Oho, hari ini saya dan si kecik tu dah 100 hari; si kecik tu dah berusia 100 hari dan saya pula dah 100 hari slps melahirkan... Maknanya saya totally dah merdeka from all the pantangs. Hooray!
Apa yg penting sgt 100 hari ni? Bg si kecik tu takde apa yg penting pun. Takde makna pun!! Heheh. Tp bg saya ia penting. Mulai hari ini, i can eat, eat n eat whatever i want, tanpa fikir ini tak boleh, itu tak elok. Hoho.
Tp rasanya tang air batu, air sejuk, aiskrim, aiskacang, ABC tu tanak makan n minum lg la... Tgk la, dapat tahan ke tak, as tu sume mmg favaret aku...
Aha, korang ada fikir ape tu???
Nota: Ketika ini saya masih lg belum sihat sepenuhnya. Stil panas lg badan n pening2 kepala. Tp kugagahkan jua diri ini utk mengupdate blog. Heheh.
Wednesday, June 17, 2009
Dah 100 hari!!
Tuesday, June 16, 2009
Update Auliya...
Pagi semlm saya telah membawa auliya ke klinik utk check-upnya yg 3 bulan. Kami pegi ke klinik bandaraya dkt PWTC tu, tmpt saya check-up masa ngandung hari tu.
So smlm berat dia 5.7kg.
Untuk rekod;
Berat masa lahir : 3.47 kg
Berat sebulan : 4.1 kg
Berat 2 bulan : 4.8 kg
And semlm kena cucuk la yg 3 bulan. Nangis jugak si kecik tu, nangis2 manja gitu.
Sejak seminggu ini, tgk2 kat kulit kepala dia ada kuping2 (kata misi kemarin, kerak air). Dia suh buh baby oil n sikat perlahan-lahan. Umi aku suh guna santan utk gosok kat kulit kepala dia. Kesian pulak kat si kecik tu, mayb sebab rambut dia yg lebat n dah panjang... So ptg semlm aku potong rambut dia kasi pendek sikit... Nampak mcm boy la pulak...
Si kecik ni jugak terkena ruam sikit kat pipi dia... Merah2... Org kata ruam susu. Sblm ni aku try buh bedak sejuk, mcm kurang tp tak hilang. Ada gak org suh buh lipstik kat situ. So smlm misi bg krim yg klinik. Cuba ajelahh...
Saya demam!!
Lanjutan drpd entry saya sblm ini (Uwargh... sakitnya...) tak disangka2 saya telah mendpt demam dr pagi tadi till skg ni pun masih lg (cuma dah kurang sket, sbb tu blh online ni... hehe).
Apa kaitannya "uwargh.. sakitnya..." ngan demam saya ni?
Semlm, seharian saya tidak memberikan auliya nenen belah yg sakit itu (bg yg belah tak sakit). Akibatnya B saya yg sebelah itu membengkak, org kata bengkak susu. Saya dah perah beberapa kali n sejukbekukan susu itu. Tp nampaknya cepat sungguh ia kembali bengkak.
Hinggalah mlm tadi, sblm tido pun saya dah perah (ngan tangan).. Sedar2 kul 5 pg td ku rasa sgt sakit di B itu.. Sampai keras... Uhuk.. Saya pun bangun n perah lg... Tp B tetap sakit...
Dah rasa dah mcm tak sedap badan, hasilnya saya telah mendpt demam... Isk, sampai demam lg!! So mmg benarlah org cakap bengkak susu blh mengakibatkan demam....
So, harini nak taknak saya tepaksa bg si kecik tu nenen belah yg bengkak itu (dah kurang sket sakit kat ni**le).... Dan sakit (akibat bengkak) itu pun dah kurang. Demam juga sudah berkurang...
Nota: Dah lama saya tak demam. Kalau sblm ni rasa nak demam pun tak jadi demam sbb memikirkan the house chores n nak jaga anak... Uhuk...
Monday, June 15, 2009
Sungguh menggelikan urat perut!!
Apa yg sungguh menggelikan urat perut aku tuh??? heheh... bukan menggelikan hati lagi... tapi sampai seluruh urat perut aku kegelian!!!
Nak tahu?
Mlm kemarin, aku masuk blog yg bernama "blog anak mat nor", lps baca entry nik teh (kawan aku masa sek.rendah yg blognya baru saja dijumpai.. heheh)..
