Monday, June 21, 2010

Untuk abah...

(saje nak tepek balik nukilan yg dibuat tahun lepas.. huhu)

Abah,

Walaupun abah bukan seorg menteri, mahupun seorg YB yg dapat memberikan segala kelebihan, keistimewaan dan kedudukan selesa kepada anak-anaknya.....

Bukan seorg hartawan yg punya segala macam harta dan aset, di merata-rata tempat; dalam dan luar negara utk ditinggal dan dibahagi antara anak-anaknya....

Juga bukan seorang millioanaire, ape lagi billionaire yg dapat memberikan SEGALA kesenangan dan kemewahan dunia utk anak-anaknya....

Bukan juga seorang ahli akademik mahupun ahli falsafah yg sarat dengan ilmu, teori, prinsip dan falsafah utk menjadi garis panduan kepada anak-anaknya....

Dan bukan juga seorg ahli ketuhanan mahupun ahli sufi yg benar-benar mengenal titik dan garis antara haq dan batil, antara zahir dan batin, antara nyata dan ghaib, antara syariat dan hakikat, antara zat dan sifat, antara TUHAN dan hamba... yg dapat menjadi kiblat kepada anak-anaknya......

Namun, abah seorang ayah yg telah mengajar kami banyak perkara tentang kehidupan; tentang kasih-sayang, tentang kesabaran, tentang ketabahan, tentang kesederhanaan, tentang tolak-ansur, tentang usaha keras, tentang tidak pentingkan diri sendiri, tentang menghormati org lain, tentang redha dan rela, tentang bantu-membantu, tentang jimat-cermat....

Juga tentang lebih banyak memberi drp menerima, lebih banyak mendengar drp bercakap, lebih banyak buat drp melihat, tentang di mana keutamaan dlm keperluan dan kehendak, tentang apa itu pengorbanan, apa itu tanggungjawab, apa itu keluarga, apa itu saudara........ itu sudah cukup untuk kami anak-anakmu meniti kehidupan ini sebagai manusia yg tidak sia-sia hidupnya, tidak merana matinya.....

Kaklong,
Kuala Lumpur.
20 Jun 2009.

------------------------------------------------------

NOTA:

ALLAH itu Maha Kaya kerana..........

-DIA tidak menjadikan abah no.1 kerana tak mahu kami semuanya datang bergolek dan tak mahu kami jadi manusia yg mementingkan diri sendiri....

-DIA tidak menjadikan abah no.2 kerana tak mahu kami jadi tamak haloba, iri hati dan dengki sesama adik-beradik....

-DIA tidak menjadikan abah no.3 kerana mahu kami usaha sendiri dan kenal erti susah sblm senang... supaya kami tahu betapa susahnya utk mendapatkan sesuap nasi....

-DIA tidak menjadikan abah no.4 kerana tidak mahu kami terikat dengan teori dan falsafah abah... supaya kami dapat pilih jalan dan haluan kami sendiri (dgn sokongan dan dorongan abah!)....

-DIA tidak menjadikan abah no.5 kerana DIA LEBIH MENGETAHUI.... mungkin kerana DIA mahu temukan saya dengan org yg dapat mengajar saya ttg itu semua.... muahaha.........

-Dan DIA menjadikan abah sebagaimana abah kami kerana DIA mahu kami kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai kehidupan..........

WALLAHU A'LAM...

-----------------------------------------------

Untuk kisah abah yg pernah saya tulis boleh tgk di sini:

Abah saya

Lagi tentang abah saya

dan sebagai update, abah saya kini kembali berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Kelantan di Kota Bharu, setelah 3 tahun berkhidmat di JUPEM Jajahan Machang.. sblm tu 4 thn abah berkhidmat di JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya..

Abah (FIL) saya pula kini berkhidmat di Balai Polis Kota Bharu (stat Oktober thn lps).. sblm ni di Balai Polis Baling dan Alor Setar (selama hampir 30 tahun duk Kedah)...

Mereka adalah abah-abah yg hebat bagi kami!!!

No comments: