Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman bersalin


Saje nak story pasal pengalaman melahirkan zukhruf. It's about 4 thn yg lalu...

Kami berkahwin pada 18.03.04. Lepas kawin tu aku terus tak dtg period. Aku dah syak mengandung. Ibu mertuaku kan keje jururawat (staff nurse) kat Hospital baling, so dia la uruskan pregnancy test aku. Mula2 tu keputusan NEGATIVE. Heran aku... Sedangkan period aku tak pernah miss. kali ke-2 test baru POSITIVE.

Ya, aku disahkan mengandung. Tp ntah la mengandung berapa bulan or berapa minggu, sebab mestilah last period aku sblm tarikh aku kawin.... Itu la kan, mcmana nak kira. Apa pun memang dia kira drpd last period hari tu.

Lepas tu aku buat monthly check-up dekat klinik berdekatan rumah kami. Masa tu kami tinggal kat rumah guru kat maahad tahfiz tempat suami aku mengajar. Sampai la 9 bulan....

Due date aku pada 6.12.04. On 6.12 tu aku cam berdebar n teruja gak la nak lalui pengalaman bersalin ni. Duk tunggu2, tak sakit pun. Bila nak sakit ni? Malam tu barulah rasa lain. Dah lupa rasa mcmana, tapi sakit la kat perut. Sakit daripada sakit perut biasa. Aku dah tak boleh tido. Nak kata kuat sangat tu, tak la. Tapi sakit la jugak.

Then, telefon mak mertua aku yg kerja shif malam masa tu. Dia cakap, kalau sakit sikit2 tak payah datang hospital lg. Kalau gi hospital pun, kena tunggu jugak. 3cm baru masuk labour room. Memang la tak kuat sgt sakit n aku pun blh tahan lg. So baik tunggu kat rumah.

Actually ibu bapa mertuaku duk kat kuaters hospital baling, kat dalam kawasan hospital tu jugak. Masa hampir dengan due date, memang aku n suami pegi duk dengan mereka. Senang kalau ada apa2...

So, pagi keesokan harinya aku dah tak senang duduk. Aku duk mundar-mandir, dah tak boleh duduk. Sakit makin kuat terasa. Makan pun tak mahu. Tapi mak mertua aku suruh jugak makan sikit. Then aku cek ada darah sikit keluar. Mula rasa sgt berdebar....

Dalam pukul 10.30 pagi (bila rasa kuat sakit) baru gi hospital. Terus masuk labour room. Aku dah mcm cacing kepanasan. Rasa kuat sangat sakit. Sakit yg tak tahu nak cakap macamana. Masa duk baring tu, mak mertua aku datang. Dia minta izin aku to see the 'jalan'. Aku angguk je la. Dah tak pk apa masa tu. Rupanya dah 3 atau 4 cm kot (aku pun dah lupa).

Masa aku dlm kesakitan tu, aku lihat mak mertua aku pulak yg nangis. Mungkin dia tak sampai hati tgk aku sakit. Padahal dia dah biasa sambut org bersalin, memandangkan mmg dia keje kat wad bersalin.

Then ada doctor datang, dia pecahkan air ketuban by cucuk dgn something mcm lidi. Aku rasa air bercucuran membasahi.... Dr. tu cakap anak aku dah berak dalam perut sbb air warna hijau (kot, aku pun tak nampak).

Dr. tu cakap kena refer ke hospital sg. petani. Ibu mertua aku duk argue dgn doctor tu sebab masa tu aku dah 5cm (takut tak sempat sampai sg.petani). Tp nak buat mcmana, kes mcm tu kena gi sg.petani jugak. Dah prosedur dia mcm tu, sbb takde dr.pakar kat sini. Dr. tu cakap dia taknak ambil risiko kalau apa-apa berlaku. So kena gi hospital sg.petani la pulak. Aku dah takde 'aroh nak rasa' masa tu.

Tunggu ambulans datang. Masa tu tak tahu la pukul berapa, dah tgh hari kot. Ambulans sampai, aku terus ditolak naik ambulans. Ibu mertuaku pun ada menemaniku n ada seorang lg misi. Perjalanan dr hospital baling ke hospital sg.petani ada la 1 jam. Aku benar2 dah tak boleh tahan ni. Dah rasa nak keluar dah baby. Masa tu rasa mcm nak berak. Jadi nak teran dengan sendirinya. Misi yg sorang lg tu cek aku dah dekat 10 cm. Cepat la sampai...

