Monday, April 5, 2010

Bisnes online

Tak pasal2 dan tak semena-mena saya telah terjerumus (yakni berkecimpung) dgn bisnes online.. Yer, saya menjual cloth diapers atau nama pendeknya CD secara online ye puan-puan...

Mula2 nak jual CD dulu mmg saya nak jual offline je.. Langsung tak terlintas di fikiran saya nak jual secara online.. Bukan apa, sebab pikir malas nak mengepos, itu satu hal... Buat blog happy cloth diapering tu semata-mata utk info CD, senang sape2 yg beli CD dgn saya (secara offline) nak refer.. Yer la, tang cara basuh, penjagaan, perbezaan button ngn velcro dsb (sbb malas nak ulang benda yg sama bila org tanya.. haha).

Saya buat blog tu mmg suka2 psl info CD, utk sendiri2 je... Sekadar utk merekod hasil pembacaan dan analisis saya ttg CD...

Tak sangka satu hari tu tergerak hati nak iklankan CD dekat blog saya tu dan terjadilah bisnes online secara tiba-tiba.. huhu...

Dgn itu juga saya telah menjadi work-at-home-mother (WAHM) yg busy (kununnya) dan adakalanya sungguh kelam kabut... haha.. Kenapa?

1. Nak kena on komputer selalu. Kena 'berjaga' depan komputer ni, kot ada org nak tanya or order online (thru YM).. Mmg mcm jaga kedai... Tp ni kedai maya... So pagi2, lps breakfast n setel Auliya terus on komputer. Mlm pun on jugak YM, sbb org nak tanya/ beli tak kira siang malam.

2. Kena membungkus CD yg nak dihantar kepada customer setelah bayaran diterima.. Seboleh mgkin kalau terima payment hari ni, esok tu sy akan pos... Ada jugak kdg2 tu, terima payment hari ni, hari ni jugak pos (selalu pos sebelum kul 3 atau 4 ptg)....

3. Nak bungkus tu punya la pakai kertas minyak.. Baru je bentangkan kertas minyak nak bungkus CD, ada je orang dtg naik ats kertas tu.. huhu.... Belum lagi berebut pen, gunting, salotape ngan budak itu... So, kena tunggu budak itu tidur la baru blh buat kerja... (Skg susah nak dapat plastik poslaju, so tepaksa guna kertas minyak/ envelope).. Kalau org nak >10 CD lak kena la cari kotak utk pack CD2 tu utk dipos...

4. Kena cek email setiap masa / setiap hari... Kalau sebelum ni saya nak cek email seminggu sekali pun jgn haraplah (setakat email dr FB je yg banyak.. haha)...

5. Kena catat order (kalau tak catat blh lupa), yg nak dipos, kena cek payment yg diterima (m2u n cimbclicks). Juga buat catatan jualan.. Dan juga cek stok yg tinggal, warna/ corak yg dah abis (utk re-stock sbb tak nak bg putus stok)...

Bekerja di rumah/ dari rumah ni mmg kena bahagikan masa sebaik2nya, nak uruskan rumah tangga (huhu), masak (utk makan pagi n tgh hari, kdg2 beli) n nak setel anak (makan, mandi, tido, nyusu).

Kdg2 (selalu sebenarnya) tepaksa layan org2 (customer) dgn si budak kecik ni duk ats riba... or sambil nyusu dia sampai tido.. Kdg2 kena menaip dgn sebelah tgn (jari kiri).. huhu... Belum lagi bab berebut tekan keyboard atau mouse ngn dia... Ataupun dia naik ats meja komputer ni dan menghalang pandangan... Ataupun dia tekan button on/off pada CPU ini dan saya ter-sign out dr YM secara tiba-tiba... Huhu...

