Tuesday, June 30, 2009

Big Eyes Pouch Sling GIVEAWAY...

Saya dan babywearing

Sebetulnya saya sedang mencari satu babywearing, atau lebih tepat lagi baby sling utk 'menggendong' anak saya, si kecik Auliya yg berusia 3 bulan. Saya duk tgk2 yg jual online n tgh survey dari segi jenis, harga dan material yg digunakan.

Sebenarnya, sejak jadi blogger inilah baru saya tahu apa itu 'babywearing', apa itu 'sling'... Hiks. Sungguh ketinggalan diriku ini. Sblm ni memang tak penah tgk org pakai babywearing, melainkan org indon je yg selalu kendong baby. Hihi.

Masa zaman anak pertama saya, Zukhruf dulu ada la guna baby carrier, yg kendong baby kat depan tu. Tapi rasanya tak best la berbanding sling. Baby pun lagi selesa duk dlm sling. Dari review ibu2 yg guna sling pun, ramai yg kata "OK" dan banyak membantu.

And now saya ingin sekali memiliki satu sling utk si kecik Auliya. Saya rasa penggunaan sling adalah amat praktikal. Tambahan pula utk ibu2 yg bf seperti saya. Takle kekok sangat nak menyusu baby ketika berada di tempat lain (esp. tempat awam).

Setahu saya, baby sling masa kini (sebagaimana yg dijual online) ada 2 jenis, iaitu;

  • pouch sling

  • ring sling

Kalau nak tgk gambar org pakai sling ni, boleh la search image kat google. Macam2. Seronok tgk!

Apa yg saya discover, ada jugak org yg buat sling sendiri, DIY nyer sling.. Sungguh kreatif! Best jugak, boleh pilih corak, warna dan material mengikut citarasa sendiri. Tapi sayangnya saya tak pandai menjahit!!

Dan ketika saya dah hampir2 nak beli yg online, kebetulan pula dapat tahu ttg GIVEAWAY di BIG EYES SHOP ni. Jadi, apa lagi... saya pun terus buat entry ni. Mana tahu, kalau ada rezeki Auliya blh dapat sling free!!

Saya suka yg warna pink ni.... So sweet utk my baby girl!


Untuk maklumat lanjut tentang GIVEAWAY ni, sila klik di sini.

Tarikh tutupnya ialah 30 Jun 2009, iaitu hari ni.

Wednesday, June 24, 2009

ALL THE BEST!!

Nak amik kesempatan ni nak ucapkan all the best kepada kawan2 yg tgh sambung belajar n akan gi sambung belajar...

1. Jaja, PTM yg akan ke Ostrolia utk wat master. Fully sponsored by JPA. Dpt gaji penuh lg tuh.... Jangan lupakan aku ek Jaja. Uhuk...

2. Mc yue, kawan aku masa kat Faris Petra yg akan ke Manchester utk wat master, fully sponsored by TM. Setahu aku mc yue dah wat master kat UM. Ntah la...

3. Shieda (mummy she) yg akan ke UK utk wat Ph.D nyer (tak jadi gi Sweden katanya) n akan separate ngan Bapak yg tgh wat plastic surgery kat USM kubang kerian.

4. Chik (mummy hanny), even belum tahu bila n di mana lagi....

Juga, all the best to:

- Ina yg skang tgh pulun utk habiskan Ph.D nyer. Ina skg kat Bristol, UK ngan hubbynya (Abang Adee) yg juga wat Ph.D dgn bawak anak mereka sekali, Khairah.

- Wan yg kat Germany (juga tgh wat Ph.D).

- Haiza yg kat Australia (juga wat Ph.D ngan husbandnya).

Tak lupa juga;

- Mija yg tgh wat master in Geophysics kat USM Penang. Sblm ni Mija keje kat Schlumberger selama 6 thn kot ek mija dan berenti ketika gaji yg amat lumayan...

