Saturday, October 23, 2010

Ada apa dgn cloth diaper?

(Sambungan dari entry sebelum ini)

(pic googled)

Mari saya sambung cerita saya... hehe..

Cloth diaper atau CD boleh dikatakan sesuatu yg signifikan dlm hidup saya.. Kerana CD saya jumpa ramai kawan baru.. Kerana CD saya begitu minat dgn konsep natural parenting (keibubapaan alami).. Kerana CD barulah saya ada kesedaran ttg alam sekitar (green living)..

Kerana CD hidup saya lebih 'terisi'... How I live my life tu the fullest.. kihkih... Yer la, sy kan suri rumah.. Dunia saya hanya di rumah ini sahaja (dgn anak2 dan kerja rumah yg tak pernah habis.. huhu)..

Tambahan pula saya tidak mempunyai obsession lain atau minat yg 'melampau' pd sesuatu yg lain. Yer la, kalau org lain mgkin minat memasak, mem'baking', menjahit, tgk tv/ vcd, amik gambar, gardening atau apa2 je la.. Pendek kata, sy tak punya kegilaan lain. Surfing internet/ blogging pun tahap biasa2 je (cuma lps berkenalan dgn CD la baru aktif sket).. Lantas, cloth diaper telah menjadi obsession saya...

Ya, kerana CD saya jumpa minat, passion dan obsession saya.. Dan kerana CD juga saya dapat menjana pendapatan sendiri, walaupun bermula secara kecil-kecilan (alhamdulillah)... Paling tidak, ada juga "duit masuk" setiap hari/ minggu/ bulan... Dapat juga bayar bil internet/ topup henset sendiri.. kihkih..

Pendek kata, kerana CD lah saya telah menceburkan diri dlm bisnes buat pertama kalinya (secara lebih serius) dlm hidup saya.. Byk yg sy baru belajar ttg apa yg dinamakan "perniagaan" ni. Walaupun hanya menjual CD, byk benda belakang tabir yg org lain mungkin tak tahu.. Sungguh signifikan bukan?

Kalau saya tak jual CD, mmg saya tak tahu nak jual apa walaupun bisnes adalah minat saya sejak dari kecil.. Dulu pun mmg dah lama nak bisnes tp taktahu nak jual apa, clueless! Tiada apa yg betul2 menarik minat n kena dgn saya. MLM? Mungkin tidak..

Bagi saya, kalau nak bisnes mmg kita kena jual benda yg kita suka, kita sendiri pakai dan kita sendiri ada pengetahuan ttgnya. Bukan begitu? Lebih baik lagi yg ada kaitan dgn kehidupan kita seharian, sbg ibu bapa atau berkaitan dgn anak2 kita...

Saya pun tak tahu la kenapa lampin budak yg jadi pilihan saya.. Huhu.. Susah nak cakap.. Minat n kesukaan masing2 kan.. Mungkin mereka yg sama line dgn saya atau CD moms yg tahap addicted to CD tu faham la apa yg menariknya cloth diaper ni...

Mmg kerana CD ramai yg saya kenali (selain Nieza dan Mimi Umi Sufira, kwn sy yg ketika tu dah pakai CD utk anaknya).. Antara yg kenal sbb CD; Lynn Nasir, Fith (dekat jepun).. Mereka tu sy jumpa dr google la.. Pendek kata, google-lah yg menemukan kami... hehe..

Mereka yg lain: Marsha, Hanz, Kak Oren, Farhana (CDM), Liza, Nik dan ramai lagi CD moms serta para penjual CD lain yg tak dpt nak sebut semua nama mereka di sini, termasuklah suplier saya... hehe.. Begitu juga dgn customer, ramai juga yg kemudiannya menjadi kawan saya :)

Rasanya begitu seronok dpt jumpa mereka yg satu 'aliran' dgn saya. Juga seronok sgt bila dapat ajak ramai2 ibu untuk berCD dan dapat selamatkan alam sekitar... Pendek kata, byk la yg saya dapat drp benda yg bernama "cloth diaper" ni... Alhamdulillah..

Ikhlas cakap, sy mmg enjoy cloth diapering.. Rasa puas hati dan berbaloi sbb dapat kurangkan sampah dan selamatkan alam sekitar. Seorg bayi yg menggunakan cloth diaper dapat mengurangkan beribu2 lemon pampers tau? Tak pasal2 kerana CD saya jadi seorg pencinta alam.. hihi.. Bagi sy, kesedaran ttg "green living" patut dibawa kepada semua org!

Cloth diaper adalah satu fenomena kpd dunia.. Itu yg boleh saya katakan.. Tak sangka, bidang "perlampinan" ni menjadi satu bidang utk dikaji dan dibangunkan (R&D) dan industri yg mempunyai potensi yg besar kini.

Cloth diaper juga telah menjadi sumber ekonomi keluarga, terutama para WAHM di luar negara. Mungkin juga sebagai sumber pendapatan negara suatu hari nanti. Saya tak tahu la berapa banyak kilang yg bangun kerana industri cloth diaper ni.. Di China lagi mau cakap!

