Friday, June 25, 2010

Beberapa aksi dan ekspresi...

chekmek Auliya yang sempat dicapture oleh Cikna (Atin)...











p/s: semua gambar berlatarbelakangkan tilam.. haha..

p/s: marathon buat entry sbb semua gambar dari henset Atin.. kot nanti tak sempat amik.. huhu..

Satay Osman Baung

Satay yg famous amous di Kelate... Pernah masuk Majalah 3 thn lepas kot... Cawangan dia pun byk betul skg..



buah sukun goreng pun ada..


Makan2 adalah sempena Atin nak masuk UiTM hari Ahad ni.. Ditaja dari jauh oleh Eming... Thank you so much Eming... hehe..

Auliya in Sunny Baby Minky (velcro)

Ikhlas cakap, saya suka CD ni!!

cute pinky loves

little blogger.. huhu..


suka sgt buat mcm ni...

risau takut tertonggeng...

Auliya in Autumnz CD

Gambar aje yer.. review CD ni akan dibuat kemudian, suatu masa nanti.. huhu..

berdiri

berdiri

duduk

dari belakang

dari belakang (CD ni agak menggelembung kat belakang)

Nota: Gambar diambil ketika CD ni dah 3-4 jam dipakai (baru teringat nak amik gambar.. huhu)

Auliya in mommyandbebe CD

Susah betul nak tangkap gambar si chekmek ni, asyik bergerak aje.. Ni aje yg dapat...

Setting M

Jumpa pengetip kuku, nak ketip sendiri kuku dia.. huhu..

gambar belakang

berdiri

Setting M fits her very well.. Elastik dekat paha pun ok, ngam2 dgn paha anak saya yg tak berapa KFC tu... heheh..

p/s: Saya suka CD ni sbb insert dia panjang n berbutang mcm Dyana CD.. Saya mmg lipat insert tu kat depan tp insert yg dimasukkan tu sy bg tak rapat sampai ke hujung depan sbb anak sy byk berdiri skg (bkn mcm time meniarap/ menyulur dulu yg basahan byk ke depan)...


Wednesday, June 23, 2010

Mommyandbebe cloth diaper

Ini adalah Mommyandbebe cloth diaper yg saya terima daripada Mommyandbebe.com sbg hadiah giveaway yg lalu. Dah sebulan lebih sampai kepada saya, tapi sbb byk aral (dan keadaan yg tak mengizinkan) ni baru boleh amik gambar CD ni and upload ke blog.

Ni pun gambar dari henset je.. Sorry kalau kualiti gambar tak memuaskan. So saya mohon maaf dari Puan Rahimah sbb lambat masukkan gambar CD ni. Gambar anak saya memakai CD ni akan diupload nanti... insya-Allah.

warna peach sebagaimana yg saya 'request'.. velcro closure..

insert dan pocket diaper (material PUL mcm Lunatots punya PUL)

cutting CD ni looks OK.. Insert pun berbutang (button insert) mcm insert Dyana CD

pelekat velcro dgn laundry tab. bhg pocket opening yg bergetah mcm CD QQbaby/ sunny baby minky

innernya adalah drpd material polar fleece, mcm fleece biasa tp lagi lembut dan kain dia lagi tebal.. bhg dlm kain tu lain (berbeza) dari inner fleece Coolababy..

PERBEZAAN DGN COOLABABY


Add Image

Keseluruhannya... daripada pemerhatian dan pendapat saya, kira OK la CD ni, ada juga kelainannya... Siapa yg berminat utk mencuba CD ni boleh dapatkannya dari Mommyandbebe.com.

Sekian, terima kasih!

Monday, June 21, 2010

A small celebration

Satu sambutan kecil2an dari kami utk abah sempena hari bapa (dan hari ibu yg tak sempat celebrate utk umi hari tu).. Kira 2 in 1 la ni... hehe... Masa mother's day hari tu kan aku tak balik kelate... Tp ida n atin ada la bg hadiah kat umi.. n utk abah ni pun mereka awal2 lagi dah prepare hadiah.. (adik2ku yg sungguh baik.. huhu)

Ni hari Jumaat hari tu lagi... on the spot je, tak well-planned pun sebenarnya. Cadang nak beli kek utk abah on father's day.. at last jadi PaMa's day.. ok la tu.. heheh..

Buat hari Jumaat (ptg) sbb mlm tu atin dah kena naik bas gi Johor n wanie pulak dah nak gi asrama hari sabtu... So tepaksa celebrate awal la father's day..

Kebetulan pagi tu aku ngan ida buat kek batik.. Ptg tu buat apa yg sempat n apa yg patut jer la.. hehe..

Kira mcm suprise gak la utk umi ngan abah, sbb ptg tu umi ngan abah gi kenduri.. Diorg balik2 kami dah siap semua ats meja...

kek dari kedai kek Muhibbah yg sedap

ada buah timun (tembikai), nangka yg manis dari pokok dekat rumah kami, dadih yg ida buat hari sblm tu.. air gas dan tisu tu hanya sbg perhiasan.. huhu..

our bisekut batik (mesti buh kacang n bijan)..

air fruit cocktail

our umi n abah (potong kek sama2 la..)

semua yg ada hari tu.. aku tukang amik gambar, pakai camera henset atin jer.. tu semua gambar berdiri.. huhu..

so yg takde hari tu eming n mardiah la (serta pasangan/ keluarga mereka)... Eming duk kat Mekah masa tu, ada keje kat sana, sempat lagi dia buat umrah... Mardiah plak duk kat Bintulu la (baru masuk rumah baru mereka).. Oh ya, Abelong mereka (abah zukhruf n auliya) pun takde on that day, sbb duk kat KL.

