Tuesday, June 9, 2009

Little Auliya dah 3 bulan!!

Arini (090609) genaplah 3 bulan usia si kecik tu... Kalau kira hari, 92 hari harini.

Maknanya,

- Dah 3 bulan dia hidup di dunia ini... hehe

- Dah 3 bulan dia 'minum' susu saya... dan dah 3 bulan saya bf dia.

- Dah 3 bulan saya menjaganya....

- Dah 3 bulan saya jd ibu kepada 2 org anak. hihi.

Selama 3 bulan ini,

- Dah habis 1 botol minyak telon yg besar tu. Bedak blm habis lg. Byk sgt bedak (yg hamper org bg). Lotion, baby bath, baby oil, syampoo sume tak abis lg. Baby wipes pun ada lg.

- Dah habis 5 pek besar diapers (brand tukar2) + 1 paket kecil fitti 360 NB28. Dah berapa ratus yer habis utk diapers je??? Itu la, tgh fikirkan cloth diapers ni...

- Dia tak penah lg kembung perut n nangis teruk (meragam). Alhamdulillah.

- Byk jugak beli baju utk dia, tp takde la byk sgt2 tu. Lgpun ada yg org bg. Beli yg murah2 jerk. Baju utk newborn @ yg 0-3 bulan mcm dah sendat. Baju yg 3-6 bln elok2 dia pakai. Yg 6-12 bln (anakku) pun dah boleh pakai. Si kecik tu yg besar atau baju tu yg kecik??? Entah la.

- Ada satu je mainan 'rattle' n satu mainan bunyi2 yg abg zukruf punya dulu. Nanti la umi beli mainan kat auliya yer...

- Belum ada lg headband. Keshian anak umi. Dah lama nak beli tp tak terbeli lg... Nanti umi belikan yer. Nak beli jgk sepit rambut yg comel2.

Di usia 3 bulan ni,

- Tak tahu lg berapa berat dia. Rasanya dah lebih 5 kg. Masa 2 bulan aritu 4.8 kg.

- Muka dia semakin menampakkan muka abahnya. Semua org cakap ikut muka abah.


Nota: Tak dapat la nak upload gambar si kecik tu 3 bulan. Kompute aku ni stil tak boleh baca usb port.

Monday, June 8, 2009

Mohd. Sayuti Omar (MSO)

Kalau korang perasan dekat "my blog list" saya tu kan ada Merah Tinta MSO. Dah lama saya nak buat entry ni.

Beliau ialah pakcik @ bapa saudara saya, iaitu adik kepada ibu saya. Beliau seorg penganalisis politik dan juga penulis buku politik semasa. Juga 'pemilik' akhbar SIASAH. Beliau pernah beberapa kali keluar berita TV3 utk ulas pasal isu politik.

Saja je nak cerita tentang beliau. Blog beliau tu mmg tentang politik semasa negara kita dan juga ttg isu-isu negara. Saya pun jarang2 je masuk sbb malas nak baca + malas nak ambil tahu sgt pasal politik ni. Melainkan bila ada isu2 tertentu yg hangat je baru saya baca tulisan beliau.

Pada saya, beliau seorg yg sgt berani dan telus. Beliau menulis dgn tujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan utk menegakkan kebenaran ttg sesuatu tu.

Beliau yg saya kenali seorg yg neutral, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik (sama ada PAS @ UMNO @ keadilan). Kalau UMNO betul, beliau puji. Kalau salah, beliau hentam habis-habisan. Begitu juga dgn PAS dan keadilan.

Pendapat beliau juga sangat kritis dan 'tajam'. Contohnya ulasan beliau ttg PPSMI dulu... (ala, perarakan menentang pengajaran dlm BI tu). Kata beliau, perarakan itu secara aman utk mendaulatkan BAHASA dan BANGSA, bukannya nak gi serang parlimen ke apa... tetapi dihalang dgn gas pemedih mata!! Betul juga apa yg dikatakan oleh beliau.

Beliau terlalu masak dlm dunia politik. Sudah terlalu lama beliau berada dlm dunia ini. Semua org politik beliau kenal n pernah jumpa. Begitu juga kebanyakan org politik pun kenal beliau.

