Friday, September 11, 2009

Imbas kembali Zukhruf : potty training

Utk tidak menghampakan mija (mcm la mija hampa pun. eheh) ni aku nak citer psl zukhruf dulu, pengalaman melatih dia ke bilik air.... camana dia hingga free-diapers.

Zukhruf dulu aku stat ajar dia 'buang' kat bilik air masa dia cukup 2 tahun... Huhu, mmg mencabar la....

At first cuba buat cam org tua2 cakap kan atur kencing tu, means suh dia kencing kat toilet 2, 3 jam sekali. Tapi zukhruf dulu setiap kali suh dia kencing dia tanak kencing.... Takpun tak keluar. Huhu. Masa mandi pun susah nak kencing.

Mula2 tu mmg pakaikan pampes, bukan terus free-diaper... Suh dia bgtau kalau nak kencing ~ bukak pampes, kencing kat bilik air. Tapi kan mula2 tu mmg dia akn bgtau bila dah kencing (dlm pampes). Huhu. Mmg la....

Sebenarnya budak2 ni dlm proses 'mengenal' rasa nak kencing atau nak yak tu. Mula2 ajar dia kencing dulu, bagi dia 'kenal' camane rasanya nak kencing... Kan selama ni diorg dr baby, nak kencing terus je kencing, taktahu ada 'rasa' nak kencing tu - tahu2 dah keluar!!

Awal2 tu kan dia bgtau bila dah kencing, lps tu dia akan bgtau bila dah dekat sgt nak kencing - bila dah nak kuar sgt dah... Mmg takdan jugak la ke bilik air... Huhu. Kdg2 tu depan bilik air lg. Tapi suh dia cepat2 duduk la drp berdiri (abis la kalau berdiri!!!)... Mmg kena mengemop segala la... Huhu. Penat... Dia selalu bgtau yg dah nak kencing sgt dah. Bila aku tanya or suruh dia kencing, dia bgtau taknak!! Tp ok la kan, dia dah pandai 'rasa' nak kencing......

Mcm tu la, lama2 ok la. Bila nak kencing, bukak pampes. Then, bila dia mcm dah ok tu aku tak pakaikan dia pampes la. Nak kencing, suh dia bgtau - bukak seluar gi bilik air. heheh. Tapi kan biasa la ada jugak time tak sempat tu.... habis!!! Cuma kita la yg selalu kena suh dia gi kencing kat bilik air, esp kalau byk minum or mkn buah yg berair tu. Huhu.

Tapi pengalaman aku mmg penat la, duk mengemop lantai, basuh seluar yg 'terkena'. Sekali dia terkencing aku mop abis satu ruang tu. Kalau dia dah nak terkencing tu baik suh dia duduk, jgn jalan... Kalau jalan abis la umah... Nasib baik rumah aku takde apa - mmg lantai semata2, takde karpet segala.

Zukhruf dulu free-diapers siang hari masa umur dia 2 thn 7 bulan ke gitu la. Malam pulak totally free masa dia cukup 3 tahun. Masa dia 3 thn tu mmg dah tak beli pampes dah, cuma ada yg lebih2 dulu - in-case balik kampung ke pakai la jugak mlm.

Maknanya amik masa 7 bulan jugak utk free-diaper di siang hari. Lama kan? Mungkin depends on budak jugak, ada yg cepat, cepat. Aku pun tak sungguh2 kot ajar dia. Anak jiran aku dulu 2thn lebih mmg dah gi bilik air la....

Tang kareb pulak (bak kata nikteh), dia dulu nangis2 taknak kareb kat tandas - nak berak dlm pampes sbb takut yg amat bila 'benda' tu keluar dari punggung dia. Mcm horror sgt la.... N dia takut jatuh kat dlm lubang tandas tu... Hihi. Aku suh jugak, ajar dia duk (cangkung). Takde beli potty pun. Time dia kareb tu mmg aku kena pegang la dia, kena tunggu dia sampai habis. Masa tu dia tak stabil lagi duk cangkung. hahaha. (umah kami ni mmg toilet cangkung jer). Kalau toilet duduk pun dia takut jugak, takut terjerumus dlm tu. Haha. Mmg kalau ada potty senang la.