Nota kecik: Baru bisnes kecil-kecilan cenggini pun rasa bz n tak menang tangan.. Ni belum lg biz berskala lebih besar yg kena deal dgn byk suplier n customer.. huhu...

p/s: Bisnes online tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.. huhu.. Mcm2 ada hari ni... Hampir semua benda dijual online... Saya rasa mesti Pos Malaysia dan sykt kurier yg lain bertambah pendapatan/ keuntungan secara mendadak dan tiba2 (dlm sethn/ 2 thn kebelakangan ni) hasil biz online penduduk malaysia... :)

Monday, March 29, 2010

Model terbaru Lunatots

Isk, susah betul nak tangkap gambar ini budak, asyik bergerak aje... Umi dia pulak beria nak amik gambar si anak pakai cd warna pink terang ini.. huhu.. Gambar 18 SX, tak pakai baju..





Dan ini yg paling best...


Kat situlah favourite spot dia semenjak 2 menjak ni.. Suka sangat naik atas benda alah tu n nyut-nyut kat atas tu... huhu... Dia naik sendiri okey!!

p/s: Saya sebenarnya masih ada hal yg belum selesai.. tp ni curi2 masa gak nak update blog... huhu..

Auliya umur setahun




Kereta abang dia punya dulu, baru ingat simpan dalam stor... Letak dia atas tu terus pandai tolak ngan kaki.. haha.. Skg dah pandai naik turun sendiri...



Sunday, March 28, 2010

Beautiful Blogger Award

Saya telah menerima award ini daripada Lynn Nasir dan Ibu Nafis. Thank you so much!! Sgt terharu dapat award sebegini.. huhu..


~ Thanks & Link The Person That Gave U Da Award..

~ Pass Da Award Onto 15 Bloggers You've Recently Discovered & Think Are Fantastic..

~ Contact Said Blogs & Let Them Know They've Won Da Award..

~ State 7 Things About Yourself..


Dgn ini saya ingin memberikan award ini kepada:

1. CikMin
2. Ibu Damia
3. Ibu Arifa
4. Intan
5. Mama Danial n Eva
6. puan punyer
7. azrina
8. Catlina
9. Jue
10. Fith
11. Mazlyna
12. wan anie
13. marsha
14. fisa othman
15. dan kepada kawan2 yg lain, silalah ambil yer.. jgn segan2!!

Oh ya, 7 perkara mengenai diri saya..

1. Mempunyai 2 orang anak, sorang boy n sorang girl.. sepasang ok!
2. Mempunyai degree in IT from UKM, grad 2003 (ohhh dah lama)...
3. Kini kununnya adalah WAHM.
4. Menjual cloth diapers aka CD kerana ingin mempromosikan kebaikan/ kelebihan CD kpd ibu2 yg lain...
5. Anak sulung drp 7 org adik-beradik yg mempunyai ciri2 seperti anak sulung yg lain.. hihi..
6. Badan saya susah nak naik, jadi saya boleh makan apa saja, yer apa sahaja tanpa risau berat badan naik!! (tak pernah kisah psl kolesterol.. huhu)
7. Berjaya menyusukan anak pertama sehingga 2 thn dan kini dah sethn menyusukan anak kedua sy..

Sunday, March 21, 2010

Mommy & Bebe Giveaway

Giveaway ini dianjurkan oleh Puan Rahimah, selaku pemilik MommyandBebe.com.

E-shop MommyandBebe menawarkan pelbagai barangan seperti baby clothing, breastfeeding accesories, cloth diapers, cloth pads dan banyak lagi barangan. Nak tahu, silalah berkunjung ke laman MommyandBebe.

Giveaway ini bermula pada 24 Februari 2010 dan berakhir pada 26 Mac 2010. Ada berapa hari je lagi sebelum tamat... (sape nak join sila cepat!!)

Hadiahnya berupa CD/ cloth diaper jenama Mommyandbebe...


Sape nak join boleh tgk syaratnya di sini.

Thursday, March 18, 2010

Ulang tahun perkahwinan

18 Mac adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan encik suami. Ini kerana saya dan suami telah bernikah dan berkahwin pada tarikh ini...

Hari ini adalah 18 Mac.

Jadi, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami... yang ke-6!!!

Dgn ini saya ingin mengucapkan;

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan..

Happy 6th Anniversary..

kepada diri sendiri dan suami terchenta :)

Jadinya, sudah 6 tahun saya melayari hidup berumah dan bertangga, serta menjadi isteri kepada seorang lelaki bergelar suami.. Muahahaha...

