Thursday, May 6, 2010

Saya, MommyLyna dan MSK

Mommy Lyna dan Fahry dlm Harian Metro semlm (5.5.10)

Artikel penuh boleh baca di sini

Siapa yg tidak kenal blog Mysuperkids.net? Blog yg blh membicarakan ttg mcm2 perkara, dari soal pelaburan emas, hartanah, parenting, penyusuan susu ibu, buat duit online dsb...

Rupa-rupanya penulis blog itu, yakni Mommy Lyna adalah org yg pernah saya kenali 8-9 tahun yg lalu, yakni pada tahun 2001-2002. Tapi saya langsung tak terlintas yg empunya blog MSK itu pernah saya kenali, pernah chat dgnnya dlm YM suatu ketika dulu.

Nickname beliau masih ada dlm YM saya sehingga skg. Sblm ni saya takut nak tegur, sbb langsung lupa siapakah beliau, mcmana kenal, kat mana saya kenal beliau dsb... Mmg lupa sungguh.

Suatu hari, saya tergerak utk menyapa beliau bila tgk beliau 'ada'.. Setelah intro dan borak2, rupa2nya beliau pun dah lupa kenal saya kat mana... Haha. Mmg lucu sungguh. Slps 8-9 thn baru nak tegur balik. Nak kata satu U, tidak, sbb beliau UTP sedangkan saya UKM...

Akhirnya barulah sama2 ingat bahawa kami 'berkenalan' di forum Shukur.com (yg fames) suatu ketika dulu... Kami sama2 org yg aktif di Shukur.com ketika itu!! (sebelum itu saya aktif di Sembang.com).

Dan rupa2nya Mommy Lyna mengenali adik saya Hafsah (Mardhiah) ketika di UTP. Beliau merupakan senior kepada adik saya... Dan rupa2nya lagi, rumah family beliau dekat saja dgn rumah family saya di Kelantan, dan mungkin jugak ada bau2 bacang... huhu. Sungguh tak sangka!

Bagi saya, Mommy Lyna seorg yg sungguh super duper mommy. Beliau seorg mommy kepada 2 org putera, Hafiy dan Fahry. Walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap sbg jurutera Petronas, beliau masih lagi boleh menyibukkan diri dgn blog (utk menjana pendapatan online!!) dan beberapa perniagaan onlinenya (yg sy sendiri belum jelas apekebendanyer.. huhu)..

Dalam diam, saya admire dan puji ketabahan beliau sebagai seorg ibu yg mempunyai anak yg istimewa... Admire dgn semangat beliau utk EBF (exclusive BF) kedua-dua anaknya itu dan admire dgn kebolehan dan kepandaian beliau dalam bisnes, termasuk utk buat duit secara online, mahupun offline (investment segala)... huhu... You inspire me a lot, along Lyna!!!

Pssttt... Mommy Lyna yg sudah ada kerjaya tetap itu pun begitu sungguh2 nak jana pendapatan tambahan/ sampingan, apatah lagi SAHM seperti saya ni patutnya lebih2 lagi la.. huhu...

Doa saya semoga Mommy Lyna dimurahkan rezeki utk anak2... dan semoga terus sukses. All the best!!

Nota saya:
Setiap manusia akan diuji. ALLAH SWT tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita, dan manusia yg BIJAK adalah manusia yg menukar MASALAH menjadi PELUANG!!!

Tuesday, May 4, 2010

Kepada semua yg ada Maybank2u.. hati2!!

Baru jer baca kisah seorg rakan maya saya, Husna yg duitnya tiba2 hilang dari akaun Maybank.

Boleh baca di sini.

Semoga kita semua hati2, terutama para penjual dan pembeli online (yg byk duit tu.. huhu)...

Selamat hari lahir

Buat sang suami...


Hari ini 4 Mei 2010 bertambah setahun lagi usiamu...

Semoga tercapai segala hajat dan impian...

p/s: Kasihmu ku pegang, cinta Ilahi ku cari...

Monday, May 3, 2010

Dapat hadiah CD lagi...

Alhamdulillah, syukur sgt.