Mungkin juga wujud beberapa pekerjaan baru seperti diaper designer, tukang jahit CD, penasihat fabric, diapering consultant, penulis artikel ttg CD, selain pengilang, pekerja kilang, pemborong dan penjual cloth diaper.. huhu.. Tambahan pula kini terdapat pelbagai cloth diaper accesories yg dicipta manusia.. Satu perkembangan yg cukup baik!

Bagi saya, cloth diaper bukan sekadar lampin, tetapi satu inovasi sains dan juga teknologi. Ini kerana penciptaannya sangat berkait rapat dengan fabrik, ttg mencari fabrik apa yg sesuai atau bagaimana mencipta fabrik yg paling bagus utk lampin bayi - mungkin fabrik yg paling breathable, ringan, tinggi daya serapan, tahan bocor, anti-bakteria, anti-alergic, anti-static, senang basuh, cepat kering, tahan lasak dsbnya la (sy sekadar sebut je).

Saya katakan cloth diaper terhasil daripada teknologi kerana sudah tentu kita perlukan cara/ kaedah/ teknologi utk menghasilkan fabrik2 baru, terutamanya fabrik organik (berasaskan alam). Jika difikir, bagaimana mahu menukar pokok2/ tumbuhan itu menjadi kain? huhu.. Sy pun tak dapat nak bayang mcmana dari bamboo (buluh) itu menjadi kain, lembut pula tu!!

Masa mula2 dgr cloth diaper bamboo dulu mmg saya musykil. Bamboo kan buluh? huhu.. Ingatkan bamboo ada makna lain ke yg saya taktahu.. haha.. Rupa-rupanya material bamboo utk buat lampin tu mmg buluh. Kalau pokok kapas tahu la utk buat kain kapas, ini buluh! Skg ni pun ada stokin ke apa lagi dari bamboo..

Tidak dapat tidak, pengetahuan ttg fabrik adalah perkara pokok/ asas dlm penciptaan cloth diaper ini. Kini dgn adanya PUL, microfiber (fabrik gentian), fabrik fleece, suede, minky dan juga pelbagai fabrik organik (yg organik semata-mata) dlm menghasilkan cloth diaper organic yg menjadi pilihan ramai kini!

Penciptaan cloth diaper juga adalah berkenaan mencari keselesaan, fleksibiliti, juga ttg mencari sistem lampin yg paling praktikal, efisien dsbnya. Mungkin juga ttg mencari kelainan drp kebiasaan! Paling penting, penciptaan cloth diaper memberikan sumbangan yg besar kepada alam sekitar!

Dan saya pula rasanya ingin terus berada dalam industri ini, memandangkan sudah terlalu banyak masa dan kudrat yg dihabiskan utk ini. huhu...

Terima kasih kerana membaca omelan saya.. Wassalam.

p/s: Breastfeeding juga adalah obsession saya, tetapi bf adalah sesuatu yg tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia lebih kepada tuntutan dan fitrah... Babywearing pun mmg saya minat tp saje taknak begitu menjebakkan diri sbb benda tu semua bukan murah... huhu.. Satu obsession yg sangat costly!!!

p/s: Kalau tgk label apa paling byk dekat blog sy ni pun org tahu apa obsession saya.. huhu..

10 comments:

Unknown said...

seronok dapat berkenalan wlau xpernah jumpa..senda gurau walau di fb mengeratkan silaturahim.

Hanz Jamaludin said...

Alhamdulillah..obsessi CD menjurus kepada yang lebih baik untuk parents, anak & alam sekitar. X Gitu?
I love this posting, Kaklong! Keep it up! :)

Kaklong Nuzula said...

nik ~ ye nik.. itu la tak penah jumpa pun tp mcm dah lama kan kenal?

hanz ~ ye hanz, obses yg baik tak salah kan? terima kasih kerana sudi baca n komen. u r my mentor in cloth diapering n natural parenting.. hehe.. :)

Lynn Nasir said...

salam,

yer, sedar tak sedar..dah lama kan kita berkenalan thru blogging :D

bila ntah nak jumpa face to face?

saya pun dah mula merancang apa saya nk buat dlm 10 tahun akan dtg. mmg anak2 dah takde yg berlampin (kot) tp ramai lg yg saya nak sebarkan obsesi berlampin kain ni..hehe! jom jd partner? ^^

oren said...

kaklong, spender pun dah ada yg dibuat dari material bamboo taw..

puan punyer said...

betul2x dengan kata lain internet telah menemukan kita ke arah kebaikan..... really suka

Kaklong Nuzula said...

Lynn ~ W'salam.. Wah, dah merancang utk 10 thn ke hadapan tu.. Hebat! Nak partner? Boleh gak tu, insya-Allah.. demi menyebarkan kebaikan lampin kain.

Kaklong Nuzula said...

Kak Oren, spender pun ada ke? Best tu.. tp mesti mahal kan?

Liza, itu la. Internet telah menemukan kita.. Sama2 kita sebarkan kebaikan lampin kain.. hehe.. Insya-Allah ada rezeki kita :)

herny ridzwan said...

all the best for u..for CD..GO GREEN...SAVE THE PLANET!!!!heee...

Kaklong Nuzula said...

terima kasih herny. yer go green! save the mother earth!