- Azi, juga tgh wat master kat UTM Johor. Sblm ni Azi dah keje di beberapa syarikat besar as a programmer n then jadi tutor.

Ermmm, sape lg ek??

Lps sorang, sorang kawan aku gi sambung ngaji. Kalo bukan diorg pun, ikut husband, mcm Hazwani yg skg stil kat Germany. Nisa aritu gi Australia, baru balik.

Mickwa masih lg bermastautin di Ireland ngan hubby n anaknya, E. Katanya tanak keje dah bila balik Mesia nanti. Hoho!! Tiey pun kat Ireland jugak, jadi doctor kat sana.

Aku jugak yg masih camni... Huhu. Masa zaman sekolah dulu mmg cita2 nak ada Ph.D, bertitle Dr. Hahaha. Biar masa yg menentukan. Mmg tgh pertimbangkan utk sambung ngaji @ keje... Tgk la.... Aku tak nyesal ngan perjalanan hidup aku. Mcm kata Ulfa,

"The Fate That Allah Create Is Always Perfect And There Is Goodness In All"

Bagi aku mmg perjalanan hidup kita berbeza, tapi destinasi kita tetap sama............

AWARD dr Hasnor

Saya telah mendapat award drp Hasnor, x-schoolmate saya masa sekolah rendah dulu. Agak terkejut bila tgk nama saya ada dlm list penerima award. Hihi. Nway, thanx senor.

Sebenarnya saya baru saja terjumpa blog beliau drp blog Nadimah (NikNadim) yg menang Father's Day contest anjuran mamaTisya hari tu. Ini awardnya:

5 fakta menarik tentang pemberi award :

Tentang Hasnor la kan...

1. Mummy kepada Rifqi yg comel (yg masuk contest aksi menarik ketika tido tu. Vote for him!! - siap promote anakmu lg ni senor).
2. Sedang preggie anak kedua, 7 months
3. Suka jenjalan n dah penah gi beberapa buah negara.
4. Stil maintain slim cam dulu2 (masa pregnant ni tak la!! hiks). Mmg jenis takkan gemuk nyer mu ni....
5. Suke ngamik gambar (esp gambar Rifqi n daddy, katanya).

Tulis 10 fakta/hobi sebelom memilih penerima award seterusnya :

Tentang saya la kan.... (byk tu 10)

1. Umi kepada Zukhruf n Auliya
2. Masih lagi fultime housewife n looking forward to have a job (tgh cari2 keje). Hiks.
3. Sgt suka makan n nak menguyah je all the time... Haha.
4. Berat badan saya susah nak naik. Lepas bersalin terus kembali ke berat badan asal. Hoho.
5. Suka shopping (window je actually).
6. Suka gi jalan2.. tak kesah la, jln2 cari makan ke, jln2 makan angin ke, jln2 balik kampung ke. ahaks.
7. Masih blm pro memandu, even dah 7 thn ada lesen. Tgh blaja2 n cuba memberanikan diri la nih.
8. Mula terjebak dlm arena blogging sejak awal tahun ni (yeah, I'm still new)
9. Sangat sayangkan anak-anak saya (dah takde apa nak tulis. hiks)
10. Masa kecik2 dulu saya suke mengumpul setem n coins. Byk sgt tau!

Pilih 10 penerima award seterusnya and describe tentang mereka :

1. Mija, ibu Zharif yg tgh wat master kat USM Penang.
2. Chik (mummy hanny), supermom yg berjauhan ngan 'gegi' hanny.
3. Ibu Arifa, ibu kpd arifa dalila (yg menang cute baby contest)
4. Rozamimi aka umi sufira (sufia+syaura), yg duk kat Johor skg.
5. Nieza, ibu kepada Suffiya Khadeeja n Zulaikha Khadeeja yg arif tentang CD n ada CD online shop.
6. Idama, ibu kpd Iman n Aisyah yg baru saja menyambut birthdaynya baru-baru ini.
7. Mummy she yg rindu itu dot dot (ihiks, mummy she punya tajuk entry mcm tu)
8. Faten adekku yg skg tgh wat asasi law kat UiTM shah alam
9. Mardiah adekku yg duk kat Bintulu, Sarawak.
10. Jebon, anak Mat Nor (biarpun aku tahu dia takkan peduli award aku ni, n dia pun tak kenal aku. hiks)

Penat ooo nak list the penerima award ni. Ok la, asal cukup 10. Sape2 yg nak award ni pun silalah ambil yer... Jgn malu2 n jgn segan2...

Tuesday, June 23, 2009

Nur Aina Sofea






Sorang lagi kawan Auliya yg juga merupakan 2 pupu (2nd cousin) si kecik tu, merangkap anak sepupu saya dan encik suami.

Dilahirkan pada 26 Mei 2009 di HUSM Kubang Kerian dgn berat 3.37kg (Auliya 3.47kg).

Aina ialah anak sulung kepada Lyn dan Saiful.

Lyn merupakan sepupu kepada encik suami.

Lyn berkahwin pada 29 Mei 2008 ketika usia 20 thn. Utk makluman, Lyn masih lg menuntut di UKM... Kira kawin masa belajar la... Takpe Lyn, dah jodoh datang awal. Umur 21 dah jadi ibu kpd Aina yg so cute!!

Setakat ni saya mempunyai 4 org anak sepupu, 3 belah encik suami dan sorang belah saya; anak kpd sepupu saya belah umi, belah abah takde lg sepupu yg kawen...

Bulan 10 ni sorang lg anak sepupu akan lahir, iaitu anak ke-3 Kak Ja dan bulan 11 dijangka sorang lg akan lahir, anak sulung Ani dan Fakhrul.

Utk makluman, Ani ialah kawan Lyn semasa di SMSTMFP, adik kepada Saiful (merangkap adik ipar Lyn) yg berkahwin dengan sepupu Lyn, Fakhrul (juga sepupu encik suami). Maknanya, Lyn kawin ngan abang Ani, Ani kawin ngan sepupu Lyn. Hihihi. Pusing2 situ jugak!

Apa pun, selamat jadi ibu dan bapa kepada Lyn dan Saiful....

Nota: Gambar diambil dari frenster Lyn dgn kebenaran Lyn... hiks.

Sunday, June 21, 2009

Untuk abah

(Masih dalam mood father's day.. heheh)

Abah,

Walaupun abah bukan seorg menteri, mahupun seorg YB yg dapat memberikan segala kelebihan, keistimewaan dan kedudukan selesa kepada anak-anaknya.....

Bukan seorg hartawan yg punya segala macam harta dan aset, di merata-rata tempat; dalam dan luar negara utk ditinggal dan dibahagi antara anak-anaknya....

Juga bukan seorang millioanaire, ape lagi billionaire yg dapat memberikan SEGALA kesenangan dan kemewahan dunia utk anak-anaknya....

Bukan juga seorang ahli akademik mahupun ahli falsafah yg sarat dengan ilmu, teori, prinsip dan falsafah utk menjadi garis panduan kepada anak-anaknya....

Dan bukan juga seorg ahli ketuhanan mahupun ahli sufi yg benar-benar mengenal titik dan garis antara haq dan batil, antara zahir dan batin, antara nyata dan ghaib, antara syariat dan hakikat, antara zat dan sifat, antara TUHAN dan hamba... yg dapat menjadi kiblat kepada anak-anaknya......

Namun, abah seorang ayah yg telah mengajar kami banyak perkara tentang kehidupan; tentang kasih-sayang, tentang kesabaran, tentang ketabahan, tentang kesederhanaan, tentang tolak-ansur, tentang usaha keras, tentang tidak pentingkan diri sendiri, tentang menghormati org lain, tentang redha dan rela, tentang bantu-membantu, tentang jimat-cermat....

