Tuesday, September 29, 2009

Back to KL

Yeah... back to home, back to life, back to routine.......... huhu. sedih raya dah habisss, rasa tak puas raya (mcm budak2.. haha)

Nota: Sampai sini ahad lagi.....

Thursday, September 24, 2009

Makan2 raya

mee kari umi yg jadi permintaan setiap thn.puding fruit cocktail wajib setiap thnkek lapis coklat cheese yg mardiah bwk balik dr sarawak.
biskut cornflake bermadu ida
almond london LongDa. Thn lps LongYah.. hehe.
biskut arab ida wat khusus untuk abah.

Lagi pics raya

tetamu paling jauh.. hehehsepupu2 sedang makan. blh tahan budak2 ni makan, siap tambah lagi...family dari gual nibong.

Wednesday, September 23, 2009

Pics raya

Ida, Mardiah n Amir (adik bongsuku)
Cikda n adikYa (siapa yg lagi cantekk??)
Align Center
Zukhruf ngan danish, 2 pupunya kat rumah arwah Mek Tal 7
Auliya ngan uminyerrrr...
Amir n sepupu2 laki
Chedah n anak2 dgn baju raya bertema oren thn ni...
On the way to kampung laut
Auliya n aiman hafiz (anak kawan mardiah) yg sungguh sihat dgn susu ibu
Ayahlong n family

Mendengar amanat drp ayahlong

Monday, September 21, 2009

1 Syawal

Abah n umi



Gambar ramai2... Mana aku? Aku belum bersiap.. heheh. Auliya pun baru bangun tu, blm mandi lagi. Haha.

Zukhruf ngan Cikna

Cikda ngan AdikYa

Zukhruf ngan Wan n Tok (my IL)


Penatnya raya!!

Saturday, September 19, 2009

Berlalu la sudah Ramadhan....

Huhu... Rasa sedih pulak Ramadhan dah berlalu (Ramadhan thn depan belum pasti lagi).... Selamat tinggal Ramadhan....

Syawal pula menjelma......

Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


kepada semua......

Buka puasa di Restoran Syam

A well-known restaurant kat KB, ptg semlm (jumaat), disponsor oleh ayahlong (abg umi). 10 table semua, yg lain mostly aku pun tak kenal...

Ida, Fatin n Mardhiah (3 beradik yg lain sume muka)

Bersama Maklong n Makcik Da.

Umi n abah

Ida n ayahlong, bergambar sbb sedondon... haha.


Tgk2 air sirap bijik selasih jugak tapi bijik selasih dia blh kira berapa bijik. hahaha. kami kat rumah ni bijik selasih sampai setgh gelas.... hihi. Tapi ok la dia punya makanan, sedap la jugak!

Friday, September 18, 2009

Raya, kami dan kek.

Raya kami mmg tak dapat dipisahkan dgn kek - homemade cake. Tadi aku ngan Ida buat kek coklat (bakar), tapi resepi lain sket thn ni. Setiap thn mesti ada la kek coklat ni.

Then sambil tunggu kek tu masak, kami terus buat cupcake - 1st time buat ni, amik resepi dlm intenet. Tapi tak buat lagi dia punya icing. Mungkin esok. Hajatnya nak buat butter icing jer, tak retilah yg fondant2 ni. Itu pun hentam sajalah, tgk la jadi mcmana (comotkah?). Buat utk makan sendiri jer, bkn utk jamu kat org punnn.... Heheh.

Lps tu pulak ida wat kek buah. Kek buah juga adalah kek 'wajib' kami setiap thn.

Kek coklat yg baru kuar dr oven, belum buh topping lagi....

Cupcake yg sedang menunggu giliran utk dibakar.

Yg dah kuar oven, belum buh icing lagi ni. Yg hitam2 tu kami buh coklat rice.

Ni pulak kek buah cikda. Kata umi, dah pass!! Hehe...

Dulu2 umi aku mmg suka baking kek n masak mcm2 la. Kalau raya mmg ada mcm2 kek, paling koman pun kek sponge (kek gula hangus), kek chiffon, kek masam manis dll... Mcm2 la. Yg agak complicated kek lapis betawi. Dah lama tak buat.

Skg ni umi dah serahkan kerja mengerjakan kek kpd kami, anak2. Umi just amik tugas wat masakan utama utk hari raya jer. Mmg umi dah lama la tak sentuh mixer. haha.

