Thursday, November 12, 2009

My Funniest Baby Contest

Dengan sukacitanya saya ingin menyertai

MY FUNNIEST BABY CONTEST

yg dianjurkan oleh UmiDanish nie...

Penyertaan untuk

KATEGORI A (Baby girl)

dan gambar yg dipertaruhkan
.
.
.
.
.
.
.
.

Nama baby: Nur Zahratul Auliya bt Mohd. Zukhairi
Umur: 8 bulan (lahir 090309)

Sebagai ibu, saya rasa gambar ini sungguh melucukan... hihi. Gambar ni ditangkap ketika my little girl Auliya tgh cuba menyumbat jari-jemari ke dalam mulutnya. Masa ni dia suka sangat hisap jari. And tambah melucukan bila matanya 'membulat' seakan-akan terkejut masa ku snap gambarnya itu... hihi...

Contest ini di'sponsor' oleh;

1. Babyumishop
yg menawarkan pelbagai barangan seperti cloth diaper Lunatots, diaper stacker, Tuppeware, breastfeeding gadget, beberapa produk utk ibu bersalin, Bio Aura water filter dan juga minuman herba HPA. Juga menyediakan skim kutu utk cloth diaper.

2. IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre
yg menawarkan pakaian wanita dan kanak-kanak dgn harga yg berpatutan serta produk kecantikan dan kesihatan seperti sabun Eumora, krim payudara Peurafirm dan juga air ECPI.

3. Moms&babyshop
yg menawarkan produk seperti cloth diaper Babyland, jus MATE 5 utk pelangsingan badan serta susu HI-Goat HR utk mereka yang alah kpd susu lembu.


Rasanya semua syarat telah dipenuhi, selebihnya terpulanglah kepada penganjur contest n rezeki kami... hihi.

Gembira pagi...

Wah, tak semena-mena aku menang Contest Mudah yg dianjurkan oleh Intan minggu lps. Hihi.... Ada 7 org semuanya yg berjaya meneka dgn tepat tempat mana yg Intan akan pegi sempena 6th anniversarynyer... Rupa2nya betul tekaanku, tak sia2 terjah ke blog Intan hari tu (and lebih bangga sbb aku org pertama yg meneka dgn tepat... haha).

Sebenarnya dah lama aku 'terjumpa' blog Intan ni, rasanya dlm bulan Mei aritu ketika anaknya Arissa Afrina jadi cover majalah Pa&Ma. Bertuah sungguh Arissa (dan juge mamanya). Suka tgk blog Intan sbb byk gambar Arissa, dgn dialog lagi tu... hihi.

Btw, thanx so much to Intan yg telah menganjurkan contest itu n ringan tangan nak bg hadiah... Tak sabar nak tunggu ole-ole dari tempat percutian korang itew... Hihi.. And semoga intan bahagia hingga ke akhir hayat di samping anak2 yg soleh n solehah. Amin.

Wednesday, November 11, 2009

Setelah 6 hari...

Yer, setelah 6 hari ni baru blh online.. huhu. Kenapa? Sbb lambat bayar ini bil intenet larrrr... huhu... (malas nak cite panjang tp heran gak sbb tarikh akhir sampai ujung bulan ni).

Auliyaku pun dah masuk 8 bulan (cepat sungguh rasanya!). Time, please don't fly, please just walk! bak kata shieda.

Rupa2nya rumah aku (rumah family aku) dekat Kelate pun banjir. Kata umi, tak penah lagi air naik setinggi ni. Sape nak tgk gambar blh tgk dekat blog ida adekku di sini, malas nak tepek balik kat sini (aku pun ni baru tgk). Kata Atin, rumah kami jadi mcm pulau daaa...

Oh ya, kat dlm blog Ida tu pun ada gak entry psl haikal anak saudaraku (anak Eming) yg duk cium gambar ayah dia... huhu, sebak jer rasa....

Wokeh la, nanti aku update lagi.

p/s: Cis, ida n atin dei lagi posing dlm air tu. Tok kira masa posing.. haha. Tp best jugak tu blh main air. Jrg2 blh main air bah cam tu. Amir pun dei lg tu berenang (or berendam?).. haha.

Thursday, November 5, 2009

Eming di Riyadh

Sudah hampir 2 bulan Eming adikku berada (bekerja) di Riyadh. Kat dlm facebook dah tgk gambar rumah n biliknya (mcm bilik org bujang balik la... haha). Ok la jugak rumah dia.. Ni lerrr projek diorg kat sana, Alfaisal University. Projek kontraktor Melayu-Malaysia ni tau?!




Gambar2 ni semua aku curi dari FB kwn Eming.. hihi

Semlm SMS Tihah, saje nak tanya kabar Tihah n Haikal. Kata Tihah, semuanya ok (cuma Haikal yg makin notti.. hihi). Alhamdulillah, mujurlah kalau mcm tu... Jadi super duper mummy la Tihah, duk 2 beranak tu jer.. Katanya Eming kat sana busy + stress jugak, keje 13 jam sehari! Huhu.. Sian eming..