Juga tentang lebih banyak memberi drp menerima, lebih banyak mendengar drp bercakap, lebih banyak buat drp melihat, tentang di mana keutamaan dlm keperluan dan kehendak, tentang apa itu pengorbanan, apa itu tanggungjawab, apa itu keluarga, apa itu saudara........ itu sudah cukup untuk kami anak-anakmu meniti kehidupan ini sebagai manusia yg tidak sia-sia hidupnya, tidak merana matinya.....

Kaklong,
Kuala Lumpur.
20 Jun 2009.

------------------------------------------------------------------------

NOTA:

ALLAH itu Maha Kaya kerana..........

-DIA tidak menjadikan abah no.1 kerana tak mahu kami semuanya datang bergolek dan tak mahu kami jadi manusia yg mementingkan diri sendiri....

-DIA tidak menjadikan abah no.2 kerana tak mahu kami jadi tamak haloba, iri hati dan dengki sesama adik-beradik....

-DIA tidak menjadikan abah no.3 kerana mahu kami usaha sendiri dan kenal erti susah sblm senang... supaya kami tahu betapa susahnya utk mendapatkan sesuap nasi....

-DIA tidak menjadikan abah no.4 kerana tidak mahu kami terikat dengan teori dan falsafah abah... supaya kami dapat pilih jalan dan haluan kami sendiri (dgn sokongan dan dorongan abah!)....

-DIA tidak menjadikan abah no.5 kerana DIA LEBIH MENGETAHUI.... mungkin kerana DIA mahu temukan saya dengan org yg dapat mengajar saya ttg itu semua.... hahahaha.

-Dan DIA menjadikan abah sebagaimana abah kami kerana DIA mahu kami kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai kehidupan..........

Saturday, June 20, 2009

Layan gambar

My dear abah

Abah ngan Atin

Abah ngan Zukhruf

Abah ngan Ida (yg mesra alam)... Ida je adik-beradik kami yg dapat mata koko abah. Huhu.

Abah ngan Atin. Atin pun anak kesayangan abah jugak, walaupun sedikit 'malap'. Hahaha.

Nak tepek lg sekali gambar umi ngan abah ni. I love this picture!

Nota:
Seme gambar ni diambil lps kenduri sambut menantu (Eming kawin) on 21 Ogos 2007. Ni je yg ada dlm kompute aku setelah aku menggodeh....

Thursday, June 18, 2009

Lagi tentang abah saya...

(Sambungan entri sblm ni).

Pada hujung tahun 2006 yg lalu, abah saya telah menjalani pembedahan tulang belakang. Pembedahan itu telah menelan kos lebih 20k (ditanggung kerajaan malaysia). Sebenarnya dah lama abah saya 'menderita' sakit belakang (hingga ke pinggang). Sampai jalan pun senget. Doktor cakap tulang belakang abah dah haus or ada tak betul (gitu la), lantas menindih saraf2nya. Sbb tu sakit.

Dlm operation tu, abah telah dimasukkan dgn beberapa platinum (oho, platinum!!). Sbb tu kos operation tu mahal!! Utk apa, secara spesifiknya itu tidak dapat saya terangkan. Mungkin sbg tulang palsu atau utk join dgn tulang2 lain.

Maknanya dlm tubuh abah ada platinum la. So abah kalau nak naik kapal terbang kena ada surat dokter. Kalau tak, ia akan berbunyi masa abah nak masuk ke balai berlepas tuh. Ntah la bunyi macamana, siren kot, sbg signal ada benda yg illegal @ 'takboleh' dikesan.

Lepas operation tu, abah dimasukkan ke ICU jugak selama 2 hari gitu la. And abah telah mendapat MC selama beberapa bulan. Masa tu saya baru saja nak pindah ke KL.

