Thursday, January 28, 2010

SK Zainab 2 Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah saya dulu... Yihaaaa!!!

Dah lain sgt dah... Yer la, dah ku tinggalkan lebih 16 thn yang lalu!!!!

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah Kebangsaan Zainab (2) merupakan satu- satunya sekolah yang berada di negeri Kelantan terpilih di kalangan 20 buah SBT. Sekolah ini terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu.

Untuk senarai semua 20 SBT

Nota: Saya langsung tak pernah menjejakkan kaki di sekolah ini sejak keluar (thn 1993)... Oh ya, dulu dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Zainab 2. Sekolah utk murid perempuan sahaja. YAM Tg. Amalin A'ishah Puteri juga bersekolah di sini (junior saya)....

p/s: Sekolah menengah saya tak masuk plak dlm list ni... huhu...

Wednesday, January 27, 2010

Biznes

Alhamdulillah, kira OK la progress biznes aku (nak kata mcm goreng pisang panas tu tak la ~~~~ sbb mmg tak panas mcm goreng pisang!! ahax!). Nak sebut bisnes pun segan, bukan mcm bisnes besar pun... huhu.. Setakat berniaga kecil-kecilan aje...

Kalau bisnes betul tu kena ada akaun, margin untung, target jualan dll.. Tapi aku ni entah la... Sendiri punya cara.... Aku mmg tak target untung yg besar gajah... Sebab mmg margin untung tak besar mana...... Promo pun tak begitu meluas... Mana yg jumpa, jumpa la blog CD aku tu....

Kalau nak kata kaya dgn menjual CD tu tak-lah! Melainkan dapat jadi supplier besar... huhu... Tapi alhamdulillah (kena syukur jugak) paling tidak, lepas la utk pakai sendiri (kat anak)...

Kiranya dah hampir 2 bulan aku meniaga ni... Stat iklan/ jual online tak sampai lg 2 bulan (dlm sebulan+, sblm tu offline shj)..... Alhamdulillah ramai juga yg tak dikenali (yg kenal secara maya ni la) yg menghubungi aku utk bertanya itu dan ini... YM n SMS sampai tgh mlm pun ada... SMS sampai 10 kali pun ada... Yg terus call cakap nak dtg pun ada... Aku tak kesah... Malah seronok plak dapat membantu org2 yg tgh bersemangat n excited ni... hihi...

Mula2 aritu (dlm bln 12) agak getir jugak sebenarnya (rasa down pun ada)... Agak silap sebenarnya stat bulan 12... Elok nak stat (dah fotostat iklan seme) org pakat buat year end sale (promo habis-habisan la).... Padahal aku dah habis survey harga dan cuba letak harga yg terbaik (sesuai dgn harga yg aku dpt pada masa tu)....

Sampai skg ni pun harga tak stabil (mcm saham plak)... Mcm yg penah aku cakap sebelum ni, yg diorg duk jual online ni wujud perbezaan harga sehingga RM13 utk CD yg sama!!!!!! Tu yg buat aku pening tu.... Kebanyakn mereka yg maintan harga adalah yg dah lama jual (takkan tiba2 nak turun harga plak?)...

Hinggakan seolah2 berlaku perang harga pun ada... Tak best sungguh!! Sampai ada 'serang-menyerang' dekat shoutbox... huhu... Buat apa nak gaduh? Kita sama2 Melayu... Saya tak nampak sape pun yg untung melainkan 'mereka' yg kat ats tu jugak (yg bermodal besar n dapat beli direct dr China)....

Kebanyakan (majoriti) yg jual CD secara online (di blogshop) adalah orang kita... So, adalah lebih baik kita berpakat sebenarnya..... Sepakat membawa berkat!! Maksud berpakat di sini, consider la org lain!! Erkk... tanak la cakap lebih2...

Mcm yg saya penah cakap sblm ni, dlm meletakkan harga biarlah menang-menang-menang. Customer dpt harga terbaik, kita dpt juga untung (walaupun tak berlipat kali ganda) dan penjual lain juga dapat survive dan tak rasa tertindas. Ini adalah merujuk kepada para reseller yg baru nak mula meniaga dgn modal yg tak berapa besar. Yer la, sekadar mula dgn 20-30 pcs (masih dpt dgn harga yg mahal).

Kalau pun anda bermodal besar, dapat beli 100-200 pcs sekali gus, ataupun anda pandai beli direct dari China... ataupun anda mmg dapat murah (dan dpt jual lebih murah drp org lain)... fikir la juga ttg org lain....

Saya tak tahu nak salahkan siapa dlm 'perang harga' ni.... Harga pun dah sgt murah skg, lagi murah drp harga dekat ebay. Mungkin juga wujud persaingan di kalangan supplier besar yg berlumba-lumba utk bg harga borong terendah kpd para supplier kecil n penjual2 ni....

Biarlah itu semua... yg penting niat saya baik. Saya menjual CD utk mempromosikan pemakaian lampin kain (kembali) di zaman moden ini. Saya mahu semua org tahu kewujudan cloth diaper sbg alternatif kpd lampin pakai buang dan semua org mendapat faedahnya... Saya akan terus ala-ala berjuang untuk menyokong cloth diapering di Malaysia... (juga menyokong breastfeeding n babywearing). Semoga saya tidak putus asa.. Insya-Allah...

Bukan utk siapa, utk anak2 kita juga dan untuk alam sekitar (yg kita pinjam dari anak cucu kita ini).... Saya rasa hanya ini yg mampu saya lakukan utk alam sekitar... Tak sanggup lagi buang DD yg byk setiap hari, yg kalau dikira mmg sampai ke angka 6000 keping yg akan dipakai dan dibuang oleh seorg budak selama 3 thn!!

Wallahu a'lam................

Sekian, terima kasih....

p/s: Saya tidak takut pada persaingan, asalkan persaingan yg sihat... Malah, saya gembira makin ramai yg minat nak jual CD (tanya saya utk harga borong)... Yg penting, kita ajak semua org berCD... Lagipun kata Irfan Khairi, tak guna kita berusaha utk menurunkan harga supaya paling rendah di pasaran (krn akan ada yg akan merendahkan lg harga mereka dan ia tak akan habis!)... Jadi yang penting, kita berusaha utk bagi service yg terbaik kepada customer, agar mereka puas hati dan tahu selok-belok CD ~ lampin kain moden ni...

3 tahun di KL

Sudah 3 thn kami tinggal di sini... di rumah ini... di tgh bandaraya Kuala Lumpur ini....

p/s: Zukhruf nak terus sekolah kat Kelate kot. Aku pun hajatnya nak balik la ni, nak tgk dia n nak setel hal persekolahan dia tu... Tak pernah lagi terpisah dan berpisah selama ini dgn Zukhruf... Tapi apakan daya... Mungkin itu yg terbaik untuknya......... Semoga Allah permudahkan segala urusan dan tunjukkan mana yg terbaik......

Sunday, January 24, 2010

Jumpa-jumpaan di Dublin

Bukan saya, tapi mereka...

Mc Yue yg tgh wat master di Manchester dan Mc Wa yg bermastautin di Dublin... Rasanya dah 7, 8 thn Mc Wa duk sana...

Musim salji lagi skg...

Mc Wa dan anaknya, E.


Seronok betul dpt jumpa-jumpaan di negara org cam tu... Nanti la Mc Wa, ada rezeki sampai la kaklong ke sana, leh merasa nasi kerabu Dublin.. huhu....

Kami (yg lain) nak pakat la gi sana, gi rumah Mc Wa... Kata Mc Wa, tambang MAS RM1300 (sahaja) one way... Nak gi tu boleh, tapi kena stay sana dulu la kumpul duit nak balik pulak, bak kata nier... huhu... Mc Wa nak balik bulan 4 ni, tanya Mc Wa, kaklong ada nak pesan gapo2 dok? Takdok gapo la nok pesan Wa (tapi kalu nak bg ole2 dari dublin kaklong on jer)...

Ni pulak Ina n anaknya, Khairah yg kat Bristol, UK (sebagai selingan)... Ina tgh wat Ph.D bersama2 husbandnya (abg adee)..


Semoga Ina sukses selalu....

Nota 1: Mc Wa, kaklong amik gambar2 tu dari FB..

Nota 2: Mereka adalah antara kwn2 saya yg bermastautin di luar negara. Ada lagi brp org yg study n keje kat luar negara (Jepun, Australia, Germany dll)... Saya? Saya jugak yg belum pernah keluar sebelah kaki pun dari Malaysia........ huhu...

Wednesday, January 20, 2010

Zukhruf kat kelate...

