Thursday, April 15, 2010

Mardhiah kawen...

Alhamdulillah, semuanya dah selamat... adik saya no. 3, Hafsah Mardhiah, 25 dah selamat jadi isteri orang, yakni dah selamat dinikahkan dgn pasangannya Mohd. Aizan M. Nor, 29.

Majlis pernikahan (akad nikah) telah diadakan di Masjid Mukim Kadok pada hari Sabtu 10 April 2010, pada jam 10.00 pagi. Abah sendiri yg telah menikahkan adikku itu... (masa aku dulu abah tak berani sbb gugup.. huhu)

Kenduri kesyukuran telah diadakan pada hari itu juga, Sabtu 10 hb. April... dari jam 12.00 tgh hari hingga 6.00 petang. Semuanya berjalan lancar dgn makanan yg sedap (catering dgn sepupu abah) dan para jemputan yg ramai.. Sungguh meriah!

Adik saya Hafsah seorang jurutera proses (minyak dan gas) di Petronas MLNG, Bintulu manakala suaminya Mohd. Aizan (Ex-SMAP Labu n University Sheffield, UK) pula jurutera di Petronas ABF, Bintulu... Semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat dan rumah tangga mereka yg baru dibina ini dilimpahi rahmat-NYA.... Amin...

2 comments:

Mummy Hanny said...

Set2 orang minyak nih. Alhamdulillah... and congratues to adik k.long dan k.long sbb dpt adik ipar baru!

kaklong nuzula said...

Aah org minyak.. huhu.. Adik ipar sebaya ngan kita chik...