Tuesday, September 1, 2009

Yeehaaa...

Hari ni takyah (and taknak) masak... Hihi. Sbb encik suamiku itu buka puasa kat luar. Aku sengsorang je la buka puasa hari ni (zukhruf tak kira, dia dah brp kali buka puasa hari ni, tapi time org buka puasa dia yg lebih).

Kalau encik suami takde aku mmg malas nak masak... Sungguh malasss!! Setakat aku ngan zukhruf je nak makan... tak apuh! Kalau masak pun masak very ala-kadar... Hihi.

So, utk santapan buka puasa nanti aku dah beli murtabak dan beberapa bijik kuihs - kuih lopez, kuih koleh, kuih bom, tepung pelita (zukhruf dah makan!!) dan juga ikan pari masak asam pedas sbg laukku mlm ini.... Cukup la utk aku makan sorang.... Semua tu beli kat Selera Duta dekat umah aku ni jerr...

Tak lupa juga cendol utk dimakan dengan air bandung.. Beli pulak cendol kat pasar tghari tadi... Zukhruf pun suka cendol. Dan tadi beli (pulak) ikan keli. Zukhruf dr semlm duk mintak ikan keli... Huhu. Lately dia minat sungguh ngan ikan keli, drp ayam!!

Utk sahur esok tgk la camane, mungkin goreng nasi menjadi nasi goreng. hihi.

Oh ya, adik aku Fatin dah balik ke shah alam ptg semlm, Kakngah tolong hantar on the way dia nak balik ke Melaka. Ye ke on the way??

Semlm aku dah mula suap chek mekk tu. Suap bubur nasi (kosong) yg agak cair la. Dia makan la jugak. Sikit je aku suap. Dah namanya nak perkenalkan solid food. Takkan nak paksa dia habiskan semangkuk tu. Haha.

And hari ni pun dah suap dah tadi. Mcm tu jugak, ada la dia makan 5, 6 sudu. Ok la tu sbg permulaan. Esok pun nak suap bubur nasi (kosong) lagi. Mungkin utk 3,4 hari ni. Sbb yg aku baca awal2 ni tak perlu hari2 nak tukar menu dia ~ nak bagi dia peluang 'merasa' n kenal ngan satu2 rasa dulu....

Wokeh.. Auliya dah merengek minta dilayan niee.... Apa lagi?? Susu la...

Nota: Dekat rumah aku ni mmg tiap2 hari Selasa n Khamis ada pasar tghari, cam pasar pagi la tapi ni utk org2 yg keje area ni (LHDN, mahkamah, matrade dll). Kalau ari jumaat ada gak pasar time org solat jumaat tu....

No comments: