Yer, entry pertama di thn 2010 ini...
Sebelum itu sekali lagi, selamat tinggal 2009....
(sebenarnya selamat tinggal kepada hari2 yg berlalu....... walaupun hari2 yg kita lalui tu dah berlalu tetapi ia tetap ada dlm rekod/ perkiraan TUHAN YANG MAHA ESA, di mana setiap perbuatan baik akan dibalas baik dan perbuatan yg tidak baik juga akan menerima balasan yg setimpal... Ohhh... sgt takut di situ.... Jadi, walaupun kita buka buku baru ~buku amalan!, buku2 kita yg terdahulu tetap ada dlm simpanan Yang Maha Esa, melainkan dgn taubat dan amalan2 baik pada hari ini saja yg MUNGKIN dapat melupuskan segala yg tidak baik pd zaman dulu2... Wallahu a'lam).......... Oho... terbagi tazkirah pulaksss....
Bila baca azam baru/ wishlists org2 for 2010... Saya masih lagi tidak tahu apakah yg saya mahukan utk thn 2010 ini... Yg nyata byk yg saya mahukan, tetapi saya tidak 'pacakkan' pada 2010 ini sahaja... tetapi utk sepanjang perjalanan hidup saya, semoga sebelum mata ini tertutup TERCAPAILAH IA..........
Azam saya utk tahun ini cuma mahukan yang LEBIH BAIK.........
2009 yg lalu, tiada yg begitu signifikan dlm hidup saya, melainkan saya mendapat cahaya mata kedua pada 090309, seorg puteri!! Ya, satu kejayaan juga....
Mungkin bg org lain, 2009 thn penuh gemilang, penuh kecemerlangan, penuh gembira dan bahagia.... tapi mungkin juga thn penuh duka... penuh air mata... penuh kesedihan... Walau apa pun, kita tetap punya HARAPAN dlm hidup ini.... dan kerana harapanlah kita masih hidup di bumi TUHAN ini...
Jadi...
Duduklah kita dlm HARAPAN bersandarkan pada janji TUHAN....
Maknanya ingat dan percayalah pada setiap janji-NYA (dgn itu kita tidak akan kecewa dan lemah), contoh... (contoh JANJI ALLAH):
- DIA bersama org yg BENAR dan orang yg SABAR (ini memang JANJINYA)
- setiap amalan baik/ jahat sebesar zarah pun tidak terlepas dr perhitungan-NYA/ setiap manusia dipertanggungjawabkan atas amalan masing2 (jadi usah gusar kalau ada org buat jahat kat kita/ kita tak puas hati kat org mana2...)
- KEJAYAAN MANUSIA dlm agama (NYA), selagi kita berada dlm landasan agama-NYA...
- SOLAT penyelesai masalah (huhu.. aku cuba ya ALLAH)
- BALASAN SYURGA ~ JANNATUL FIRDAUSI NUZULA utk mereka yg beriman dan beramal soleh (sgt percaya ya Allah, walaupun ku tahu syurga bukan matlamat)
- Manusia yg IKHLAS dalam hidup DAN dgn hidup ini tidak akan kecewa....
- Jika kita serahkan segala urusan dan seluruh hidup ini kepada-NYA, DIA akan selesaikan SEGALANYA utk kita... (Ya, aku percaya ya Allah)
- Manusia yg BERTAQWA akan mendapat bantuan-NYA/ diberikan rezeki dr sumber yg tak terduga dan akan mendapat kesenangan dlm hidup (percaya ya Allah...)
- JANJINYA bahawa SEGALA JANJINYA adalah BENAR!!!
**************************************
Well... baiklah hari pertama di tahun 2010 ini saya mulakan dgn berkunjung ke rumah adik saya Eming di Pandan Indah... kerana pd malam ini (pukul 8.30 mlm tadi) beliau akan (dah pun) berlepas ke Riyadh... Ya, setelah 2 minggu pulang ke Malaysia (bercuti) Eming dah pun kembali ke Riyadh, utk meneruskan kerjanya di sana... Semoga sentiasa dlm peliharaan ALLAH dan dipermudahkan segala urusanmu....
Gembira sgt la Zukhruf dpt jumpa sepupunya Haikal, dah lama sgt tak gi rumah Eming... Mula2 balik dr Riyadh baru ni (2 minggu lepas) ada la Eming dtg ke rumah kami (belanja kami makan besar) n dpt la ole2 dari Riyadh/ Mekah (since Eming baru balik dr mengerjakan haji)...
Okes... itu saja...
2 comments:
slamat tahun baru
Great Teacher Onizuka
Terima kasih singgah sini dan selamat thn baru jugeee!!
Post a Comment