Semuanya berlaku tanpa dirancang... Weekend lepas, my in-laws dtg sini (KL) dari Kelate... Saje dtg melawat kami n nak tgk SIL (kapten kakngah yg kat kem terendak, melaka)... Then Zukhruf nak ikut la diorg balik Kelate... Sampai nangis2... huhu... Takdok aroh nak buat, so bg la dia ikut...

Disebabkan my MIL n PIL stil keje (takde org nak jaga Zukhruf) so diorg pun hantar la Zukhruf ke rumah family aku.. Umi aku pun cakap, biar je zukhruf kat sini (Perol)... bawak je la dia gi sekolah. Ida adik aku pun ada, ngajar sekali dgn umi aku...

Umi aku masih lagi PK HEM dekat sekolah tu (Sekolah Rendah Ugama Al-Hilal, KB). Sekolah tu sekolah swasta... Aku dulu pun penah ngajar kat sekolah tu (thn 2006) sblm kami pindah ke KL... N thn ni adik bongsu aku Amir darjah 6...

First day gi sekolah Tokmi, Zukhruf kira tumpang dekat kelas Pra la... Tak pakai baju sekolah pun hari tu.. Sbb dia mcm seronok jer sekolah kat situ, umi aku beli la baju sekolah.... huhu...

Testing baju sekolah... (dah besar anak aku.. huhu)..

Zukhruf cakap, abang nak sekolah dekat Tokmi... Taknak balik kolupo doh sapa bila2... huhu...

Nampaknya dia mmg seronok kat situ... Ramai kawan... Makan pun banyak. Kat sekolah tu mmg disediakan makan utk murid2 (mkn pagi n tgh hari)... Terus belajar Quran n subjek Diniah (agama) yg lain..

Mmg elok la sekolah tu... Sekolah anak2 org kaya/ yg sgt pentingkan education anak... Yer la.. sekolah berbayar... ramai anak doctor/ pakar/ profesional/ bisnesman... Yg gaji puluhan K pun ada... Anak jutawan pun ada (huhu)...

Ni masa 5 thn dulu, sekolah dekat Tadika Islam Masjid Wilayah...

Aku pun mmg duk fikir, ingat taknak lg hantar dia tadika yg 5 thn aritu... tapi kat rumah kami ni takde tadika lain dah yg dekat...

Kata Ida, Zukhruf independent, boleh bawak diri.. Takde la nak menempel dekat Cikda/ Tokmi dia... Mgkin budak ni bila takde mak bapak dia, dia jadi lain (baik!)...

So, skg ni tgk la mcmana... Serba salah jugak sebenarnya... Rasa berat hati nak lepaskan Zukhruf duk kat Kelate... Ni Tok n Wan dia (my IL) cakap/ plan nak amik la Zukhruf on weekend... Weekdays duk umah family aku...

Rasa sunyi plak Zukhruf takde... huhu... Auliya pun taknak duduk, sebab Zukhruf takde (takde org nak main ngan dia)...

Wednesday, January 13, 2010

Zukhruf 6 Auliya 10!!

Thn ni Zukhruf dah masuk 6 tahun, kira 6 thn la walaupun dia baru genap 5 thn pada 7 Disember baru ni.... Yer, dah besar zukhruf... Dah byk benda yg dia tahu n faham di usia ini...

Alhamdulillah zukhruf dah boleh baca (kira boleh la walaupun tak lancar sgt n ada yg dia sebut tak berapa betul). Sepatutnya dah lama dia pandai baca tapi aku la yg tak begitu sungguh2 ngajar dia masa umur 3-4 thn dulu (byk kekangan)....

Dia pun semakin minat nak baca buku/ tulisan kat mana2... Mengira dia dah OK sgt la... Tgk jam pun dia tahu tgk jarum pendek (tahu kalau jarum pendek pukul 2= ada kartun, pukul 5= ada spongebob)... huhu...

Iqra' pun dah faham nak baca panjang, pendek.... (Susah ooo nak bg depa ni faham...)

Auliya plak dah masuk 10 bulan ni.... Hari ni 10 bulan 4 hari.... Alhamdulillah dah boleh merangkak dlm 4, 5 hari ni... AKHIRNYA....... merangkak jugak si chekmek molek ni.... Kan saya penah cakap psl pentingnya bayi merangkak dulu...

