Another giveaway by Mummys' Reviews
Giveaway #11: Bouncy Baby One Size Cloth Diapers & Wet Bags
For further information just click here
Another giveaway by Mummys' Reviews
Giveaway #11: Bouncy Baby One Size Cloth Diapers & Wet Bags
For further information just click here
Tahukah anda apa itu JUPEM? Mesti ramai tak tahu kan.. JUPEM tu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.. huhu..
Weekend lps, JUPEM Kota Bharu iaitu tempat abah saya bekerja telah mengadakan Family Day atau bahasa Melayunya Hari Keluarga di Pantai Sri Tujuh, Kelantan.
Mereka telah bermalam satu mlm di chalet dekat pandai tu (ada juga yg tak bermalam tp dtg pada siang harinya)... Katanya hampir 2000 org yg menyertainya. Mereka telah mengadakan mcm2 aktiviti n ada kenduri 2 ekor lembu lagi..
So yg pergi: TokBah, Tokmi, Ida, Amir dan juga anakanda saya, Zukhruf.. Kata Zukhruf dlm tepon, seronok sgt umi.. huhu..
Ni gambar2 dari FB Ida adekku..
Agaknya ni baru sampai/ lps check-in kot..
2-3 hari lepas tiba2 ada terpampang notis ini dekat bhg atas blog ni... Huhu.. Tak sangka jugak blh jadi mcm ni... Rasanya pun mmg dah lama sgt pakai background ni...
Sebagai kenangan sempat print screen (sebelum benar2 hilang pada hari ni, 23 Julai)...
hehehe....
Takde kaitan dgn entry sebelum ni pun...
Baiklah, apa yg saya mahukan dalam hidup ini? (tak kira la utk jangka masa pendek/ panjang, yg penting sebelum saya mati sy akan cuba capai)..........
yg pertama, nombor satu:
Mencapai kehidupan yg selesa ataupun boleh dikatakan "financial freedom"... dgn kepercayaan bahawa DUNIA berada di bawah tapak kaki org beriman... dan org yg beriman dan bertaqwa pasti kaya!!!
kedua:
Saya mahu membesarkan anak2 dlm keadaan dan suasana yg sebaik mungkin.. Saya mahu berikan mereka segalanya yg terbaik... pendidikan mereka adalah keutamaan saya, tidak boleh tidak!!
no. 3
Membalas segala jasa dan pengorbanan kedua2 ibu bapa saya, walaupun sebenarnya tak terbalas tp saya akan usahakan supaya mereka PUAS DGN HIDUP NI.. Paling tidak, doa seorg anak yg tidak pernah jemu utk kedua2 ibu bapanya... mungkin itu hadiah paling besar utk mereka.. tapi dekat dunia ni lagi saya nak mereka kecapi kehidupan tanpa sempadan (muahaha)... insya-Allah.. tidak lupa juga adik2 saya...
no. 4
Mahu siapkan beberapa buku tulisan saya... Ya, saya berazam utk tulis semua yg saya dapat/ apa yg saya tahu... Rasa mcm satu amanah dan tanggungjawab pula utk berkongsi ilmu dan persepsi serta menyampaikan buah fikiran.. (suami adalah sumber ilmu dan rujukan utama saya). Adalah sgt rugi sekiranya tak dpt bukukan segala ilmu.. Paling tidak utk anak cucu sendiri. Ini juga sebagai menyahut seruan Ayah Long supaya menulis buku utk keturunan, spt yg dinyatakan beliau dlm "KHAZANAH MALAYA".
no. 5
Mempunyai perniagaan saya sendiri dan juga perniagaan utk keluarga kami. insya-Allah..
no. 6
Mahu tubuhkan satu badan amal atau yayasan saya/ keluarga kami sendiri... (nak buat yayasan paling tidak kena ada 1 juta.. huhu)... apapun insya-Allah. Semoga dgn niat utk membantu org ramai, saudara seislam, Allah akan makbulkan...
no. 7
Mahukan ketenangan yg hakiki lagi abadi (semestinya)...
Ada lagi.... tapi simpan dlm hati dulu la... Yg penting tu je la impian dan harapan saya buat masa ni........
p/s: Sila jgn gelakkan saya..... Sesiapa pun berhak punya impian dan harapan sebesar gunung dan setinggi langit... huhu..
Ohhhhh banyak.............
Banyak jer yg saya mahukan dlm hidup ni.... Lagipun hidup hanya sekali kan??!!
Dari satu sudut, mmg banyak lagi yg saya belum ada dan belum dapat...
Namun begitu, dari satu sudut yg lain banyak 'benda' yg saya ada/ dah ada....
Itu harus difikirkan dan banyak2 perlu disyukuri...
Saya masih punya ibu bapa (yg agak selesa kedudukan mereka, alhamdulillah)...
punya adik2 yg boleh 'in' dgn saya.. yg menyayangi saya (saya rasa la.. hehe)..
Saya patut bersyukur kerana 3 org dari mereka juga sudah bekerja... Ya, saya sgt syukur!
Saya sudah ada suami dan 2 org anak.... Ya, mmg saya syukur!! Sesungguhnya anak2 adalah anugerah ALLAH yg terindah dlm hidup saya, mereka menyempurnakan hidup saya...
Manakala suami pula (walaupun kadangkala begitu menguji) tetapi tiada perkataan lagi utk menggambarkan betapa pentingnya beliau dlm hidup saya..
Beliau telah mengajar saya banyak perkara tentang SANG PENCIPTA saya, yg sebenarnya terlalu dekat dgn saya... Beliau telah membawa saya kembali kepada Pencipta saya, pencipta yg telah menciptakan saya daripada "tiada" kepada "ada".......
Terlalu banyak perspektif hidup saya yg telah berubah... Yg penting, saya makin kenal hakikat hidup... Itulah pencapaian paling besar saya di usia saya ini...
Justeru, saya juga punya semangat yg kuat utk hidup... Saya punya cita2 yg besar utk berjaya dalam hidup... Itu paling penting!!
Dari sudut material, mmg ada yg saya mahukan... Insya-Allah moga tercapai segala hajat dan impian saya.... Semoga sebelum mata ini tertutup akan ada sesuatu yg akan saya tinggalkan untuk anak bangsa saya.......
Saya percaya, selagi mana saya duduk dlm harapan bersandarkan pada JANJI TUHAN, saya tidak akan kecewa!! Sesungguhnya JANJI TUHAN adalah pasti...
Kerana-NYA saya hidup, kepada-NYA saya kembali.......
p/s: Suami saya takde la manusia paling pelik dlm dunia ni.. Usah ditanya apa, kenapa dan mengapa... haha... Pendek kata, seorg insan yg hidup berpaksikan Tuhan, berjunjungkan Quran... mencari cinta paling agung lebih dari segalanya...
Dengan doa dan harapan agar dgn meningkatnya usia ini saya akan lebih kuat dan tabah harungi hidup ini....
Semoga makin bertambah kecintaan pada Yang Maha Kuasa.... insya-Allah...
Syukur atas segala nikmat dan rahmat-Nya selama saya hidup di dunia ini... huhu.. Sungguh tak terhitung segala nikmat-Mu TUHAN...
Pssttt... Bertambah setahun lagi umur... Ni thn terakhir ada angka "2" kat depan umur.. Tahun depan dah kena join 3 series club.. huhu.. Tp kalau ikut tahun hijrah mmg dah lama masuk 3 series club..
p/s: Terima kasih kepada semua yg wish dalam Facebook... really appreciate... Saya pun doakan yg terbaik utk kawan2 semua..
Kepada sesiapa yg masih tercari-cari peluang perniagaan ataupun mahu meluaskan 'empayar' sedia ada, boleh hubungi kawan saya Fith yg berada di Japan. Beliau menawarkan peluang perniagaan menarik utk kita yg kat Malaysia ni.
Boleh baca entry di blog beliau,
http://ourlovestory-7777.blogspot.com/2010/07/membuka-peluang-perniagaan-untuk-anda.html
ataupun boleh kontek beliau melalui Facebook, Siti Fithriah Ahmad Nasfy.
p/s: Sekadar mewar-warkan.. hehe.. Kalau ikutkan saya pun berminat tapi tak boleh nak bg komitmen dekat byk benda skg.. Lagipun nak buat penambahbaikan utk yg sedia ada ni dulu.. huhu..
Ramai yg mahu meniaga tetapi tak tahu nak jual apa...
Ramai juga yg tak minat bisnes, tak terfikir pun nak bisnes tetapi tiba2 aje jadi peniaga... Ya, mungkin boleh jadi peniaga yg berjaya (drp tak pernah terfikir tu)..
Ada juga yg tak minat bisnes, tak pernah terfikir utk buat biz, tak mahu cuba pun utk meniaga dan mmg kalau nak bisnes pun tak tahu nak jual apa... (jenis ni mgkin mmg suka dan redha hidup makan gaji)..
Ada juga org yg tiba2 jumpa "lubuk" dan terus jadi usahawan yg berjaya.. tp ramai yg hanya melihat peluang berlalu depan mata aje!!
Ada yg mmg minat betul meniaga dan pantang nampak peluang terus rembat semua.. haha.. mmg pure berjiwa usahawan dan opportunist la!
Ada juga yg dah ada pendapatan tetap tapi tak tenang hidup dan tak boleh tidur katanya kalau tak buat apa2 perniagaan.. haha... Mcm sorang kawan saya tu..
