Hari itu (9.3.09) sekolah cuti sempena Maulidurrasul. Tp umi pegi sekolah kerana ada sambutan Maulidurrasul. Aku pun berkira2 nak gi jugak sekolah umi ptg nanti. Ada byk program n ada gerai jual2 ni.
Dlm pukul 8 pg aku rasa nak tido pulak. Tapi mata tak jgk lelap. Tiba-tiba rasa lain kat perut tp aku buat dek jer. Tak lama kemudian sakit tu makin terasa (tp tak la sakit sangat masa ni).
Eh, sakit nak bersalin ke ni? Aku tgk jam setiap kali sakit tu datang. Dlm 10 minit sekali. Ini yg dikatakan contraction kot. Aku cuba ingat balik sakit masa nak bersalin zukhruf dulu. Rasanya sama la...
Dlm pukul 9 pg aku gi dapur n take my breakfast. Baik aku makan dulu, kang nanti sakit lg kuat tak boleh makan pulak. Takut perut kosong nanti. Aku makan la roti+jem 2 keping n telur separuh masak sebiji.
Lps tu sempat lg aku mengemas dapur n then mandi.
Dlm pukul 10 pg sakit makin terasa. Dh kurang 10 minit sekali kot. Aku pun cek balik brg2 yg nak bwk ke hospital n letak setempat semuanya.
Aku pun fon umi bgtau yg aku dah rasa sakit, nak beranak kot. Tp aku cakap kat umi, tak payah balik lg la sbb sakit sikit baru. Kot2 ptg ni or mlm ni baru beranak. Lgpun abah ada. Umi cakap tak boleh tunggu lama, baik gi hospital. Umi terus pulang.
Umi sampai dlm pukul 11 pg then terus g hospital. Abah yg drive. Zukhruf duk rumah dgn adik aku Fatin yg lps spm tu. Kesian jgk dia nak ikut, tp pujuk dia gi beli aiskrim n bgtau dia baby dah nak keluar.
Sampai kat HUSM dlm pukul 11.45 pg n aku dibawa ke bhg bersalin. Sampai situ aku duduk kt tempat menunggu hinggalah dipanggil utk dicek oleh doktor. Masa tu aku baru 3cm. Lama jgk duk terbaring masa dia duk cek jantung baby tu.
Then nurse tu bgtau aku suh masuk labour room. Aku dgr diorg ckp, mmg baru 3cm tp contraction kuat. Sblm masuk labour room aku sempat keluar n salam dgn umi n abah, suh diorg doa kat aku.
Dalam pukul 12.40 tgh hari, aku masuk labour room, dgn bawak beg baju baby. Masa ni mmg dah rasa kuat sakit tp stil boleh jalan sendiri.
Aku masuk ke satu bilik kosong yg ditunjuk oleh nurse tu n disuruh baring. Aku blh cakap2 lg dgn nurse n doctor yg ada. Diorg yg duk tanya, aku jawab je la. Myb diorg nak tenangkan aku.
Then ada sorg lg doctor datang utk cek jalan. Katanya 4cm n dia pun pecahkan air ketuban. Dia buat 'sesuatu' kat situ, katanya utk tolong buka jalan.
Sakit makin kuat terasa. Aku dah tak boleh tahan lg. Rasa nak nangis tp tak nangis pulak...
Tgk jam baru pukul 1 ptg. Ntah berapa lama lg aku nak hadapi kesakitan ni...
Then ada nurse dtg, bg alat suh aku sedut. Katanya utk kurangkan sakit. Aku sedut gas tu tp stil rasa sakit. Cuma jd mcm lali n rasa mengantuk....
Selama duk sakit tu aku just selawat n baca doa nabi Yunus je. Dah tak boleh nak baca yg lain lg dah.... N aku cuba sebanyak mungkin ingat ALLAH. Aku letakkan sepenuh keyakinan aku pada-NYA, minta DIA tolong aku utk menghadapi saat2 itu...
Aku dah tak boleh tahan lg sakit. Sakitnya mmg sakit tak boleh nak cakap. Dah rasa mcm nak teran, mcm nak berak.
Masa tu doktor n nurse duk buat kerja mereka n aku dibiarkan sakit sendirian. Myb diorg ingat lambat lg nak tunggu 10cm.
Dgr aku mcm nak teran tu (aku bkn sengaja nak teran tp jadi sendiri), doktor tu tgk kat situ n diorg pun cepat2 pakai apron plastik. Aku tanya doktor tu, dah berapa cm?? Katanya, baby dah nak keluar. Mmg aku lihat mereka begitu kalut.
Diorg suh aku teran. Mcm zukruf dulu jgk, jd tak reti nak teran. Banyak kali aku teran tapi blm cukup kuat. Zukruf dulu 2,3 kali teran je. Ni rasanya dah habis tenaga aku.
Misi tu duk suruh teran, kuat lagi, kuat lagi. And aku ambik nafas dlm2 n teran sekuat2nya. Keluar la akhirnya.... tepat jam 2.20 ptg.
Fuh, lega yg amat. Kelahiran anakku itu disaksikan oleh seorang doktor, seorg doktor pelatih n seorg nurse. Mujurlah semuanya perempuan.
Sebenarnya masa duk teran n baby keluar tu rasa mcm sedar tak sedar. Myb effect duk sedut gas tu jd lali jerrr...
Aku tanya misi tu, laki ke pempuan. Dia jawab, nanti kita tgk. Then dia angkat baby n tunjuk kat aku. Aku pun jawab, oooo pempuan.
Ah, dah berakhir episod keluarnya baby. Sungguh lega rasanya. Then babyku diletakkan di atas perutku sblm dibawa utk dibersihkan. Aku pula terus 'disiapkan' mereka dgn keja2 yg belum selesai itu.
Anakku lahir sehari awal drp due date. Hari itu, 9 Mac 2009 bersamaan dgn 12 Rabiul Awal iaitu tarikh kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga anakku akan meneruskan misi dakwah baginda di bumi ini.... Insya-ALLAH.