Friday, January 30, 2009

I'm now 34 weeks


according to Pregnancy Weekly

This is day number 241 and you're 34 weeks pregnant!You have 39 days or 6 weeks left, and are 86.1% of the way there. Baby's age since conception is 227 days or 32 weeks.

Fetal Development

Your baby is tipping the scales at about 5 pounds and is 19.8 inches from head to toe. He or she is running out of room in there and you may now be able to tell whether it is a hand or an elbow pushing against your belly.

The protective vernix coating on your baby's skin is becoming thicker, but the lanugo hair is almost gone. Your baby may begin to get into position for delivery (hopefully head down).

babiesonline.com

Your baby can - and does - respond just as a newborn would by opening his eyes while awake and closing them while sleeping. Your baby can also grasp firmly and his little fingernails may need to be trimmed shortly after birth.

This month also offers more time for your baby to build antibodies and for his skin to continue to thicken. Your baby is approximately 18 inches long and weighs about 4.5 pounds.

It's wonderful to know that if your baby was born now, it has a 95 percent chance of full and normal survival with medical intervention.

pregnancyguideonline.com

Fetal Development:

The baby responds as a newborn with its eyes open while awake and closed while sleeping. S/he is developing immunities to fight mild infection. Those sharp little fingernails are at the ends of the fingertips already, and you might need to clip them during the first few days after birth.

3D Pregnancy

Your baby kind of looks like she's coated in a layer of cream cheese these days. The thick, white substance that protects her skin from pruning in the amniotic fluid is called vernix. When she's born you'll probably see some vernix lingering in her "hard-to-reach" places like under her arms, behind her ears and around her va-jay-jay, if she's a she..

Other news from the womb this week:

The soft fur, lanugo, that covered your baby's body for much of her stay in the womb is now almost completely gone. Your baby begins to develop her own immune system, instead of relying solely on antibodies received through the placenta. This will come in handy when some grubby relative manhandles the baby without washing his hands first.

This week, your baby measures about 17¾ inches, as almost as long as an American Girl Doll (!) and weighs almost 5 pounds, as heavy as a bag of sugar, minus the cup you put in your decaf this morning.

Thursday, January 29, 2009

Cikda n cikna datang

Cuti chinese new year baru ni aku takde gi mana2. Nak balik kelate pun serba salah sbb hujung bln 2 ni aku nak balik jgk (utk bsalin).

Hari Ahad lps, adik aku yg 2 org tu dtg sini. Ida, adikku yg tgh final sem kat utm dtg dr johor n fatin yg lps spm pulak dtg dari kelate... 4 hari jugak diorang kat rumah aku. Zukhruf la paling seronok, ada org nak layan dia.

Hari selasa tu kitorang keluar gi sogo-jln.tar-jln.masjid india. Dr rumah aku naik LRT dr PWTC, 3 stesen je ke Bandaraya. Aku yg beria nak gi sogo, tak puas2 gi sogo.... Nak cari brg2 baby lg. Best shopping (or window shoping!) brg baby kat sogo, byk choice. Lgpun skg tgh sale chinese new year. Aku duk usha pump tp tak beli lg. Nanti la dulu, tak habis decide lg. hehe. So beli brg2 lain dulu la....

Aku duk usha jgk cot baby kat sogo. Aritu dah tgk kat carrefour. Tak tau lg nak beli ke tak. Masa zukhruf dulu tak beli pun.... Rasa nak beli tp kebanyakan baby tak mau tido dlm cot tu. Ntah la kenapa... agaknya sbb anak org Melayu kot. Ramai yg beli tp tak guna or pakai sekejap je. Kalau org putih sampai anak dia 3thn tido dlm cot tu lg....

Keluar sogo, kitorang gi makan satay. Kan ada cawangan satay kajang hj. samuri kat medan mara tu. Terasa nak makan satay pulak. Aku mmg suka satay. Kalau balik Kelate makan satay Baung la(Satay Osman Baung tu). Aku rasa lg sedap satay baung... Kan pernah masuk Majalah 3 hari tu. Last makan hari tu RM4.40 utk 10 cucuk. Satay kajang 60 sen secucuk. Hari tu makan 6,7 cucuk sorang + nasi himpit dah ketat la perut... kenyang!!

Then gi jalan2 kat jln tar n sekitar masjid india. Jauh gak tu jalan. Masuk gak mydin kat situ, nak tgk brg2 baby lagi. Kot2 ada apa2 lg yg bekenan. Dah masuk tu ada je yg bekenan. Beli la socks baby lg 2 pasang (cute sangat n murah lak tu) n lagi sepasang baju baby. Kt mydin pun ada gak baju baby yg branded cam pureen (pride n joy) dll. Baju baby ni aku beli asal nampak ok, tak kira 'cap' apa; takde la nak 1 brand je.