Dan mungkin ada juga yg nampak peluang, jiwa pun meronta2 nak berniaga tetapi mungkin belum berani utk mula ataupun sebab MALU?!!
Akhir sekali, minat meniaga, rasa nak meniaga, dah nampak nak jual apa tetapi tak tahu mcmana nak mulakan.. Huhu..
Anda dlm kategori mana?
Daripada entry saya yg terdahulu tentang cara ajar anak membaca (sila rujuk label Parenting), ni saya rumuskan (ceh!) beberapa sistem/ cara/ kaedah utk ajar anak membaca...
(laman web: http://www.readnetwork.com/). Utk bahasa Inggeris READ EASY.
Juga boleh didapati di AdikBijak.com (http://www.adikbijak.com/)
(laman web: http://www.cepatbaca.com.my/site/index.php ataupun kedainya http://shop.ameenbooks.com.my/). Utk bahasa Inggeris I CAN READ.
Saya telah ditanya oleh Puan Nadia, bagaimana utk mengajar anaknya yg berusia 2 thn 4 bulan membaca....
Terlebih dahulu saya mohon maaf sbb lambat jawab. Hari tu saya dah komen dlm 1 entry dekat blog beliau tp tiba2 hilang plak.. huhu.. panjang lak tu taip... So saya buat entry kat sini la... paling tidak org lain pun boleh baca/ komen/ bg pendapat jugak..
Pada pendapat saya la... di usia ini (2 thn+), kita tak perlu lagi ajar mereka membaca dgn lebih formal (menggunakan mana2 sistem cepat membaca). Namun begitu, apa yg boleh kita lakukan:
1. Banyak bercakap/ komunikasi dgn anak2 kita supaya mereka dapat bercakap dgn bahasa yg baik (blh bina ayat yg bagus - sampai maksud), ataupun dgn tatabahasa yg "agak betul".. huhu.. contoh: "adik nak makan nasi".. selain itu dpt meluaskan kosa kata/ vocab mereka... (Budak yg bijak dapat membina ayat yg bagus)... Dlm usia ini, ada anak2 yg masih pelat, justeru kita sebagai ibu bapa mesti cakap dgn sebutan yg betul dgn anak2, maknanya jgn ikut sama cakap pelat dgn mereka (buat2 pelat). Mcm adik saya dulu sebut telinga "singa", kita pun ikut sebut "singa".. bila dikenalkan dgn singa (binatang), pelik la dia itu pun singa.. haha.. Kalau "cat", ada yg sebut "tet", kita jgn ikut mereka sebut "tet" pulak..
2. Kenalkan mereka dgn apa yg patut di sekeliling mereka, paling tidak mereka tahu apa itu biskut (ada yg panggil biskut tu roti.. haha), apa itu kerusi, apa itu mainan, apa itu sampah.. hehe.. yer la, paling tidak mereka tahu semua nama benda yg ada di rumah mereka.. Ini semua secara tak langsung jer. Kalau makan buah tembikai bgtau itu buah tembikai... Kalau nampak binatang bgtau n tunjuk binatang tu kat mereka... Begitu juga kalau balik kampung jumpa lembu, kambing, kerbau.. Duk KL ni mana jumpa tu semua.. So, masa tu blh la kenallkan mereka dgn haiwan2 tu.. (Anak sy auliya, bila tanya mana cicak? terus dia dongak kepala cari cicak, kalau tanya mana cat Tokmi, terus dia cari kucing tu dan tunjuk.. haha.. budak2 mmg cepat belajar).
3. Boleh juga ajar mereka kenal bhg2 tubuh badan mereka... ataupun ajar mereka mengenal bentuk dan warna. Cuba kenalkan mereka dgn satu persatu bentuk (bulat, segitiga, segiempat) dan juga warna2 utama. Semua ni diajar secara tak langsung jer. Warna tu boleh ajar sambil2 diorg duk main..
4. Selain itu, di usia ini rasanya dah boleh ajar mereka mewarna (beli buka mewarna dan pensel warna/ crayon). Dulu2 saya terfikir juga kenapa kanak2 mesti diajar mewarna... Asal jadi kanak2 jer mesti kena mewarna, asal mewarna jer mesti kerja kanak2.. haha.. Sebenarnya, mewarna penting utk koordinasi tangan, mata, otak mereka. Juga utk tingkatkan fokus mereka (ada yg sampai meleleh air liur nak bg penuh warna.. haha).
5. Buat aktiviti bersama mereka, walaupun aktiviti yg simple.. Ajar mereka lukis bulatan (nak lukis bulatan pun satu skill tau).. Ataupun boleh buat aktiviti tampal menampal, kraf, lipatan kertas/ origami.. Ikutlah mana2 yg sesuai.. Boleh juga ajak mereka tgk anda buat kuih, ajak mereka sama2 lipat pakaian mereka, ajak mereka tolong apa yg patut...
