Friday, September 18, 2009

Raya, kami dan kek.

Raya kami mmg tak dapat dipisahkan dgn kek - homemade cake. Tadi aku ngan Ida buat kek coklat (bakar), tapi resepi lain sket thn ni. Setiap thn mesti ada la kek coklat ni.

Then sambil tunggu kek tu masak, kami terus buat cupcake - 1st time buat ni, amik resepi dlm intenet. Tapi tak buat lagi dia punya icing. Mungkin esok. Hajatnya nak buat butter icing jer, tak retilah yg fondant2 ni. Itu pun hentam sajalah, tgk la jadi mcmana (comotkah?). Buat utk makan sendiri jer, bkn utk jamu kat org punnn.... Heheh.

Lps tu pulak ida wat kek buah. Kek buah juga adalah kek 'wajib' kami setiap thn.

Kek coklat yg baru kuar dr oven, belum buh topping lagi....

Cupcake yg sedang menunggu giliran utk dibakar.

Yg dah kuar oven, belum buh icing lagi ni. Yg hitam2 tu kami buh coklat rice.

Ni pulak kek buah cikda. Kata umi, dah pass!! Hehe...

Dulu2 umi aku mmg suka baking kek n masak mcm2 la. Kalau raya mmg ada mcm2 kek, paling koman pun kek sponge (kek gula hangus), kek chiffon, kek masam manis dll... Mcm2 la. Yg agak complicated kek lapis betawi. Dah lama tak buat.

Skg ni umi dah serahkan kerja mengerjakan kek kpd kami, anak2. Umi just amik tugas wat masakan utama utk hari raya jer. Mmg umi dah lama la tak sentuh mixer. haha.

Thn lepas buat lemang rebus n dendeng. Thn ni taktahu la sempat buat ke tidak. Sejak beberapa thn ni mee kari special menjadi hidangan utama di hari raya. Juga lontong...

Spt thn2 lps raya kami mesti ada puding fruit cocktail berkuah. Thn ni hajatnya nak buat pesen lain sket.

Mardiah adekku yg keje kat bintulu tu dah sampai ptg semlm. Dia ada beli kek lapis sarawak, mcm selalu kalau dia balik sini. Semlm dia bwk balik kek lapis cheese n coklat ke gitulah. 2 bijik, satu RM95 n satu lagi RM75. Huhu. Lagi mahai dr kek secret recipe. Tak sabar aku tgk kek tu. Tapi sabar ajelahhh....

Tghari tadi Eming called. Katanya esok diorg akan bertolak ke Mekah n Madinah. Gi sana selama 4 hari. Kira diorg raya kat sana la. Berpeluang la eming mengerjakan umrah. Insya-Allah, aku harap dia semuanya ok kat sana......

Oh ya, tadi pulak kami terima parcel yg dipos oleh Tihah. 3 hari tunggu, nasib baik sampai... Berdosa kami tuduh posmen pos laju tu dah ngap kuih raya tuuu... Huhu.

Kotak yg mengandungi biskut raya n kerepeks... Terima kasih yer Tihah n Eming, ingat jugak kat kami... Tihah mmg every year akn bg kami biskut or kuih raya yg sedap...

Kad ucapan dr Eming, Tihah n Haikal

Oh ya, nak tepek jugak la gambar pizza yg aku buat (pulak) hari khamis lps. Buat sempena wanie n mardiah yg baru balik....

Sepotong yg hilang tu dah dingap oleh mardiah sesampai je kat umah ni... Hihi.. Mummy tak puasa ke, tanya zukhruf... Hahaha. Pizza yg buat 2nd time ni more gebuss la drp yg buat 1st time aritu.

No comments: