Monday, January 19, 2009

Pegangan Hidup Saya

Apakah yg saya PEGANG dalam hidup ini?

1. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Saya yakin bahawa apa yg ditentukan-NYA itu 'sangat-sangat' terbaik utk kita, kerana DIA Maha Mengetahui atas segalanya.........

2. Apa yg kita nak tak semua kita dapat, dan tak semua kita tak dapat. Setiap yg tersurat itu pasti ada yang tersirat dan yg tersirat itu terbaik utk kita, walaupun kita rasa tak baik pun.....

3. Selagi kita benar, selagi kita menjaga hak-NYA, selagi hati kita bersih, DIA akan bersama kita.....

4. Yang paling hampir dengan kita adalah diri kita sendiri. Yg paling memahami kita adalah diri kita sendiri dan yg paling mengenali kita adalah diri kita sendiri. Belajarlah daripada DIRI..... dan belajarlah menyayangi diri sendiri.....

5. Hati yg bersih adalah 'gateway' utk sampai kepada ALLAH. So, jaga kesucian hati kita, kerana ia syarat pertama untuk kita dekat dengan-NYA. Allah hanya akan 'hadir' dalam hati yg bersih, hati yg hidup dalam mengingati-NYA.

6. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas amalan masing-masing. So jaga diri sendiri dah la, n just bersangka baik pada semua orang, even org jahat, org maksiat dll, kerana kita tak tahu nasib kita n nasib mereka di sana.....

7. ALLAH itu Maha Adil. Dia juga Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Kalau kita ikhlas dan redha akan segala yg ditentukan-NYA, insya-Allah DIA akan bersama kita n DIA akan berikan kita sesuatu yg kita tidak pernah terfikir pun.....

8. Hidup ini hanya sekali. So, buatlah yg terbaik utk diri sendiri dan org sekeliling kita, kerana kita mungkin hanya ada SEKALI sahaja kesempatan.

9. Masa yg telah berlalu tetap berlalu. Apa yg telah berlaku tetap telah berlaku. Itu tidak penting lg. Kita masih ada masa yg sekarang ini dan masa akan datang, yg akan menjadi PENENTU....

10. IMAN itu paling penting utk kita sejahtera di dunia, sejahtera di akhirat. Kita mmg sah seorang muslim, tetapi blm tentu sbg mukmin. Bg saya, iman is not received, it is achieved.

11. WANG itu kedua penting selepas iman........ Benarlah kata Sy. Ali RA; kalau hilang wang, hilanglah iman...... apabila beliau ditanya, apakah yg kedua penting selepas iman???? Mereka yg mengatakan wang itu tidak penting adalah BOHONG!!! Namun, jangan sampai wang menjadi matlamat, ia sekadar keperluan utk kelapangan beribadat....

12. DUNIA dan AKHIRAT adalah satu, tidak terpisah keduanya. Maknanya tak boleh amik dunia shj n lupe akhirat or nak amik akhirat shj tolak dunia. Apa pun saya percaya, kalau kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita. Kalau kita kejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita......

13. Setiap titis kesabaran dan keikhlasan kita pasti ada imbalannya, di dunia ini lg mahupun di akhirat sana.......... (saya sangat yakin!!)



No comments: