Tuesday, October 26, 2010

Menang ummi pad contest!!

Pertama sekali, syukur alhamdulillah. Tak sangka jugak blh menang contest yg dianjurkan oleh Puan Lynn Nasir utk kategori Braveheart tu.. huhu.. Brave la sgt!

Keputusan penuh contest boleh tgk kat sini
http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/2010/10/pemenang-ummi-pad-contest.html

Ada 3 kategori yer. Utk kategori Braveheart ada 2 pemenang. Hadiahnya:

Homemade fitted cloth diaper 1 keping (RM35)
1 extra external soaker (RM15)

Yg paling best kategori the incredible la tp sy tak masuk yg tu sbb dah ada UMMI PAD Puan Lynn Nasir.

Hadiah KATEGORI THE INCREDIBLE

Ummi Pad (wing) 3 keping:
1 pantyliner, 1 light pad, 1 regular pad (RM33)
1 Homemade fitted cloth diaper (RM35)
1 extra external soaker (RM15)

Yg kategori the incredible tu dimenangi oleh Kak Oren. Tahniah! Best tu dpt byk hadiah.. CD pun ada jugak.

Soalan KATEGORI BRAVEHEART (yg aku masuk)
- Senaraikan sebanyak mungkin jenama (brand) cloth diaper yang dijual di Malaysia. Tidak termasuk diaper cover.

Kata Kak Oren (tadi sempat YM ngan beliau jap), jenuh gak ar nak senaraikan jenama2 CD tu n nak kira perkataan "pad".. huhu... Tekun betul beliau! FYI, kak Oren dpt senarai 100 brand CD!! Utk perkataan pad yg ada rasanya 200+ semua. Byk!!

Kalau aku mmg dah tak mampu la nak kira semua perkataan "pad" yg ada.. Byk tu.. Nak senaraikan semua brand CD yg ada ni pun bkn senang..

Utk senaraikan semua yg ada tu keluar masuk gak la smua e-shop/ blogshop yg ada, nak cek brand apa yg dijual (serta jenis CD) sbb sesetengah brand tu ada utk diaper cover je.

Kebanyakan e-shop mmg dah ada dlm list dekat blog happy cloth diaperingku itu. Terima kasih juga kepada encik google yg byk membantu. Khidmat google saya guna utk search nama brand la, tgk kat mana ada jual (betul ke ada jual dekat Malaysia). Brand2 yg tak penah dgr tu amik dr forum/ blog/ facebook.

Lagi satu, cek balik blog mereka yg ada mcm2 brand CD/ ada buat review CD yg 'pelik2' tu.. hehe.. So amik masa 2-3 hari jugak la nak senarai.

Saya ingatkan paling byk pun ada la 100 brand yg dijual di Malaysia, tp rupa2nya dpt dlm 150 brand.. huhu.. Itu pun rasanya ada lagi (kalau cari mmg ada lagi ni). Yg saya hantar dekat Puan Lynn 151 tp ada 2 tak kira, maybe sbb tak masuk dlm kategori cloth diaper..

So dekat Malaysia ada lebih kurang 150 brand cloth diapers.. huhu.. Byk tu!! Yg kita (saya cuba) 1/10 pun tak sampai kot, ntah la tak kira.. Nanti sy kira.. hehe.. Bak kata kak Oren, kalau tak buat (contest) ni taktahu betapa byknya brand cloth diapers yg ada.. huhu.. Kata beliau, rasa sedih plak, byk lagi brand tak cuba!!

Rasanya semua brand cloth diapers terkenal di dunia ada dijual di Malaysia, ada je mana2 e-shop yg bawa masuk/ import utk jual di sini.. Cuma mcm antsy pants, muttaqin baby rasanya mmg takde jual tp still boleh dpt yg preloved (org beli dr luar negara n nak jual balik).. Boleh tgk dekat diapersasia.

Sebenarnya sape2 pun boleh menang kategori ni, cuma rezeki saya kali ni. Apapun, semuanya dgn izin ALLAH SWT. Syukur sgt dpt juga merasa CD homemade Puan Lynn.. Best jugak kalau dpt yg fleece cover pattern fattycakes mcm warna merah ni.. hehe..


Baiklah, sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada Puan Lynn Nasir di atas penganjuran contest ini. Semoga bisnes Puan Lynn terus maju dan akan keluar jenama Ummi Fluffy plak nanti.. hehe..

6 comments:

nikhazifah said...

tahniah.wah, byk tul brand cd. xsgka ada sebegitu byk kat malaysia. tekun sungguh kaklong ni.

oren said...

alhamdulillah..tahniah kaklong..

contest tu emncabar jugak, mmg amik masa berhari jugak..memula slain tulis atas kertas..dh habis kertas, copy paste plak kat word..oowwhh..mmg betul, kalo tak kerana contest tu, akak pun tak tau berapa byk jenama yg ada..

terima kasih jugak sbb dari blog happyclothdiapering tuh lah akak dpt jejak nama2 cd tu..kan dah kata, blog kaklong mmg ada byk info..tinggal lagi nak cari atau tak jek..

Hanz said...

oh oh nak masuk kontest ni boleh terlupa..aisey..

anyway, tahniah kaklong, nanti review itu cd buatan tangan lynn nasir

Kaklong Nuzula said...

nik, terima kasih. kalau nik masuk pun mesti menang.. tp nik sibuk nak layan 3 heroes tu.. hehe..

kak oren, akak pun tahniah! yer, mmg sungguh mencabar kan.. sama la, mula2 tulis dekat kertas dulu.. huhu.. lps tu baru taip satu2.

sy cek 'alphabetical order' lg tu takut ada yg sama berulang.

sama-sama kasih. sharing is caring!

Kaklong Nuzula said...

Hanz, oo lupa nak masuk ke? Insya-Allah nanti sy buat review.

Lynn Nasir said...

salam,

saya pun seronok buat contest mcm ni..rasa boleh kenal dgn peribadi contestants. yg rajin, yg bz, yg tak paham soalan pun ada :DDD

kak oren tu dah la mmg tgh order pad ngan saya..hihi..beso pulak kotak poslaju dia dpt nti :)

takut nk kena review..uhuhu ^^