Mcm baju baby aku beli yg around RM10 sepasang je. Kalau yg branded blh dapat la time sale. 10 pasang tak sampai pun RM100. Cukup la. Baju Zukhruf (0-3bln) dulu pun elok lg, pakai sekejap je n ada yg tak sempat pakai pun.... Rasa tak berbaloi nak beli yg sampai RM20,30 sepasang utk baju sekecik tu. Byk lg benda lain blh beli. Lgpun baby cepat besar...

In addition, baby aku ni taktau la boy or girl, so kena beli baju yg fleksible utk boy or girl. Kalau dah confirm girl nanti, blh la beli baju yg girly sikit.... N bg aku la, kalau nak beli baju yg branded, better beli time sale. Mcm ANAKKU, BABY KIKO, KIKI LALA tu kira dah cukup "branded" n mahal la bg aku. Yg lebih mahal n berjenama dr tu kalau ada sale pun aku tak beli... Huhu.

So ptg semlm (rabu) adik2 aku tu pegi rumah abg diorg (adik aku no.2) pulak kat Pandan Indah. Nak melawat sorg lg anak sedara diorg la, Haikal. Mungkin 2, 3 hari pulak kat situ. Zukhruf nangis2 nak ikut diorg. Tak boleh ikut la sbb sekolah. Tepaksa 'tipu' dia cakap cikda n cikna nak balik johor. Adik aku fatin (zukhruf panggil cikna) aritu mmg sekolah kat johor pun.

Best jugak ada org datang rumah kita ni, rasa meriah sikit hidup. Sblm ni adik ipar aku la yg selalu dtg. Ada la dlm 2 mggu sekali dia dtg. Adik ipar aku yakni adik suami aku ni kapten angkatan tentera kat melaka (pempuan!).

Mertua aku pun blh dikatakan selalu gak la dtg, dlm 2,3 bln sekali mesti dtg. Family aku last dtg bln 10 hari tu. Masa tu nak hantar adik aku mardiah yg baru dpt keje Petronas kat Bintulu. Diorg susah nak dtg sbb adik aku ada 2 org lg sekolah n umi aku pun mengajar. Selama aku duk kl ni ada la 4 kali kot diorg dtg.

Ok la, itu saja cerita aku....

Wednesday, January 28, 2009

Wajah-wajah Zukhruf (Part 2)

Seperti dijanjikan, ni aku sambung wajah-wajah Zukhruf dr baby. Gambar paling awal semasa 3 hari. Takde pun gambar sejurus slps dilahirkan. Gambar zukhruf hingga sethn pun tak byk dlm simpanan aku kt sini, semua kt dalam komputer kat rumah parents (ntah ada lg ke tidak... huhu). Lgpun byk gambar dia masa tu pakai kamera berfilem yg kena cuci tu (zaman dulu2)....


Semasa berusia 3 hari.

Tak sure brp bulan. Tarikh kat gmbr silap. Thn 2039 lg tu!
Mayb 5 atau 6 bln.

Masa ni 7 bln+ (boleh merangkak)

Ni pun tak sure brp bulan tp dh lbh 7 bln. Tak dpt detect tarikh sebenar.

1.11.05 (10 bulan+)

Nov 05 (11 bln). Baru nak jalan.

Dis 05 (1 tahun). Dah boleh jalan. Main khemah dgn ayahsu n cik ani.

Jun 06 (1 thn 6 bln)

Sep 06 (1 thn 9 bln). hari raya.

Nov 06 (1 thn 11 bln)

Dis 06 (2 thn)

Thursday, January 22, 2009

Wajah-wajah Zukhruf (Part 1)


Ini ler wajah-wajah Zukhruf dari 2 thn sampai skg.... Nanti aku letak gambar dia dr baby sampai 2 thn pulak (part 2). Nak kena gelintar balik, ingat balik umur dia masa tu (bukan sume gambar ada tarikh n ada yg tarikh silap) n then baru susun..... Hehe... punyalah semangat. Saje, utk aku sendiri jgk, nak imbas blk muka dia dulu2 mcmana....

Dis 06 (2 thn)

Jan 07 (2 thn 1 bln)

Feb 07 (2 thn 2 bln)

Mac 07 (2 thn 3 bln)

Ogos 07 (2 thn 8 bln)

Sept 07 (2 thn 9 bln)

Dis 07 (3 tahun)

Masa ni 3 thn+ . Gambar dia 3 thn+ tak byk dlm pc ni,
byk kt dlm henset n masalah pulak nak bluetooth ke pc ni.

