Wednesday, November 18, 2009

Nak cari n nak study...

Agak sibuk (hihi)... nak cari, nak baca n nak study psl;

- cloth diapering (masih lagi)
- natural parenting
- perkembangan bayi n kanak2
- home school
- kanak2 aktif n hiperaktif (ciri2, cara menangani)

nak cari;

laman web pembelajaran n aktiviti online utk kanak-kanak pre-school (kalau korang tahu tulun bgtau...)

Monday, November 16, 2009

Eh eh dapat jugak...

Hihi.. tak sangka cubaanku tadi membuahkan hasil... Alhamdulillah.

Nway, thanx ya Nisa, tuan punya Baby Snowdrop!!

So, sape yg nak try cloth pad ni boleh la beli kat kedai Nisa yer.......... Skg harga pengenalan ~ sgt berpatutan!!


Untuk maklumat lanjut klik di sini.

Pssttt... walaupun saya belum didatangi lagi, itu bukan masalah... Saya akan guna jugak nanti... Hihi... Tak sabar nak tengok camane rupanya menda ni..... kalau boleh nak warna pink (isk, org dah bagi free pun dah cukup baik okes)

Baby Snowdrop Giveaway

Setelah melihat kebaikan cloth pad (entry sebelum ini) justeru saya ingin menyertai giveaway ini.


Tuan rumah (tuan kedai!) Baby Snowdrop dgn bermurah hati mahu memberi sampel PERCUMA kepada 50 org pertama yg qualified (rasanya dah lebih yg sertai tu tapi saya tetap nak join jugak sbg sokongan kepada cloth pad n Baby Snowdrop... Mana tahu boleh dapat jugak!!)

Sebenarnya dah berapa hari tertengok psl giveaway ni tapi ingatkan lambat lagi (rupa2nya hari ni last) n ingatkan nak buat cam cabutan bertuah gitu... hihi...

Rasanya semua syarat dah dipenuhi... So, ada rezeki dapat, tak dapat pun takpe.........

Kebaikan cloth pad

(gambar ihsan google)

Ni saya amik (copy paste) daripada Mum7kids (tulisan beliau sendiri rasanya)....

Mengapa perlu guna pad dan pantyliner kain?

Gunakan pad atau pantyliner dari kain? "Ho..ho..tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk dan bekerja". Jika jawapan ini tidak asing bagi anda, saya fikir anda perlu berhenti dan berfikir sejenak... mengapa pada zaman moden ini, cloth sanitary pad/ pantyliner ini muncul dan seperti cloth diaper, ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju (saya ulang-di negara-negara maju) seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?

1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara. Jadi, saya tidak perlu untuk menerangkan semula segala kebaikan tersebut kerana anda lebih bijak untuk menilainya. (Sila rujuk label WHY AND HOW? -"mengapa perlu bertukar ke lampin kain moden")

2. Perbezaannya adalah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.

3. Disebabkan pad/ pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang "stain-resistant" jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.

4. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke cloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable pad yang berkualiti rendah!

5. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.

6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth pad dan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!!


(ditulis oleh mum7kids pada 5 September 2008).

----------------------------

Sesiapa yg berminat boleh dapatkan SAFFA cloth pad/ pantyliner daripada Mum7kids ataupun boleh beli daripada reseller/ retailer sah Saffa cloth pad. Cantik2!! Mcm2 ada....

Rasa cam bagus la menda ni.... Satu inovasi yg sgt bagus!!

Rasanya takde masalah kena basuh (masalah geli or what), sbb yg disposable ni pun kita basuh dulu sblm buang... (kan mmg kena basuh, tak elok kalau tak basuh!!). Dulu cam risau je masa nak buang yg dispo tu (risau mana peginya.. huhu). Kalau kat asrama kan buang kat dlm kotak sanitary disposal tu.... (ntah mana peginya!!).

Lagi satu, menda tu kalau tak cuci elok2 kan bahaya... Cam org tua2 pesan (blh bg effect kat diri kita) sbb tu kan darah yg keluar dari tubuh kita. Sbb tu ada org suka tanam drp buang bersama sampah2 lain, tp kalau kat kampung boleh la!!!

So, dgn adanya cloth pad ni tak risau lagi psl tu semua. Basuh je la bersih2 n blh pakai balik!!

Cloth pad

CD utk babies... So CP utk mommies..... Hihi.

Ada ke sesape dah guna ni???




