Wednesday, March 18, 2009

Warkah buat suami

Suamiku,
Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-5.
Semoga hidup kita senantiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-NYA...
Semoga jodoh kita dlm peliharaan-NYA... selamanya...

Suamiku,
Terima kasih atas segalanya....
Segala jasa dan pengorbananmu tidak mampu aku balas walaupun aku hidup 1000 tahun lagi...
Keranamu, aku semakin kenal DIA.
Keranamu, aku mengerti makna kehidupan.
Keranamu, aku kenal apa itu cinta dan nikmat bahagia.
Terima kasih atas segalanya....

Suamiku,
Aku sedar siapa aku, insan yg penuh kekurangan...
Kerana aku bukan Khadijah, aku bukan Aisyah dan aku juga bukan Fatimah....
Namun...
Aku senantiasa berazam utk terus setia di sisimu, menjadi suri di hatimu...
Agarku dpt menggapai redhamu dan DIA....
Kerana aku telah tertulis utk menjadi isterimu 'di sini'....

Suamiku,
Doakan aku agar aku kembali kepada-NYA dgn sejahtera... sebagaimana sejahteranya aku saatku dilahirkan dulu....

Aku dan pantang (Part 1)

Ni hari ke-8 pantang.... and selama 8 hari ni....

- breakfast ngan biskut tawar cicah susu + milo. Biskut tawar ntah berapa jenis biskut tawar abah n umi beli; dr biskut tawar kecil, biskut tawar timbang, biskut tawar paket, jacob's... semuanya biskut tawar... huhu.... itulah sesedap-sedap makanan ketika lapar n aku pula seringkali kelaparan.

- roti pun takleh makan lg (umi tak bagi, takut baby masuk angin).

- makan nasi lembik dgn ikar selar bakar + ikan kering (gelama) + ulam pegaga.

- minum petang pun susu + milo ngan biskut tawar (lagi). teringin nak minum kopi tp kot elok lg.

- supper pun dgn segelas milo panas + cicah biskut jugak (sgtlah lapar walaupun dh nak tido). aku tak kira, dah lapar, nak makan jgk even org kata tak elok...

- misi tak bagi makan makanan buh lada hitam, halia, kunyit n air kopi (takut anak kuning). so, ladu (kuih utk org lps bersalin) pun tak blh makan.

- sungguh byk minum air suam. org kata lps bersalin tak elok minum air byk (ntah la nape) tp aku tak kira, dah tu haus.

- tak makan apa2 ubat pon lagi... just makan vitamin yg hospital bagi (tu pun sekali br makan. malas)

- 2 kali urut (blm tuku lg)

- kena jalan sangat slow n nak duduk atas lantai pun ada caranya. kena marah ngan umi sbb pakai duduk je. nak bangun pun ada cara. huhu. duduk pulak kena duk berlunjur, jgn sesekali bersila!!

- mandi dgn air rebusan daun2 (daun pandan + serai wangi dan ntah apa lagi) selama beberapa hari n now stil mandi air suam.

- dah buat kerja2 ringan (apa yg boleh). aku bukannya blh duk diam jerr... masa zukhruf dulu mmg duk diam jer dlm bilik. jln gi bilik air je. makan pun org angkat. ni aku jalan2 jgk dlm rumah, misi pun suh jalan2 nak bagi elok perjalanan darah (yg patut keluar, keluar abis).

- teringin tgk orang makan bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, dodol kg.laut n kek lapis sarawak. tp sib baik tak terliur pun tgk air sejuk n aiskrim (sbb dah makan puas2 sblm bersalin). kalau ikut umi, pantang setahun la air sejuk... huhu. tp aku kalau dpt pantang 3 bulan pon dah kira ok lah tuuu....

mmg umi agak ketat pantang. kata umi, kalau tak pantang elok2 mmg masa muda ni tak rasa, tapi dah tua nanti tgk la (sakit urat n sakit badan sana sini).

umi aku mmg la, ke mana dia pegi org cakap dia muda. zukhruf pun org ingat anak. org selalu tanya berapa umur dia n umi pun 'dgn bangganya' bgtau la umur dia dah 53 thn.... itu la umi aku.

My baby girl....

-Mukanya bulat (masa mula2 lahir sangatlah bulat)

-Merah padam mukanya kalau nangis

-Bila lapar sangat baru nangis

-Senang jaga (so far... Alhamdulillah)

-Rambutnya hitam n lebat (patut la kuat sgt kencing masa ngandung)

-Takde pun tanda lahir (zukhruf dulu ada jgk)

And kata tokmi (my umi), my baby girl...

-Jenis keras

-Kening dah terbentuk

-Jari dia runcing n jenis kuku laki (ntah lerrr)

-Hidung trademark Perol, mcm tokbah (sedikit kembang) hehe.. And kata tokmi lg, nape la ikut hidung umi (aku), tak ikut hidung abahnya (suamiku)...



Saturday, March 14, 2009

3 hari lagi...

Sedar tak sedar 3 hari lagi ulang tahun perkahwinanku yg ke-5....

Rasa cepat sangat masa berlalu.

Rasa baru lagi aku kawin.

Rasa baru lagi kenal suamiku ituuu (dah 7 tahun la dr mula2 kenal)

Rasa blm puas lagi hidup dgn suamiku ituuuu.

Rasa blm puas lagi melayari alam rumah tangga.

Rasa banyak lg ilmu rumah tangga yg aku tak tahu.

Rasa tak habis lagi bulan madu. hehe.

Rasa banyak lagi impian dan hajat yg belum terlaksana.

Rasa mcm 5 thn belum cukup utk aku benar2 mengenali suamiku, bak kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, org yg kawin selama 10 thn baru mengenali pasangannya 50% (lebih kurang begitulah).

Rasanya 5 thn blm cukup utk aku menggapai tittle 'solehah'.... Rasanya masih terlalu jauh......


Ahad, 15 Mac 2009 (kenapa tarikh kat blog ni selalu silap???)

Apa yang kurasa di saat ini?

1. Syukur sangat. Alhamdulillah... Semuanya dah selamat. Anakku lahir dgn sempurna sifat n sihat. Aku pun in good condition. Syukur ke hadrat ALLAH SWT.

2. Lega dah lepasi saat bersalin, saat baby mau keluar ituuu... Fuhh, sakitnya usah cerita tp mujurlah tak lama... Masa tu rasa mmg takmau beranak dahhh (mcm masa bersalin zukhruf dulu... hehe). Tp once tgk muka baby rasa biasa je sakit tadi tuhhh n rasa nak beranak lg la in 2-3 years nanti..... Rasa mcm rugi pulak jarak anak jauh sgt, mcm zukhruf dgn adiknya ni beza sampai 4 thn 3 bulan...

3. Still rasa mcm tak percaya dapat baby girl. Sbb based on my perut hari tu ramai yg kata anak laki n ada yg begitu confident baby dlm perutku itu laki.... Doktor yg scan aritu pun mcm bg clue laki jerrr (walaupun dia tak cakap the gender). Tp kuasa Allah mengatasi segalanya... Yg keluar baby girl jugak. Mayb sbb suamiku ituuu nak sgt baby girl n yakin sgt akan dapat baby girl (aku tak kesah pon). Masa misi angkat baby n tunjuk kat aku her 'pipit' aritu pun aku mcm tak percaya... kot2 mata aku yg silap... hehe.

4. Gumbira yg amat, kerana dapat memberikan sepasang zuriat kat suamiku ituuu.

5. Bahagia yg amat bila melihat wajah puteriku ini.

6. Selesa n i just feel good nak menjalani the confinement session sbb aku berada di rumah family ku ini. Ada abah, umi n adik2ku yg bisa menolongku..... Rasa nak pantang betul2 n nak jaga diri aku elok2. Kata umi aku, tubuh kita ni (esp. the female organs) takde spare part... hehe.

7. Sedikit rindu pada sang suami yg telah pulang ke KL mlm tadi. Kenapa sedikit? Ntah, aku selesa dgn rasa yg mcm ni. Kalau rindu kuat sangat pun tak besttt jgk. Rasa suka pulak keadaan berjauhan mcm ni. Blh sms n calling2, yg bisa melahirkan bibit2 yg lain dari kebiasaan.... hehe.

