Monday, July 5, 2010

Bagaimana mengajar anak berusia 2 tahun+?

Saya telah ditanya oleh Puan Nadia, bagaimana utk mengajar anaknya yg berusia 2 thn 4 bulan membaca....

Terlebih dahulu saya mohon maaf sbb lambat jawab. Hari tu saya dah komen dlm 1 entry dekat blog beliau tp tiba2 hilang plak.. huhu.. panjang lak tu taip... So saya buat entry kat sini la... paling tidak org lain pun boleh baca/ komen/ bg pendapat jugak..

Pada pendapat saya la... di usia ini (2 thn+), kita tak perlu lagi ajar mereka membaca dgn lebih formal (menggunakan mana2 sistem cepat membaca). Namun begitu, apa yg boleh kita lakukan:

1. Banyak bercakap/ komunikasi dgn anak2 kita supaya mereka dapat bercakap dgn bahasa yg baik (blh bina ayat yg bagus - sampai maksud), ataupun dgn tatabahasa yg "agak betul".. huhu.. contoh: "adik nak makan nasi".. selain itu dpt meluaskan kosa kata/ vocab mereka... (Budak yg bijak dapat membina ayat yg bagus)... Dlm usia ini, ada anak2 yg masih pelat, justeru kita sebagai ibu bapa mesti cakap dgn sebutan yg betul dgn anak2, maknanya jgn ikut sama cakap pelat dgn mereka (buat2 pelat). Mcm adik saya dulu sebut telinga "singa", kita pun ikut sebut "singa".. bila dikenalkan dgn singa (binatang), pelik la dia itu pun singa.. haha.. Kalau "cat", ada yg sebut "tet", kita jgn ikut mereka sebut "tet" pulak..

2. Kenalkan mereka dgn apa yg patut di sekeliling mereka, paling tidak mereka tahu apa itu biskut (ada yg panggil biskut tu roti.. haha), apa itu kerusi, apa itu mainan, apa itu sampah.. hehe.. yer la, paling tidak mereka tahu semua nama benda yg ada di rumah mereka.. Ini semua secara tak langsung jer. Kalau makan buah tembikai bgtau itu buah tembikai... Kalau nampak binatang bgtau n tunjuk binatang tu kat mereka... Begitu juga kalau balik kampung jumpa lembu, kambing, kerbau.. Duk KL ni mana jumpa tu semua.. So, masa tu blh la kenallkan mereka dgn haiwan2 tu.. (Anak sy auliya, bila tanya mana cicak? terus dia dongak kepala cari cicak, kalau tanya mana cat Tokmi, terus dia cari kucing tu dan tunjuk.. haha.. budak2 mmg cepat belajar).

3. Boleh juga ajar mereka kenal bhg2 tubuh badan mereka... ataupun ajar mereka mengenal bentuk dan warna. Cuba kenalkan mereka dgn satu persatu bentuk (bulat, segitiga, segiempat) dan juga warna2 utama. Semua ni diajar secara tak langsung jer. Warna tu boleh ajar sambil2 diorg duk main..

4. Selain itu, di usia ini rasanya dah boleh ajar mereka mewarna (beli buka mewarna dan pensel warna/ crayon). Dulu2 saya terfikir juga kenapa kanak2 mesti diajar mewarna... Asal jadi kanak2 jer mesti kena mewarna, asal mewarna jer mesti kerja kanak2.. haha.. Sebenarnya, mewarna penting utk koordinasi tangan, mata, otak mereka. Juga utk tingkatkan fokus mereka (ada yg sampai meleleh air liur nak bg penuh warna.. haha).

5. Buat aktiviti bersama mereka, walaupun aktiviti yg simple.. Ajar mereka lukis bulatan (nak lukis bulatan pun satu skill tau).. Ataupun boleh buat aktiviti tampal menampal, kraf, lipatan kertas/ origami.. Ikutlah mana2 yg sesuai.. Boleh juga ajak mereka tgk anda buat kuih, ajak mereka sama2 lipat pakaian mereka, ajak mereka tolong apa yg patut...

pic credit to FB Mama Fathinz (http://whatalovelymama.blogspot.com/)

6. Sediakan tempat utk mereka menconteng.. iya, sediakan buku, kertas atau whiteboard hanya utk mereka menconteng.. Budak2 di usia ini mmg suka sgt menconteng.. Ada yg akan menconteng dinding rumah.. huhu.. Boleh bg mereka pensel utk conteng di tempat yg dibenarkan tu.. Ikut budi bicara anda la mcmana...

Elok jer, jumpa gambar ni dekat sawanila.com (pic credit tu sawanila.com)

katanya, kat situ la creative corner anak2nya, tempat menconteng, tmpt luah perasaan.. hehe..