Kalau tak silap saya beliau telah menulis lebih daripada 40 buah buku politik dan ada antaranya terus menjadi sebutan...

Kata beliau, politik ini mmg kotor... Sebersih mana pun politik mesti terpalit dgn kekotoran (mesti ada yg tidak betul).

Sejarah hidup beliau bukan mudah. Kesenangan yg beliau kecapi hari ini bukannya datang bergolek. Beliau dibesarkan dlm keluarga yg amat sederhana (org kampung).

Kerana terlalu minat menulis, beliau telah pinjam mesin taip org yg dah buruk utk menaip. Di situlah kerjaya beliau bermula (sebagaimana diceritakan oleh nenek saya).

Beliau telah memulakan kerjaya sbg wartawan dan pengarang @ penulis majalah dan suratkhabar. Beliau juga pernah ke indonesia utk mendalami ilmu kewartawanan.

Saya masih ingat, dulu beliau hanya tinggal di rumah flet di wangsa maju, hingga anak 3 beliau hidup tanpa kereta. Then, drp tak ada kereta beliau mampu beli kereta honda civic baru "cash" macam beli biskut (mungkin dah 10 thn yg lalu) dan memiliki rumah serta hartanah yg lain.

Akhirnya dia tanya jugak...

Akhirnya, apa yg aku 'takuti' berlaku juga...

Zukhruf tanya jugak aku, "Umi, baby kuar kut mana?" (Mcmana baby keluar?)

Hahaha...

Kalau baby kuar ikut perut, boleh la cakap keluar ikut perut. Ni tak...

Ermmm... macamana nak jawab yer? Blm sempat aku jawab, dia tanya lagi...

"Doktor buat tubik baby macamana umi?" (Macamana doktor keluarkan baby?)

kui... kui... kui...

Ntah la macamana dia fikir. Sejak dari ngandung hari tu lagi, aku dah risau takut zukhruf tanya, macamana baby nak kuar nanti....

Kalau korang, korang jawab macamana?

Masa aku kecik2 dulu, aku tanya gak umi aku. Umi aku jawab, keluar ikut punggung. Aku percaya... ntah sampai umur berapa baru aku tahu yg sebenar.

Kang nanti jawab keluar ikut "pipit" (bukan mencarut yer!) kan dia tanya lagi... Baby besar tu, macamana boleh keluar?

Fening... fening....

So, lps dia tanya tu aku jawab macamana? Aku jawab,

"Baby keluar macam tu la..." Then cepat2 tukar tajuk...

Memang dia macam tak puas hati...

Dan mlm tadi, dia tanya lagi;

"Baby keluar ikut pusat ke umi?"

Huargh, huargh, huargh.

Saturday, June 6, 2009

Ku cari damai abadi....

Hehe.. macam penah dengar jer tajuk tu. Bukan ke tajuk sajak bekas PM kite, Pak Lah? Bukan Pak Lah je nak cari damai abadi, saya pun dan kita semua pun. Tp ingat senang ke nak dapat damai abadi? Pada saya, "damai abadi" yg dimaksudkan adalah ketenangan yg abadi.... Abadi tu maknanya sampai bila-bila la.

Maknanya kita mendapat ketenangan dlm hidup di dunia ini, tenang ketika mahu tinggalkan dunia ini (utk bertemu ALLAH) dan "tenang" juga setelah meninggalkan dunia ini. Itulah yg dikatakan damai yg abadi.

Pd saya, bukan mudah utk mendapat ketenangan, yakni utk menjalani hidup ini dgn penuh ketenangan... Kerana, ada2 saja masalah dan dugaan yg datang menyapa kita. Kalau bukan kita cari pun, ujian dan cubaan itu akan ada jua, kerana mmg hidup ini tidak sunyi drp ujian dan cubaan.

Wang yg banyak mungkin dpt beli kegembiraan, tetapi bukan ketenangan. Saya yakin wang yg berjuta pun tidak dapat membeli ketenangan, krn ketenangan itu soal hati; ia tidak dapat dibuat2...

Saya juga sedang mencari resepi utk hidup dgn tenang; dalam mencari damai yg abadi.

Sblm kita cakap psl cara-cara utk hidup tenang, kita cuba cari dulu lawan kpd "tenang". Lawan kpd tenang adalah tidak tenang @ huru-hara. Jadi kita cuba cari apakah faktor yg menyebabkan jiwa yg tidak tenang itu dan huru-hara dlm hidup...