Saya pun dah lupa psl giveaway Mommyandbebe yg berakhir hujung bln April lps.. Betul2 lupa yg result akan diumumkan pada 1 Mei.

Pagi tadi, pagi2 lagi my 'yummylicious' blogger friend, Marsha bgtau dlm YM... Kaklong, tahniah.. Saya mmg blur. Tahniah ape lak marsha ni... Kaklong menang CD mommyandbebe, katanya lagi.. Hah?? Ya ke? Terkejut monyet gak la saya. huhu. Nway thanx to Marsha sbb bgtau saya dan selalu share experience n experiment pasal CD ni.. hehe..

Ini dia giveaway Mommyandbebe yg saya masuk dulu. Saya buat entry utk join tu pada bulan Mac lagi.. Dah lama tu. Tarikh tamat dia pada 30 April, sebab dilanjutkan.

Semua 4 pemenang utk giveaway tu. Ada yg dapat minky CD Mommyandbebe, ada dpt diaper cover dan kawan saya Marsha sendiri dapat hemp insert... Best gak tu, lagi best!! Sehingga kini saya belum berpeluang mencuba insert lain selain insert microfiber.. Insya-Allah, nanti la (sbb mahal.. huhu)...

Ni rupa CD Mommyandbebe yg bakal saya dapat (jenis velcro, berharga RM48.00). Warnanya mmg cantik, jarang jumpa CD warna ni. Dapat yg velcro lak tu.. Syiokkknya... (Bukan bermakna saya tak suka yg button, tp yg velcro lagi senang nak fit dgn pinggang anak saya).

Saya berkenan warna deep pink atau peach tu... Aqua n butter yellow pun cantik.. Ikut la mana2 pun, dah org nak bagi free tu...

Oh ya, semua pemenang dikehendaki buat entry di blog psl kemenangan ni dan nanti kena buat entry lagi utk testimonial/ review CD berkenaan. Insya-Allah, saya akan cuba try test CD Mommyandbebe ni dan bg review nanti :)

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada Puan Rahimah selaku penganjur dan pemilik Mommyandbebe.com. Semoga murah rezeki. Sama2 kita mempromosikan pemakaian lampin kain moden kepada ibu-ibu...

So sape nak beli CD ataupun nak try CD Mommyandbebe tersebut, boleh la dapatkan dari Puan Rahimah di Mommyandbebe.com.

Di blog Mommyandbebe juga terdapat pelbagai info ttg CD, newbies pun blh baca...

Sunday, May 2, 2010

Lagi CD baru di pasaran...

GH (Gifts from Heaven) cloth diapers.

GH G2 dan GH G3, generasi ke-2 dan ke-3 cloth diapers jenama GH ni...


GH G2 tu yg printed/ corak2 tu.. Design ala-ala Rumparooz G2 (US CD). Utk GH G2 ada yg button dan velcro.

Yg G3 tu side-snapping mcm Knickernappies... Kreatif gak, button dia warna-warni... Cumil!

Harga? Bg saya amatlah berpatutan.. Dah murah tu kira, tambahan pula ada promo skg. Rasanya harga lagi murah drp GH sblm ni (old design yg mcm Coolababy tu)...

Utk maklumat lanjut sila ke laman rasmi GH cloth diapers.

p/s: Tak silap saya ada 2 blog yg jual CD GH ni...

Ok tak menda ni?

Maybe useful utk my little chekmek belajar jalan... huhu..


Playskool Step Start Walk N Ride

It's 2 toys in 1! As a sturdy stable walker the Step Start Walk 'N' Ride toy helps babies learn to stand take their first steps and walk. Then it easily converts to a first ride-on toy! It has a locking mechanism that only parents can activate so children can't change modes by themselves. Kids can explore the hands-on activities in both the walker and ride-on modes to see fascinating sights hear silly sounds and touch interesting textures.

Friday, April 30, 2010

Memulakan perniagaan secara online...

Apa yg perlu?