Thn lepas buat lemang rebus n dendeng. Thn ni taktahu la sempat buat ke tidak. Sejak beberapa thn ni mee kari special menjadi hidangan utama di hari raya. Juga lontong...

Spt thn2 lps raya kami mesti ada puding fruit cocktail berkuah. Thn ni hajatnya nak buat pesen lain sket.

Mardiah adekku yg keje kat bintulu tu dah sampai ptg semlm. Dia ada beli kek lapis sarawak, mcm selalu kalau dia balik sini. Semlm dia bwk balik kek lapis cheese n coklat ke gitulah. 2 bijik, satu RM95 n satu lagi RM75. Huhu. Lagi mahai dr kek secret recipe. Tak sabar aku tgk kek tu. Tapi sabar ajelahhh....

Tghari tadi Eming called. Katanya esok diorg akan bertolak ke Mekah n Madinah. Gi sana selama 4 hari. Kira diorg raya kat sana la. Berpeluang la eming mengerjakan umrah. Insya-Allah, aku harap dia semuanya ok kat sana......

Oh ya, tadi pulak kami terima parcel yg dipos oleh Tihah. 3 hari tunggu, nasib baik sampai... Berdosa kami tuduh posmen pos laju tu dah ngap kuih raya tuuu... Huhu.

Kotak yg mengandungi biskut raya n kerepeks... Terima kasih yer Tihah n Eming, ingat jugak kat kami... Tihah mmg every year akn bg kami biskut or kuih raya yg sedap...

Kad ucapan dr Eming, Tihah n Haikal

Oh ya, nak tepek jugak la gambar pizza yg aku buat (pulak) hari khamis lps. Buat sempena wanie n mardiah yg baru balik....

Sepotong yg hilang tu dah dingap oleh mardiah sesampai je kat umah ni... Hihi.. Mummy tak puasa ke, tanya zukhruf... Hahaha. Pizza yg buat 2nd time ni more gebuss la drp yg buat 1st time aritu.

Thursday, September 17, 2009

Baju raya budak2

Inilah baju raya si chek mek auliya n abang zukhruf ~ yg tak seberapa (nak dibandingkan kat blog org lain yg sgt banyak n berjenama baju ank mereka... huhu, bersyukurlah dgn apa yg ada kan, ramai lagi yg susah)....

Entry ni pun bukanlah bertittle shopping raya, sbb mmg tak shopping pun utk raya thn ni.... berala-kadar jer. Mungkin H1N1 punya pasal....

Yg ni Cikna n Cikda belikan utk adikya semlm, sgt terharulah sbb diorg bkn keje pun lagi. Cikna masih blaja... Dgn headband lagi diorg belikan.... (Beli kat parkson yg baru bukak kat kb tu).

Ni actually bukan baju raya pun. Dah lama mummy (mardiah) belikan utk adikya. Kira baju raya jugak la sbb belum pakai lagi... Elok2 la ni, utk 6-12 months. Satu pureen, satu poney.

Yg kat tengah tu abah auliya yg belikan. Seorg ayah beli baju utk anak pempuannya. So sweet... hihi. Ni pun dah lama encik suami belikan, saiz L. Rasanya dah blh pakai ni. FIFFY, ada vest lg tu. Yg 2 lagi tu (purple n pink) aku yg beli masa balik kelate ni dah... Tu je la yg mmg beli.

Ni baju abang zukhruf. Yg ultraman tu beli kat SOGO aritu. Nak jugak ultraman. Satu lagi beli power rangers dia dah pakai, tak sabar2 nak tunggu raya. Budak katakan... Yg ultraman pun dah pakai actually. Yg putih n oren tu abahnya yg belikan. Thn ni takde kemeja utk abg zukhruf. Seluar tu pulak beli kat kelate ni jer, RM19.90 each. Seluar tak penah beli yg mahal2 ...

Ni baju melayu thn lepas actually. Elok2 utk pakai thn ni. Thn lps kena lipat tangan kaki. Yg koko tu tok dia belikan, yg biru tokmi belikan...... Pakai je la yg ni. Nak beli pun setakat pakai sekali sethn jer. Songkok pakai songkok yg dia pakai gi sekolah. Masih baru.

Kasut abang zukhruf yg ada lampu. Hihi.. Bila pakai, lampunya akn menyala... Bukanlah nike, adidas mahupun clarks seperti haikal, RM19.90 jer.... Zukhruf tak kesah asalkan ada gambar hero2nya itu...