Monday, October 25, 2010

Jenis-jenis cloth diaper/ lampin kain

Actually yg ni dah ada dlm blog happy cloth diapering saya tp saje nak tepek lagi sekali kat sini.

Ini adalah jenis2 sistem lampin yg ada..


(sila klik utk besarkan imej)


Untuk kak niya yg tanya saya AI2 tu mcmana. AI2 adalah all-in-two, soaker dgn cover/ shell dia asing2.. Soaker (penyerap basahan) tu kita letak kat atas, kena attach dekat inner lampin/ CD tu. Maknanya kalau soaker basah kita tukar soaker jer la. So, cover tu boleh pakai balik kalau tak kotor.

Contoh CD AI2 adalah seperti Grobaby/ Grovia, MyEcoNappy (local brand) ataupun DyanaMP easy style. Ada jugak sesetengah CD luar negara dipanggil AIO tp konsep dia mcm AI2 system.

Kalau pocket CD, insert (soaker) kita masukkan dlm pocket (lubang) pada CD tu.

AIO pula insert/ soaker dijahit sekali pada CD tu. Takyah nak masuk2/ letak2 soaker lagi dah. Cuma kalau nak tambah soaker/ insert lain sebagai booster utk tambah daya serapan boleh la. Ataupun kalau nak letak liner (washable liner) dekat atas tu pun boleh utk senang basuh.

Contoh: GroBaby

MyEcoNappy

Mahal betul harga dia (RM105/set) tp mcm byk review biasa2 je..

Utk Puan Lynn Nasir, perasan tak dlm jenis-jenis cloth diaper kat atas tu dia cakap last sekali dekat cover tu, lampin berpoket pun masuk dlm kategori cover. Ada lagi jumpa kat tempat lain cakap mcm tu. Tp mcm yg lynn cakap la, mana2 la.. Asal kita faham konsep dia.. hehe..

Sepatutnya pocket kira pocket la kan... Atau maybe maksud dia pocket pant tu boleh jugak dijadikan diaper cover (mmg ada org buat pun). Kalau kira, cover/ shell grobaby lagi la berfungsi sbg diaper cover kan?

Mcm Flip system n Econobum tu tak tahu la nak masuk dlm kategori mana. Flip tu insert + diaper cover n Econobum, prefold + diaper cover. Ada sesetengah online shop masukkan Econobum dlm kategori prefold (dlm senarai product mereka).

Bagi saya apapun sistem lampin yg kita guna, yg penting kita selesa utk menguruskannya dan yg lebih penting anak kita juga selesa.. huhu..

Nota: Kak Niya adalah bekas jiran kami yg kini tinggal di Bandar Tasek Selatan.. Anak2 beliau adalah kawan zukhruf dulu. Beliau dah ada 4 org anak pun :)

2 comments:

Lynn Nasir said...

salam,

tu la..bila tgk part bwh sekali tu..rasa sedikit pelik sbb dia masukkan pocket diaper ke kategori 'cover'. cover takde sewn-in stay dry inner. itu konsep cover. betul mcm yg awk kata tu, kalau nk diikutkan, shell grobaby lg sesuai jd cover sbb soaker terus letak je atas tu. hmm..

try baca ni nuzula, tgk kat pocket diaper:
http://www.diaperpin.com/dictionary.asp

istilah pocket diaper yg dh lama wujud (since 2000) dan lebih tepat maknanya. wallahualam.

Kaklong Nuzula said...

W'salam lynn.. Itu la.. Nanti sy baca. Tq for the link :)