Thursday, July 1, 2010

Abang di sekolah

Berada di kelas Pra Muslim...

Ni gambar masa makan pagi (gambar beberapa bulan lepas.. huhu). Makan pagi n tgh hari disediakan oleh pihak sekolah...

Makan nasi bungkus yg Tokmi beli.. Lepas tu makan sepinggan mihun plak..

Budak2 mmg makan sampai kenyang.. siap boleh tambah lagi..

Ruang makan utk murid laki.. Murid pempuan belah depan..

Minggu ni abang periksa pertengahan tahun... Entah la mcmana.. Tapi Matematik semlm abang dapat 100%. Cikgu abang sendiri yg bgtau Cikda. Subjek lain taktahu lagi mcmana...

Apapun umi ucapkan tahniah utk abang atas perkembangan abang yg amat memberangsangkan akhir2 ini.. Semoga abang terus sukses.. Nanti abang pandai abang ajar adik Oliya ekk, mcm yg selalu abang cakap kat umi... hehe..

Nota:

Saya tidak mahu menjadi ibu bapa yg terlalu menekan anak2 dgn kurikulum, sistem persekolahan dan peperiksaan di Malaysia.. Amat tidak mahu anak yg berjaya hanya dlm PEPERIKSAAN - menjadi pelajar yg membesar dan hidup terlalu berorientasikan peperiksaan (mesti dapat no. 1, 2, 3, mesti dapat semua A).... huhu...

Bagi saya, kalau mereka tunjukkan keputusan yg bagus jugak dlm exam (tanpa kita push mereka), itu adalah satu BONUS...

Berjaya dlm peperiksaan tidak menjamin berjaya dlm hidup, yakni CEMERLANG DI DUNIA, GEMILANG DI AKHIRAT.. Ohh tidak!!

Apa yg penting adalah mereka (anak2 kita) tunjukkan minat utk belajar (minat pd ilmu), semangat ingin tahu yg tinggi, penyemaian akhlak dan sahsiah yg terpuji, pembentukan "tabiat" yg baik lagi mulia, serta perkembangan fizikal, mental, emosi yg seimbang.. itu sudah cukup utk bekal mereka di usia ini.... Lain kali la kita diskusi ekk... hehe...

2 comments:

e.l.i.z.@ said...

bijak nye abg! brapa umo dio ni k.long?

Kaklong Nuzula said...

thn ni kira 6 thn la, masuk kelas pra.. kalu kira bln 12 ni baru cukup 6 tahun..