Friday, January 16, 2009

Budak-budak

Malam tadi selesai aku solat isyak, tgk2 tangan zukhruf berdarah. Menitik2 kat atas lantai lg. Masa aku duk solat tu dengar dia bukak paip kat sinki. Ingatkan dia main air (mcm selalu). Rupa2nya dia basuh jari dia yg berdarah tu. Terkejut jugak la aku tgk darah yg banyak tu.

Aku pun cepat2 cari sapu tangan n lap darah kat jari dia. Sambil membebel, aku bawak dia basuh tangan dia lagi sekali. Nampak darah tu mula kering, aku pun sapu minyak gamat. Then balut dengan tisu n ikat.

Rupa-rupanya dia main benda tu, pencukur gilette yg kat dalam bekas kat atas meja. Ya Allah budak ni. Geram betul aku. Time aku duk solat or tgh sibuk ada la kerja dia. Dia mmg suka panjat n 'mengakas' kat atas meja tu. Lagi satu, dia suka bukak drawer n selongkar barang2 yg aku simpan. Aduiiii budak ni. Aku marah la dia. Aku cakap, itu la, main lg. Baru dia nangis. Masa tangan dia berdarah tu dia tak nangis pun. Siap gi basuh sendiri lagi. Then, ada kerja la utk aku, kena mop lantai.

Inilah kecederaan pertama zukhruf yg berlaku kat dalam rumah ni. Sekali pk elok jugak dia kena mcm tu, baru dia tahu mcmana rasa luka n berdarah. Budak yg aktif n suka mencuba mcm tu bila kena sekali baru dia akan ingat. Sblm ni selalu duk bgtau dia jangan main tu, jangan main ni.... Bila kena sekali baru dia tahu.

Mungkin silap aku jgk letak gilette tu kat situ. Tp tak sangka la dia nak main sbb benda tu ada tutup yg tak bukak lg. Aduiii, mmg la budak2 ni. Lagi kita cakap tak boleh main, lagi dia nak cuba. Sebelum ni mmg aku sentiasa beringat cam pisau kat dapur. Gunting pun mmg aku sorok, takut dia main.

Kalau kat dapur, aku selalu cakap jgn main kat dapur ni. Kalau tgh masak bgtau dia, panas ni, tau tak panas? Nak bg dia tahu rasa mcmana panas, aku penah ambik tangan dia n sentuh kat cerek yg ala2 panas la masa tu. Biar dia tahu mcmana panas. Skg bila aku cakap "panas ni" dia gi main jauh2....

Tp aku bersyukur kerana selama membesarkan zukhruf dia takde la sampai mengalami kecederaan yg teruk or sampai kena jahit. Sblm ni ada la sekali dia luka kat lutut sbb jatuh masa main2 kat luar.

Anak jiran aku yg 2 orang tu (kawan zukhruf la) dua2 pernah kena jahit. Sorang kena jahit kat kepala sbb jatuh dlm bilik air n sorang lg kena jahit kat kelopak bawah mata sbb kena besi buaian masa duk main dgn adik dia. Kan buaian tu ada spring n spring tu melantun kot... Dr. yg rawat masa tu cakap, nasib baik sgt sbb tak kena mata, kalau tak blh buta......

Sekali tu, adik dia yg pompuan masa duk main2 dia masukkan manik yg dekat bunga penyepit langsir tu ke dalam hidung. Then dia bgtau mama dia, ada manik kat dlm hidung. Mama dia suluh nampak la manik tu lekat kat dlm hidung n tak boleh nak keluarkan, dah lekat betul2 kt atas. Gelabah la mama dia. So, bwk gi hospital n dr. keluarkan. Aku tgk manik tu besar jugak. Isk, mmg la budak2 ni.

Nak citer satu kes lg, kawan mak aku punya cucu. Dia duk main mainan dgn adik dia. Mainan tu yg pakai bateri kecik, yg mcm bateri jam tu. Budak tu (si abang) ntah mcmana gi masukkn dalam hidung dia. Itu la, yg abang. Yg adik tak pulak. So bwk gi hospital kerajaan dr cakap esok br nak 'buat' (keluarkan bateri tu la).

Sebab risau takut jadi apa2, kan bateri tu ada kimia, takut pecah ke... Then bawak la budak tu gi KBMC n doctor pun dapat la keluarkan benda tu mlm tu jgk. Tak pasal2 kena caj RM3000, semata2 nak keluarkan benda alah tu.

Kesimpulannya (formalnye ayat), kita yg ada anak ni cukup kena hati2 even kat dlm rumah sendiri pun. Macam2 benda boleh berlaku. So, kita kena peka dgn apa yg boleh memudaratkan anak2 kita ni, terutama anak yg mula blh merangkak n berdiri hinggalah umur 3,4 thn.

Ada kes budak 1 thn+ meninggal sbb kena air panas yg kat dalam electric kettle. Dia tarik wayar yg terjuntai n kettle tu pun jatuh lalu menyimbah air panas yg baru mendidih.... Takut dgr. Ada jugak baby yg baru merangkak lemas dlm besen berisi air. Itu la, kena hati2 betul. Jgn biarkan air dlm besen. Benda2 panas n tajam mmg kena hati2 sgt. Mcm duit syiling aku cukup hati2. Kan ada budak telan duit syiling. Mainan2 diorg pun kena tgk jgk. Kot ada part mainan tu yg tajam or kalau tercabut blh masuk mulut ke.

Itu la, malang tidak berbau.... Beringat sebelum kena.... Cuai sesaat, kesal sepanjang hayat.... Semoga kita, anak2 kita n seluruh keluarga kita sentiasa dalam lindungan-NYA...

No comments: