Minggu lepas zukhruf mula sekolah. First day (isnin 5.1.09) hari tu, aku pegi jugak la hantar dia kat sekolah (atau lebih tepat lagi, tadika dia). Tadika tu nama dia Tadika Islam Masjid Wilayah, under JAWI.
Excited sungguh zukhruf nak gi sekolah. Actually dah lama dia nak gi sekolah. Dia selalu cakap, "Umi, adik nak gi sekolah. Nanti cikgu marah adik tak gi sekolah." Hehehe....
Bukan zukhruf je excited, aku pun excited sangat. Ye la, anak nak masuk sekolah. Nak tgk jugak mcmana dia kat sekolah, mcmana dia lalui pengalaman barunya itu. Nangis ke tak dia, boleh bawa diri ke......
Hari first tu, sekali kejut je zukhruf terus bangun. Biasanya dia susah nak bangun kalau kita kejut ni. So hari tu ramai jugak la budak2 yg sebaya dengan dia. Suka tgk muka budak-budak ni. Muka-muka bersih, muka-muka takde masalah n muka-muka takde dosa. Hehe.. Ada jugak la yang nangis, tak mahu berenggang dengan ibu bapa masing-masing.
Zukhruf ok la, masuk kelas n duduk kat tempat dia. Mula-mula tu tak bagi jugak aku tunggu kat luar, nak suh tunggu dia kat situ. Tp aku cakap, nanti cikgu marah. Hari-hari lepas tu, ok la dia kat sekolah. Dia pegi sekolah dengan abah dia. Abah dia hantar depan kelas, then dia masuk sendiri la. Pukul 11 abah dia gi ambik.
Tadika ni letaknya dalam masjid wilayah. Abah dia pun keje kat situ. So, senang la. Sekolah agama pun kat situ jugak, pada sebelah petang.
Here are some pics yg aku sempat snap hari tu..
Hari pertama
Actually aku dah lama nak hantar dia masuk sekolah. Kan ada tadika ataupun playschool utk budak 3,4 tahun. Tak larat nak layan dia kat rmh ni... Tp tak terhantar sebab takde yg dekat2 sini. So, ni la baru dia masuk sekolah.
And sblm ni
aku berkira-kira jgk nak hantar zukhruf ke tadika swasta yg ala-ala mahal sikit la. Namun keadaan tak mengizinkan n bila fikir balik, no need la. Alasannya:1) Takde yang dekat, ini la yg paling dekat.
2) Takde yg ala english-islamic yg dekat2 sini. Kalau ada yg mcm tu, berbaloi la.
3) Lgpun zukhruf dah boleh baca. Tadika mahal2 tu nak suh anak cepat pandai baca je (tak dinafikan mungkin ada lg kelebihannya). Actually aku dah ajar dia baca stat umo 3thn+, guna Bacalah Anakku. Skg ni dia boleh la baca suku kata mudah.
4) Masuk tadika ni setakat nak suh dia belajar berkawan, belajar mendengar n ikut arahan dan supaya blh berdikari.
Bila dia 6 thn nanti ingat nak hantar dia masuk kelas pra dekat S.K. Kiara Mas. Tgk la nanti.
So, masuk minggu ke-2 ni aku tgk zukhruf ok la. Jgn dia tak mau gi sekolah dah la. Kang susah pulak. Setiap hari bila dia balik sekolah, aku akan tanya soalan2 ni:
1) Makan apa kat sekolah? (itu yg first)
2) Kencing @ berak tak kat sekolah?
3) Cikgu ajar apa hari ni?
1 comment:
salam..lame aku xmsk internet...xmsk blog. skang xde lg internet kt umah.. blum beli laptop lg... best dgr cite zukhruf dh skolah.. dh pandai bwk diri. lps ni mesti die lg independent sbb dh ade adek...
Post a Comment