Friday, April 30, 2010

Memulakan perniagaan secara online...

Apa yg perlu?

1. Komputer dan internet connection.

2. Modal (ya, sedikit modal).

3. Barang atau perkhidmatan utk dijual. Kalau nak jual brg, perlu cari pembekal (supplier) utk brg tersebut.

4. Akaun bank (biasanya CIMB atau Maybank) dan mendaftar utk online banking/ perbankan internet.

5. Tapak sbg tempat utk mengiklankan barang/ perkhidmatan anda. Blh iklan di tapak pengiklanan percuma spt mudah.my, olx. Juga blh buat blog/ gunakan facebook. Anda juga blh mempunyai hosting/ domain sendiri (bila dah serious la).

6. Buku/ fail utk merekod duit keluar masuk, stok dll.

7. Perkakas/ peralatan utk membungkus barang spt kertas minyak (brown paper), pen, marker, pisau, gunting, salotape, envelope, kotak dsb.

8. Masa dan kesangggupan (utk menguruskan order dan penghantaran brg).

Sebelum memulakan perniagaan online...

1. Survey dan lakukan sedikit research ttg barang yg nak dijual tu, survey harga pasaran, permintaan. Juga survey caj penghantaran/ kadar pengeposan dll.

2. Cari supplier yg dapat bg harga terendah dan pertimbangkan beberapa perkara.

3. Decide utk gunakan servis penghantaran dr sykt kurier yg mana, spt Pos Malaysia, SkyNet, Kangaroo, GDex dsb.

Ada sesiapa nak kongsi pengalaman? Silakan....

Buat anakanda Zukhruf.....

(ini gambar lama)

Rajin-rajin gi sekolah...

Belajar rajin-rajin... Biar cepat pandai..

Rajin-rajin baca Quran dgn TokMi..

Dengar cakap TokMi, TokBah, CikDa dan dgr cakap cikgu....

Kawan baik2 dekat sekolah. Jgn bergaduh dgn kawan. Jgn 'ngenak' orang..

Nanti umi, abah dan adik Oliya balik rumah TokMi, kita jumpa... Abang sentiasa di hati umi, abah dan adik Oliya... Jgn nangis2...

Mlm tadi cakap dgn Zukhruf (via talipon). Dia suruh CikDa dia call.. Katanya, abg rindu kat umi, adik.. Bila pulak umi nak balik?? Abang rindu sgt (suara dah mcm nak nangis)...

Huhu... Umi pun rindu kat abang.. Tapi abg sabarlah.. Abg kan anak laki, mesti kuat... Abg duk la dgn TokMi dulu, nanti bila keadaan dah stabil abg duk dgn umi, abah ngan adik... Lagipun itu kan pilihan abg nak sekolah dekat TokMi... Huhu...

Ya Allah, berikan aku kekuatan utk melalui hidup ini... Satu persatu ujian-Mu telah ku lalui... Hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku meminta dan hanya pada-Mu aku memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yg terbaik, selesaikanlah segala urusan hidup kami... Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan yg Maha Berkuasa, yg menguasai langit dan bumi.. yg berkuasa atas segalanya.. dan aku hanyalah hamba-Mu yg lemah...

Wednesday, April 28, 2010

CD Autumnz ini dah sampai!!


Alhamdulillah, buat pertama kalinya (setelah byk kali percubaan utk mendapat CD free.. hehe).... akhirnya saya telah menang (menang ek?) April giveaway yg dianjurkan oleh Sentuhan Bayu dan telah mendapat CD Autumnz White Safari yg berharga RM 43.00 ini secara percuma.. Baru je sampai tadi.. Masih panas lagi...

Pantas betul Puan Lily. Very good job!! Iyer la, tarikh tutup 25 hb. 26 hb. saya mendapat email dari beliau yg bagitau saya menang, 27 hb. (semalam) terus pos dan hari ni 28 hb. sampai kepada saya dgn selamat.. Very pantas lahhh!!!

Kepada sesiapa yg nak beli CD Envibum yg sgt marvellous ini boleh la beli di Sentuhan Bayu Online Shop.



FYI, Sentuhan Bayu adalah reseller sah Envibum.. Satu2nya di Malaysia... Boleh tgk di sini.

So, cekidaut...

p/s: Dapat less utk CD Envibum itu pun masih tak mampu lagi nak beli.. Harga 3-4 guni beras yg tahan beberapa bulan.. huhu...

Tuesday, April 27, 2010

Makan-makan

(Ini adalah backdated entry).

Bertempat di rumah Tokmi n Tokbah masa kami balik Kelate hari tu, sebelum kenduri kawin Mardhiah lagi (awal bln 4 aritu)...

Makan2 ini adalah sempena;

1. Birthday Auliya pada bln Mac aritu (genap setahun!)
2. Sbg tanda syukur Zukhruf dah sihat (lps kena chicken pox selama 2 mggu, 11 hari dlm wad).. Panjang citenya... Sape yg kawan dgn saya dlm FB tahu la..
3. Saje nak makan2, sbb berkumpul adik-beradik. Nak jamu adik2ku makan.. huhu..


Alhamdulillah, syukur sgt Zukhruf dah sihat, setelah melalui detik2 sukar... Gelang hospital dekat tgn pun tak buang lagi tu.. Amik gambar zukhruf je sbb chekmek molek tu duk merengek2 masa ni...

Zukhruf n Auliya (taktau nak tulis apa)

Kek turut disponsor oleh Mummy (Mardhiah) n Cikda (Ida adekku)... Apa lagi, makan aje la... Ingatkan byk sgt kek ni (risau tak abis), rupa2nya cukup2 aje utk kami.. Muahahaha... Kata Atin, jgn under estimate.. haha...

p/s: Masa nak beli kek tu la first time saya gi KB MALL setelah kejadian bumbung runtuh aritu.. Takut jugak nak gi.. haha...


Sunday, April 25, 2010

CD terbaru di pasaran (Malaysia)

Yer, masih agak panaszzz di pasaran Malaysia... Di Malaysia yer, di luar Malaysia saya tak tahu..

Perhatian: Untuk cuci mata sahaja!!


1. Coolababy Dyeable Bamboo Charcoal

(pic credit to clothdiapersmurah.com - Indonesia)

Inner berwarna kelabu drp serat buluh (dan dicampur arang????). Insert microfiber mcm Coolababy biasa (tp katanya lebih tebal dan lebih bagusss????)

(pic credit to clothdiapersmurah.com - Indonesia)
Warna butang yg sama seperti outer layer (PUL)

(pic credit to clothdiapersmurah.com - Indonesia)
Boleh melepaskan sinar infrared???

Semua 13 warna

(pic credit to mudah.my)

HARGA PASARAN RM35 - RM38.

2. Little Comfort CD

(All pics credit to lilcomfort.blogspot.com)

(cloth diapers with leakguards mcm pampers)

Nampak mcm bulky, maybe sbb pakai 2 insert ni.

Nampak mcm ok, tapi tak tahu la bhg leakguards tu tahan lasak ke tak... Tahan tak getah dia, takut mudah kendur/ koyak... But sape berminat blh give a try... Mungkin berkesan utk menghalang kebocoran...

Minky snap button

Minky velcro

outer layer PUL (velcro)

outer layer PUL (snap button)

p/s: Sudah lama saya mengimpikan CD yg ada leakguards, mcm Rumparooz. Setakat ni rasanya Rumparooz je yg ada leakguards... Ingatkan susah nak buat leakguards ni, tak sangka blh gak buat... Cam tak sabar nak tgk n nak test CD ni...

3. Bamboo CD by MANJAKUHAPPY

(pic credit to manjakuhappy.blogspot.com)

Menurut Mak Ammar (owner Manjaku Happy), CD ni takde brand.

If I'm not mistaken mcm Wuddah, Bamboolite, HATIO (?). Warna pun sama rasanya....

Utk maklumat lanjut sila ke http://manjakuhappy.blogspot.com/. Juga ada yg velcro (2 jenis). Ada juga yg insert je bamboo, inner microfleece.. Tgk sendiri la ek...

Bila diri diuji...............

Tak kiralah apa bentuk ujian yg mendatangi kita, haruslah...

1. Sabar, sabar dan sabar... Walaupun kita rasa dah tak boleh sabar lagi, tetaplah juga sabar... kerana setiap titis kesabaran itu ada imbalannya!!!

2. Syukur (ye, tetap kena syukur sbb ramai lagi manusia yg lebih berat ujiannya)

3. Byk2 ingat Allah, kerana semua itu dari-NYA. Setiap yg berlaku ada hikmahnya...

4. Dekatkan diri kepada Allah (solat sunat, baca Quran, zikir).. Sesungguhnya DIA tidak akan menghampakan kita...

5. Lakukan sesuatu yg mengembirakan, pegi jalan2, shopping, makan (yg best2.. haha), buat apa yg boleh redakan stress/ tekanan.. Paling tidak pun tgk muka anak, mesti lupa masalah...

6. Duduk dgn org yg kita sayang, yg juga sayang kita, yg care kita, mcm family n frens...

7. Pandang ke hadapan, hidup ini masih panjang... Teruskan hidup dgn ikhlas.... Sesungguhnya ikhlas itu rahsia Allah dan Allah amat memandang orang yg ikhlas...