Umi cakap, Eming selalu jugak fon umi n abahku kat kelate. Adik2ku yg lain ada la jugak berYM n FB ngan Eming kat sana.

Apapun aku harap Eming jaga diri n elok2 kerja kat sana ya!

The lampin kain journey

My lampin kain journey dihentikan buat sementara waktu sbb si kecik ni cam kena ruam gitu kat dia punyer 'flower' (ni dah kurang dah sket)...

Actually masa mula2 pakai aritu lagi, tapi aku tak berani nak tuduh si CD tu. Tapi bila dah byk kali pakai aku pun tak tahu nak cakap, CDkah yg bersalah atau apekah yg salah? (Mmg setiap kali pakai jd merah, even pakai tak lama)...

Apa yg aku baca mmg ada baby yg alah (alergic) dgn fleece ni... N ada gak yg cakap dlm satu forum tu, mgkin sbb ada kesan sabun (bilas tak bersih). Rasanya tak, sbb aku mmg bilas sungguh2 bg suci bersih... Huhu. Mcmana yer?

Oh ya, aku mmg dah tak guna sabun ABD tu utk basuh CD. Mula2 mmg ingatkan sbb sabun tu (terima kasih kpd Yum Yum yg bgtau dlm entry saya aritu, sorry tak sempat nak reply komen kat situ... thanx ya! Juga terima kasih buat semua yg respon dlm entry tu, malas nak reply kat situ.. hihi).

#Sabun ABD tu aku cek mmg dia ada enzim pun, sbb tu tak sesuai utk basuh CD. So, gunakan sabun HAD atau sabun2 lain yg tak berenzim, tak berpeluntur, tak berpewangi.... Kan?

Monday, November 2, 2009

Rasa nak join contest la..

Setakat ni tak penah lagi join contest (apa2 contest) sejak jadi mom blogger ni. hihi.. Tp ni terjumpa satu contest kat blog ibu arifa yg menarik perhatian aku, My Funniest Baby Contest...

Teringat ada gambar Auliya yg bg aku agak melucukan ini (nak kata sungguh melucukan itu takde la sgt).. Tapi ada 3 gambar ni, taktahu nak pertaruhkan yg mana (nak 1 je)...

Yg ni masa dia 3 bulan, melucukan sbb dia baru sedar yg dia ada tgn.. haha (masa baby umur 2 bln baru sedar yg dia ada tgn) n masa ni dia suka main2 ngan tangan dia. Satu tangan tarik baju dia ke ats n satu lagi duk main2 cam tu.. hihi.

Yang ni lupa masa brp bulan tp masa ni dia suka sgt hisap jari. Aku cepat2 candid masa dia tgh nak masukkan semua jari ke dlm mulutnya itu.. hihi.. so sweet! n bertambah lucu bila matanya jadi bulat 'ggote' bila tgk aku 'tangkap' gambarnya itu... hihi.

Yg ni masa dia baru pandai meniarap. Dia buat cam 'flying' gitu...

p/s: Sekadar ingin mencuba nasib n memeriahkan contest, mana tahu blh menang hadiah cd lunatots..

Misi yg belum selesai...

Bkn misi apa pun, misi memasak @ mem'baking' yg belum terlaksana...

Antara yg saya dah lama nak buat (nak sgt try buat sendiri):
- Kek carrot (org cakap tak susah mana pun!)
- Cheese cake (dah lama nak try tp asek tak berkempatan aje). Tgk dlm blog Mimi terus rasa nak buat.
- Kek sponge @ kek gula hangus (dulu umi selalu buat)
- Kek pisang ala-kakja (sepupu en.suami) yg kalau ikut kakja, masuk blender aje. sblm ni tak penah tahu blh buat kek pakai blender.. haha
- Juga kek2 mudah yg sbg perempuan (lebih2 lg sbg mak org) saya pandai membuatnya...
- Pau (mgkin nak blaja dgn Cikdah mak sedara saya)
- Karipap yg sedap (tak penah jadi buat kelim.. haha. agaknya kena beli acuan dia.. penah nak buat karipap sardin tp akhirnya jadi sardin roll... haha. btw, my MIL pandai buat karipap pusing).

Terbaru, rasa nak buat (belajar buat) ni...
- Apple pie (atau murtabak kastard apple mcm fith!)
- Roti canai, murtabak (bestnya blh buat sendiri....)
- Donat
- Roti (bestnya kalau blh buat mcm2 jenis roti)

Semua itu diinspirasikan oleh Fith yg kat Jepun pun blh masak mcm2 n suka wat frozen food....

Nanti nak buat (blaja buat!) mcm2 frozen food ni (termasuk karipap, donat dll). Kan best kalau ada mcm2 frozen food @ kuih segera ni, nak mkn goreng aje - sila bayangkan satu freezer yg penuh ngan makanan.. hihi.. besar sungguh nafsu makan!