Okt 08 (3 thn 10 bln)

Dis 08 (4 tahun)


Monday, January 19, 2009

Pegangan Hidup Saya

Apakah yg saya PEGANG dalam hidup ini?

1. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Saya yakin bahawa apa yg ditentukan-NYA itu 'sangat-sangat' terbaik utk kita, kerana DIA Maha Mengetahui atas segalanya.........

2. Apa yg kita nak tak semua kita dapat, dan tak semua kita tak dapat. Setiap yg tersurat itu pasti ada yang tersirat dan yg tersirat itu terbaik utk kita, walaupun kita rasa tak baik pun.....

3. Selagi kita benar, selagi kita menjaga hak-NYA, selagi hati kita bersih, DIA akan bersama kita.....

4. Yang paling hampir dengan kita adalah diri kita sendiri. Yg paling memahami kita adalah diri kita sendiri dan yg paling mengenali kita adalah diri kita sendiri. Belajarlah daripada DIRI..... dan belajarlah menyayangi diri sendiri.....

5. Hati yg bersih adalah 'gateway' utk sampai kepada ALLAH. So, jaga kesucian hati kita, kerana ia syarat pertama untuk kita dekat dengan-NYA. Allah hanya akan 'hadir' dalam hati yg bersih, hati yg hidup dalam mengingati-NYA.

6. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas amalan masing-masing. So jaga diri sendiri dah la, n just bersangka baik pada semua orang, even org jahat, org maksiat dll, kerana kita tak tahu nasib kita n nasib mereka di sana.....

7. ALLAH itu Maha Adil. Dia juga Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Kalau kita ikhlas dan redha akan segala yg ditentukan-NYA, insya-Allah DIA akan bersama kita n DIA akan berikan kita sesuatu yg kita tidak pernah terfikir pun.....

8. Hidup ini hanya sekali. So, buatlah yg terbaik utk diri sendiri dan org sekeliling kita, kerana kita mungkin hanya ada SEKALI sahaja kesempatan.

9. Masa yg telah berlalu tetap berlalu. Apa yg telah berlaku tetap telah berlaku. Itu tidak penting lg. Kita masih ada masa yg sekarang ini dan masa akan datang, yg akan menjadi PENENTU....

10. IMAN itu paling penting utk kita sejahtera di dunia, sejahtera di akhirat. Kita mmg sah seorang muslim, tetapi blm tentu sbg mukmin. Bg saya, iman is not received, it is achieved.

11. WANG itu kedua penting selepas iman........ Benarlah kata Sy. Ali RA; kalau hilang wang, hilanglah iman...... apabila beliau ditanya, apakah yg kedua penting selepas iman???? Mereka yg mengatakan wang itu tidak penting adalah BOHONG!!! Namun, jangan sampai wang menjadi matlamat, ia sekadar keperluan utk kelapangan beribadat....

12. DUNIA dan AKHIRAT adalah satu, tidak terpisah keduanya. Maknanya tak boleh amik dunia shj n lupe akhirat or nak amik akhirat shj tolak dunia. Apa pun saya percaya, kalau kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita. Kalau kita kejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita......

13. Setiap titis kesabaran dan keikhlasan kita pasti ada imbalannya, di dunia ini lg mahupun di akhirat sana.......... (saya sangat yakin!!)



Sunday, January 18, 2009

Zukhruf dan otomen


Zukhruf minat sungguh dengan otomen (Ultraman). Semua ultraman dia kenal; gaia, dyna, tiga, nexus, cosmos, max dll. Aku sendiri tak kenal n tak tahu pun apa beza semua ultraman tu. Nampak mcm sama je.

Aku try tanya dia, ultraman tiga macamana, ultraman nexus macamana.... Then dia tunjuk, ultraman ni...... ultraman..... ada tu.... Aku rasa perbezaannya sikit sangat. Tapi itu la budak-budak mmg peka.

Yg dia cakap nama ultraman tu betul pulak tu. Mcm dekat baju ultraman tu ada tulis nexus, dia bukan tahu baca pun tp dia tahu itu nexus. Ntah la aku....

Aku tak ajar pun dia minat ultraman. Tapi itu la budak2, kita tak ajar pun dia akan tahu. Mmg kebanyakan budak akan kenal ultraman, tak kira laki or pempuan. Zukhruf mula minat ultraman stat umur 2 tahun+, masa tu dia tertengok ultraman kat tv. Mula-mula tgk, dia mcm takjub sgt. Then terus nak tgk.