Semoga ALLAH bersama kita semua.............

p/s: Sesungguhnya hidup ini tidak lepas dari ujian dan dugaan.... Semuanya utk menjadikan kita mengerti hakikat kehidupan dan lebih kenal Sang Pencipta yg Maha Agung...

April Giveaway by Sentuhan Bayu

Powered by BannerFans.com

Jalan-jalan dekat blog Puan Lily, Sentuhan Bayu dan telah menerjah online shop beliau yg baru saja beroperasi, lantas terjumpa giveaway yg hadiahnya CD.. So, apa lagi????

sentuhanbayu.biz

Sebagai info, Sentuhan Bayu amat menyokong "green and natural parenting"... Terdapat pelbagai artikel dan info ttg "green" dan cloth diapers di blog beliau...

Ya, seperti Puan Lily, saya juga amat menyokong kita menjadi ibu bapa dan warga manusia yg lebih "green" utk bumi yg lebih HIJAU... dan saya juga amat menyokong "natural parenting" iaitu keibubapaan alami dgn gaya hidup yg lebih "natural"...

Penyertaan ini adalah utk Week 3.

Hadiahnya:

AUTUMNZ Blue Safari Diaper worth RM43


Ending 25th April (today!!!!)...

Syarat2nya:

1) Become our Fan in Facebook
2) Become our Follower in Blogger
3) Follow our Tweet
4) Link Us to your blog or site
5) Write about us in your blog or site
6) Do any of the above & email us (sentuhanbayu@gmail.com) with a title “I love Sentuhan Bayu”

p/s: Ku mahu CD Autumnz ini.. Dah lama berkenan.. huhu..

Saturday, April 24, 2010

Induction cooker

Entry ini khas utk Nik Teh (yg tgh buat pertimbangan utk membeli induction cooker)...

Ni induction cooker yg digunakan di rumah family saya. Rasanya dah hampir sethn kot guna...

Masak bubur pulut hitam..

Singgang daging


Induction cooker AOWA n puyuk (periuk) pun set AOWA

Kelebihan induction cooker

1. Takyah penat2 'gonyoh' puyuk (hehe)..
2. Tidak menggunakan api!! Takyah beli tong gas... (Tapi kami stil guna dapur gas pun)
3. Menjimatkan (ye kot)
4. Kalau leka (air kering/ nak hangit) dia akan bunyi...
5. Lagi cepat masak...
6. Gaya baru, trend terkini (kalau malas lagi masak tak tahu la)

Oh ya, periuk tu kalau pegang tak panas pun (tapi apa yg kita masak panas la)... Dapur tu pun, dekat tempat letak periuk tu je yg panas...

Pendapat ikhlas saya...

Kalau ada duit lebih, why not? Saya pun nak induction cooker cam ni kalau duk umah sendiri.. huhu... Manyak best la!! Skg mayb ada yg lagi murah... Survey dulu la baru beli..

Kat rumah (family) sy byk barang AOWA; microwave, water filter, vacum, multipurpose cooker (3 in 1 cooker), pengukus letrik, set sauna, chopper (yg mcm blender tu) pun AOWA... Setakat ni barang2 dia semua ok, cuma harga la yg tak best...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT INDUCTION COOKER AOWA

p/s: Semangat gali balik entry lama, nak tepek balik gambo2 ni utk tatapan Nik Teh...

RM 1.00 pada hari ini....

Apalah yg dapat dibeli dgn seringgit pada hari ini???

Selain gula2 biasa 20 bijik...

Cikulat 10 sen satu 10 bijik...

Keropok lekor 4-5 batang

Dadih?? Taufufa??

Kuih 2 ketul....

Roti canai biasa/ roti kosong sekeping...

Nasi lemak yg ada berapa ekor ikan bilis yg boleh kira, yg 4-5 suap dah abis (huhu)

Air RM 1.00 yg kdg2 tawar 'hebey'...

Air kotak pun tak cukup dgn RM 1.00.. Apa lagi air tin?!!

Ya, apa lagi yg boleh dibeli dgn seringgit pada hari ini???

p/s: Entry saja-saja di tgh mlm....

Thursday, April 22, 2010

Kenduri di perak

Ni ada beberapa pics kenduri belah laki di Perak. Gambar dari henset adik saya n ada dari FB Makcik Mah (Pakcik Ti)... Gambar dari 1 kamera lagi belum dapat, so ni je la yg ada...

Di guest house, sblm bertolak ke bagan datoh.. Pengantin diarak dgn merc (pengantin je la naik merc.. huhu)...

Lama gak berkumpul atas titi ni sblm bunyi kompang... huhu.. Nasib baik tak roboh...

The pengantin...