8. Rindu pada arwah Mek (nenek) yg dah hampir 4 thn meninggalkan aku. Kalau Mek ada, mesti Mek gembira tgk sorang lg cicit dia ni. Arwah Mek sempat dgn Zukhruf sekejap.

9. Puas hati dapat ngurut dgn Mak Da (taktau nak eja tp pronounce as huruf jawi 'dha' ). Ni aku belum tuku lg. Dah rasa ringan je tubuh. Urat2 yg timbul kat kaki sblm ni pun makin hilang. Mak Da ni kira wanted tukang urut n tukang tuku la utk ibu2 lps bersalin. Bukan kat kampungku ni je tp sampai ke area KB. Kena book jugak la aritu.

Apa lagi ya?????

10. Agak gembira jugak la sbb semua org gembira dgn kehadiran puteriku ini, baik belah family ku n family suamiku. Inilah cucu sulung perempuan tokmi, tokbah, wan n tok serta cicit perempuan pertama to my neneks n datuk. Plus, ramai yg sms tahniah dgn my newborn ni, termasuklah kawanku yg kat Ireland, Dr.Tiey n Mickwa. Thanks to korang sume.

11. Sedikit tensi sbb susah nak guna internet. Terpaksa berebut dgn adik2 aku n zukhruf yg duk main online game + tgk upin ipin. Lgpun buhsan tgk blog aku yg mcm tak best n tak ceria ni. Tak sempat2 nak buh background @ template yg cantik or comel sikit. Nanti la... dapat update ni pun dah kira mujur dah...

Ni satu lagi, last tp paling penting.........

12. Sangat-sangat kagum dan insaf dgn kejadian dan ciptaan ALLAH SWT. Betapa asal kita daripada "TIADA" menjadi "ADA". Betapa kita dilahirkan begitu kecil, kemudian menjadi kita yg sebesar ini. Betapa kita adalah sebaik-baik kejadian - ciptaan Allah yg sangat2 sempurna!!! Kalau difikirkan bagaimana Allah jadikan kuku yg begitu kecil di setiap hujung jari. Ada urat2 di tapak tangan yg sangat kecil. Maha suci Allah!! Bagaimana seorg bayi yg duk dlm perut ibu selama ini, lahir ke dunia mulut ternganga2 mencari susu; tahu lapar - bukak mulut dan sebagainya laaaaaa..... Apa yg dapat aku katakan hanyalah Maha Suci ALLAH.... Sesungguhnya hanya DIA yg patut kita sembah dgn seluruh penyerahan jiwa!!!!!

Friday, March 6, 2009

Berita terkini

Alhamdulillah, seorang lagi mujahidah akhir zaman telah dilahirkan pada hari Isnin, 9 Mac 2009 (bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H) jam 2.20 petang di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Bersalin normal. Berat baby 3.47 kg.

boy @ girl ???

Lebih kurang 4 hari lagi to my due date. Rasanya takde lagi tanda2 nak bersalin except makin kerap kencing n makin terasa sakit belakang....

Kelmarin (Rabu), aku pegi klinik dekat rumah aku, klinik Peringat utk sambung check-up la. Baru jumpa doctor for the first time. Sblm ni, selama aku duk check-up kat klinik Bandaraya tak penah2 jumpa doctor. Jumpa misi (nurse) je la yg duk check semua n tulis dalam buku merah tu...

Misi kat klinik sini tanya la, tak penah jumpa doktor ke? Aku jawab la, tak penah. Dah memang tak penah pun. Diorg mcm heran je, takkan klinik kat KL takde kena jumpa doctor, even sekali... Diorg cakap kat situ akn jumpa doctor at least 2 kali.

So jumpa la dgn doctor. Sweet n muda lagi dr. tu. Pompuan le... Dr. tu tanya, tak penah scan ke? Aku jawab, TAK. Mmg aku tak scan pun. Dia tanya lg, kt klinik sana tak scan ke? Tak pun, jawabku.

Setahu aku, klinik kerajaan mmg tak scan except kalau ada kes tertentu je. Kalau nak scan kena gi klinik swasta la.... Dr. tu cakap kat klinik tu akan scan at least sekali during pregnancy.... bagus betul klinik ni...

