Hehe.. Ini yg nak cakap ni sebenarnya.. Panjang lebar pasal membazir dlm entry sebelum ni.. hahaha... Dari minggu lps lagi nak tulis tapi asek tak sempat jer.. hehe..
Ini sebagai respond kepada rakan-rakan maya saya, my virtual friends (rakan-rakan means ramai la) yg beli CD dgn harga yg mahal - sangat mahal.. Sampai RM150 seketul pun ada!!
Sblm ni saya ingatkan RM120 tu dah cukup mahal... n then sekali tu jumpa yg harga RM130 utk custom made CD dari US... Ingatkan tu dah abis mahal la...
Sebelum berikan pendapat saya (hehe) saya dah pernah buat entry ni dulu...
CD mahal vs CD murah
Kenapa harga CD berbeza?
http://happy-clothdiapering.blogspot.com/2010/02/kenapa-harga-cd-berbeza.html
http://happy-clothdiapering.blogspot.com/2010/02/kenapa-harga-cd-berbeza.html
Jadi.. adakah MEMBAZIR beli CD mahal2 ni???
Bagi saya... ermm.. bagi saya la...
TAK MEMBAZIR..... jika:
1. Memang nak pakai CD tu.. Beli utk dipakai ok? Bukan beli saje2 utk disimpan/ buat perhiasan.. huhu..
2. Memang perlu.. Biasanya CD organic (seperti bamboo, organic cotton) adalah lebih mahal drp CD biasa... Ada antara anak2 kita yg kulitnya sgt senstif (tak boleh pakai CD inner fleece/ suede yg biasa ni) n kena pakai jenis bamboo jer... So nak tak nak kena beli yg bamboo... Ada yg invest utk bamboolite/ wuddah RM50-60 sekeping sehingga 20 keping!!
3. Berkemampuan.. ni sendiri mau ingat la.. tepuk dada tanya poket!
4. Telah memenuhi keperluan yg lain, yakni keperluan keluarga/ anak2 lain yg jauh lebih penting, mcm keperluan menyediakan makanan yg berkhasiat ataupun keperluan utk menyusukan anak yg jauh tiada komprominya!
Lagipun........... pada saya.......
1. CD adalah sama seperti pakaian kita/ pakaian anak2 kita yg lain, utk dipakai dan digunakan... Apa2 yg utk dipakai dan digunakan tidak boleh dianggap membazir!! Bila dikatakan PAKAIAN, ia adalah KEPERLUAN ASAS sama seperti makanan dan tempat tinggal!!
2. CD adalah sesuatu yg berfaedah dan berguna, bukan seperti rokok yg jelas dan nyata membazir dan memudaratkan!!!
3. CD boleh dijual semula... Ya, CD mempunyai nilai utk dijual semula... Tambah2 lagi CD yg mahal dan berjenama.. Akan ada jer org nak beli... Cuba tgk dekat forum diapersasia tu, byk jual beli preloved CD... Mula2 dulu saya pun musykil jugak, CD boleh dijual semula? huhu.. Yg pasti, CD tidak sama seperti pakaian dalam kita...
(note: Coolababy pun org jual semula.. sy dah jumpa 2-3 org yg let-go Coolababy)..
Ataupun kalau tak nak jual boleh bagi dekat anak buah ataupun kepada mereka yg memerlukan (eg: rumah anak yatim), boleh jugak jadi saham utk akhirat siapa tahu?!!!
4. CD yg mahal juga boleh jadi PENTING, berasaskan anggapan CD mahal = lebih berkualiti = kurang risiko utk bocor.. Ini kerana cloth diaper yakni lampin adalah utk menampung dan menanggung najis anak... Kita sbg org Islam sudah tentu nakkan tempat yg bersih sentiasa, tanpa syak dan waswas utk menunaikan ibadah...
Bab kebersihan/ kesucian adalah begitu penting dlm agama kita.. Justeru jika CD mahal mengurangkan risiko bocor (risiko air kencing/ najis bayi), maka investment ke arah itu adalah perlu!!
Ya, mungkin sampai kepada tahap SANGAT PERLU utk memastikan anak kita memakai lampin yg baik agar ibadah kita tidak terganggu.. (mcm saya selalu jer ada 'org' dtg duk atas riba masa tgh solat.. huhu).. Tambahan pula jika anak jenis heavy wetter mmg perlukan CD yg dpt menampung lebih byk basahan...
(note: walaupun najis bayi yg minum susu ibu shj adalah najis ringan tp najis anak yg berusia 2-3 tahun adalah dikira najis!)
(note: bg saya, CD biasa2 jer pun OK asalkan dipakai dgn kemas, fit-snugly dan ditukar bila sampai masanya tapi keperluan dan keadaan setiap bayi adalah berbeza bukan? Begitu juga keselesaan dan preference si ibu dlm melampinkan anak juga perlu diambil kira).
5. Beli CD adalah satu pelaburan yg sangat berbaloi2!! Bagi saya, mmg satu pelaburan yg tak akan rugi!! CD boleh digunakan sehingga anak potty-trained dan boleh disimpan utk anak2 yg seterusnya... CD boleh disimpan utk anak yg seterusnya adalah terbukti seperti kak Wan Anie di http://tintacomellote.blogspot.com/ hehe...
6. Ada juga org beli CD mahal sebab nak "cuba try test" mcm2 brand yg ada, nak 'rasa' n feel sendiri, nak buat penilaian sendiri.... Mungkin utk buat jenama sendiri suatu hari nanti.. Mana tahu? Mmg ada yg dah cuba mcm2 brand and finally come out dgn brand sendiri (terutamanya dekat barat)...
Bagi saya la, kalau nak buat brand sendiri (nama sendiri) biar lain daripada yg lain... lain dari segi design terutamanya!! Setakat re-brand jer sape2 pun boleh, kalau ada duit, ada modal... hehe... (sekadar memberikan pendapat, jgn marah!)..
7. Mungkin juga sebab nak jahit sendiri utk anakanda tercinta... Nak tgk mcmana cutting, design dan rekabentuk CD yg mahal2 ni dibuat/ dijahit, so kena la beli 1 kan? Ini adalah sebab yg sgt berasas... Dah jumpa beberapa contoh (beberapa org ibu)... Ada juga org yg nak jahit cloth pad sendiri mula2 beli cloth pad yg dijual sbg contoh.. Dpt jer cloth pad tu terus buka jahitan sbb nak tgk mcmana cara jahit n dlm dia... huhu..
8. Kebanyakan custom made CD dihasilkan/ dijahit sendiri oleh WAHM (work-at-home-mother) yg ingin mencari duit dan rezeki tambahan.. Jadi, mungkin kita kena consider harga yg diletakkan berbanding masa dan tenaga yg digunakan...
Bak kata hanz, CD juga adalah hasil tangan (workmanship)...Why not kita hargai hasil tangan mereka yg penat2 reka n jahit tu?!! Tambahan pula, dari apa yg saya dgr, CD agak susah utk dijahit!! Mgkin jahit langsir lagi senang.. haha (boleh cakap la sbb pernah jahit langsir, jahit lurus jer... huhu).
Pendek kata, semuanya bergantung pada diri kita sendiri... Niat dan tujuan kita itu yg penting!
Dan bagi saya la... memakai lampin pakai buang itu jauh lebih membazir... sbb kita beli utk dipakai sekali sahaja dan dibuang begitu sahaja slps dipakai 3-4 jam... malah mengambil masa beratus2 tahun utk lupus!!!
Saya tak nafikan cloth diaper ni really attractive n very tempting.... Sampai boleh addicted to CD pun ada!! hehe...
Mungkin beli CD mahal boleh dikatakan membazir apabila:
1. Dah ada terlalu banyak CD.. Sampai 50 pcs utk seorang anak!!!! Huhu...
2. Di luar kemampuan sebenarnya.. Ni tak nak komen lebih2 la... Diri sendiri yg lebih tahu kemampuan kewangan masing2.... Kalau sanggup tak makan nak simpan duit utk beli CD tu no komen la yer... huhu...
3. Sekadar utk menunjuk2 kat org yg anak dia pakai CD mahal.. itu tak bagus la... hehe...
Akhir sekali, dlm Islam kita mmg digalakkan bersederhana dan dilarang dari berlebih-lebihan dlm semua perkara... Apa yg nyata lagi jelas MEMBAZIR itu wajar dielakkan... Wallahu a'lam...