Mula2 tak paham apa yg nak disampaikan oleh nik teh... lps bukak blog tu n baca baru la aku paham apa yg best sangat ngan blog anak mat nor tu....
Menurut nik teh, hasil investigasinya, anak mat nor (penulis blog tu) seorg pempuan. pandai sungguh dia sorok identiti dia... Mesti org ingat dia laki..
Mlm tu, sampai kul 1.00 pagi aku 'terlekat' kat blog tu... kul 1.30am baru shut down ini kompite... semuanya gara-gara blog anak mat nor!!
Memang patut la para followersnya 'kecanduan' (bak kata nik teh) bila anak mat nor tu lama tak update blog.... Dia taruk tajuk aje pun, sampai 95 komen hingga saat nih... huh.
Korang cuba la baca... cuba tgk kat blog list aku tu, aku baru je add... cuba la baca dia punya older posts jugak.... baru korang tahu apa yg bestnya blog anak mat nor nih....
Bg aku, dia mmg unik n dia sungguh unik... Ada jugak manusia mcm nie ek? heheh. Memang la manusia ni ada macam2, sungguh pelbagai.. eheh...
Dan yang pasti, blog anak mat nor itu telah membuatkan urat perut aku sungguh kegelian.... Korang cubalah!! Kalau korang tak rasa pape or tak blh jugak nak senyum bila baca tu, mmg something wrong la ngan saraf korang... hehehhh.
Nota: Siapa la si jebon itu??
Saturday, June 13, 2009
Uwargh.... sakitnya....
Sakitnya kat nenen... kat ni**le ni... sampai merah... adui, sakit sangat setiap kali bg si kecik ni hisap.... sib baik sebelah je....
Si kecik ni suka hisap lama2, sampai tido... kdg2 dia kepit ngan mulut dia n tarik..... aduiiiii.... ni takde gigi lg ni....
Korang tak penah ke rasa sakit??? esp yg mmg direct bf ni??? huhu...
Masa bf zukruf dulu penah kena gigit beberapa kali... sampai menjerit... sakit ooooo..... sampai termenangis....
Org tua2 cakap, kalau anak gigit tu pukul sket mulut dia. biar dia tahu kite marah n tak boleh buat mcm tu lg... jgn lempang budak tu dah la... hahaha...
Award(s) dr ibu arifa
Friday, June 12, 2009
Uji kepantasan menaip
Saya telah diminta oleh Ulfa utk mencuba ujian kepantasan menaip di sini.
Hasilnya:
Percubaan pertama;
Kamu mencapai 193 markah, jadi kamu berada di posisi 37904 dari 126247 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 253 aksara seminit
kamu mendapat 38 perkataan betul dan
kamu mendapat 1 perkataan salah
Percubaan kedua;
Kamu mencapai 211 markah, jadi kamu berada di posisi 27563 dari 126251 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 274 aksara seminit
kamu mendapat 41 perkataan betul dan
kamu mendapat 1 perkataan salah
Percubaan ketiga;
Kamu mencapai 217 markah, jadi kamu berada di posisi 24698 dari 126259 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 289 aksara seminit
kamu mendapat 45 perkataan betul dan
kamu mendapat 2 perkataan salah
Huh, 3 kali try lagi tu... Kesimpulannya stil lambat aku menaip (dah la ada salah). Kalau nak cepat taip yg test tu, baca dulu sebyk mana perkataan n taip, then baca pulak n taip... Better dari baca 1, taip 1... Lagi bagus kalau takyah tengok keyboard langsung... Huhu.
Sesiapa yg nak try, boleh la cuba yer... Dan sesiapa yg nak cuba, boleh la try yer... Selamat mencoba...
Thursday, June 11, 2009
Sape tgk MATAHARI? Apa komen anda?
Ni tgh layan MATAHARI. Episod last. Sape yg tgk citer ni? Apa komen anda?
Saya tgk la jugak... Sbb takde cite lain dah nak tgk.... Ok la citer ni, ada kelainan jugak... membuatkan kite nak tgk, terus nak tgk n nak tahu ending.
Syahdu betul masa ari jumpa kakak dia. Tak sangka laki tu kawin jugak ngan arisa, walaupun keadaan arisa mcm tu.
Macamana yer ending dia? Tgk, jgn tak tgk. Yg pasti, Ariana mesti dihadapkan ke muka pengadilan...
