Agak malas nak update ini blog tp 'paksa diri' sbb utk catatan dan ingatan pada masa depan..
Alhamdulillah dlm periksa akhir tahun kelas pra baru ni Zukhruf dapat no. 4. Kalau tak silap keseluruhan 86.5%.. Kira ok la. Dari 10 subjek (akademik dan diniah) semua A kecuali 2 je B (Akhlak dan Feqah).
Kira ok la, subjek akademik - BM, BI, Matematik, Sains semua A. Rasanya semua 90+. Yg aku ingat Sains 98%.
Nanti update balik la markah semua subjek yg Zukhruf dapat. Sbb ada kertas periksa yg cikgu tak sempat bg sebelum cuti hari tu.
Buku laporan kemajuan dia hari tu pun tak sempat tgk sebelum balik KL. So buku rekod n kertas periksa dia semua ada dgn TokMi dia la.. Tahu dpt no. 4 tu tgk keputusan semua murid (tanya cikgu dia) masa pegi majlis graduasi hari tu.
Itu pun kalau kira Zukhruf sepatutnya no. 3 sbb yg dpt no. 3 tu sepatutnya dah darjah 2 (umur 8 tahun) tp dia lewat masuk sekolah/ kes tak boleh baca ke gitu la.. Itu yg masuk kelas pra..
Al-Quran plak Zukhruf masih baca Quran kecik (Muqaddam). Al-Furqan dia buku 2. Kira dia dah mengenal la jugak (bukan hafal tp kenal huruf dan baris).. So tak susah sgt nak ajar dia...
Syukur sbb Zukhruf menunjukkan minat yg tinggi terhadap ilmu/ minat utk belajar. Dia suka bertanya, ada jer soalan dia..
Al-Quran mmg dia minat la baca.. Tak susah nak suruh dia duduk utk kita ajar.. Sampai kita pulak kena suruh dia berenti (sambung esok pulak) lps baca satu2 surah tu.. huhu.. Ikutkan dia mmg tak puas2 ulang sehingga dia lancar.. Syukur ya Allah!
Baca BM mmg dia dah boleh.. Kira lancar la.. Dah boleh baca suratkhabar pun.. Cuma skg aku nak "polish" kebolehan dia baca BI. Ni pun dah boleh baca English tapi ada jgk yg tak betul pronunciation.. huhu.. Aku akan cuba giatkan lagi ajar dia English, cuba kenalkan dia lebih byk kosa kata baru (vocab) n ajar mana yg patut (huhu.. kalau la blh speaking speakong kat rmh ni dgn anak2)...
Budak yg dpt no. 1 dlm kelas Zukhruf tu pompuan, anak cikgu sekolah tu jgk. Mmg patut la dpt no. 1 sbb mak dia duk ajar setiap hari/ setiap mlm. Zukhruf tak duk dgn aku masa kelas pra baru ni.. Kira dia mmg bwk diri betul la... Umi aku n CikDa dia pun tak sempat sgt nak ajar dia secara konsisten.. Kiranya apa yg dia jwb dlm periksa itu la yg dia dpt/ belajar masa dlm kelas.. Kira ok la kan?
Selepas hampir sethn duk Kelate dgn Tokmi & Tokbah dia, akhirnya Zukhruf kembali tinggal dgn aku/ kami di sini... Azam aku nak ambil berat/ jaga sungguh la hal ehwal persekolahan dia nanti.. Insya-Allah..
5 comments:
Alhamdulillah...Seronok ye bila anak berjaya...No.berapa pun xpe, yg penting, pencapaian nya secara individu tanpa di compare dgn org lain....tahniah Zukhuf...:)
Salam kak long, sronok dgr zukhruf nye perkembangan.. alhamdulillah. congrats to zukhruf dpt sumer A & 2 subject B.. All the best yer zukhruf..
congrats zukhruf:):)
Asna, salam perkenalan. Thanx singgah sini. Saya pun sebenarnya taknak jadi ibu bapa yg terlalu obses dgn nombor anak n sistem pendidikan kebangsaan. semua anak ada kelebihan masing2 :)
Ita, w'salam. Terima kasih ita. Perjalanan zukhruf masih terlalu jauh.. :)
Mieja, terima kasih. sama2 kita doakan semuanya yg terbaik utk anak2 kita :)
Post a Comment