1. Komputer dan internet connection.

2. Modal (ya, sedikit modal).

3. Barang atau perkhidmatan utk dijual. Kalau nak jual brg, perlu cari pembekal (supplier) utk brg tersebut.

4. Akaun bank (biasanya CIMB atau Maybank) dan mendaftar utk online banking/ perbankan internet.

5. Tapak sbg tempat utk mengiklankan barang/ perkhidmatan anda. Blh iklan di tapak pengiklanan percuma spt mudah.my, olx. Juga blh buat blog/ gunakan facebook. Anda juga blh mempunyai hosting/ domain sendiri (bila dah serious la).

6. Buku/ fail utk merekod duit keluar masuk, stok dll.

7. Perkakas/ peralatan utk membungkus barang spt kertas minyak (brown paper), pen, marker, pisau, gunting, salotape, envelope, kotak dsb.

8. Masa dan kesangggupan (utk menguruskan order dan penghantaran brg).

Sebelum memulakan perniagaan online...

1. Survey dan lakukan sedikit research ttg barang yg nak dijual tu, survey harga pasaran, permintaan. Juga survey caj penghantaran/ kadar pengeposan dll.

2. Cari supplier yg dapat bg harga terendah dan pertimbangkan beberapa perkara.

3. Decide utk gunakan servis penghantaran dr sykt kurier yg mana, spt Pos Malaysia, SkyNet, Kangaroo, GDex dsb.

Ada sesiapa nak kongsi pengalaman? Silakan....

Buat anakanda Zukhruf.....

(ini gambar lama)

Rajin-rajin gi sekolah...

Belajar rajin-rajin... Biar cepat pandai..

Rajin-rajin baca Quran dgn TokMi..

Dengar cakap TokMi, TokBah, CikDa dan dgr cakap cikgu....

Kawan baik2 dekat sekolah. Jgn bergaduh dgn kawan. Jgn 'ngenak' orang..

Nanti umi, abah dan adik Oliya balik rumah TokMi, kita jumpa... Abang sentiasa di hati umi, abah dan adik Oliya... Jgn nangis2...

Mlm tadi cakap dgn Zukhruf (via talipon). Dia suruh CikDa dia call.. Katanya, abg rindu kat umi, adik.. Bila pulak umi nak balik?? Abang rindu sgt (suara dah mcm nak nangis)...

Huhu... Umi pun rindu kat abang.. Tapi abg sabarlah.. Abg kan anak laki, mesti kuat... Abg duk la dgn TokMi dulu, nanti bila keadaan dah stabil abg duk dgn umi, abah ngan adik... Lagipun itu kan pilihan abg nak sekolah dekat TokMi... Huhu...

Ya Allah, berikan aku kekuatan utk melalui hidup ini... Satu persatu ujian-Mu telah ku lalui... Hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku meminta dan hanya pada-Mu aku memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yg terbaik, selesaikanlah segala urusan hidup kami... Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan yg Maha Berkuasa, yg menguasai langit dan bumi.. yg berkuasa atas segalanya.. dan aku hanyalah hamba-Mu yg lemah...

Wednesday, April 28, 2010

CD Autumnz ini dah sampai!!


Alhamdulillah, buat pertama kalinya (setelah byk kali percubaan utk mendapat CD free.. hehe).... akhirnya saya telah menang (menang ek?) April giveaway yg dianjurkan oleh Sentuhan Bayu dan telah mendapat CD Autumnz White Safari yg berharga RM 43.00 ini secara percuma.. Baru je sampai tadi.. Masih panas lagi...

Pantas betul Puan Lily. Very good job!! Iyer la, tarikh tutup 25 hb. 26 hb. saya mendapat email dari beliau yg bagitau saya menang, 27 hb. (semalam) terus pos dan hari ni 28 hb. sampai kepada saya dgn selamat.. Very pantas lahhh!!!

Kepada sesiapa yg nak beli CD Envibum yg sgt marvellous ini boleh la beli di Sentuhan Bayu Online Shop.



FYI, Sentuhan Bayu adalah reseller sah Envibum.. Satu2nya di Malaysia... Boleh tgk di sini.

So, cekidaut...

p/s: Dapat less utk CD Envibum itu pun masih tak mampu lagi nak beli.. Harga 3-4 guni beras yg tahan beberapa bulan.. huhu...