Aku mmg tak bg jugak la dia tgk. Takde la sengaja suruh dia tgk ultraman, melainkan terbukak tv masa tu ada ultraman, tak boleh nak buat apa la.
Mula-mula dulu dia agak terpengaruh dgn ultraman. Risau betul aku masa tu. Dia mula buat aksi2 ultraman n nak lawan orang. Yg selalu jd mangsa dia makcik2 dia la. Then aku bgtau, ultraman lawan raksasa je, dia tak lawan orang baik2.

Masa tu mmg aku risau sgt la, lebih2 lg bila jumpa budak2 lain dia mula nak lawan mcm ultraman. Hinggalah dlm umur 3 thn baru ok sket. Itu la, pengaruh ultraman mmg kuat.

Sebenarnya zukhruf bkn kenal ultraman je, semua dia kenal; batman, spiderman, power rangers, cicakman dll. Tp dia paling minat ultraman la. Aku tak ajar tu semua. Dia blaja dgn kawan2 dia la (anak2 jiran kat sini).

Dulu aku ada belikan dia colouring book yg gambar buah-buahan n binatang, nak ajar dia mewarna. Tp dia tak minat pun. Langsung tak mau buat. Then sekali tu pegi pesta buku, jumpa buku mewarna ultraman. Apa lagi, nak laaa. Tepaksa aku beli 2 bijik.

Balik rumah terus dia colour dengan semangatnya. 1 buku tu habis dia colour tak sampai 2 hari kot. Krn buku ultraman dia pandai pegang pensel warna n pandai colour (penuhkan kt dalam, tak bg keluar).

Itu la anakku zukhruf. Skg ni sejak gi sekolah, dia selalu bgtau, kawan dia ada beg ultraman, kotak pensel ultraman, pensel ultraman dan mcm2 lg la.... Kesian jugak kat dia. Minggu lps jumpa kotak pensel ultraman, aku pun beli la kat dia. RM10 tu kira mahal la... n dia sayang sungguh kat kotak pensel tu.

ultraman!!

keluarga ultraman


persidangan ultraman sedunia


Friday, January 16, 2009

Tagged by Asyida

1. Do u think u are HOT?
Yeah, hot n spicy.....

2. Upload a fav pic of you

Sorry, langsung takde gambar sorang. dah lama tak amik gambar sorang. kureng berminat sejak jadi mak orang. zaman dulu2 boleh la.

3. Why do u like this picture?

-

4. When was the last time u ate pizza?
Dalam sebulan yg lalu. Makan dgn family suami dekat pizza hut (kena boikot eh??)

5. The last song u listen
Nasyid kumpulan Raihan yg ada dalam henset. Zukhruf yg suka play lagu2 mp3 tu.

6. What are u doing right now besides this.
Makan-makan

7. What name u prefer besides yours?

nuzula

8. People to tag:

1. ina (chefadh)
2. kak en (vagg)
3. jaja
4. shieda (mummy she)
5. mija

9. Who is no.1

Kawanku masa kat UKM dulu yg skg tgh buat Ph.D kat bristol, UK

10. No.3 is having relationship with?

Ask her... i donno...

11. Say something about no.5
Kawanku masa sekolah faris dulu yg ku panggil "za". pernah jd doormate aku n deskmate masa form5. she' s ibu to zharif n a working mom.....

12. How about no.4?
Kawanku masa sekolah dulu. she's mummy to iris n a lecturer dekat UMP.... Tak tahu la dia sempat layan ke tak tag aku nih sebab she needs to order extra time from God....

13. Who is no.2?

Juga kawanku masa sekolah dulu yg gila-gila n suka nyakat aku, yg skg baru jumpa balik after 12 years lost kontek. dulu pernah jadi doormate aku masa kat Kesuma A n Melati A.

Budak-budak

Malam tadi selesai aku solat isyak, tgk2 tangan zukhruf berdarah. Menitik2 kat atas lantai lg. Masa aku duk solat tu dengar dia bukak paip kat sinki. Ingatkan dia main air (mcm selalu). Rupa2nya dia basuh jari dia yg berdarah tu. Terkejut jugak la aku tgk darah yg banyak tu.

Aku pun cepat2 cari sapu tangan n lap darah kat jari dia. Sambil membebel, aku bawak dia basuh tangan dia lagi sekali. Nampak darah tu mula kering, aku pun sapu minyak gamat. Then balut dengan tisu n ikat.

Rupa-rupanya dia main benda tu, pencukur gilette yg kat dalam bekas kat atas meja. Ya Allah budak ni. Geram betul aku. Time aku duk solat or tgh sibuk ada la kerja dia. Dia mmg suka panjat n 'mengakas' kat atas meja tu. Lagi satu, dia suka bukak drawer n selongkar barang2 yg aku simpan. Aduiiii budak ni. Aku marah la dia. Aku cakap, itu la, main lg. Baru dia nangis. Masa tangan dia berdarah tu dia tak nangis pun. Siap gi basuh sendiri lagi. Then, ada kerja la utk aku, kena mop lantai.