Apa yg saya harapkan agar rumah tangga kami yg dibina kerana ALLAH SWT ini akan membawa ke syurga.... Jannatul firdausi nuzula... Insya-Allah.

Bagi saya, kita bukan sahaja mahu melakar harapan dan membina impian bahagia di dunia ini tetapi lebih kepada mencari keredhaan ALLAH SWT. Hanya itu yg saya/ kita mahukan... :D

Sememangnya CINTA ITU ABADI DAN KEPADA KEABADIAN IA PERGI...

Sesungguhnya cinta sesama manusia yg dibina kerana ALLAH akan membawa kita kepada cinta yg hakiki, CINTA PADA TUHAN LEBIH DARI SEGALANYA... HINGGA MEMBAWA KEPADA AKU DAN DIA, TIDAK BERSEKUTU TTP TIADA BERCERAI!!!!!

Wallahu a'lam...

p/s: Sesungguhnya DIA TUHAN YANG MAHA MENYAKSIKAN, TUHAN YANG TIDAK PERNAH TIDUR.. Hanya pada-NYA saya berserah...

Thursday, March 11, 2010

Minky, minky, minky...

Apa itu minky?

Minky (ataupun minkee) adalah sejenis fabrik yg begitu cantik dan lembut seperti baldu. Sejenis fabrik yg sejuk, amat sesuai dan selesa terutamanya untuk bayi (sbg selimut mahupun lampin!). Fabrik minky ini begitu eksklusif dan mewah, harganya juga begitu mahal sblm ini. Fabrik ini sudah banyak digunakan dan famous di luar negara... Ada yg dijadikan cadar, selimut/ baby blanket, baby bedding set, alas tempat duduk, kusyen, sesetengah pakaian dll...

Minky fabric is the newest in luxurious, silky soft microfiber fabric. It rivals cashmere in softness and resembles real mink in touch. It could be described as “it almost feels like petting a baby rabbit”. There are different variations in flats and textures: minky with dots, lines, diamonds, and short or long pile....

Minky is an incredibly soft and plush "micro-fiber" fabric. These "melt-in-your-hand" fabric styles are great for baby blankets,baby clothes, pillows, robes -- anything that should be -- or needs to be -- soft!! (http://minkydelight.com/)

Minky is a modern “micro-fiber” fabric that is amazingly soft. It is quick-drying, highly absorbent, and actually quite strong. And unlike true mink, minky fabric is completely vegan. (http://www.babybedding.com/blog/what-is-minky/)

What Is Minky Fabric? (e-How.com)

UNTUK CUCI MATA SAHAJA!!!


(ini semestinya.... hehe)



(baby blanket)

sungguh cantik n selesa baby carrier/ carseat ni...








minky ironing board pun ada...


dan... best sungguh kalau dpt ni...


.

.

.

.

.

.

.




Nota: Kalau nak beli minky baby blanket dekat mycheekyboo ada, rasanya hari tu ada utk pre-order...

Auliya @ 1 tahun

Dah lama tak citer psl milestone si kecik yg comel yg cantik yg manja aku ni.. huhu.. (last masa 9 bulan aritu).. Nak buat mcmana uminyer bz yg amat (tiba2 jadi WAHM ni adalah sungguh kelam-kabut.. huhu)

Nanti la ada masa aku cek milestone budak 1 thn dekat babycentermalaysia takpun dekat mana2 web (kena google la).. insya-Allah...

Gambar ni masa dekat 11 bulan kot.. Skg pun mcm ni la dia...

Baiklah.. Auliya di usia 1 tahun...