Kesian jugak kat ariana kalau hidupnya musnah begitu saja... Ntah la, apa pun ni cerita aje; cerita yg dilakonkan.... Cerita hidup kita bukan lg lakonan!!!
------------------------------------Update------------------------------------
To mija, itu la, ore pun tak suka dia sampai bunuh org. Isk, pendek akal sungguh. Lepas dia langgar Ikmal tu, dia merayau2 kat kg. dia n jumpa balik ngan kakak dia. Tgk2 kakak dia kawin ngan si Mahmud lps suami dia (mustafa kamal) meninggal dlm kemalangan kat London. Kakak dia dapat sorang anak ngan mahmud tu.
Lps tu Ariana mintak tlg ngan dato' rafi utk selamatkan dia. Dato' rafi suh dia serah diri n dia pun serah diri... Takleh nak wat apa, dia kena hukuman mati. Dia cakap kat dato' rafi, dia tak takut mati kat tali gantung. Cuma dia ada permintaan terakhir, suh bagi mata dia kat Ikmal (si ikmal tu buta lepas dia langgar aritu).
Sblm dia serah diri tu, dia tahu la yg Ikmal pun mmg sayangkan dia n stil jadi matahari dlm hidup dia (lbh kurang gitulah). Dia dgr ikmal berbual dgn mark. Ntah apa jadah si ikmal gi umah dato' rafi n ntah bila kenal si mark tu....
Terima je la ending dia, ariana mati kat tali gantung...
Last sekali, si ikmal jalan2 kat pantai tgk matahari naik... Maknanya si ikmal tu dah blh nampak balik la (dgn mata ariana la kot)....
Hahaha... punye la semangat aku citer balik kat Mija. hihi. Rasanya ada dlm website TV3 kalau nak tgk online. Ore pun ada gak missed....
Yg musykilnya,
- Watak Suria habis mcm tu ke (kena HIV)? Ke ada tunjuk suria mati??
- Si ako mustapha yg jahat tu habis ditangkap polis je ker? Ke ada yg aku tak tgk... Macamana dgn segala hartanya yerk??? Haha.. (Tak logik la doktor jahat... macam tak sesuwai...)
- Si adi putra kan yg kat istana keadilan tu? Ape ke motifnya dia tiba-tiba muncul??
- Nape Dato' jalaluddin hasan takde dlm ramai2 laki dekat dia punya iklan tu? hahaha...
Ore tak paham citer si fauzi nawawi... Tgk2 dah kena bunuh... Sbb ada tak tgk masa tu... Ok la mija, harap mija puas hati... (Macam la aku tolong mija buat assignment dia ker.. wakaka)
Kesimpulannya, dia nak oyak pasal cinta pertama.... Benarkah cinta pertama sukar utk dilupakan??? Jawab, jgn tak jawab.... (Jawab dlm hati jerk... Kang tahu pulak kat suami... Hahaha... sesape yg ada pengalaman cinta pertama la).
Nota: Malam td ada tertgk citer doktor2 kat TV9 (apeke tajuknya?). Dengar dialog budak yg sakit tu cakap, "Saya tak takut mati, saya lebih takut kalau tak dapat hidup dgn sebaik mungkin" (lebih kurang gitulah)... Seriau aku.... Macam ayat org2 sufi la pulak, lebih baik mati drp hidup dlm maksiat (kemurkaan Allah)...
Tuesday, June 9, 2009
Umi dan abah saya...
Selamat Hari Ibu utk umi dan
Tanpa mereka, tiadalah saya di dunia ini.... Huhu... Rasa sebak la pulak.
Masa konvo Mardiah kat UTP (Ogos 2008)
Umi abah ngan Wani n Amir (adik bongsu laki n pmpuan)
Segala jasa umi dan abah membesarkan kaklong hanya Allah yg dapat membalasnya. Semoga kalian panjang umur, murah rezeki dan dalam lindungan-Nya selalu....
Tiada hadiah paling besar yg inginku berikan, melainkan doaku saban waktu SYURGA TANPA HISAB untuk kalian.
Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil...
Limpahkanlah kasih sayang dan rahmat-MU kepada mereka...
Janganlah KAU memberatkan mereka dalam kehidupan mereka di dunia ini dan di akhirat sana.... AMIN...
Nota: Next entry (tgk la nanti) rasa nak citer pasal umi ngan abah saya niee....


