saje, just nak tau harga pasaran semasa. Alahai... mahal sungguh rumah2 skg. Yg harga juta2 pun ada dlm tu. Rumah yg harga 1 juta aku tgk biasa jerk... Isk, mmg mahal la skg.

Aku pun ada gak terfikir nak buat online bisnes ni... Tapi taktahu nak jual apa.... sume org dah jual... hiks... Tgk la nanti kot dapat idea nak jual apa. Aku rasa ok jer kalau nak buat secara part time or fultime, terutamanya utk suri rumah cam aku ni...... Kalau pandai masak @ jahit @ handcraft mmg blh buat duit la... Syioknyerrr...

Kalau korg nak tgk brg2, just klik dekat link yg terpapar kat tepi blog aku ni. Silakan.

Wednesday, July 1, 2009

Auliya @ 3 months

Little Auliya dah 3 bulan 3 minggu tapi ni baru nak rekod dia punya progress (take time jugak nak buat ni.. heheh). Kira rekod kat sini je lah yerk!

Drp hasil google n bacaan kat blog kawan2, apa yg dapat aku simpulkan ttg baby pd usia 3 bulan......

- Boleh angkat kepala tegak dan lebih lama. Ye, auliya pun dah boleh. Actually sejak dr umo sebulan lg dia blh angkat kepala, mcm time kita mandikan dia or ketika letak dia meniarap sekejap. Sungguh2 dia angkat kepala dia. Sbb dia jenis keras kot. Tapi masa tu tak bg la dia angkat kepala lama2.. hiks. Kang dia kecik lg. Abg Zukhruf dulu rasanya masa 2 bulan pun stil lembik lg tengkuk... hihi.

- Tekan tubi mini (jika diletakkan meniarap, dia boleh angkat kepala n bahunya). Ya.

- Mula mengukir senyuman. Auliya mula senyum masa umo dia 2 bulan lg.

- Kurang menangis dan tido lebih nyenyak pd waktu malam. Bab kurang menangis tu aku rasa sejak umo 3 bulan ni lg byk dia nangis n suara pun lagi kuat. Sblm ni ok jer, susah nak dgr suara dia. Bab tido lebih nyenyak waktu mlm tu betul la. Sejak umo 3 bln ni baru dia tido lama malam, maknanya kurang sikit la berjaga dr sblm ni. Mcm skg ni dlm 5 jam dia tido baru sedar - nangis - nak susu. Abg Zukhruf dulu masa 4 bulan baru betul2 tido malam.

- Mengamati tangannya. Ya, aku perasan dia suka main2 ngan tangan dia. Bila duk sorang2 dia akn angkat dua2 tangan n main2 cam tu la. Rupa-rupanya masa 2 bulan baru baby menyedari tangannya. Lorr... baru tahu yg dia ada tangan. hihi.

- Boleh pegang benda dgn tangannya. Ni baru je dlm dua minggu ni. Auliya dah blh pegang apa2 yg kita bagi or apa2 yg boleh dicapai olehnya. Mula2 tu aku perasan dia blh genggam jari kita dgn kuat n dia suka tarik baju dia sampai ke atas. Skg ni time mandi dia suka pegang n tarik baju aku. N time nyusu pulak, selalu dia genggam jari telunjuk aku. So sweet!

- Semakin peka pada bunyi (cuba cari bunyi tu). Hah, betul tu. Kalau bunyi apa2 dia akan cari. Mcm kita bunyikan 'rattle' dia akan cari. Bunyi suara aku or suara dlm tv jugak dia akan cari. Si kecik ni pass la ujian pendengaran. Hihi.

- Penglihatannya juga lebih fokus dan dapat melihat ke sana ke mari. Ya, betul tu. Bila kita gerak2kan tangan kita kat depan dia or kita jalan depan dia, matanya akan ikut.

- Cam wajah dan bau kita. Ya, mungkin dia dah kenal org2 sekelilingnya. Mcm Auliya, bila dia nangis n then aku dtg dia terus senyap. Dah kenal kot aku sbg ibunya or sbg 'milk suppliernya'... Ntah la apa dia ingat aku ni.... hahaha. N aku rasa dia juga dah cam suara aku.

- Menangis apabila ditinggalkan. Hah, tu memang. Dia dah pandai rasa 'takut' duk sorang n nak ada org di sekelilingnya. Mungkin sbb ni dia byk nangis skg drp sblm ni (sbb takmo kena tinggal sorang2).

- Boleh duduk dlm beberapa waktu jika ditunjang (ditampung). Ya.

- Menjerit n buat bunyi mengagah @ kukur. Ntah, aku pun tak pasti mcmana tu. Tapi ada la dia buat bunyi2 tu n makin rancak nak bercakap (respon bila org cakap ngan dia).

Lagi tentang Auliya pd usia 3 bulan ni;

- Suka buat buih ngan mulut, tapi tak pandai lg sembur (biasanya 4 bulan br pandai sembur). Dia juga suka hisap mulut dia sampai keluar air liur.

- Kaki dia makin kuat, blh tendang n suka melonjak. Kalau pegang dia masa mandi tu mmg kena pegang kuat2 la. Kalau letak dia kat atas tilam, dia akan lonjak (tolak2 ngan kaki dia) sampai ke atas. N ada jugak dia tendang keyboard ni sampai nak jatuh (hahaha, nampak sgt ada riba dia time duk blogging nih.. haha)

- Boleh berpusing sampai 90 darjah. Sebenarnya dah lama, dr 2 bulan lg kot, tp skg makin ketara. Kalau letak kepala dia atas bantal, sekejap je bantal ke mana, dia ke mana.

- Oh ya, dia juga suka buh tangan dlm mulut n hisap, bukan jari tp tangan segenggam... hihi. sampai meleleh air liur. Rasanya dlm 2 minggu ni.

Apa lagi yer? Kot ada lagi yg aku tak perasan. Time Zukhruf dulu takde nyer aku cek satu2 progress dia macam ni. Just ingat yg penting2 jer...

Welcome July!!

Oho, this is my first entry for July. July is a special month to me.... This month, 28 years ago I was born to this world... Ohoho.

Yeah, 28 years ago July bersamaan ngan Ramadhan in Hijri calendar and I was born on 11 Ramadhan......

2 days after that (that day I was born), Tun Dr. Mahathir became the PM of Malaysia...

That's all I want to say. Again, welcome July!!