Tuesday, September 28, 2010

Bersusah-susah dahulu

Semoga saya tergolong di kalangan org yg bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. hehe..

Biarlah saya beringat2 dahulu... hidup begitu jimat cermat n tak bermewah2 mcm org lain.. huhu... Asalkan kemudian hari nanti saya boleh bernafas lega (dan syukur)... insya-Allah..

Taknak la, bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian.. huhu.. Ada ke? Ada la kot, kalau tak beringat ketika senang...

Mcm pesan Rasulullah SAW, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tu...

Saya tak kesah, perlu bersusah payah skg - perlu korbankan pelbagai kehendak/ kemahuan diri, asalkan anak-anak saya nanti dapat sebagaimana anak2 org lain dapat, esp dari aspek pendidikan mereka...... Soal pendidikan adalah tiada kompromi!

Jangan bersusah-susah skg, akan datang pun susah n sampai mati pun susah dah la.. huhu...

Saya percaya, biarlah kita bersusah-susah skg.. Agar suatu masa bila kita senang nanti, kita tak lupa diri... Harap2 begitulah... Kesusahan pada hari ini akan jadi satu kemanisan yg tak terhingga suatu hari nanti... Insya-Allah...

Kesusahan ni bkn dari aspek material/ kewangan aje, tp "kesukaran dan kerumitan" dari segala segi, segala aspek kehidupan... Biarlah saya saja yg tahu... Kesusahan kita, takkan nak war-warkan satu dunia.. kan?

Paling tidak, sekiranya saya berjaya suatu masa dan ketika nanti, ketahuilah dunia bahawa saya bermula daripada susah, drpd kesukaran hidup yg bukannya sedikit..!!!

Saya percaya, semua org ada ujian dan cabaran hidup masing-masing, dgn cara masing-masing.. Cuma bergantung pada kita utk 'handle' cabaran hidup itu... Apa yg saya lihat, ramai juga manusia berjaya kerana cabaran hidup yg begitu luar biasa!

Kata pepatah, manusia yg memilih utk berjaya mencipta peluang, manusia yg tidak mahu berjaya hanya mencipta alasan....

Manusia yg berjaya juga adalah manusia yg bisa menukar MASALAH dan CABARAN kepada PELUANG.. Itulah manusia yg optimis dan bijak!!!!!

Dan saya, saya juga cuba menukar segala cabaran hidup ini sbg satu peluang... Paling tidak, peluang utk saya menghampirkan diri pada Yang Maha Kuasa, agar saya meminta hanya pada-Nya!!!

Juga 'peluang' utk saya lebih belajar erti sabar (sabar bkn hanya di mulut), erti ikhlas dgn segala ujian dan ketentuan Allah SWT dan juga erti syukur atas segala nikmat-Nya yg tak terhingga selama saya hidup di dunia ini...

Semoga saya tergolong di kalangan orang2 yg sabar, org2 yg ikhlas dan org2 yg bersyukur...

Doakan saya... Dgn semangat dan iltizam yg tidak pernah luntur, saya pastikan saya akan berjaya!!

Yg penting, ALLAH SWT sentiasa bersama org2 yg sabar... Selagi kita percaya dan mengharap hanya pada-Nya, DIA tidak akan menghampakan kita..................

p/s: Entry ini sekadar satu catatan kehidupan....

p/s: Segala ujian dan cabaran hidup dpt membina kekuatan hati dan menjadikan kita lebih kuat; fizikal, mental dan emosi...

p/s: Sangat respek pada org2 kaya yg bermula dari susah, termasuklah billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yg bermula hanya dgn menjual lembu....

5 comments:

Wan Anie said...

Ya ramai org yg mencipta kejayaan yg luar biasa kerana mereka bermula dari bawah... biar susah sket sekarang utk kesenangan esok.

sebuah kejayaan memerlukan pengorbanan....

Kaklong Nuzula said...

Ya, kak.. Kejayaan memerlukan pengorbanan.. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.. hehe.. Tq!

Lynn Nasir said...

salam,

berakit-rakit ke hulu.....sila sambung! :D

Kaklong Nuzula said...

yer lynn, berenang-renang ke tepian.. bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.. hehe..

tp ramai org kite skg yg tak sanggup bersusah dahulu, semua nak senang cepat, nak kaya cepat.. mcmana tu?

Lynn Nasir said...

kalau nuzula tanya saya, saya suka nak kata saya dah merasa/melihat the hard way. haih..byk sungguh cara nk senang. tp bukan senang nk senang. bila2 nti sy buat entri, kot la boleh share pengalaman :)