Alhamdulillah, selepas hampir 3 thn abah semakin pulih n kembali sihat. Walaupun badan abah tak 100% ok tapi sakit yg ditanggungnya selama ni dah hilang.... Itu sudah cukup utk abah menjalani hidupnya dgn lebih baik. N alhamdulillah juga abah tak ada penyakit lain (till now n harapnya sampai bila2 la).. Semoga abah terus sihat.

Mengimbau kembali kisah hidup abah bukan mudah. Abah dibesarkan dlm keluarga yg sederhana. Datuk saya hanya kerja kampung. Dr zaman budak2 lg abah byk membantu tok ayah dgn kerja-kerja sawah n menguruskan dusun buah (yg agak luas).

Antara adik-beradik laki abah, abah la yg paling byk membantu tok ayah. Kesian abah. Bapa saudara saya, Ayah Yi masa form 1 dah masuk MCKK n Ayah Li pun masa form 1 masuk SDAR. So tinggal abah je la sbg anak lelaki utk membantu tok ayah. Saya rasa mmg penat abah, balik sekolah n hari minggu mmg di sawah or di dusun tok ayah la abah.

(Mayb sbb tu jugak abah sakit belakang, sbb kerja teruk masa muda, ditambah pula keje utk menyara hidup kami adik-beradik.. huhu).

Betapa teruknya abah tolong tok ayah n betapa byknya masa abah dihabiskan dgn tolong tok ayah tu, sampai arwah moyang saya penah cakap, "hmmm... tok jjadi doh la ssemi." Translatenya, cam takde masa depan doh la ssemi (suhaimi).

Tp alhamdulillah masa abah form 4 dapat jugak abah memasuki sekolah berasrama penuh, mungkin berkat kesabaran dan keikhlasan abah membantu tok ayah. So masa form 4 and form 5 abah sekolah di SEMSAH, jitra, kedah.

Abah yg saya kenali seorang yg sangat penyabar n baik hati. Kerana karakter abah yg itulah abah disukai semua org (pada pemerhatian saya).

Dan kerana baik hati itulah abah pernah jadi penjamin kpd org lain (byk kali gak) sampai termakan diri. Huhu. Cth, penah jamin org buat loan bank n org tu tak dpt bayar, penah jamin anak kawan dia belajar n budak tu tak habis belajar... Macam tu la, seme abah kena tanggung. Kesian abah!! Kerana itulah umi saya selalu ngepek kat abah...

Abah juga seorg yg sangat jujur n amanah dgn kerjanya. Pernah suatu ketika saya mintak abah ambikkan disket "HAK KERAJAAN" kat pejabat abah utk saya. Ntah la saya umur berapa masa tu tp masa tu ada nak guna disket la. Sbbnya saya tgk kawan saya ada SEKOTAK disket "HAK KERAJAAN"... Hoho, katanya ayahnya ambik kat pejabat... So apa lagi saya....

Dan jawab abah, "Tokleh Long. Hok kerajae tu."

Huhu. Dan kerana itu saya kecik hati n merajuk ngan abah... (Mengong jugak saya masa tu...)

Satu lg memori saya ngan abah yg saya tak boleh lupa...

Masa sek.rendah dulu saya gi-balik sek ngan bas. Tapi ada jugak la time-time tertentu abah gi amik saya ngan moto (motosikal). Ye, abah saya gi keje ngan moto, walaupun ada kete..

Saya selalu rasa malu bila abah dtg amik ngan moto. Ntah la nape. Mungkin sbb saya sekolah zainab, tempat anak2 org kaya n puak2 kerabat... Elite girls school la katakan.

And ada sekali tu saya balik naik moto ngan abah. Then berhenti kat traffic lite, tgk2 ada kawan saya dlm merc kat sebelah.... Hoho. Betapa malunye saya... Ntah la, mengong sungguh saya masa tu, masih otak budak2... Padahal, betapa patut bersyukurnya saya ada abah yg bertanggungjawab... kan?

