Saturday, December 5, 2009

Alkisah raya haji

Kami telah pulang ke kampung utk beraya haji.... dan dah pun kembali ke KL pada hari Selasa lps.

Raya haji kami bermula di baling. Kami bertolak pulang ke Baling pd malam raya (tgh malam bertolak, dgn sil n bil). Malam tu ya Allah punyalah mcm pesta di jalan raya (ke utara). Byk sgt kereta. Dekat RnR pun kereta penuh sesak, susah nak parking. Dekat stesen minyak pun penuh. Nak masuk bilik air pun kena beratur (walhal jam 3 pagi).

Kami sampai di Baling pagi raya haji (lps subuh). On hari raya pertama tu kami di baling la......... Kami balik baling dulu (tak balik kelantan terus) sbb kena amik MIL yg keje on pagi raya (FIL dah ada kat kelate).

Ini adalah kali terakhir kami pulang ke baling (rasa sedih gak sebenarnya), kerana selepas ini kami tidak akan pulang lagi ke baling kerana my in-laws akan duk kelate ~ terus menetap di kelate la gamaknya (mereka dah buat umah n transfer ke kelate, nanti la i story lain kali okes).

Kami bertolak ke Kelantan lps maghrib (raya pertama) n tiba di Kelantan (di kampung halaman arwah nenek suami sy di Tal 7, pasir Mas) tgh malam dan bermlm di situ. Sgt seronok sbb dpt jumpa Kakja (sepupu suami) n tgk her newborn baby boy (2 pupu Auliya) dan jugak anak Lyn, Aina yg dah 6 bln (tp ni baru tgk).

Cuma anak abg Fakhrul yg tak sempat tgk sbb isterinya Ani berpantang di rumahnya di Pulau Gajah. Spt yg saya penah citer sblm ni, thn ni lahir 4 org cicit arwah Mek, merangkap 2 pupu Auliya, yg mana 2 lelaki n 2 pempuan.... Anak Ani lahir di HUSM dgn berat 3.92 kg, nama Ahmad Ahlam dan anak KakJa juga lahir di HUSM dgn berat 3.5 kg, nama Ahmad Darwish (beza hampir sebulan 2 ni).

On hari raya kedua saya pulang ke rumah saya di Perol. Hari tu umi n adik2 saya masak laksa penang.... jemput sedara-mara terdekat, termasuk family ayahLi n my sepupu yg baru kawin aritu.....

Keseluruhannya raya haji thn ni seronoksss gak la... Meriah la jgk. Sbb apa? Sbb dpt berkumpul semua adik-beradiku (except eming). Ditambah pula tihah (SIL) juga pulang ke kelantan bersama haikal.

Alhamdulillah Eming adikku dah selesai mengerjakan haji dan dah kembali ke Riyadh (mungkin dah kerja kot). Eming bertuah kat sana sbb dpt bimbingan (utk buat haji n umrah) dr seorg ustaz dr Malaysia yg dah 6, 7 thn duk Mekah. So, kena panggil HAJI EMING kah??? hiksss...

Saya hanya sempat bermalam di rumah saya (di perol) hanya satu mlm. Walaupun rasa tak puas tapi sy bersyukur krn dapat jugak spent time utk bersama2 parents n adik-adikss...

Oh ya utk raya haji thn ni umi n ida masak lemang special (rebus style) n dendeng (sgt sedap okes!). I prefer this type of lemang berbanding lemang dlm buluh yg dibakar itu, sbb mmg gebu n lembut lah. Sebenarnya dah byk thn lemang ni jadi juadah tradisi kami cuma on raya aidilfitri aritu tak sempat buat. Saya pun dah belaja ngan umi mcmana nak buat (nak bungkus) lemang tu. Agak susah gak kalau tak ada skill...

On hari raya ke-3 (ptg) saya kembali ke Tal 7 kerana esok (raya ke-4) ada kenduri (bekwoh sekor lembu) yg dianjurkan oleh my in-laws. Kenduri ini adalah kenduri 4 dlm 1, termasuklah kenduri khatam Quran anak ayahSu, kenduri akikah Auliya dan anak Kakja dan juga kenduri kesyukuran MIL n FIL (main).........

On raya ke-4 itu sgtlah sibuk tp seronok! Malam itu kami semua tido kepenatan............

On raya ke-5 (hari selasa) kami pun bertolak pulang ke KL.... Begitulah ceritanya.

Tak puas hati / terkilan

~ Tak sempat gi 'jjale' (jalan2) ke KB. Lgpun jln sgt jem di musim perayaan ni. So tak tgk lagi la wajah baru KB, dgn jalan yg dah byk one-way, dgn pasaraya2 baru kat tgh KB tu.... dan tak sempat juga nak menyoppingkan diri.. huhu (nak beli serunding n makanan2 faveret sbg bekal, hanya sempat beli keropoks di tgh jalan back to KL jer)..........

~ Tak puas hati mkn daging. Bkn daging apa, tapi cam perut tu sempat mkn sekali jer kat umah perol sbb byk makanan nak di'ranggos'. I suka perut ngan kuah air asam tu, our style. Dan tak sempat mkn sup kaki, juga 'pelepong' (paru) goreng... I like!! paru tu mesti direbus dulu sblm dirogeng.. hihi. Tapi puas hati jugak la dpt mkn singgang daging yg sgt sedap on kenduri kat Tal 7 tu... Ramai yg puji sedap!

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

saya dey g jjale KB (g pasar siti khadijah je pon).maso raya ke 4.ujey lebat.sero2nya dah berthn2 saya tak g KB...pahtu sesat pulak dalam laluan 1-way...pusing2...hihi..sib baik plet W (kalu plet D mesti maluuu)

saya pon xdey make pelepong goreng...nyummy!

Kaklong Nuzula said...

mah ~ oOO sapa sesat ko... hihi. itu la sy pun lama tokgi KB. Marin dgr berita kb mall runtuh. Ingatkan abis doh la runtuh. Rupa2nya kete yg jatuh dr bumbung... 2 jugak tu maut... seram plok raso, sape sangka blh berlaku mcm tu....