Sampai je dekat hospital sg.petani, aku terus ditolak masuk labour room. Misi kat situ kalut la sbb baby dah nak keluar. Dia suruh teran. Macamana ni? Rasa takreti pulak nak teran. Dia suruh teran kuat lagi.... Aduiiii, macamana ni? Misi tu cakap dah nampak kepala baby. Dia ambil tangan aku n sentuh kepala baby. Aku boleh rasa rambut dia. Katanya, ni kepala baby awak dah nak keluar ni. Teran kuat lagi!!!

Aku dah lupa mcmana power aku teran sampai terus keluar baby. Rasa mcm keluar bedebuk seketul. Seingat aku, masa baby keluar tu tak rasa apa pun. Yg sakitnya masa nak tunggu sampai ke 10cm tu la. Ntah la, mungkin lain orang, lain rasa.

So, selamat la keluar baby aku tepat jam 1.56 petang. Aku dengar misi tu cakap, ooo ada..... (ntah apa dia sebut tp aku tahu la baby laki). Aku dengar suara baby nangis n diorg bawa baby aku utk dibersihkan. Manakala aku terus di'operasi' yg belum selesai.

Selesai tu br diorg bwk baby aku n letak atas perut aku. Masa misi tu letak, dengar suara anak aku sebut "Maaaaaaa". Aku tergamam. Misi tu cakap, pandai dia panggil mak dia. Aku tgk baby aku. Rasa asing sgt. Oooo, ni rupanya yg duk dalam perut aku selama ni. Then misi tu suruh aku susukan baby.

Utk makluman korang, berat anakku ini 3.51 kg semasa dilahirkan. Amat mengejutkan aku. Sebab perut aku hari tu tak besar mana.... Apa pun, Alhamdulillah semua selamat n anak aku pun sihat.

Keesokan harinya, dapat keluar hospital n balik la ke rumah ibu mertuaku dekat baling. Anakku ini asyik menangis je. Sebenarnya dari mlm dekat hospital tu lg dia duk nangis. Tido sekejap, jaga terus nangis. Heran betul kenapa. Aku dah bagi nenen. Dia pun macam hisap. Takkan sebab lapar.

Keadaan berterusan, tido sekejap, bangun n nangis. Hinggalah ke malam. Aku semakin resah. Kenapa ni? Ibu mertuaku cakap dia lapar kot. Sebab cek dia takde sakit apa. Aku cakap, dia dah hisap susu. Mereka pun tgk baby aku nenen. Aku cuba picit susu aku pun keluar. Tak kan dia lapar kot.

Sampai la keesokan harinya pun mcm tu jugak. Petang tu, bapa mertua aku try suap air masak dengan sudu. Babyku menelan dgn lahapnya. Ya Allah, rupa2 nya dia lapar selama ni. Hampir 3 hari dia nangis, rupanya sebab lapar. Apa lg, bapa mertua aku terus gi beli susu formula. Balik tu, cepat2 buat susu n bg dia. Sekejap je habis 1 botol. Then dia tido dgn lena sekali.

Ya Allah, mmg betul dia lapar. Betapa rasa bersalahnya aku. Mana aku tahu, aku ingatkan dia duk hisap tu cukup la susu, rupanya tak cukup. Ntah2 susu tak keluar pun! Beberapa hari lepas tu barulah aku dpt nyusukan dia dgn baik. Tapi ada gak campur time tak cukup.

Dalam sebulan (kot) lepas tu barulah konsisten susu badan secara eksklusif. Itu la pengalaman yg tak dpt aku lupakan (macam tajuk karangan budak UPSR pulak). Betapa naifnya aku sebagai ibu..... Kesian anak aku sampai 3 hari kelaparan. Hehe, nasib la zukhruf...

ibu mertuaku n zukhruf

1 comment:

Anonymous said...

Insya allah, untuk kandungan kedua mcsyu nanti, mcsyu dah taknak pegi hospital cepat2. buat sakit jiwa jek duk "bbaloh" dgn nurse situ. baik duk umah dulu den bile sakit yg betul2 kuat n kerap, baru nak p spital..huhu....