Yg paling saya tak dapat lupa ttg abah.....

Dulu abah saya penah beli mesin senaman, yg boleh lari2 kat ats tu n blh buat cam basikal, byk jugak la function dia. Benda tu tak rosak, tapi sbb dah lama letak kat luar rumah.

Sekali tu dtg org nak beli besi buruk n abah pun bagi la benda tu, ditimbang n dapat 8 ringgit... Hohoho... Benda yg berharga 1000 lebih menjadi 8 inggit. Sungguh haru!!

Umi saya takde masa tu. Bila balik umi saya apa lagi??? Mmg la benda tu dah lama n abah ingat dah rosak. Padahal boleh tukar dia punya 'mat' tempat lari2 tu... Hahaha.

Abah penah cakap, abah tak dapat tinggalkan harta yg banyak utk kami adik-beradik, abah hanya dapat tinggalkan ilmu (dgn menyekolahkan kami setinggi mungkin). Huhu, terharu rasa!!

Kalau nak citer ttg pengorbanan abah, tentulah terlalu byk. Pendek kata, utk membesarkan kami adik-beradik yg seramai 7 org ni baju abah mmg tak berganti la. Mmg abah takkan beli bajunya sendiri, melainkan umi yg belikan. Mmg tak ada hidup suka-ria n bersenang-lenang la selama nak membesarkan kami...

Masa org lain seme dah pakai henset, abah baru nak pakai henset. Itu pun henset besar gedabak yg TM Touch bg dgn simkadnye yg besar itu. Dia punya charger pun besar dan berat. Kesian abah... Saya cukup tersentuh bila ingatkan abah pakai henset tu (tanpa rasa segan), padahal masa tu dah byk henset yg lebih kecil, mmg mahal tapi abah boleh beli kalau abah mahu...

Masa org seme pakai henset canggih2 (at least color screen), abah masih lagi pakai 3310 (33 sekupang). Abah punya versi 3315 la, silap. Lama sungguh abah pakai henset tu.

Br hujung thn lepas rasanya umi belikan abah henset yg lebih canggih.. Itu pun abah hanya guna utk call n sms... Huhu.

Oh ya, abah n umi saya dah mengerjakan haji pada tahun 2002. Masa tu saya gembira sgt kerana abah gembira dapat menjadi tetamu ALLAH... Alhamdulillah.

Dah panjang sgt citer psl abah ni. Apapun saya doakan abah panjang umur, murah rezeki n dalam lindungan-NYA selalu.

Selamat Hari Bapa utk abah..... Terima kasih kerana membesarkan kami adik-beradik dgn rezeki yg halal. Jasamu tak dapat kami balas....

Nota: Saya kalau blh mau abah rehat2 saja lps pencen. Takyah la abah keje penat2 lagi, kerana abah sudah terlalu penat bekerja selama ini...

Abah saya...

Sempena father's day ni saya nak citer ttg abah saya, spt yg saya janjikan sblm ni (takle janji pun..)

Abah saya namanya Mohd. Bekeri bin Ab. Manaf. Dalam Malaysia ni ada 2 org je nama Mohd. Bekeri, kalau tgk dlm buku panduan telefon masa dulu2, itu pun kalau yg sorang lg tu stil wujud n takde baby baru lahir yg dinamakan Mohd. Bekeri. Heheh.

Unik kan nama abah saya? Biasanya org panggil abah saya "Bakri", cuma ejaan je mcm tu. Ntah la mcmana blh eja mcm tu. Mungkin suka hati polis masa tu nak eja nama abah saya mcm tu.

Kerana nama abah saya tu, saya pernah digelar "kilang roti" masa sekolah dulu, begitu juga dgn adik2 saya. Huh, jahat betul!

Actually nama-di-rumah n nama-di-kampung abah saya ialah Suhaimi. Nama adik-beradik laki abah mmg mula dgn S, Shukri n Sazali.