1. Tidak hidup dlm landasan agama Islam yg sebenar (atau kurang)

2. "Tiada" ALLAH @ tidak cuba mendekatkan diri kepada Allah.

3. Tak dapat terima kenyataan dan takdir hidup @ menyalahkan takdir.

4. Kurang rasa sabar dan syukur.

5. Hati yg tidak bersih (ada sifat dengki, iri hati dll)

6. Rasa putus asa; putus asa dlm hidup @ putus asa dgn rahmat Allah (nau'zubillah)

7. Terlalu banyak kemahuan dan kehendak dlm hidup (bkn mengikut keperluan dan kemampuan)

8. Tak dapat uruskan mental, emosi dgn baik.

9. Berfikiran negatif ttg org lain dan hidup ini.

Hmmm.... apa lagi yer?

Pokok pangkalnya bersabit dgn IMAN juga. Selagi kita tidak merasai kemanisan iman, kemanisan beragama, kemanisan berTUHANkan ALLAH... dan selagi kita tidak kenal ALLAH SWT sbg pencipta kita dan kenal hakikat kehidupan ini..... selagi itulah kita sukar utk meraih ketenangan dlm hidup....

(saya pun cakap utk diri sendiri jugak ni)

Bersambung... (Insya-Allah)

Friday, June 5, 2009

Water filter

Sudah lama saya inginkan satu water filter di rumah saya ini. Tp taktahu nak beli yg mana. Bio-aura kaa? Waterlife kaa?? AOWA ka? Ntah la, yg penting takyah susah2 masak air untuk dijadikan air minum.

Lagipun, adalah lebih baik kita minum air yg bebas klorin (dan bhn kimia lain) serta air yg bertenaga (energy water) utk kesihatan. Utk masak pun better pakai air bertapis ni jugak.

Air yg bertapis ni biasanya melalui proses dikecikkan molekul air tu untuk mudah diserap oleh tubuh. Rasanya pun lagi sedap daripada air yg dimasak.

Dan yg penting, saya mahukan water filter yg ada pengesahan HALAL.

Kenapa mesti halal? Sudah semestinya. Ada ke yang tak halal? Ntah la, saya pun tak pasti. Tapi saya pernah bertanya kepada penjual water filter ni, apa yg dikhuatiri tak halalnya? Jawabnya, tang penapis tu la, takut mengandungi tulang binatang yg kita tak suka tuh...

Ni tgk ada iklan penapis air HIJRAH pulak. Harga pun lagi murah, RM1560. Kalau yg lain2 tu dlm 2k semuanya. Menurut iklannya, ia menggunakan tempurung kelapa, tanpa tulang haiwan. Ada pengesahan HALAL. Lagipun harga ansuran atau cash adalah sama, tetap 1560. Maknanya tak ada riba la. Mcm bagus jugak yang ni.

Kat rumah family saya guna AOWA. Dah lebih 2 tahun kot. Harga dia lebih 2K jugak. Sblm ni kami minum diamond energy water, yg kena beli tong air dia tu n bila habis tukar (bayar harga air je). Tong warna putih n biru tu. Tp yg ni 'parok' jugak setiap bulan. Sbb tu beli water filter tu.

Ada ke kawan2 yg dah pakai water filter kat rumah korang? Boleh la share...

Wednesday, June 3, 2009

Saya sungguh seronok....

Sungguh saya seronok, seronok sungguh saya.....

1. Bila auliya sendawa (burp)... Alhamdulillah, legaaa... Kalau tak burp kan nanti 'jeluak' (muak) pulak.

2. Tengok dia senyum. Sungguh comel! (Semua baby pun comel!!) Iye, dia dah pandai senyum sejak usia 2 bulan.

3. Dengar suara dia. Dgr dia cakap n respon, mcm jawab bila org cakap ngan dia. Sungguh seronok!

4. Bila dia duk diam. hehe. Boleh la saya buat kerja.

5. Tengok muka dia bila dia ngantuk...

6. Tengok dia sedang nyonyot mamam. Hehe.

7. Tengok tangan dan kakinya yg kecik itu. I like!! Ini adalah kesukaan saya sejak dia lahir lagi. Rasa seronok sangat... Apeke hobi la ni? Hahaha.