17. Latih ingatan mereka supaya mereka kuat ingatan.. Ermm... buat/ ajar la apa yg patut. Budak2 di usia ini byk belajar dgn "mengecam" (sbb blm boleh baca)...
18. Pastikan perkembangan mereka seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial... Ajar mereka berkongsi mainan, biarkan mereka berkawan (dgn budak2 lain), ajar mereka ketahanan emosi (jgn cepat menangis) dsbnya la...
Sebagai kesimpulan, ni ciri2 anak di usia 2-3 tahun (ataupun 1-3 thn):
- suka meniru apa yg mereka lihat (lebih byk melihat drp mendengar)
- suka bermain dan meneroka dunia mereka, jadi ambil kesempatan ini utk ajar mereka sambil bermain, play n learn!
- mereka akan "store" semua yg dilihat mereka (serap semua mcm sponge) dan akan keluarkan balik semuanya suatu masa dan ketika.. so, beware!! huhu..
HARAP JAWAPAN SAYA MEMUASKAN HATI PUAN NADIA, WALAUPUN TAK MENJAWAB SOALAN... hehe.. Oh ya, utk ajar anak membaca dgn lebih formal boleh mulakan apabila usia mereka menginjak 3 tahun...
Nota: Mungkin tips di atas juga sesuai utk anak berusia 1 tahun lagi.. Tgk la mana yg sesuai... Sebenarnya utk baby (baru lahir) lagi kita dah boleh mula "ajar", "stimulate" atau rangsang mereka, terutama rangsang deria mereka... Sy pun banyak lagi nak study psl early childhood education ni.. hehe..
p/s: Saya pun dah lupa sebenarnya mcmana anak saya Zukhruf masa umur dia 2 thn+ dulu... Apa yg saya ingat, anak saya tu pelat sungguh (sampai umur 3-4 thn still pelat).. So, dulu ada jugak saya ajar dia sebut suku kata Melayu (ma mi mu, ba bi bu, ta ti tu, ka ki ku......... dll la), suruh dia sebut dgn betul (sebelum ajar dia sistem cepat membaca).
Untuk pendidikan rendah mereka... sama ada;
1. sekolah kebangsaan biasa atau sekolah jenis kebangsaan cina (ada jugak ibu bapa melayu yg minat nak hantar sini)
2. sekolah rendah islam swasta (private school) - begitu byk skg..
3. sekolah antarabangsa? - mcm anak2 org kaya/ pak menteri
4. homeschool (sekolah di rumah aje, tak masuk mana2 sekolah) - masih baru di Malaysia..
Apa pilihan anda?
p/s: akan dibincangkan nanti, suatu masa dan ketika.. insya-Allah.
Rasanya setakat ini saya dah cuba lebih 10 jenis/ jenama CD.. tapi inilah kali pertama saya temui CD (one size) yg amat tidak sesuai dgn anak saya auliya..
Actually CD ni dah beberapa bulan ada dlm STASH auliya.. Gambar yg diambil ni pun dah lama.. Tp ni baru berkesempatan nak masukkan dlm blog (actually nak buat entry utk review semua CD tp ntah bila boleh buat).. hehe...
Taktahu la kenapa CD ni begitu tak kemas.. jadi menggelembung mcm belon dekat belakang.. huhu.. Mungkin sbb cutting CD ni yg besar menghala ke belakang (tak mcm coola/ lunatots).
CD ni one size. Kalau setting S atau M mmg tak kemas dekat wing depan dia.. Lepas tu, nak fitkan dekat budak pun susah (agak susah).. Oh ya, CD ni snap button. Entah la.. Kalau nak bg fit elok jadi ketat plak pinggang n paha.. Kalau nak longgarkan sket mcm longgar plak..
Kesimpulannya, CD ni mmg tak sesuai dgn anak saya. Boleh kira berapa kali je pakai CD ni. Pakai pun sbb CD ni je yg tinggal bila semua CD di jemuran... huhu...
Ada sorang lagi ibu juga cakap CD ni tak kemas dgn anaknya.. Taktahu la kot CD ni OK/ sesuai dgn baby yg agak besar/ chubby.. hmmm..
p/s: Saya tak jual CD ni. CD ni pun saya dapat PERCUMA, tapi bukan hadiah giveaway atau contest yer...
p/s: Harga CD ni boleh tahan, lagi mahal dari coolababy.. sampai RM40+ pun ada.. Tapi dah tak banyak dijual skg...
Berada di kelas Pra Muslim...
Ni gambar masa makan pagi (gambar beberapa bulan lepas.. huhu). Makan pagi n tgh hari disediakan oleh pihak sekolah...