Tuesday, April 6, 2010

Bisnes online (part 2)

Bagi sy biz online ni byk kelebihannya kepada penjual/ pemilik perniagaan online dan pembeli/ pengguna yg beli barang secara online...

Antara kelebihan kepada penjual;

- boleh bekerja dari mana saja, asalkan ada barang yg nak dijual, ada komputer dan internet connection dan ada pejabat pos berdekatan utk pos barang. Ataupun kalau stok takde dgn kita pun takpe, boleh buka pre-order dulu utk tgk sambutan n then baru kita amik barang tu...

- takyah sewa kedai.. duk rumah pun boleh (sambil masak, basuh kain or jaga anak.. huhu)..

- modal yg rendah dan kos yg minimum utk memulakan perniagaan...

dan lain-lain lagi (malas nak senarai, kang nanti jadi mcm karangan SPM plak.. Sy ni pantang mengarang.. huhu)..

Untuk pembeli/ pengguna pula, mereka tidak perlu keluar ke kedai utk membeli barang yg boleh dibeli secara online (mcm baju2 budak, barang HPA dsb). Barang yg dipesan itu akan sampai di depan pintu setelah bayaran dibuat. Tidak perlu mengeluarkan wang utk minyak kereta, bayar tol dan parking!!!

Satu lagi kelebihan beli barang online, kita cam ala-ala gembira (hati kita berbunga2!!) dan tak sabar tunggu barang sampai.. Kununnya mcm hadiah yg org hantar utk kita (padahal kita yg bayar.. huhu)...

Pada saya, bisnes online tak jauh bezanya dgn perniagaan konvensional, cuma jauh lebih mudah... Tak perlu menjerit "jual.. jual.. jual" dan tak perlu menghabiskan masa sehari suntuk utk menjaga kedai (yg semestinya penat, tak boleh tidur bila rasa nak tidur.. haha)...

Kelebihannya yg lain lagi, org dari mana saja boleh beli barang dari kita, dari mana-mana negeri dalam Malaysia, mahupun dari luar negara juga boleh....

Kita juga tidak perlu menyimpan tunai yg banyak dan pergi ke bank setiap hari/ setiap minggu utk menyimpan wang tunai... Wang yg dibayar terus masuk ke dlm akaun bank kita dan kita boleh cek pada masa tu jugak (ohh, sungguh mudah skg, klik2 aje duit masuk, klik2 aje duit keluar.. huhu)...

Jika nak buat belian/ tambah stok pun kita boleh beli dan buat bayaran kepada supplier secara online juga...

Satu kelemahan bisnes online, pembeli hanya lihat gambar sahaja dan tidak dapat pegang barang tersebut... Mungkin juga berlaku "indah gambar dari rupa"... huhu... Dan mungkin juga berlaku penipuan yg disengajakan.. Ohh.. tidak!!

Pada saya, bisnes online TIDAK BERTENTANGAN DENGAN HUKUM ISLAM, asalkan...

- tidak berlaku penipuan

- penjual mmg wujud (huhu) dan barang yg dijual juga wujud

- pembeli dan penjual sama2 setuju dgn harga barang dan redha serta ikhlas dalam urusan jual beli itu, juga masing2 setuju dgn syarat jual beli (caj pos, masa penghantaran, cara bayaran dsb)

- ciri2 barang yg dijual itu diberitahu sepenuhnya... dgn gambar sekali... Tiada unsur sorok keadaan yg sebenar.. Maknanya kalau preloved (terpakai) bgtau preloved... Kalau ada kerosakan kecil/ kotor sket bgtau la..

- ada jaminan kalau barang rosak (sedia rosak/ kerosakan dr kilang) boleh ditukar ganti...

- penjual boleh dihubungi (ada nama, no. tepon, email atau alamat)

Seboleh-bolehnya penjual mestilah JUJUR dan pembeli juga JUJUR, barulah jual beli dpt berlangsung dgn adil dan saksama (win-win situation)... Dan insya-Allah ada keberkatannya...

Saya pun masih baru dlm biz online ni, tak dapat nak komen banyak psl jual beli dekat ebay dsb (yg berkonsep lelong).. Kalau dekat mudah.my sy rasa takde masalah, sbb tu hanya sbg media pengiklanan... Ni ha jumpa pun...

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay

Kalau nak tahu lebih lanjut silalah google yer..

Akhir kata, semoga apa pun yg kita lakukan mendapat redha dan restu ALLAH SWT.. Semoga tiada sedikit pun unsur TIDAK SAH/ TIDAK HALAL/ SYUBAHAT dlm apa jua urusan hidup kita... Wallahu a'lam...

6 comments:

Mommy Lyna said...

salam kak long

nice entry :)

apo2 pun setiap bisnes tu bukan mudah kan. walaupun online tapi bila berurusan dengan customer, mcm2 perangai ada. ado yg beli barang RM20 tapi demand macam dia beli barang RM2000. tapi apo2 pun itulah dia penyambung mata pencarian kita hehehe.

good luck kak long!

Fith said...

kaklong,
entry yg menarik.mmg betul dan tepat sekali,hehe...

moga kita semua berjaya dlm bisnes2 kita yer,amin....

Kaklong Nuzula said...

Mommy Lyna ~ Thanx singgah sini.. Itu la, mmg bukan mudah. Utk dpt duit takde benda yg mudah.. huhu.. Paling tidak semua memerlukan sedikit usaha dan pengorbanan...

All the best utk mommy Lyna jugak.. Insya-Allah, murah rezeki Hafiy n Fahry... :)

Kaklong Nuzula said...

Fith ~ Mmg betul dan tepat ke? Hehe.. Thanx.. Taip apa yg keluar kot tangan ni jerk :D

Fith pun all the best.. Semoga murah rezeki anak2...

Wan Anie said...

jalan2 tengok kedai siti kaklong tadi... tup2 datang rumah ni plak....

tetiba anak meragam, dah lupa apa nak tulis tadi...lain kali lah yer...

Unknown said...

wah entry yang padat dan informatif.. tak pernah pulak terfikir perniagaan online ni dari segi hukum... thanks..

hm kalau siapa2 nak buat kedai online, pergi je ke www.lot.my.. kat situ senang nak buat kedai online.. dahla free je..