Sekian sahaja pendapat 30 sen saya... Selamat meneruskan ibadah puasa! Wassalam..
8 comments:
kih kih..terdengar-dengar namaku dipanggil..wink!
kalu kita pandai jual-beli atau swap, kita boleh mix cd stash ngan mostly affordable vs slightly affordable (murah vs mahal). Me sumer ada dari yg brand new, mahai, murah, preloved... :)
P/S : Kaklong, la ni hanz kena cari cd saiz besar, dengar cerita dyana cd cutting besar..tapi harap crotch tak terlalu lebar..boleh email hanz detail?
slowly, order customised cd dan slowly resell / bidding offer cd yg dah tak muat
hemmm..cara hanz ni dah tak membazir, kan? *grin*
hehe.. cepat jer dtg.. mcm tau2 jer..
aah setakat ni dyana cd la paling besar.. dia punya crotch biasa jer, tak la lebar sgt.. dah di-slim-kan sket dr mula2 dulu.. stok baru DyanaMP akan sampai sblm raya ni. insya-Allah nnti sy email.
dlm berCD ni kita sama2.. we care n we share kan? :)
heheheh...ya betul...takdelah membazir...beli macam beli kan baju jer....
dan saya juga telah berjaya jual sume stook coola button saya...;)
Observasi yang bagus kaklong...
Semuanya terpulang pada kemampuan, tapi ada yang kat DiapersAsia tu koleksi CD ada sampai lebih 50 keping, semua printed, imported, cantik2, kaler2 pulak tu. Ish, dengki nya aku (ish, tak elok macam ni kan).
Terpulang kepada kemampuan! Dan yang paling penting juga elok lah berbincang dengan suami kalau nak membeli CD yang mahal2 ni (ada jugak saya tahu kawan2 yang beli CD mahal senyap2 tanpa pengetahuan suami.. dahsyat). Tapi yang penting juga, harus mempertimbangkan kualiti barangan yang ingin dibeli, biarlah sepadan dengan harga. Kalau terlalu murah pun, mungkin ada kekurangannya, betul tak?
Dan Hanz, Itti Bitti Tutto kan One Size yang sizenya sampai XL.... (20kg)... Apa lagi... terjah lah! wink wink wink... hehe.
Great article!
For someone who has been cloth diapering for 3 years, I have more than 100 CDs in my collection. I certainly don't think owning more than 50 CDs for one child is a waste. Every cloth diaper has its own life span. The more CDs you have, the longer your rotation goes, the longer the CD can last. The longer the CD can last, the more you can use it for the next baby, or sell it off as seconds.
In the end it all depends on whether one can afford it or not. Expensive items are definitely not a necessity, be it cloth diapers, or shoes, handbags, clothings. But if one can truly afford it, no one else has the right to question it.
I can say this for sure. I have LOADS of CDs, yes. But I am not addicted to them. Or probably no longer. Haha! I guess I have passed that phase. :D
mazlyna, sy coola yg paling byk.. huhu.. ada dlm 10 pcs kot coola jer.. sbb masa mula2 dulu nak cukupkan cd, itu je cd yg mampu dimiliki.. hehe.. nak jual balik rasa mcm lasak sgt pakai.. tp still ok la, sampai skg pakai.. :)
Far, aah.. bergantung pada kemampuan.. itu yg penting kan?
Mmg dengki kan tgk cd stash org yg cantik2 n mcm2 brand kan? hehe..
Betul tu, better bgtau suami kan kalau kita nak spend utk benda yg mahal2 ni, mcm cd.. Tp mungkin ada juga yg tak selesa nak bgtau husband takut husband tak bagi.. hehe.. takut husband cakap, nak beli lagi? kan dah banyak tu?!!! kui.. kui.. :)
Farrah, thanx for dropping here n leave a comment!
Yup, i think that's all about afford.. ask your pocket!! hehe..
p/s: suka sgt lepak dekat blog u tgk ur cd stash... sgt mengujakan! always dream that all of the cds will be mine.. haha..
Post a Comment