Assalamualaikum semua...
Masih lagi dlm mood thn baru.. hihi.. (thn baru hijrah dan thn baru masihi)....
Sesungguhnya kita tidak pernah tahu, fikir dan expect...... dan takkan bisa menyangka apa yg akan berlaku dlm hidup kita, kerana semua dlm rahsia dan kekuasaan ALLAH SWT.
Ya, mungkin hari ini hidup kita sangat bahagia, gembira, senang hati dgn rezeki yg melimpah ruah, dan tentulah kita mahukan semua itu berpanjangan sepanjang hayat kita.....
Tetapi........ dalam kita mengharapkan panas hingga ke petang, hujan boleh turun secara tiba-tiba di tengah hari... Kita mmg tak pernah minta apa2 musibah, ujian atau perkara yg buruk berlaku dlm hidup kita, tetapi sememangnya hidup kita di tangan Yang Maha Berkuasa, segala TAQDIR hidup kita ada pada-NYA...................
Justeru, sebagai BEKAL PERJALANAN hidup kita (utk diri sendiri juga ni).............
1. Yakinlah bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya. ALLAH lebih mengetahui apa yg tersirat di sebalik yg tersurat.... Kita hanya bisa merancang, tetapi ALLAH yg menentukan, kerana DIA Maha Berkuasa atas segalanya...........
2. Setiap yg ditentukan ALLAH (dlm hidup kita ini) adalah yg sangat-sangat-terbaik utk kita, DIA lebih mengetahui... kerana dia TUHAN yg menciptakan kita.......
3. Yg penting jgn tergugat sedikit pun IMAN kita pada-NYA. Kita harus percaya pada TAQDIR, QADA' dan QADAR-NYA...
4. DIA tak akan uji kita melebihi kemampuan kita. Kalau kita diuji, itu tandanya DIA sayangkan kita dan DIA mahu melihat IMAN kita.... Jgn mengaku diri kita beriman, selagi kita tidak diuji.........
5. ALLAH tidak pernah menzalimi kita......
6. Yg penting, teruskan berada dlm landasan agama-NYA... Selagi kita benar, selagi hati kita bersih, selagi kita jaga HAK-NYA, DIA akan jaga kita..... Percayalah!!
7. Sesungguhnya kerana-NYA kita HIDUP dan kepada-NYA hidup kita diserahkan...... Oleh itu, setiap kejayaan, kebahagiaan adalah dgn izin-NYA... dan segala ujian, dugaan dan cubaan dlm hidup kita juga datang dari-NYA.....
8. Buatlah yg terbaik... selagi masih ada RUANG DAN PELUANG, selagi NYAWA belum melayang... Kita tidak pernah terlambat utk sesuatu yg baik.....
9. Jangan takut, jgn resah, jgn gelisah... kerana ALLAH sentiasa ada utk kita dan bersama kita.... Tiada tempat yg paling baik utk kita berserah dan mengadu selain pada-NYA.....
10. Carilah ALLAH.... dan teguhkanlah IMAN... Selangkah kita rapat kepada-NYA, 1000 langkah DIA rapat kepada kita.... IMAN itu sgt penting utk kita sejahtera di dunia, sejahtera di akhirat. Kita mmg sah seorang muslim, tetapi blm tentu sbg mukmin. Bg saya, iman is not received, it is achieved.
Ingatlah juga bahawasanya...
1. ALLAH itu Maha ADIL, Maha BIJAKSANA dalam percaturannya dan Maha BERKUASA atas segalanya...... DIA boleh bagi (pinjam) kejayaan, kekayaan, kemegahan dan kemasyuran kpd sesiapa pun yg DIA nak bagi... dan DIA boleh tarik dlm SEKELIP MATA saja!!
2. Setiap manusia dipertanggungjawabkan atas amalan masing2.... Kita akan bawa segala amalan kita, sama ada baik atau buruk utk mengadapnya nanti....... Kita tidak akan terlepas satu pun dlm penghisaban-NYA... melainkan KITA MENDAPAT SYURGA TANPA HISAB... Doakan!!
3. Hanya kita yg boleh tentukan hidup kita (bkn org lain!).. Ya, mmg Allah yg tentukan segalanya, tetapi kita boleh pilih antara yg baik dan yg tak baik..........
Yang penting kita kena IKHLAS dalam hidup dan dgn hidup ini, sentiasa positif dan BERSANGKA BAIK terhadap ALLAH....... Percayalah, DIA Pencipta kita, DIA yg lebih tahu mana yg baik utk kita........ adalah sangat rugi jika kita tidak cuba DEKAT dengan-NYA..............
Ingatlah juga.... masa yg telah berlalu tetap berlalu. Apa yg telah berlaku tetap telah berlaku. Itu tidak penting lagi (yg penting adalah penyesalan bkn kekesalan)....... Kita masih ada masa yg sekarang ini dan masa akan datang, yg akan menjadi PENENTU....
Oh ya... dengan itu duduklah kita dlm harapan bersandarkan pada JANJI TUHAN... Sesungguhnya JANJI TUHAN ADALAH PASTI.... Dengan itu kita tidak akan lemah dan kecewa... Inilah motivasi paling hebat sbg seorg insan ciptaan-NYA...
Kepada anda semua... hidup ini adalah satu perjalanan. Perjalanan kita mungkin berbeza tetapi destinasi kita tetap sama....................
5 comments:
salam kaklong,
ye betul..betul..betul!
kak long, thanks for the good entry.. kita tak tahu bilo akan dijemput Ilahi.
salam kaklong,
seronok ita bc entry kak long..cm bc tazkirah plaks..hati yg gundah pun bole tenang..
menusuk jiwa, sungguh...
thanks k.long. sesungguhnya manusia itu dlm kerugian, kecuali bg mereka yg sntiasa b'pesan2 kpd k'baikn...
Hehe.. terima kasih kembali..
Post a Comment