Lepas tu, dr. tu pun scan la bayi dalam perutku ini. She said everything's ok. Semua normal. Aku tanya la, laki ke pompuan.... Saje je aku tanya. Actually aku pun taknak tahu... Nanti keluar la baru tahu....

Dr. tu jawab, tak payah tahu la... Jawabnya dgn selamba. katanya lagi, nanti keluar tahu la.... Aku pun senyum je la. Yg penting semua ok. Zukhruf pun sibuk duk tgk kat screen tu n tak henti2 duk tanya pasal baby.

Actually aku tak kesah anakku yg kedua ni boy @ girl. Kalau boy, ada sorang lagi protector aku. Hahaha. And kalau girl, boleh la aku menghiasnya n pakaikan baju yg cantik2.... hehe. Just wait n see la, laki or pempuan semuanya anugerah ALLAH..... And I believe that ALLAH sudah tentukan yg terbaik.....

Monday, March 2, 2009

Al-Fatihah utk arwah Hafifzi

Pagi semalam (1 Mac), aku dapat SMS daripada kawan sekolahku dulu, Mcsyu n Zubay yg berbunyi:

"Al-Fatihah utk saing kito Hafifzi yg telah kembali ke Rahmatullah....."

Maka terkejut yg amat la aku..... Then aku pun msg la Zubay utk dapatkan maklumat selanjutnya. Menurut kawanku itu, pagi td (semalam) isteri dia kejutkan dia bangun tido tu tgk2 dia dah takde. Padahal malam tu dia ok je balik dari main futsal. Lepas tu bawak gi hospital Ampang. Dr. suspek mungkin jantung. Dgr2nya jenazah arwah dibawa pulang ke Terengganu utk disemadikan di sana.

Seingat aku, aku pernah sekelas dgn arwah masa Form 1. Masa sekolah dulu orang panggil arwah Piji Lalat @ Pok Lat sbb arwah ada banyak tahi lalat kat muka..... Bg aku, arwah seorg yg sentiasa ceria, lucu, suka nyakat orang tp hatinya baik.


Al-Fatihah utk arwah Hafifzi yg telah meninggalkan kita. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan digolongkan di kalangan orang-orang beriman. AMIN.

Dan takziah utk keluarga arwah. Semoga isteri arwah diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini di samping dua orang anak arwah.... Semoga sentiasa berada dalam lindungan Yang Esa.


Dalam kenangan....

Arwah Hafifzi dgn isteri n anak.

Anak arwah, Muhammad Hazeeq Irfan dan Nur Hafy Yumni

My update

Lama tak update blog aku ni. Dah sebulan ek. Takde pun entry utk bulan Februari. Actually pc aku prob aritu. Lebih 3 minggu tak boleh akses internet. Ntah la kenapa, tiba2 tak boleh akses.

At first tu ingatkan masalah modem or service provider dia la. So aku call servis centre Maxis Broadband ni n dia bg mcm2 la suggestion utk settlekan masalah aku ni tp tak dapat jgk. Lps tu technician dia pun datang la tgk tp still tak dapat jgk... Dia pun tak tahu kenapa tp dia cakap modem n setting semua ok. Maknanya pc aku la yg masalahnya.

Dipendekkan cerita, lepas tu hantar kedai utk baiki + format tp dia cakap semua ok, takde masalah apa pun. Bwk balik rumah, tak dapat jugak akses internet. Aku semakin bengang + tensi la jugak.

Last2 mintak tolong technician IT kat pejabat suami aku tolong datang tgk. Sekejap je dia tgk terus dapat detect. Rupa2nya ada setting dekat bios yg tak betul @ dah berubah. Lepas dia betulkan tu terus dpt akses internet. Alhamdulillah.

Lepas internet dah ok, aku pulak duk bz mengemas rumah n packing segala benda utk balik Kelate. Ye la, nak tinggal rumah hampir 2 bulan... kene settlekan benda2 kat dapur, peti ais nak kena operasi, sapu n mop seisi rumah, basuh cadar, langsir n banyak lagi la kerja2. And on 27.2.09 tu aku tinggalkan rumah dalam keadaan yg LEGAAA....

So, skg ni duduk la aku kat rumah familyku kat Kelate menanti hari utk bersalin... Semoga semuanya berjalan lancar n dipermudahkan segala urusan. AMIN.