Akhirnya kembali kpd 'alami' jugak ~ pakai kain cam org tua2 zaman nenek moyang kita dulu.. hiks...

Mmg penah baca yg pad moden (cam kotex, laurier dll -sekadar contoh) mengandungi bhn kimia berbahaya (bhn penyerap yg terlampau menyerap). Isu ini pernah diutarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) suatu ketika dulu.....

Nampaknya 'mereka' dah take action berhubung bahayanya bahan kimia itu (lupa apa nama) dgn mencipta cloth pad.

p/s: Daku belum keuzuran lagi utk mencari menda ini. Kalau zukhruf dulu masa dia 1 thn 7 bulan baru 'datang'........

Sunday, November 15, 2009

Makanan baby

Ingat nak cari ni la...

Untuk bayi 3 hingga 12 bulan.

"Makanan tambahan khusus untuk bayi & kanak-kanak yang diperbuat daripada beras melukut serta Garam Tisu Biokimia."

Keistimewaan;

- Menolong penghadaman dan menambah selera
- Mengelakkan kembung perut, sembelit serta ragam tangis
- Menyenyakkan tidur
- Membantu membina darah, tulang dan gigi
- Menguatkan otot dan sendi
- Menghindari penyakit kulit
- Membantu perkembangan akal cerdas

Boleh tgk di sini (edaran salindah)

Masa zukhruf dulu aku penah bagi dia makan growell ni. Tu hampir 5 thn yg lalu. Aku pun dah lupa hinggalah terjumpa balik menda ni dlm satu forum. So, ingat nak cari la, utk tukar selera Auliya. Blh bagi ni sbg sarapan pagi. Then tghari n petang bagi bubur nasi (skg ni mkn 2 kali lg). Takpun petang makan ni.

Masa Zukhruf dulu bg jugak nestum utk makan pagi dia. N ada juga beli biskut bulat rusk tu sbg makanan sampingan. Mcm Farley's tu since aku kecik lagi makan tu. Haha, jgn tak caya kat rumah kami ada lagi bekas biskut Farley yg disimpan dr thn 80an... Hihi.

Tak dinafikan makanan yg terbaik utk baby adalah makanan yg dimasak sendiri. Tapi aku rasa kena ada jugak makanan yg ready-made (mcm nestum) ni, in-case tak sempat masak or gi mana-mana. Takkan sbb benda tu bukan yg terbaik, anak kita sampai tak makan?? Huhu...

Harap2 jumpa la si Growell ni.....

Lagi tentang cd..

Entry ni dah lama sebenarnya (lama terperap n terperam kat draft), takde masa nak edit n masukkan link.

Utk sesiapa yg nak tahu lebih lanjut ttg cloth diaper @ lampin kain moden, ni ada beberapa links..

- inhabitots (finding the right cd for you)
- Dr. Nurizah (cd vs dd)
- babyz n mom (blog empunya e-shop babyz n mom)

Ni pula blog ibu2 yg berCD, yg share pengalaman mereka... Saya pun blm sempat baca semua. (Sesetengahnya mmg dah ada dlm bloglist saya). Oh ya, yg tak link ke label cloth diaper tu sila cari kat label cloth diapers dlm blog mereka ya!

- A pregnant pause (jenis2 cd n review beberapa brand cd)
- Nieza (Juzer's family) --> review cd n cara basuh cd
- UmiDanish (babyumishop)
- Fith (kat Jepun)
- Mama danial n eva (ada guna Ai2)
- Lynn nasir (jahit sendiri)
- yum yum (dailyclickclicks)
- Nurul Dhia (e-shop sayang baby ibu)
- Pn. Suraya (Sue lunatots)
- My xclusively xpressing
- Kikie (Secret of Passion)
- ena (sweet journey) --> mcm2 cd
- mummyassie (byk sgt cd n ada guna prefold)
- ira (my lil circle of memories) --> byk sgt n mcm2 cd
- mama payish n ni cara mama payish basuh cd

(list mungkin akn ditambah dr semasa ke semasa)

Cara basuh cd dari lampinkainmoden. Cara nak pakai cd pun ada dlm tu (utk mereka yg baru nak berjinak2).

Beberapa forum tentang CDing, blh tgk di sini;

- ratuhati
- susuibu
- MSK
- littlekittle (kena register dulu)
- forum cari
- diapersasia

Oh ya, ni ada lg beberapa brand CD Malaysia

-DyanaCD
-Wuddah (ada yg bamboo). Blh tgk di sini. Penah keluar suratkhabar kosmo.