8. Bila dia nangis2 manja. Hehe. Dia jarang sangat nangis. 'Seronok' jugak dengar dia nangis sikit... Lagipun kena suh jugak dia nangis, utk paru-paru dia. Tak elok jugak kalau tak nangis langsung (kan?)....

Masalah saya

Ini masalah saya;

Saya tak dapat nak upload gambar ke pc ni sbb entah kenapa pc ni tak dapat detect camera dan jugak pendrive (dekat usb port). Kenapa yer? Sungguh masalah. So, tak dapat la saya nak upload gambar ke blog saya ni. Sungguh besar masalah saya ini.... Adakah sesiapa yg tahu tentang masalah saya ini???

Tuesday, June 2, 2009

ALLAH tidak pernah menzalimi kita...

Iya, saya baru faham dan mengerti apa yg dikatakan;

"ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-NYA, kita (manusia) yg menzalimi diri kita sendiri..."

Memang ALLAH tidak pernah menzalimi kita, walaupun kita rasa ALLAH 'tidak menyebelahi' kita kerana DIA tidak tunaikan hajat dan cita-cita kita, DIA beri kita pelbagai ujian dan cubaan, DIA berikan kita rasa sedih, kecewa, merana, terseksa, sakit dll....

Apa yg DIA tentukan untuk kita bukanlah kerana IA menzalimi kita. Tidak sama sekali, kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui atas segalanya, yg tersurat dan yg tersirat....

Apa yg disusun oleh-NYA itu ada kalanya 'tidak baik' di mata kita tetapi di sisi-NYA itu yg terbaik, kerana DIA lebih mengenali kita; lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri.... Kerana DIA TUHAN yang menciptakan kita....

Apa yg kita rasa 'tidak baik' itu mungkin tidak baik utk masa ini, tetapi ia adalah yg terbaik utk masa depan kita (kalau bukan di dunia ini, di akhirat sana!)..... Percayalah dgn setiap qada' dan qadar-NYA ke atas diri kita. Bukankah kita harus beriman dengan qada' dan qadar???

Dan mengapa dikatakan, kita yg menzalimi diri kita sendiri? Ini kerana, sebagai contoh apabila kita ditimpa masalah @ musibah @ bencana; bila mana kita tidak kembali kepada-NYA, dengan itu kita telah menzalimi diri kita sendiri.

Dengan kata lain, jika kita hanya menangis, merintih, meratapi nasib dan menyesali takdir, atau berbuat bukan-bukan terhadap diri kita; dgn itu kita hanya menyeksa dan menzalimi diri kita sendiri.

Begitu juga jika kita melakukan dosa @ mengabaikan suruhan-NYA, kita hanya menzalimi diri kita sendiri, kerana fitrah diri kita adalah baik, suci dan ingin berpaksi kepada DIA (sbg TUHAN yg layak disembah).

Kesimpulannya, ALLAH SWT telah tentukan yg terbaik dlm hidup kita (contohnya dlm aspek jodoh, keluarga, kerjaya dll).... Percayalah!

So, kita just 'go on' sajalah.... Teruskanlah 'berjalan' dalam ketetapan yg telah ditentukan-NYA....

Ada masa kita boleh memilih, tetapi ada masa DIA lebih berhak menentukan segalanya untuk kita; kerana kita hanyalah hamba-NYA dan DIA Maha Berkuasa atas segalanya......


NOTA: Owh, saya bukan nak ceramah or nak tunjuk alim, just nak share sesuatu yg saya sendiri baru sedar; betapa DIA tidak pernah menzalimi hamba-hamba-NYA.....

Nama-nama Auliya

Nama-nama manja @ nama panggilan @ gelaran untuk Auliya;

Adik Oliya; Abang zukhruf panggil.

Aulia'; Abah Zukhruf

Adik @ Adik Ya; Tokmi, Tokbah

Ya; Cikda, Cikna

yg lain2 panggil Auliya la......

Aku pulak panggil dia Auliya, Baby Girl, Chekmek, Si Kecik, Si Cantek, Si kecik yg cantek, Shayang......

Hehe... Ikut suka aku je nak panggil apa....