Inilah kecederaan pertama zukhruf yg berlaku kat dalam rumah ni. Sekali pk elok jugak dia kena mcm tu, baru dia tahu mcmana rasa luka n berdarah. Budak yg aktif n suka mencuba mcm tu bila kena sekali baru dia akan ingat. Sblm ni selalu duk bgtau dia jangan main tu, jangan main ni.... Bila kena sekali baru dia tahu.

Mungkin silap aku jgk letak gilette tu kat situ. Tp tak sangka la dia nak main sbb benda tu ada tutup yg tak bukak lg. Aduiii, mmg la budak2 ni. Lagi kita cakap tak boleh main, lagi dia nak cuba. Sebelum ni mmg aku sentiasa beringat cam pisau kat dapur. Gunting pun mmg aku sorok, takut dia main.

Kalau kat dapur, aku selalu cakap jgn main kat dapur ni. Kalau tgh masak bgtau dia, panas ni, tau tak panas? Nak bg dia tahu rasa mcmana panas, aku penah ambik tangan dia n sentuh kat cerek yg ala2 panas la masa tu. Biar dia tahu mcmana panas. Skg bila aku cakap "panas ni" dia gi main jauh2....

Tp aku bersyukur kerana selama membesarkan zukhruf dia takde la sampai mengalami kecederaan yg teruk or sampai kena jahit. Sblm ni ada la sekali dia luka kat lutut sbb jatuh masa main2 kat luar.

Anak jiran aku yg 2 orang tu (kawan zukhruf la) dua2 pernah kena jahit. Sorang kena jahit kat kepala sbb jatuh dlm bilik air n sorang lg kena jahit kat kelopak bawah mata sbb kena besi buaian masa duk main dgn adik dia. Kan buaian tu ada spring n spring tu melantun kot... Dr. yg rawat masa tu cakap, nasib baik sgt sbb tak kena mata, kalau tak blh buta......

Sekali tu, adik dia yg pompuan masa duk main2 dia masukkan manik yg dekat bunga penyepit langsir tu ke dalam hidung. Then dia bgtau mama dia, ada manik kat dlm hidung. Mama dia suluh nampak la manik tu lekat kat dlm hidung n tak boleh nak keluarkan, dah lekat betul2 kt atas. Gelabah la mama dia. So, bwk gi hospital n dr. keluarkan. Aku tgk manik tu besar jugak. Isk, mmg la budak2 ni.

Nak citer satu kes lg, kawan mak aku punya cucu. Dia duk main mainan dgn adik dia. Mainan tu yg pakai bateri kecik, yg mcm bateri jam tu. Budak tu (si abang) ntah mcmana gi masukkn dalam hidung dia. Itu la, yg abang. Yg adik tak pulak. So bwk gi hospital kerajaan dr cakap esok br nak 'buat' (keluarkan bateri tu la).

Sebab risau takut jadi apa2, kan bateri tu ada kimia, takut pecah ke... Then bawak la budak tu gi KBMC n doctor pun dapat la keluarkan benda tu mlm tu jgk. Tak pasal2 kena caj RM3000, semata2 nak keluarkan benda alah tu.

Kesimpulannya (formalnye ayat), kita yg ada anak ni cukup kena hati2 even kat dlm rumah sendiri pun. Macam2 benda boleh berlaku. So, kita kena peka dgn apa yg boleh memudaratkan anak2 kita ni, terutama anak yg mula blh merangkak n berdiri hinggalah umur 3,4 thn.

Ada kes budak 1 thn+ meninggal sbb kena air panas yg kat dalam electric kettle. Dia tarik wayar yg terjuntai n kettle tu pun jatuh lalu menyimbah air panas yg baru mendidih.... Takut dgr. Ada jugak baby yg baru merangkak lemas dlm besen berisi air. Itu la, kena hati2 betul. Jgn biarkan air dlm besen. Benda2 panas n tajam mmg kena hati2 sgt. Mcm duit syiling aku cukup hati2. Kan ada budak telan duit syiling. Mainan2 diorg pun kena tgk jgk. Kot ada part mainan tu yg tajam or kalau tercabut blh masuk mulut ke.

Itu la, malang tidak berbau.... Beringat sebelum kena.... Cuai sesaat, kesal sepanjang hayat.... Semoga kita, anak2 kita n seluruh keluarga kita sentiasa dalam lindungan-NYA...

Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman bersalin


Saje nak story pasal pengalaman melahirkan zukhruf. It's about 4 thn yg lalu...