Saya penah beberapa kali YM dgn Dyana (DyanaCD). Beliau ialah mommy kepada 5 orang anak, baru lps bersalin anak ke-5. Baru berusia 27 thn!!!! Sape nak beli DyanaCD sila la berkunjung ke sini ataupun blh juga beli dgn mama payish.

Oh ya, rupanya crazy momy pun malaysia punyer brand jugak... Ada yg hemp n bamboo insert. Boleh tgk di sini (crazymomy.com).

Saturday, November 14, 2009

Cloth diaper oh CD...

Perjalanan utk melampin-kainkan Auliya diteruskan. Aritu kan saya ada citer dia cam terkena ruam gitu tapi ni dah ok. Jadi saya pun teruskan la misi utk menCDkannya n ok la plak pakai skang ni... Mungkin mmg nak jadi masa tu.

Skg ni pakai agak jarang la jugak BOCOR. Alhamdulillah. Kalau poop mmg tak penah kuar (dari dulu lagi poop tak penah kuar, dia punya pee aje yg selalu sampai kena seluar)...

Saya dah buat setting M skg. Rasanya lebih ok la (berbanding S) n setting utk pinggang dia stil yg paling kecik. And rasanya saya pun dah tak kekok lagi nak handle cd-cd ni sume. Insya-Allah.

Dan kini CD Auliya juga sudah bertambah... Hihi. Saje nak try yg Babyland printed gambar spongebob n monyet tu... Linda (Mama Payish online shop) yg mencadangkan saya mencuba Babyland (sbb aritu kan selalu bocor). Katanya cutting Babyland lebih kecil. N katanya lagi Babyland dah improved skang (berbanding sblm ni).

Yer, apa yg sy tgk pun dlm dia adalah fleece mcm Coolababy aje.. Dulu taktahu la kain jenis mcmana (dlm dia). Katanya kalau yg dulu mmg byk org komplen (ntah lan komplen sbb apa). Kata Mama Payish lagi, yg printed lagi elok dari yg plain. Ntahlah, saya pun taktahu kenapa sbb takpenah beli yg plain. Sbb tu la saya berani beli yg Babyland printed ni...

(gambar cilok)

Lagi... saya juga udah mendapatkan Coolababy yg velcro.

(gambar sekadar hiasan)

Nampaknya ok. Cantik n kemas! Saje nak try yg velcro sbb Fith suka yg velcro sbb senang nak fitkan pada baby. Velcro ni yg zrap mcm kasut tu la. Kelemahannya baby blh bukak sendiri (bg budak yg dah pandai bukak).... Kalau nak basuh tu kena zrapkan dulu (ke tmpt yg disediakan belah dlm) supaya tak melekat antara satu sama lain.

Oh ya, yg velcro ni ada 2 jenis. Yg coolababy ni mcm yg lunatots punya. Kalau KS lain sket (lebih tebal n besar di bahagian velcro tu).

So, kena pre-wash dulu la ni.... Adui... Paling cepat 3, 4 hari lagi la baru blh pakai. (Rasa mcm kerja gila pun ada pre-wash ni... hahaha. Apa taknya, elok jer kering menda tu dibasahkan balik. hihi.. Tapi nak buat mcmana, dah mcm tu peraturannya).

Ok la, saya ingin mengucapkan good luck kpd diri sendiri. Gambate!

Thursday, November 12, 2009

BabyKidsLove Contest

Contest lagi, ni pulak contest

BABY IN BABYKIDSLOVE APPAREL

yg dianjurkan oleh

Just kena letak gambar baby memakai tights / legging (tak kisah beli kat mana). So, ni gambar my little Auliya wearing tights (gambar raya aritu).

Muka tak berapa ikhlas utk bergambar, mungkin sbb kepenatan.. hihi.

Penatnya raya!!

Nama baby: Nur Zahratul Auliya bt Mohd. Zukhairi

Tarikh lahir: 9 Mac 2009

Nama ibu: Nur Zulaikha bt Mohd. Bekeri

Tights tu saya beli online dekat sebuah blogshop, beli 2 masa tu. Satu lagi warna cream. Mmg 'sedei molek' (ngam2) ngan chekmek ni....

Ok la, syarat lain rasanya dah ikut semua. Sape nak join meh la kita sama2 memeriahkan contest ni. Sila klik dekat banner tu ya utk maklumat lanjut ttg syarat2 n hadiahnyer....