Rasa jugak nak buat ni nanti (suatu masa bila sampai seru);
- Lasagna
- Makaroni bakar
- Nasi minyak, nasi tomato (setakat ni penah wat nasi ayam je.. n nasi lemak tu boleh la!)
- Laksam (dah belaja dgn MIL tp tak penah lg buat sendiri, laksa penang dah blh dah wat sendiri, setakat nak menghilangkan kempunan tu blh la!!)

Ermm.... apa lagi yer (senarai mgkin akn ditambah dr semasa ke semasa)

Juga nak blaja buat deco utk cupcake secara serious, satu masa nanti... hihi (bila tgk Jihe buat sendiri cupcake utk birthday Ummar, lagi rasa membuak2 nak blaja). Lagi... rasa nak blaja buat pastri la, buat tat (sedapnya tat telur), erm nak blaja buat cream puff...

Misi yg sudah tercapai adalah membuat pizza n cupcake (comot) sblm raya aritu... hihi... Tu je la yg paling hebat saya penah buat setakat ni... hahaha... Oh ya, antara misi lain yg dah tercapai adalah membuat kek coklat kukus yg rasanya sgt puas hati dpt buat sendiri...

Cam puding, blh la buat beberapa jenis puding tu.. hihi. cam puding karamel gula hangus, puding roti, puding triffle, puding fruit cocktail (rasanya puding apa pun blh je buat, asal ada resepi).

Mcm spagetti tu penah la buat sendiri. Alaa... Kalau nak makan sgt yg ready-made pun ada...

Ah... semuanya mengenai MAKAN ajeee..............

Hanis Zalikha

1 November (semlm) saya habiskan dgn menjelajah ke blog hanis zalikha.. Tapi takdelah sempat baca semuanya tu... Haha. Apa yg blh saya cakap, tak rugi baca!

Sebenarnya sudah lama saya tidak menjengah ke blognya. Hinggalah saya ditanya oleh Nik Teh siapa itu hanis zalikha... Mula2 dgr namanya saya dah 'admire' dgn nama itu (sedap kan namanya?).. ape lagi melihatkan si empunya nama!!

Bg saya (BAGI SAYA OK), hanis zalikha baik orgnya, seorg yg pandai bawa diri, berdikari, bijak (ada yg puji dia beauty with brain), seorg kakak yg baik. Juga cantik. Mmg cantik orgnya.. Mata akal saya memuji kecantikannya n mata hati saya memuji ciptaan Yang Maha Esa!!

Saya ni mmg jenis bersangka baik dgn seme org (hahaha) n seronok dpt kenal ramai org... Setiap org yg kita kenal tu sudah tentu ada sesuatu yg kita blh belajar darinya (even org tu kita rasa mereka takde apa2... jgn ingat mcm tu!)....

# Saya pernah mendengar kata2 bahawa manusia juga adalah kitab2 yg sarat dgn ilmu!! Ya, benar! sebab setiap manusia melalui hidup n pengalaman masing2..

Bg saya la, saya cuba elakkan judge org dr segi luarannya.... sbb kita hanya blh nampak apa yg kita nampak saja (lainlah kita kashaf!), hakikatnya Allah saja yang tahu.... Allah blh suka seseorg yg kita tak suka!!

Dan ada benda yg saya dah belajar drpd hanis zalikha!! Tersentak dan tersentuh hati saya bila baca senarai kesyukurannya itu... huhu.... Sesungguhnya kita mmg selalu lupa utk bersyukur... hinggalah sesuatu nikmat itu hilang dari kita!!!

p/s: Teh, betul la ada gambar jebon dlm blog hanis zalikha. Dulu ada terbaca org cakap ada gambar jebon dlm tu... Yer la kot jebon si anak mat noor yg dah lama menyepi tu....

Sunday, November 1, 2009

Selamat bulan November!!

Hari ni dah 1 November... Bila masuk bulan November saya mula rasa gelisah.... haha, bukan gelisah apa, gelisah sebab dah nak abis tahun... Yer, ni dah 2009.. Maknanya tak lama lagi dah nak masuk 2010 n maknaaaaanya umur saya pun akn bertambah 1 lagi... huhu...

Di usia yg makin bertambah ni ada kalanya rasa 'stress' n 'depress' jugak... Ah, itu semua hanyalah rasa2 yg mahu menjadikan saya lemah!!!

Bukan apa, ketika di usia ini saya masih belum mempunyai hala tuju yg jelas; dr segi kerja, kerjaya dan kerja utk berjaya.... That's all about apa yg saya nak buat n apa yg saya perlu buat; utk suatu masa depan yg masih panjang (insya-Allah... hidup ini masih panjang utk kita pendekkan....)

Apapun sekurang2nya saya harus bersyukur kerana saya telah mendirikan rumah tangga, mempunyai sebuah keluarga kecil, mempunyai seorg suami (mmg la seorg!) serta dah punya 2 org anak....... Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmat-Mu ya Allah!

Bg saya, perjalanan hidup kita mmg berbeza tapi destinasi kita tetap sama..... mcm yg saya penah cakap sblm ni........