Bila dah free-diapes, bila gi mana2 or tido kat mana2 mlm (balik kampung ke) kita nak pakaikan dia pampes dia tanak la pulak... Dia rasa geli n rimas kot. Zukhruf dulu kalau dah tido nak pakaikan pampes dia akan terjaga - taknak!! Bukan apa, risau jugak kalau terkucil. Tapi kalau dia dah kencing sblm tido tu insya-Allah tak kencing la. Dulu, time belajar2 tu ada gak time kite pakaikan pampes dia tak kencing (mlm) tapi bila kite terlupa nak pakaikan pampes... huhu, habis la! Mmg kena basuh toto la (suh dia tido ats toto masa tu). heheh.

Ok la mija, tu je pengalaman kaklong yg tak seberapa. Baru pengalaman sorang anak. Org yg dah beranak pinak tak bising pun. heheh. Tapi pengalaman umi ore train adik ore hok bongsu pun mcm tu la seingat ore. Ore la yg kena mop lantai dulu. Huhu. Tapi yg penting, bilik air kena dekat ngan tempat main dia or tempat dia tgk tv n pakai seluar yg senang dibuka... haha.

Oh ya, lps tu nanti nak ajar dia basuh sendiri pulak - kencing n kareb... haha. Zukhruf blh basuh sendiri kencing masa umur 3thn lebih (aku yg tak harap dia basuh sendiri). Tang kareb pulak masa cukup 4thn blh basuh sendiri. Tu pun sbb nak masuk tadika. haha. Sblm tu lagi ajar dia basuh kareb tapi dia taknak, dia cakap nanti KOTOR la tangan dia - umi la tolong basuh!! Huhu..

p/s: Zukhruf dulu bgtau, umi, nok tecing... takpun umi nok yok... Bila dah sekolah ni baru sebut berak. haha. Masa kat nursery zukhruf dulu ada budak 4 thn pun stil pakai pampes... Huhu, tak sesuwaiii...Diorg yg jaga duk ngepek - dah cam org tua dia punyer kareb... haha.

4 comments:

Segenit Puteri Bunian said...

zulaikha...jelesnyer..adam dah 2 tahun 4bln doh..kecek xreti lagih. nok atur pun susoh. memang mencabar la nok train mulo² nih.si ibu nih pun malas jugok nok keno bukok pampers 15minit sekali. Mok saya dulu buat gitu la atur kecing-kareb adik badik saya.Berkesan Tapi kena rajin la bawak dia gi toilet.. Haha.. Tapi saya nih pemalas..Saya sendiri pun segho tak bersedia lagi nok toilet train dia..(pah kato ko anok)..apo larrr...tapi lepas berjaya toilet train tuh sure rasa lega & puas hati yang amat..kan?

MiJa said...

waa..7 bulan???
zharif pulok,kecek yoya yoya tp part tu xde pulok dia nk oyak..huhu
mgkin skg ni kami x sungguh2 ag nk train dia kut..dh kna start skit2 nih!

kaklong nuzula said...

Teh ~ Mmg arrr teh, kalu ikutkan aku pun malasss... tapi tok nenek dia yg duk cakap bila nak ajar dia gi bilik air sendiri, jadi kena la jugak.... heheh.

mmg lps tu puas hati la... nak2 kalu dia dah buleh basuh kareb sendiri, mandi sendiri. cam zukhruf skg ni pun kdg2 aku tak harap jugak dia basuh kareb sendiri, nak kena tgk n tolong jgk dia cucur air n bgtau lagii... lagii.. gosok lagi....

kaklong nuzula said...

Oh ya teh, jiran aku dulu suh anak dia kira lagi, 1 sampai 10 ke gitu la masa basuh kareb tu. Haha. Mmg penat ar nak ajar dia basuh kareb ni, nak suh dia sabun kat situ, then sabun tgn pulak... Huhu, mmg memalaskan lah!

Mija ~ ore dulu tak serius mana ngajar tu. Lagipun mula masa dia 2 thn, tak brp reti lg kecek. Kalu sungguh2 sebulan pun dah berjaya rasanya. Lgpun cam mija zharif dah dekat 3thn tu, lg mudah rasanya.