Cantik gak baju kawen Mardiah yg ni, dijahit khusus utknya. Yg laki pun...

Bagai pinang dibelah dua ke tak?????? haha.. Boleh la Yah..

Makan-makan. Sy pun makan kat meja khas utk family ni jugak, tp tak nampak sbb belah depan...

Dgn umi n abah (gambar dr henset je ni)

Our family pada hari itu... Si chekmek Auliya paling belakang laks..

Dgn family Pakcik Ti (MSO)


p/s: Kepada Mardhiah n En. Aizan, selamat berlepas ke KK esok utk honeymoon sblm pulang ke Bintulu n start a new phase of life... May both of u live happily... Murah rezeki tu jgn lupa dekat Kaklongmu ini serta anak2 sedaramu.. hihi...

Wednesday, April 21, 2010

Kenduri belah laki

Saya dah balik KL setelah berada di luar kawasan selama 10 hari... hehe..

Setelah kenduri kesyukuran sempena perkahwinan adik saya berlangsung dgn jayanya (alhamdulillah), lps tu sy berada di rumah mertua di Tal 7 pula selama 2 hari... Lps tu balik ke rumah family sy semula sbb Zukhruf sekolah...

Hari Jumaat lps, pagi2 lagi kami bertolak ke Teluk Intan utk 'ngatar' adik sy bg kenduri belah laki pada hari Sabtu 17 April. Kami konvoi 4 buah kereta dari Kelate... Lalu kot Gua Musang - Lojing n Cameron Highland (lalu je la)... Kami sampai di Teluk Intan dah petang...

Mlm itu kami bermlm di Guest House Teluk Intan... Semua 7 bilik disewa.. Mak sedara saya, Su n family dtg dr Kuala Kangsar, pun bermlm di guest house tu jugak...

Mmg meriah la guest house tu dgn kitorang... Jadi mcm family gathering laks.. Dpt jumpa pakcik makcik n sepupu2 yg dah lama tak jumpa... Mmg meriah la.. Budak2 laki duk satu bilik.. penuh bilik tu... yg kecik2 pun nak duk kat bilik tu gak.. haha.. yg anak2 dara lak 1 bilik...

Mlm tu kami dijemput utk makan malam di rumah PakLang kpd Aizan (pengantin laki)... Agak terkejut gak tgk rumahnya.. Ingatkan org biasa2 aje.. Rupa2nya beliau org 'ada2' juga (patut la beliau yg sponsor bas n hotel rombongan mereka ke Kelantan baru ni n guest house kami pun beliau yg sponsor)... So kami pun makan la sehingga kenyang.. haha.. (sbb mmg lapar hari tu, dgn perjalanan yg jauh)...

Esok tu (keesokan harinya hari Sabtu) dlm pukul 11.30 pagi kami meninggalkan guest house dan bertolak ke Bagan Datoh. Dlm 30-40 minit perjalanan. Kami berhimpun di masjid yg berdekatan tempat kenduri. AyahYi dan PakCik Ti sefamily yg dari KL juga dtg utk 'ngatar' pengantin perempuan... So ramai gak la rombongan kami...

Kami telah disambut dgn penuh meriah.. Oh ya, kenduri itu diadakan di rumah Opah Encik Aizan (di Bagan Datoh tu) sbb ibu beliau juga tinggal dgn Opahnya setelah bapanya meninggal dunia (rumah mereka sebenarnya di Kedah)...

Dan makan la kami dgn hidangan org Bagan Datoh... Dah abis makan... sembang2.. jumpa sedara mara pengantin laki... dan setelah menerima cenderahati, bergambar kenangan... kami semua pun pulang... Saya pun kembali ke KL sementara keluarga saya yg lain kembali ke Kelantan...

Tamatlah sudah alkisah kenduri kahwin Mardhiah adekku... Apa yg saya harapkan agar rumah tangga mereka diberkati Allah SWT, dgn dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmat-NYA.... Moga cepat2 dapat anak sedara baru.. hihi...

Pssttt... adik sy dan encik Aizan tu kiranya bercinta lps kawin.. sbb tu malu2 meowww.... haha.. Mereka kenal brp bulan je sblm ambil keputusan utk kawin...

p/s: Balik KL tgk2 kabel intenet tertinggal kat Kelate lak.. Suh abah poslaju.. Lps tu tgk2 tak blh gak intenet.. Rupa2nya sbb tak bayar.. Isk.. maxis bb ni, org lupa la nak bayar sbb balik kampung aritu, terus dia sekat lambat sket jer bayar... huhu..

Thursday, April 15, 2010

Part 4: Hantaran (par)




















p/s: Hanya sbg catatan dan kenangan utk keluarga kami.