Kami berkahwin pada 18.03.04. Lepas kawin tu aku terus tak dtg period. Aku dah syak mengandung. Ibu mertuaku kan keje jururawat (staff nurse) kat Hospital baling, so dia la uruskan pregnancy test aku. Mula2 tu keputusan NEGATIVE. Heran aku... Sedangkan period aku tak pernah miss. kali ke-2 test baru POSITIVE.

Ya, aku disahkan mengandung. Tp ntah la mengandung berapa bulan or berapa minggu, sebab mestilah last period aku sblm tarikh aku kawin.... Itu la kan, mcmana nak kira. Apa pun memang dia kira drpd last period hari tu.

Lepas tu aku buat monthly check-up dekat klinik berdekatan rumah kami. Masa tu kami tinggal kat rumah guru kat maahad tahfiz tempat suami aku mengajar. Sampai la 9 bulan....

Due date aku pada 6.12.04. On 6.12 tu aku cam berdebar n teruja gak la nak lalui pengalaman bersalin ni. Duk tunggu2, tak sakit pun. Bila nak sakit ni? Malam tu barulah rasa lain. Dah lupa rasa mcmana, tapi sakit la kat perut. Sakit daripada sakit perut biasa. Aku dah tak boleh tido. Nak kata kuat sangat tu, tak la. Tapi sakit la jugak.

Then, telefon mak mertua aku yg kerja shif malam masa tu. Dia cakap, kalau sakit sikit2 tak payah datang hospital lg. Kalau gi hospital pun, kena tunggu jugak. 3cm baru masuk labour room. Memang la tak kuat sgt sakit n aku pun blh tahan lg. So baik tunggu kat rumah.

Actually ibu bapa mertuaku duk kat kuaters hospital baling, kat dalam kawasan hospital tu jugak. Masa hampir dengan due date, memang aku n suami pegi duk dengan mereka. Senang kalau ada apa2...

So, pagi keesokan harinya aku dah tak senang duduk. Aku duk mundar-mandir, dah tak boleh duduk. Sakit makin kuat terasa. Makan pun tak mahu. Tapi mak mertua aku suruh jugak makan sikit. Then aku cek ada darah sikit keluar. Mula rasa sgt berdebar....

Dalam pukul 10.30 pagi (bila rasa kuat sakit) baru gi hospital. Terus masuk labour room. Aku dah mcm cacing kepanasan. Rasa kuat sangat sakit. Sakit yg tak tahu nak cakap macamana. Masa duk baring tu, mak mertua aku datang. Dia minta izin aku to see the 'jalan'. Aku angguk je la. Dah tak pk apa masa tu. Rupanya dah 3 atau 4 cm kot (aku pun dah lupa).

Masa aku dlm kesakitan tu, aku lihat mak mertua aku pulak yg nangis. Mungkin dia tak sampai hati tgk aku sakit. Padahal dia dah biasa sambut org bersalin, memandangkan mmg dia keje kat wad bersalin.

Then ada doctor datang, dia pecahkan air ketuban by cucuk dgn something mcm lidi. Aku rasa air bercucuran membasahi.... Dr. tu cakap anak aku dah berak dalam perut sbb air warna hijau (kot, aku pun tak nampak).

Dr. tu cakap kena refer ke hospital sg. petani. Ibu mertua aku duk argue dgn doctor tu sebab masa tu aku dah 5cm (takut tak sempat sampai sg.petani). Tp nak buat mcmana, kes mcm tu kena gi sg.petani jugak. Dah prosedur dia mcm tu, sbb takde dr.pakar kat sini. Dr. tu cakap dia taknak ambil risiko kalau apa-apa berlaku. So kena gi hospital sg.petani la pulak. Aku dah takde 'aroh nak rasa' masa tu.

Tunggu ambulans datang. Masa tu tak tahu la pukul berapa, dah tgh hari kot. Ambulans sampai, aku terus ditolak naik ambulans. Ibu mertuaku pun ada menemaniku n ada seorang lg misi. Perjalanan dr hospital baling ke hospital sg.petani ada la 1 jam. Aku benar2 dah tak boleh tahan ni. Dah rasa nak keluar dah baby. Masa tu rasa mcm nak berak. Jadi nak teran dengan sendirinya. Misi yg sorang lg tu cek aku dah dekat 10 cm. Cepat la sampai...

Sampai je dekat hospital sg.petani, aku terus ditolak masuk labour room. Misi kat situ kalut la sbb baby dah nak keluar. Dia suruh teran. Macamana ni? Rasa takreti pulak nak teran. Dia suruh teran kuat lagi.... Aduiiii, macamana ni? Misi tu cakap dah nampak kepala baby. Dia ambil tangan aku n sentuh kepala baby. Aku boleh rasa rambut dia. Katanya, ni kepala baby awak dah nak keluar ni. Teran kuat lagi!!!