Huh, lega rasanya dia merangkak jugak walaupun lambat... Walaupun dah bgn berdiri (masa 9 bulan) dan dah panjat meja jepun baru nak merangkak.... Risau jugak takut dia skip, takmo merangkak... Mmg seronok sgt tgk dia boleh merangkak... Tp skg ni tak la laju sgt lagi... Kdg2 tu dia cam malas n nyulur balik, sebab dia rasa lagi laju ngan nyulur kot... huhu...

Perkembangan lain Auliya, dia dah makin ada perasaan... huhu.... tahu marah bila org amik apa yg ada kat tgn dia/ bila zukhruf tak bg dia amik buku/ mainan... Stil suka mengomel n cakap2 gitu... Selalu sebut nanna... takpun neyney...

Bila panggil nama dia dgn nyanyi2 dia pun akan gelak/ senyum n terus datang.... Kalau taknak makan/ dah kenyang dia akan geleng kepala... Ya, dah pandai geleng kepala... Kalau kita geleng kepala, dia pun akan geleng jugak... Sgt sweet...

Skg ni dah bagi Auliya makan roti/ biskut mery cicah air suam. Ada gak suap lempeng, kek... huhu... Sebab dia mmg susah hati bila tgk kita makan (dia tahu kot makanan kita lain drp yg dia selalu duk makan)... huhu. So, suap aje la... Sket2 jer... Selalu jugak bg dia mkn pisang/ kentang lecek, selain bubur nasi je kan... Oh ya, pati soya pun ada gak bg dia sket... Skg ni gigi dia stil 2 batang yg kat bawah tu, atas takde lagi...

Nota: Saya mmg tak risau kalau anak saya sedikit lambat (merangkak/ jalan), yg penting mereka SIHAT dan perkembangan mereka adalah natural... Let's them grow naturally... Dlm natural parenting pun kita takyah begitu tertekan dgn milestone anak.... Sebab perkembangan setiap bayi mmg berbeza. Mereka akan merangkak, bangun berdiri dan berjalan jugak akhirnya... Yer la, nak banding dgn zukhruf dulu 7 bln blh merangkak, 11 bulan boleh jln... Tapi Auliya ni 10 bulan baru blh merangkak (sebab dia dulu lama sgt duk berguling2/ rowling masa umur 4-5 bulan n dekat 7 bulan baru blh nyulur)....

Sunday, January 10, 2010

Quick update: Menang Deliagarden giveaway!!

Alhamdulillah... bakal dapat pouch sling ni.... Blh la kendong chekmek Auliya pakai ni nanti...

Actually sgt tak percaya bila tgk resultnya... Sebab selalu hampa bila masuk giveaway/ lucky draw nih... huhu..

p/s: Terima kasih kpd puan Lydia... Semoga murah rezeki...

Thursday, January 7, 2010

Happy cloth diapering giveaway!!

Sempena setahun saya menjadi mommy blogger... (dah setahun!!)

Sempena 'kelahiran' blog happy cloth diapering yg dah sebulan...

Sempena kempen mengajak ibu-ibu semua berCD...

Maka, dengan ini saya menganjurkan satu giveaway...


Mari... mari... mari join.... Silakan....

Utk maklumat lanjut sila klik pada banner di sidebar...

p/s: Selama ni saya yg duk join giveaway orang... Ni turn saya la plak anjur... Harap2 ada la yg sudi join...

Wednesday, January 6, 2010

Deliagarden Giveaway

Nak.. nak... nak... Nak pouch sling tu... (saya hanya masuk contest/ giveaway yg hadiahnya saya betul2 nak... sbb takde masa nak masuk byk2 contest n giveaway nih.. huhu)....

Oleh itu, marilah mencuba nasib (lagi)...

Giveaway ini dianjurkan oleh Puan Lydia sempena birthdaynya pada 3 Januari yg lalu... (happy belated birthday... Semoga panjang umur n murah rezeki)...

Ni hadiahnya...

Hadiah pertama

sebuah POUCH SLING exclusive made by DELIAGARDEN!!

Hadiah kedua

Cutie Green Totebag/nursing bag

Utk makluman anda, Puan Lydia menjahit sendiri hadiah2 tersebut dan beliau juga boleh menjahit mcm2 lagi... (Cantik sgt, pandai beliau jahit...). Kalau nak tahu n nak tengok sendiri silalah ke Deliagarden.

Utk maklumat lanjut ttg giveaway ni pun blh tgk di blog beliau itu...