Kalau di kampung saya ni, mmg org kenal dia ngan nama Suhaimi n org taktahu kalau tanya Mohd. Bekeri. Ntah le nape dr elok2 nama Suhaimi ditukar kepada Mohd. Bekeri. Mungkin sbb abah saya nangis masa kecik, itu tak dpt nak dipastikan dan saya pun tak sempat tanya arwah nenek saya.

Abah saya adalah generasi ke-9 Tok Dat (Senopati Dahak), kesatria kerajaan Mataram (Indon) yg byk berjasa kpd kerajaannya n kerajaan siam sblm dtg ke Tanah Melayu pada abad ke-17, sebagaimana yg penah saya ceritakan dlm blog saya di frenster dulu. Generasi Tok Dat ni baru saja cuba dijejak n dihimpunkan kembali pada raya haji thn lps.

Abah saya dilahirkan pd 11 Ogos 1955, maknanya thn ni abah saya dah 54 tahun tp dia mmg nampak muda dr umurnya. Dr saya sekolah dulu lg ramai yg cakap abah saya nampak muda. Hoho, bangga!!

Abah saya seorg penjawat awam, kakitangan kerajaan katakan. Dia berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Kelantan. Skg kat Machang, sbg Timbalan Juruukur Jajahan... dan akan bertukar ke Kota Bharu dlm masa terdekat.

Abah saya kerja ukur tanah. Masa kecik2 dulu saya pun tak faham apeke kerja abah saya ni. Masa sek. rendah dulu, bila kawan tanya, "Abah awak kerja apa?" Saya jawab, "Abah saya kerja Pejabat Ukur." Itu je yg saya blh jawab. Ada gak kawan saya masa tu ingat abah saya kerja ukur baju. Hahaha..

Yg saya tahu, kerja abah saya berkaitan ngan peta2 kawasan, lot2 tanah n kerja yg penuh ngan kira2 n nombor2. Ntah apa yg dikiranya. Abah saya ada kalkulator khas utk keje kira-mengiranya itu (yg umi saya sgt marah kalau kami cuba nak usik kalkulator itu!!).

Dr kami kecik lg, ada satu meja khas utk abah buat kejenya di rumah. Sampai skg. Abah mmg seorg yg kuat bekerja. Dia selalu buat kerjanya sampai mlm2, sampai seme org dah tido...

Saya bangga dgn abah. Walaupun abah saya hanya makan gaji ngan kerajaan n tak jadi juruukur berlesen yg punya syarikat sendiri dan menjadi kaya-raya, namun saya tetap bangga dgn abah, kerana abah adalah abah saya....

Semasa saya tingkatan 3 (thn 1996) abah saya dan beberapa org lagi dr Malaysia telah dihantar ke Sabah utk mengukur semula sempadan Malaysia-Indonesia dlm proses Persempadanan Semula Malaysia-Indonesia (di sempadan Sabah-Kalimantan).

Selama di Sabah tu abah duk kat kem askar, di'jaga' oleh para askar n kerja di'ascot' para askar Malaysia n Indonesia (juruukur Indon pun ada gak dlm keje ukur semula sempadan tu). Abah gi-balik keje (ukur-mengukur tu) dgn menaiki helikopter setiap hari.

Masa abah nak gi sabah tu saya sangat sedih dan bimbang... Sbb umi saya pun risau.. Iye la, mana tak risau, keje kat hutan tebal, gi-balik naik heli. Lama jugak abah saya kat sana. Ada la 3 bulan kot. Dah la saya nak periksa PMR masa tu.

Selama abah saya kat sana, susah nak berhubung. Tak blh (atau sgt susah) nak telefon. Tp abah ada la hantar surat kat umi. Mujurlah abah selamat pulang kembali dgn meninggalkan jasanya kepada kerajaan Malaysia. Hoho!

