Sunday, January 18, 2009

Zukhruf dan otomen


Zukhruf minat sungguh dengan otomen (Ultraman). Semua ultraman dia kenal; gaia, dyna, tiga, nexus, cosmos, max dll. Aku sendiri tak kenal n tak tahu pun apa beza semua ultraman tu. Nampak mcm sama je.

Aku try tanya dia, ultraman tiga macamana, ultraman nexus macamana.... Then dia tunjuk, ultraman ni...... ultraman..... ada tu.... Aku rasa perbezaannya sikit sangat. Tapi itu la budak-budak mmg peka.

Yg dia cakap nama ultraman tu betul pulak tu. Mcm dekat baju ultraman tu ada tulis nexus, dia bukan tahu baca pun tp dia tahu itu nexus. Ntah la aku....

Aku tak ajar pun dia minat ultraman. Tapi itu la budak2, kita tak ajar pun dia akan tahu. Mmg kebanyakan budak akan kenal ultraman, tak kira laki or pempuan. Zukhruf mula minat ultraman stat umur 2 tahun+, masa tu dia tertengok ultraman kat tv. Mula-mula tgk, dia mcm takjub sgt. Then terus nak tgk.

Aku mmg tak bg jugak la dia tgk. Takde la sengaja suruh dia tgk ultraman, melainkan terbukak tv masa tu ada ultraman, tak boleh nak buat apa la.
Mula-mula dulu dia agak terpengaruh dgn ultraman. Risau betul aku masa tu. Dia mula buat aksi2 ultraman n nak lawan orang. Yg selalu jd mangsa dia makcik2 dia la. Then aku bgtau, ultraman lawan raksasa je, dia tak lawan orang baik2.

Masa tu mmg aku risau sgt la, lebih2 lg bila jumpa budak2 lain dia mula nak lawan mcm ultraman. Hinggalah dlm umur 3 thn baru ok sket. Itu la, pengaruh ultraman mmg kuat.

Sebenarnya zukhruf bkn kenal ultraman je, semua dia kenal; batman, spiderman, power rangers, cicakman dll. Tp dia paling minat ultraman la. Aku tak ajar tu semua. Dia blaja dgn kawan2 dia la (anak2 jiran kat sini).

Dulu aku ada belikan dia colouring book yg gambar buah-buahan n binatang, nak ajar dia mewarna. Tp dia tak minat pun. Langsung tak mau buat. Then sekali tu pegi pesta buku, jumpa buku mewarna ultraman. Apa lagi, nak laaa. Tepaksa aku beli 2 bijik.

Balik rumah terus dia colour dengan semangatnya. 1 buku tu habis dia colour tak sampai 2 hari kot. Krn buku ultraman dia pandai pegang pensel warna n pandai colour (penuhkan kt dalam, tak bg keluar).

Itu la anakku zukhruf. Skg ni sejak gi sekolah, dia selalu bgtau, kawan dia ada beg ultraman, kotak pensel ultraman, pensel ultraman dan mcm2 lg la.... Kesian jugak kat dia. Minggu lps jumpa kotak pensel ultraman, aku pun beli la kat dia. RM10 tu kira mahal la... n dia sayang sungguh kat kotak pensel tu.

ultraman!!

keluarga ultraman


persidangan ultraman sedunia


4 comments:

Asyida said...

rasanya nanti yez pun bile dah besar2 akan mengikut jejak langkah abg zukhruf..hehe.

shahida shalahim said...

hi kak long!haha!kelakar gila pic persidangan otromen sedunia tu..takot pun ada jugak.ive been tagged ye?

kaklong nuzula said...

asyida:
itu la mcsyu, better jgn bg kenal otomen ni. kalau dah kenal, takleh nak buat apa. better kasi anak2 kite tgk cartoon yg 'lembut2' jerrr...

shahida shalahim:
ya, u've been tagged....

Mija said...

kak long congratz sbb peknen, mija baru je tau ni huhu dh dekat sebulan x blogging. ^^