7. Bacakan buku cerita (bergambar) utk mereka... Budak2 sgt suka mendengar cerita..

8. Bagi mereka belek2 sendiri buku (buku bergambar kanak2/ buku2 yg ada gambar).. budak2 mmg suka tgk gambar.. jgn bg mereka koyak dah la..

9. Tampal poster bergambar utk kanak2 di bhg dinding rumah yg sesuai. Kalau ada masa, tanya la mereka gambar2 tu...

10. Biarkan mereka bermain!! Beli mainan (esp yg ada unsur education) yg sesuai dgn mereka... Biar la mereka main masak2, main doktor2, main pancing2 ikan ataupun main mainan berupa blocks utk membina daya imaginasi mereka.. Ini kerana, ketika usia ini daya imaginasi anak2 sedang berkembang.. Biarkan mereka membina kreativiti mereka.. Sebenarnya kreativiti sgt penting utk kita "develop" pada anak2 kita, sebagaimana kata Einstein, "Creativity is more important than knowledge!!!"

pic credit to FB Mama Fathinz (http://whatalovelymama.blogspot.com/), beliau juga seorg penyokong dan pelaksana homeschool.

11. Belikan/ pasang VCD atau DVD yg berunsur education, yg menyanyi sambil belajar ke... tak kesah la... asalkan yg sesuai utk mereka..

12. Belikan jigsaw puzzle menarik utk mereka. Boleh beli yg 9/ 12 keping kot sebagai permulaan.. yg mudah2 je la... suruh mereka buat.. lepas tu boleh beli yg lagi susah.. Anak saya zukhruf dulu mmg minat puzzle... masa umur 2 thn 8 bulan dia dah boleh siapkan puzzle yg 10x10 dan 12x8... dia buat sendiri pada cubaan kali pertama lagi!! Byk jugak la koleksi puzzle dia (yg murah2 je).. Sampai skg dia minat puzzle (yg online pun ada dia buat).

13. Bawa mereka berjalan2 ke tempat yg boleh mendedahkan mereka dgn benda baru, cth gi zoo ker, Aquaria, taman bunga, taman burung atau mana2 la tempat yg ada unsur "education"... kalau ada masa boleh join Sara Kids Craft Day ker... Juga boleh bawa mereka berenang, menunggang kuda dan aktiviti2 lain yg sesuai..

14. Ajar mereka disiplin. Yup, seawal usia lagi kena ajar mereka disiplin, adab, nilai2 murni dan akhlak yg terpuji.. Cth, nak makan/ minum kena duduk, pakaian kotor letak dlm bakul kain kotor, kemas mainan lepas main dsb. Juga ajar mereka ttg kebersihan, ttg apa yg kotor (jgn main)..

15. Ajar mereka tentang bahaya. Cthnya bgtau tempat2 yg tak sesuai utk main (dapur, tangga dll). Jgn main pintu dsb.. Juga bgtau tentang apa yg tak boleh main, pisau itu tajam - jgn usik, air panas itu panas. Cuba bg mereka rasa (sentuhkan tangan mereka) dekat benda yg ala2 panas supaya mereka tahu mcmana "PANAS" (ni saya pernah baca psl ni dulu)... Kalau kita cakap jer jgn main, panas.. (tak sentuhkan tangan mereka), mereka tak tahu mcmana panas.. huh!

16. Ajar mereka berdikari.. apa2 yg mereka dah boleh buat sendiri, cth: pakai baju seluar sendiri, makan dan minum sendiri.. Ada juga umur 3 tahun dah blh mandi sendiri!! huhu.. Mungkin dah boleh mulakan latihan ke tandas (toilet train) ketika usia mereka 2 thn+..

17. Latih ingatan mereka supaya mereka kuat ingatan.. Ermm... buat/ ajar la apa yg patut. Budak2 di usia ini byk belajar dgn "mengecam" (sbb blm boleh baca)...

18. Pastikan perkembangan mereka seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial... Ajar mereka berkongsi mainan, biarkan mereka berkawan (dgn budak2 lain), ajar mereka ketahanan emosi (jgn cepat menangis) dsbnya la...

Sebagai kesimpulan, ni ciri2 anak di usia 2-3 tahun (ataupun 1-3 thn):

- suka meniru apa yg mereka lihat (lebih byk melihat drp mendengar)

- suka bermain dan meneroka dunia mereka, jadi ambil kesempatan ini utk ajar mereka sambil bermain, play n learn!

- mereka akan "store" semua yg dilihat mereka (serap semua mcm sponge) dan akan keluarkan balik semuanya suatu masa dan ketika.. so, beware!! huhu..

