Monday, May 25, 2009

Result periksa Zukhruf

Entry ke-3 utk hari nie.

Isk, sakan aku membloggingkan diri hari ni. Hehe. Takde keje ker? Ada jer (kain blm berlipat, baju2 blm bergosok... Haha). Auliya dah tido ke? Aah, baru je tido. Tadi duk diam jer tgk umi dia duk ngadap komputer. Hahaha.... Tgk2 dah tertido sendiri. Nasib la jd anak ibu zaman moden ni. Apa pun, umi tak buat kerja yg tak berpekdah.....

Ok, nak citer tang result periksa Zukhruf. Kan aku ada citer, Zukhruf 2 bulan setengah tak gi sekolah (masa aku berpantang kat Kelate), dtg2 je terus periksa....

Hari Jumaat lepas cikgu dia bg kad laporan kemajuan n kertas2 soalan periksa hari tu. Begitu teruja aku nak tgk mcmana dia jawab n berapa markah dia dpt.

Tgk2 dia dapat no. 12 drp 21.

Terkejut jugak, mmg terkejut punnn... Padan la dgn lama tak gi sekolah. Dia gi sekolah 2 bulan jer (bulan 1 n bulan 2 hari tu).

Kehadiran : 37/ 84 (tak sampai separuh)

Tgk markah dia;

Matematik : 95 (salah 1)

Sains : 96 (salah 1)

BM : 92 (salah 2)

English : 88 (salah 3)

B.Arab : 72 (byk salah la)

Jawi : 76 (pun byk salah) dan

Lukisan dapat A

Mmg padan la B.Arab n Jawi dapat rendah sbb dia tak tahu apa yg cikgu ajar selama takgi sekolah tu.... Aku pun tak penah ajar dia jawi (alif ba ta) n bahasa arab nihh....

Jumlah markah : 519/600

Dan utk Quran n Doa dua-dua dpt C. Mana la dia tahu surah2 pendek tu. Al-Fatihah blh la sikit2 tp ikut slang dia la (pelat!!). Doa pun doa makan jer tahu (juga dgn pelatnyer!).

Sebenarnya Zukhruf tulis pun tak berapa pandai lagi... Pegang pensel tu boleh la. Tapi mcm nak tulis A, B, C.. n 1,2,3.. tu tak berapa cantik lg la. Kdg2 ikut suka dia jer nak tulis tu asal nampak sama (tak ikut step).

Apa pun, keseluruhannya aku rasa ok. Ni baru periksa tgh tahun. Lagipun baru 5 tahun. Apa la yg dia tahu tang periksa nih.

Aku bgtahu dia, abang dapat no. 12 la....

Dia pun, yay yay abang dapat no. 12..... Hahaha...

4 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Bijaknya Abang!! Tak gi skolah pun dapat No. 12....Tahniah yer!:)

Kaklong Nuzula said...

Hmmm... kira nasib je tuh. Syaura lagi pandai....

Mimi, rasa terharu pulak mimi duk follow blog kaklong yg tak seberapa ni. heheh..

Anonymous said...

Wah! itu tandanya zukhruf seorang yg bijak..ikut ummi die laa nih mcm zaman2 sekolah dulu...ye tak kaklong? hehe

Kaklong Nuzula said...

hahaha... mana ada la mcsyu.