Oh ya, masa duk prepare utk makan2 hari tu, adik saya Fatin dapat tau (cek dlm intenet) yg dia dpt proceed buat law dekat UiTM shah alam. Alhamdulillah. sblm ni dia buat asasi law dekat UiTM dgn result 3.92.. Harap2 ada la lawyer dlm keluarga kami nanti.. huhu..

Akhir kata, syukur kepada Allah swt ats segala nikmat dan rahmat-Nya.. semoga keluargaku dlm lindungan Allah selalu..

p/s: Actually hari sblm tu kami dah buat makan2.. umi n ida masak laksa penang (yg sedap hingga ke titisan terakhir.. huhu).. ajak family nik (mak sedara) n tok ayah dtg...

Untuk abah...

(saje nak tepek balik nukilan yg dibuat tahun lepas.. huhu)

Abah,

Walaupun abah bukan seorg menteri, mahupun seorg YB yg dapat memberikan segala kelebihan, keistimewaan dan kedudukan selesa kepada anak-anaknya.....

Bukan seorg hartawan yg punya segala macam harta dan aset, di merata-rata tempat; dalam dan luar negara utk ditinggal dan dibahagi antara anak-anaknya....

Juga bukan seorang millioanaire, ape lagi billionaire yg dapat memberikan SEGALA kesenangan dan kemewahan dunia utk anak-anaknya....

Bukan juga seorang ahli akademik mahupun ahli falsafah yg sarat dengan ilmu, teori, prinsip dan falsafah utk menjadi garis panduan kepada anak-anaknya....

Dan bukan juga seorg ahli ketuhanan mahupun ahli sufi yg benar-benar mengenal titik dan garis antara haq dan batil, antara zahir dan batin, antara nyata dan ghaib, antara syariat dan hakikat, antara zat dan sifat, antara TUHAN dan hamba... yg dapat menjadi kiblat kepada anak-anaknya......

Namun, abah seorang ayah yg telah mengajar kami banyak perkara tentang kehidupan; tentang kasih-sayang, tentang kesabaran, tentang ketabahan, tentang kesederhanaan, tentang tolak-ansur, tentang usaha keras, tentang tidak pentingkan diri sendiri, tentang menghormati org lain, tentang redha dan rela, tentang bantu-membantu, tentang jimat-cermat....

Juga tentang lebih banyak memberi drp menerima, lebih banyak mendengar drp bercakap, lebih banyak buat drp melihat, tentang di mana keutamaan dlm keperluan dan kehendak, tentang apa itu pengorbanan, apa itu tanggungjawab, apa itu keluarga, apa itu saudara........ itu sudah cukup untuk kami anak-anakmu meniti kehidupan ini sebagai manusia yg tidak sia-sia hidupnya, tidak merana matinya.....

Kaklong,
Kuala Lumpur.
20 Jun 2009.

------------------------------------------------------

NOTA:

ALLAH itu Maha Kaya kerana..........

-DIA tidak menjadikan abah no.1 kerana tak mahu kami semuanya datang bergolek dan tak mahu kami jadi manusia yg mementingkan diri sendiri....

-DIA tidak menjadikan abah no.2 kerana tak mahu kami jadi tamak haloba, iri hati dan dengki sesama adik-beradik....

-DIA tidak menjadikan abah no.3 kerana mahu kami usaha sendiri dan kenal erti susah sblm senang... supaya kami tahu betapa susahnya utk mendapatkan sesuap nasi....

-DIA tidak menjadikan abah no.4 kerana tidak mahu kami terikat dengan teori dan falsafah abah... supaya kami dapat pilih jalan dan haluan kami sendiri (dgn sokongan dan dorongan abah!)....

-DIA tidak menjadikan abah no.5 kerana DIA LEBIH MENGETAHUI.... mungkin kerana DIA mahu temukan saya dengan org yg dapat mengajar saya ttg itu semua.... muahaha.........

-Dan DIA menjadikan abah sebagaimana abah kami kerana DIA mahu kami kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai kehidupan..........

WALLAHU A'LAM...

-----------------------------------------------

Untuk kisah abah yg pernah saya tulis boleh tgk di sini:

Abah saya

Lagi tentang abah saya

dan sebagai update, abah saya kini kembali berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Kelantan di Kota Bharu, setelah 3 tahun berkhidmat di JUPEM Jajahan Machang.. sblm tu 4 thn abah berkhidmat di JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya..

Abah (FIL) saya pula kini berkhidmat di Balai Polis Kota Bharu (stat Oktober thn lps).. sblm ni di Balai Polis Baling dan Alor Setar (selama hampir 30 tahun duk Kedah)...

Mereka adalah abah-abah yg hebat bagi kami!!!

Sunday, June 20, 2010

Gelora Beach Resort

Dalam cuti sekolah lepas, saya telah berkesempatan ke Gelora Beach Resort dekat Bachok, Kelantan.

Actually ada kem motivasi utk murid tahun 4, 5, 6 sekolah tempat umi saya ngajar.. adik saya Ida pun kan ngajar kat situ jugak.. Manakala adik saya Fatin ngan Wanie pulak jadi facilitator utk budak2.. so saya je la yg tak berkenaan yg ikut "nyepa" dekat kem tu.. haha... apa nak kesah, saya kan bekas guru sekolah tu...

Kami semua (familyku) duk dalam 1 chalet, manakala guru2 lain dlm chalet lain. so, mmg best la... selama 2 mlm kami tido kat situ..

auliya kat tepi pantai

seronok!!


dgn abang..


tgh tunggu hidangan utk makan ptg.. best mkn kat sini sambil menikmati angin pantai..

turun sendiri.. huhu

zukhruf n cikda

ayahsu (amir), salah sorg peserta kem.

p/s: utk gambar2 lain lagi blh tgk dlm FB saya..