Friday, September 11, 2009

Raya tanpa Eming...


Huhu. Ini satu berita sedih utk kami sekeluarga. Lanjutan drpd entry ini, Eming adekku jadi jugak gi sblm raya ni. Ingatkan lps raya doh la baru gi sbb aritu duk tunggu pasport lama baru siap... huhu.

Eming akan berlepas ke Riyadh hari Isnin ni, flight petang kata umi. Ada 6 org sekali ngan Eming yg akan gi sana. Entah la semua QS ke apa. Kata eming, tokleh postpone doh, sbb urgent org kat sana dah panggil. Diorg kat sana dah masuk fasa ke-2 buat bangunan universiti tu. Itula, cam serba salah nok gi seminggu je lagi nak raya..... Bakpo tokleh tunggu lps raya??

Spt yg aku citer sblm ni, adikku itu keje ngan kontraktor Malaysia (Ahmad Zaki Resources) yg dapat projek buat 'u' kat sana....

So, raya ni tanpa Eming la. Juga tanpa tihah n haikal (sbb diorg akan balik kuantan, susah nak balik kelate 2 beranak). Tak penah lagi raya tak cukup kami adik beradik. Rasa sedih pulak... Huhu. Umi pun cakap sedih jugak.... Dah la eming tak sempat balik poso kat kelate.

Isnin ni mertua eming yg akan hantar dia di KLIA. huhu. Harap2 dpt berhubung selalu la ngan eming. Dia pun dah beli laptop semata2 nak bwk gi sana, sbb dgrnya susah nak berhubung kat sana......

Sebenarnya perasaan mcm ni la yg dirasai oleh mak bapak, adik kakak yg ada anak, adik, kakak or abang yg duk luar negara, tapi sbb dlm adik-beradik aku takde lagi yg gi belajar or duk oversea; ni 1st time ada gi luar negara, so ni la baru rasa perasaan mcm ni. Tapi mungkin lagi sedih sbb eming meninggalkan anak isterinya di sini..... kesian haikal! Lagipun sbb dah dekat nak raya... Huhu.

Ya, ini adalah satu pengorbanan yg besar eming nak gi sana. Ya, wang bukan segalanya tapi byk perkara memerlukan wang dlm hidup ini.... dan mmg hidup ini memerlukan pengorbanan; utk mencapai sesuatu sudah tentu ada sesuatu yg perlu dikorbankan / dilepaskan... Huhu. Berfalsafah la pulak aku.

Eming pun dah tekad sgt nak gi sana.... umi abah pun dah tak cakap apa walaupun berat jugak rasanya, sbb eming anak laki sulung (dah la adik-beradik aku ramai pmpuan)...

Ok la, apapun eming aku doakan mu selamat kat sana n dipermudahkan segala urusan..... Korang pun doakan jugak adik aku tu selamat kat sana yerrr.....

p/s: Teringat pulak masa kecik2 dulu kami selalu berkelahi adik-beradik, bbaloh sokmo - sampai kena rotan ngan umi, kena kurung kat luar umah mlm ngan abah, sbb bbaloh!! hahaha. Ni semua dah besar jadi baik n rapat pulok. Sama la ngan mardiah, ida n fatin. Cuma wani n amir yg jauh beza umur, tak masuk geng ngan kami yg dah besar sume nih...

1 comment:

firdaus said...

xpe..lg jauh lg rindu rinduan..ke guana k,long..ada lah pengalaman kak ipar kat obesi n raya dia tak der..mmg sedih sbb dia yg slalu buat kuih..and contact melalui skype jer..leh ckp n tgk trus muka tuh..ni adik ipar la sambung medic kat obesi..xdapet la raya sesama lg selama 6 thn..tp xtahu la kalo ada rezeki dia leh blk time raya..

..moga rindu rinduan ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim adik beradik..amen..