Aku dah lupa mcmana power aku teran sampai terus keluar baby. Rasa mcm keluar bedebuk seketul. Seingat aku, masa baby keluar tu tak rasa apa pun. Yg sakitnya masa nak tunggu sampai ke 10cm tu la. Ntah la, mungkin lain orang, lain rasa.

So, selamat la keluar baby aku tepat jam 1.56 petang. Aku dengar misi tu cakap, ooo ada..... (ntah apa dia sebut tp aku tahu la baby laki). Aku dengar suara baby nangis n diorg bawa baby aku utk dibersihkan. Manakala aku terus di'operasi' yg belum selesai.

Selesai tu br diorg bwk baby aku n letak atas perut aku. Masa misi tu letak, dengar suara anak aku sebut "Maaaaaaa". Aku tergamam. Misi tu cakap, pandai dia panggil mak dia. Aku tgk baby aku. Rasa asing sgt. Oooo, ni rupanya yg duk dalam perut aku selama ni. Then misi tu suruh aku susukan baby.

Utk makluman korang, berat anakku ini 3.51 kg semasa dilahirkan. Amat mengejutkan aku. Sebab perut aku hari tu tak besar mana.... Apa pun, Alhamdulillah semua selamat n anak aku pun sihat.

Keesokan harinya, dapat keluar hospital n balik la ke rumah ibu mertuaku dekat baling. Anakku ini asyik menangis je. Sebenarnya dari mlm dekat hospital tu lg dia duk nangis. Tido sekejap, jaga terus nangis. Heran betul kenapa. Aku dah bagi nenen. Dia pun macam hisap. Takkan sebab lapar.

Keadaan berterusan, tido sekejap, bangun n nangis. Hinggalah ke malam. Aku semakin resah. Kenapa ni? Ibu mertuaku cakap dia lapar kot. Sebab cek dia takde sakit apa. Aku cakap, dia dah hisap susu. Mereka pun tgk baby aku nenen. Aku cuba picit susu aku pun keluar. Tak kan dia lapar kot.

Sampai la keesokan harinya pun mcm tu jugak. Petang tu, bapa mertua aku try suap air masak dengan sudu. Babyku menelan dgn lahapnya. Ya Allah, rupa2 nya dia lapar selama ni. Hampir 3 hari dia nangis, rupanya sebab lapar. Apa lg, bapa mertua aku terus gi beli susu formula. Balik tu, cepat2 buat susu n bg dia. Sekejap je habis 1 botol. Then dia tido dgn lena sekali.

Ya Allah, mmg betul dia lapar. Betapa rasa bersalahnya aku. Mana aku tahu, aku ingatkan dia duk hisap tu cukup la susu, rupanya tak cukup. Ntah2 susu tak keluar pun! Beberapa hari lepas tu barulah aku dpt nyusukan dia dgn baik. Tapi ada gak campur time tak cukup.

Dalam sebulan (kot) lepas tu barulah konsisten susu badan secara eksklusif. Itu la pengalaman yg tak dpt aku lupakan (macam tajuk karangan budak UPSR pulak). Betapa naifnya aku sebagai ibu..... Kesian anak aku sampai 3 hari kelaparan. Hehe, nasib la zukhruf...

ibu mertuaku n zukhruf

Kandunganku....

Pagi semalam, aku gi check-up yg monthly check-up ni la. Alhamdulillah, semua ok. Cuma hb darah aku je la yg tak sampai 11 (normal). Dah tak tahu nak buat mcmana lg nak naikkan hb tu, dah makan semua yg org cakap n dah makan suplemen yg klinik bg tp tak naik2 jgk. Zukhruf dulu pun mcm ni jgk, hb dlm 10.0+ je n skali je kot lepas. Tak pe kot, takde la mudarat sangat kot.

Kalau ikut klinik, minggu ni dah minggu ke-32. Aku ingatkan minggu 30/31. Tak percaya, aku cek ikut internet pun betul week-32. Itu la, cepat sangat rasanya. Actually, pregnant kali ni aku lebih suka kira by 'bulan'. Sebab kalau kira minggu, 32 minggu dah 8 bulan, padahal aku baru 7 bulan+. Kan kita mengandung 9 bulan 10 hari.

Masa pregnant zukhruf dulu, memang aku kira by week n tak tahu pun berapa bulan mengandung masa tu kalau org tanya. Tp sebab pregnant kali ni senang nak kira by bulan (based on 1st day last period), aku kira by bulan je la n tak care pun berapa minggu, hinggalah check-up dekat klinik baru tahu.