HARAP JAWAPAN SAYA MEMUASKAN HATI PUAN NADIA, WALAUPUN TAK MENJAWAB SOALAN... hehe.. Oh ya, utk ajar anak membaca dgn lebih formal boleh mulakan apabila usia mereka menginjak 3 tahun...

Nota: Mungkin tips di atas juga sesuai utk anak berusia 1 tahun lagi.. Tgk la mana yg sesuai... Sebenarnya utk baby (baru lahir) lagi kita dah boleh mula "ajar", "stimulate" atau rangsang mereka, terutama rangsang deria mereka... Sy pun banyak lagi nak study psl early childhood education ni.. hehe..

p/s: Saya pun dah lupa sebenarnya mcmana anak saya Zukhruf masa umur dia 2 thn+ dulu... Apa yg saya ingat, anak saya tu pelat sungguh (sampai umur 3-4 thn still pelat).. So, dulu ada jugak saya ajar dia sebut suku kata Melayu (ma mi mu, ba bi bu, ta ti tu, ka ki ku......... dll la), suruh dia sebut dgn betul (sebelum ajar dia sistem cepat membaca).

12 comments:

Linda said...

Salam Nuzula :)
Bila baca tajuk ni teringat pada anak saya, Fariz huhuhu..ramai yg tanya kenapa dia dah umur setahun 7 bulan tak ble ckp..sy diamkan aje..tiba2 ada kwn dr penang datang anak sebaya dgn anak saya (bulan pun sama) dah boleh bertutur lebih jelas. Lepas dari tu tiap2 hari saya luangkan masa untuk berkomunikasi dgn dia...alhamdulilah itu membantu, ada perkembangan positif pada fariz :). Komunikasi tu amat penting. Thanks tip nuzula bagi ni sangat berguna :)

~Nadhia Cidi~ said...

askum..k.long..terima kasih diatas tunjuk ajar akak..hehehe..mungkin saya terlalu cepat sgt nak anak pndai mmbaca..yg membuatkan saya bertanya pasal cara nak ajar anak membaca..firstly anak saya berminat ngan buku..secondly dia dh kenal huruf..that's why saya rasa mcm dh sesuai nak ajar dia membaca..

Yatie said...

good tips. yang penting proses belajar tak boring and jgn paksa dorang

www.sawanila.com

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

info menarik..
:-)

Mummy Hanny said...

Pendek kata...memang kena rajin stimulate anak2 punye skill kan k.long?

e.l.i.z.@ said...

bagus²..kiranya umo mcm ni x sesuai sgt la nk ajar baca buku..eiymann ni eli risau jgk, xkenal huruf lg..xsemua huruf hop dio kenal..ABCDEFMNOQRSTUWXZ jah hop igt..wpun tinggal sikit jah lg huruf lain, rs mcm geramnyoh, bakpo xkenal lg hehhe

nick ummar said...

thanks klong..baiklah...sy akn mula mengajar nik ummar huhuhuh selama ni borak2 je la ngan dia, tak penah bg dia mewarna, main puzzle etc.

Kaklong Nuzula said...

linda ~ w'salam.. thanx singgah sini.. hehe.. yer, betul tu kena byk komunikasi dgn mereka walaupun pada awalnya mcm kita cakap sorang.. haha..

nadia ~ saya pun tak begitu byk pengalaman, cuma dr sedikit pembacaan jer.. kalau nak mula jugak ajar anak awk baca boleh kot.. cuba stat sikit2 je dulu.. yg penting jgn paksa mereka n guna pendekatan yg sesuai..

yatie ~ thanx singgah sini.. aah, betul tu.. mmg kena jadikan sesi pembelajaran yg menarik..

Kaklong Nuzula said...

Mama JnJ ~ thanx singgah sini..

Mummy Hanny ~ aah chik, kena banyak stimulate budak2 ni..

eli ~ Oo dah ajar eiymann huruf ker.. itu la budak2 ni takleh paksa sgt diorg.. tp ok la tu kalau dah byk huruf dia kenal. actually kalau nak ajar mereka baca guna kaedah fonik nanti takyah ajar mereka huruf dulu, takut konfius pulak budak2 tu nati..

Kaklong Nuzula said...

jihe ~ aah, dah boleh mula ajar apa yg patut. rumah adalah sekolah pertama mereka dan ibu bapa adalah guru pertama anak2 kita.. hehe..

e.l.i.z.@ said...

dia boleh hafal A-Z before umo 2thn..tp xkenal huruf hahha xdop pekdoh jugok :P

tu la k.long, lps eli ajar eiymann guno kaedah tu, meme sgt ok..drp dia nk kenal huruf, baik dio kenal bunyi huruf tu hehehe

Kaklong Nuzula said...

itu la eli, dah blh doh ajar eiymann tu..