- masih lagi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya (dah cukup sethn la aku fully BF ni)
- belum blh jalan lagi tapi dah mula melangkah dgn tolak apa2 or meniti dekat almari/ meja/ pegang apa2... Belum blh lepas tgn.. So skg duk merangkak lg la, laju jugak dia merangkak...
- dah ada 6 gigi (4 kat atas n 2 bawah)
- dah makan mcm2 (makanan yg sesuwai ngn dia la, takde la hentam je bg semua.. haha)... Nasi pun dah masak bg lembik je... Dia mkn semua la, nasi buh karot, kentang, ayam, ikan.. Tp paling suka nasi + kuah sup + kentang + ayam... Dah byk mkn skg.
- masih suka makan pisang.. hihi... Buah lain pun suka gak, mcm buah pauh (mangga) pun dia mkn, limau yg manis, buah lai dll.
- nak suh layan dia aje.. nak wat keje pun susah.. kdg2 kena riba dia duk depan kompter ni n berebut ngan dia tekan keyboard n nak pegang mouse... dia suka tgk mouse ni ada lampu.. haha
- ada gak time dia main sorg2, main mainan, tarik kain baju dia yg kat ats rak (suka sgt 'mengemas')... bila dia boring main sorg2 mula la merengek... kesian gak dia sorang, abg dia pun duk kat kelate.. kesian 2 beradik ni tepaksa berpisah (huhu)...
- kalau panggil "adik"/ "auliya", terus dia toleh...
- dah tahu kalau org marah dia n apa yg org marah/ tak bg dia main...
- dah pandai tepuk tangan (comel jer.. huhu)
- kalau tgk aku pakai baju elok n pakai tudung kalut la dia... takut org tinggal dia...
- dah pandai sebut "abah" ngan "nei nei" (aritu lg blh sebut "nei" bila nak nenen dia.. haha)
- kalau tanya dia, mana abah? dia pun tunjuk ngan jari telunjuk dia yg kecik tu.. huhu... skg ni suka tunjuk apa2 yg menarik perhatian dia, mcm jumpa baby lain dkat supermarket dia tunjuk, nampak lipas pun dia tunjuk... huhu
- rambut dia stil pendek n nipis cam tu la... masa baby dulu ingatkan rambut dia ikal / kerinting tp nampaknya tak pun...
- tak boleh tgk org makan, sibuk la dia nak jugak yg org walaupun dia lps makan...
- tak tahu la brp berat dia skg... Last aritu 7 kg lebih... Nanti cucuk sethn ni la baru timbang...

Dekat Auliya ni aku suka nyanyi (lagu reka sendiri.. haha).. "Baby one two three, you are baby..." bla.. bla.. bla... Bila nyanyi mcm tu dia pun suka la... Nak 'gedik2' jugak... haha...

Ok la, tu je yg aku ingat/ perasan buat masa ni... kalau ada apa lagi akan diupdate nanti...

p/s: Auliya, semoga dikau akan terus jadi cahaya bunga (keindahan) para auliya' (para wali, ahli Allah), penyejuk di mata, penawar di hati.. dgn abgmu Si Perhiasan (perhiasan utk umat Muhammad!!) yg indah lagi terpuji.......... hehe..

UPDATE Auliya 1 tahun:

- makin kurang tidur.. Susah betul nak tido (siang) skg..
- makin banyak cakap.. dia pun sibuk gak nak komunikasi ngan kita.. cam kalau henset bunyi dia pun sibuk duk panggil kita bgtau henset bunyi n siap tunjuk2 lagi.. hihi..
- makin cergas n aktif bergerak.. nak pakaikan CD pun susah.. n nak pakai baju lps mandi pun susah
- suka main n gelak sakan bila org layan dia main. Suka main 'cikucak' or sorok apa2 bwh bantal ke dia pun cari/ gi amik... hehe...

Tuesday, March 9, 2010

Auliya is ONE!!!!

Yup, you are ONE today.... How fast time flies!!


So, selamat hari ulang tahun kelahiranmu yg pertama anakku... Happy 1st birthday!!

Semoga hidupmu dilimpahi kesihatan, kegembiraan, keceriaan, kejayaan serta rahmat yg tak henti2 dari-NYA... Semoga sentiasa dalam jagaan TUHAN YANG MAHA KAYA....

9 Mac 2009 yang lalu, detik kelahiranmu.......

(yg bersamaan dgn hari Isnin 12 Rabiul Awal)

p/s: Insya-Allah kita sambut birthday adikya (ngan kek) kat Kelate nanti, dgn abg Zukhruf, Tokmi, Tokbah, Tok, Wan, Cikda, Ayahsu, Cik Ani, Thong n Dei' Si Kucing...