Sungguh besar jasa abah itu. Iye la, tinggal anak bini selama itu. Dah la bersabung nyawa gak tu. Tapi kerana kerja, abah tetap pergi... (dan besar juga pengorbanan kami yg ditinggalkan ini!!).

Kerana jasanya itu abah saya telah menerima anugerah AHLI KELANTAN (AK) daripada Sultan Kelantan pd thn 1998... yg membawa gelaran... takde apa2 gelaran pun. Haha!! Tp ok la dpt gak anugerah (anugerah ni lg tinggi dr pingat). Kalau ikut 'tertib' surat-menyurat rasmi, ada AK kat belakang nama abah, Mohd. Bekeri bin Ab. Manaf (AK). (Nota: Tapi abah saya tak kesah ngan itu semua!)

Oh ya, abah saya juga pernah berkhidmat di JUPEM KL/Putrajaya. Abah saya telah ditukarkan ke sana. Selama 4 thn abah saya duk KL (dr thn 2003-2006). Selama 4 thn tu abah saya ulang alik KL-KB hampir setiap minggu.

Satu lagi ttg kerja abah saya, kerjanya (ukur-mengukur) ni juga diperlukan ketika nak tentukan puasa n raya. Selalu juga (hampir tiap2 thn) masa nak puasa n raya abah n krew2nya akan ke kawasan yg ditentukan (selalunya mana2 bukit) utk melihat anak bulan... Mereka akan membawa peralatan mereka utk menentukan titik kawasan utk melihat anak bulan tu. Begitulah gamaknya.

Peralatan ukur-mengukur ni bukan murah. Sampai berpuluh-puluh ribu kalau nak beli sendiri (kalau nak keje sendiri, as abah's wish slps pencen). Alat yg paling femes ada digunakan dlm filem Pemburu Emas Yamashita tuhhh.... Saya pun baru tahu masa tgk citer tu. Skg ni mmg sume computerized, manyak senang la.

Oh ya, kembali kpd citer tgk anak bulan tu. Abah saya pun tgk jugak la anak bulan dgn apeke nama alatnya tu n abah penah dpt melihat anak bulan... Kata abah, mcm huruf alif, warna putih n bersinar2... Tp mmg jarang sgt la nak nampak anak bulan ni. Sbb tu mmg selalu tak nampak!!

Abah saya tidak memiliki ijazah. Abah saya hanya ada Diploma Ukur Tanah dari UTM. Masa saya kecik2 dulu n masa tu kami 3 beradik abah saya pernah gi sambung blaja, nak buat ijazah di UTM johor. Masa tu kami semua tinggal di kampung umi saya.

Tp atas beberapa sbb abah tak dapat nak habiskan ijazahnya (sempat beberapa sem je, gitulah). Kesian abah! Tak apalah abah, biar anak-anakmu yg sambung perjuanganmu itu. Sekurang-kurangnya skg ni dah 4 org anak abah yg ada ijazah.

bersambung...

Wednesday, June 17, 2009

Dah 100 hari!!

Oho, hari ini saya dan si kecik tu dah 100 hari; si kecik tu dah berusia 100 hari dan saya pula dah 100 hari slps melahirkan... Maknanya saya totally dah merdeka from all the pantangs. Hooray!

Apa yg penting sgt 100 hari ni? Bg si kecik tu takde apa yg penting pun. Takde makna pun!! Heheh. Tp bg saya ia penting. Mulai hari ini, i can eat, eat n eat whatever i want, tanpa fikir ini tak boleh, itu tak elok. Hoho.

Tp rasanya tang air batu, air sejuk, aiskrim, aiskacang, ABC tu tanak makan n minum lg la... Tgk la, dapat tahan ke tak, as tu sume mmg favaret aku...

Aha, korang ada fikir ape tu???

Nota: Ketika ini saya masih lg belum sihat sepenuhnya. Stil panas lg badan n pening2 kepala. Tp kugagahkan jua diri ini utk mengupdate blog. Heheh.