Kalau ikut klinik, EDD (expected delivery date) aku 10.3.09, manakala kalau ikut formula kiraan n internet, 8.3.09. Ada beza tu, 2 hari. Yg ikut klinik, dia kira betul2 40 minggu daripada 1st day last period hari tu. Yg internet aku taktau dia kira mcmana.

Apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar dan semoga aku selamat melahirkan anak ke-2 ku ini. Semoga segala urusan dipermudahkan-NYA... Amin. korang pun doakan aku ek.

p/s: Erra Fazira pun akan bersalin dalam bulan 3 ni. Rasanya 25.3. Hehe... (tak la minat pun, tapi aku suka dia)

Lilypie Expecting a baby Ticker


pregnancy calendar

Lebih kurang 55 days atau 8 minggu lg la (from today), my baby will come and see the world....

Monday, January 12, 2009

Zukhruf masuk tadika


Minggu lepas zukhruf mula sekolah. First day (isnin 5.1.09) hari tu, aku pegi jugak la hantar dia kat sekolah (atau lebih tepat lagi, tadika dia). Tadika tu nama dia Tadika Islam Masjid Wilayah, under JAWI.
Excited sungguh zukhruf nak gi sekolah. Actually dah lama dia nak gi sekolah. Dia selalu cakap, "Umi, adik nak gi sekolah. Nanti cikgu marah adik tak gi sekolah." Hehehe....

Bukan zukhruf je excited, aku pun excited sangat. Ye la, anak nak masuk sekolah. Nak tgk jugak mcmana dia kat sekolah, mcmana dia lalui pengalaman barunya itu. Nangis ke tak dia, boleh bawa diri ke......

Hari first tu, sekali kejut je zukhruf terus bangun. Biasanya dia susah nak bangun kalau kita kejut ni. So hari tu ramai jugak la budak2 yg sebaya dengan dia. Suka tgk muka budak-budak ni. Muka-muka bersih, muka-muka takde masalah n muka-muka takde dosa. Hehe.. Ada jugak la yang nangis, tak mahu berenggang dengan ibu bapa masing-masing.

Zukhruf ok la, masuk kelas n duduk kat tempat dia. Mula-mula tu tak bagi jugak aku tunggu kat luar, nak suh tunggu dia kat situ. Tp aku cakap, nanti cikgu marah. Hari-hari lepas tu, ok la dia kat sekolah. Dia pegi sekolah dengan abah dia. Abah dia hantar depan kelas, then dia masuk sendiri la. Pukul 11 abah dia gi ambik.

Tadika ni letaknya dalam masjid wilayah. Abah dia pun keje kat situ. So, senang la. Sekolah agama pun kat situ jugak, pada sebelah petang.

Here are some pics yg aku sempat snap hari tu..

Baju tu sekejap je elok...



Kat dalam kelas


Hari pertama

Actually aku dah lama nak hantar dia masuk sekolah. Kan ada tadika ataupun playschool utk budak 3,4 tahun. Tak larat nak layan dia kat rmh ni... Tp tak terhantar sebab takde yg dekat2 sini. So, ni la baru dia masuk sekolah.

And sblm ni aku berkira-kira jgk nak hantar zukhruf ke tadika swasta yg ala-ala mahal sikit la. Namun keadaan tak mengizinkan n bila fikir balik, no need la. Alasannya:

1) Takde yang dekat, ini la yg paling dekat.

2) Takde yg ala english-islamic yg dekat2 sini. Kalau ada yg mcm tu, berbaloi la.

3) Lgpun zukhruf dah boleh baca. Tadika mahal2 tu nak suh anak cepat pandai baca je (tak dinafikan mungkin ada lg kelebihannya). Actually aku dah ajar dia baca stat umo 3thn+, guna Bacalah Anakku. Skg ni dia boleh la baca suku kata mudah.

4) Masuk tadika ni setakat nak suh dia belajar berkawan, belajar mendengar n ikut arahan dan supaya blh berdikari.

Bila dia 6 thn nanti ingat nak hantar dia masuk kelas pra dekat S.K. Kiara Mas. Tgk la nanti.

So, masuk minggu ke-2 ni aku tgk zukhruf ok la. Jgn dia tak mau gi sekolah dah la. Kang susah pulak. Setiap hari bila dia balik sekolah, aku akan tanya soalan2 ni:

1) Makan apa kat sekolah? (itu yg first)

2) Kencing @ berak tak kat sekolah?

3) Cikgu ajar apa hari ni?


Saturday, January 10, 2009

Welcome to my blog

Hi... welcome to my blog yang tak seberapa ni. sempena tahun baru ni i pun nak ada blog sendiri. baru nak blaja2 buat blog. so, inilah blog budak baru belajar.... hope i can share something here....