Adik bongsu saya namanya Amirul Asyraf. Anak ke-7 daripada 7 adik-beradik.
Dilahirkan pada pagi 30 Januari 1998 bersamaan 1 Syawal.. Masa tu saya di Tingkatan Lima. Ingat lagi, pagi raya pegi tgk umi lahirkan amir di HUSM, Kubang Kerian.. huhu..
Masa berlalu dan beliau kini sudah pun berusia 12 tahun (badan mcm org 17 tahun).. Baru saja mendapar keputusan UPSR semalam.
Justeru, tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya meneruskan tradisi keluarga dengan mendapat 4A.. Yer, beliau telah mendapat 4A, 1B (English)..
Nampaknya dlm keluarga kami (adik-beradik saya) takde dan tak akan ada lagi yg dapat 5A dalam UPSR.. Bak kata mardhiah, dah mcm sumpahan pulak semua paling byk dpt 4A... hahaha..
Tapi saya dan Ali Rahimi 4A tu semua A, dah mmg 4 subjek je masa tu.. muahahaha..
Rentetan tidak mendapat keputusan penuh (semua A) dlm UPSR, adik2 saya seperti mardhiah, ida n fatin mereka 'balas dendam' dalam PMR la.. huhu... dan alhamdulillah mcm Mardhiah dpt 9A dlm PMR dan SPM pun 9A.
Pada saya, UPSR hanyalah permulaan suatu perjalanan yg masih begitu jauh.
Cemerlang dlm UPSR blh dikatakan petanda utk cemerlang dlm pelajaran, tetapi bukan dalam kehidupan! dan kurang cemerlang dlm UPSR bukan bermakna tiada hari esok atau masa depan yg suram... Esok masih ada!!
Ramai je yg kurang menyerlah dlm UPSR dan dlm sistem pendidikan kebangsaan tetapi kemudian muncul sbg ahli korporat dan org2 yg berjaya!!
Sesungguhnya, perjalanan hidup kalian masih begitu jauh wahai adik2 yg berusia 12 tahun...
Tidak lupa, tahniah diucapkan kepada murid2 SeRU Al-Hilal yg mendapat 5A. Tahniah juga kepada semua guru!!
Juga kepada sepupu2 saya yg mendapat 5A dan 4A.. Tahniah semua!!!
p/s: Amirul Asyraf dpt 4A pun rasanya dah cukup baik.. Syukur, alhamdulillah.. Tu pun dah mcm 'miracle' dgn usaha dia.. Nak suruh baca buku pun mcm nak kena berperang.. Budak laki tau2 aje la... huhu..
2 comments:
hehe teringat dulu dpt 4A UPSR seronok mcm ape jer.sbb tu 1st big exam in life kut.agpun skolah tu oghe ngan nier jer dpt 4A.
Oo ye ke mija.. hehe.. Mesti gempak kan masa tu.. Budak2 loniey dpt 5A pun dah mcm satu kejayaan yg sgt besar.. Sian jugak budak2 yg dpt 4A ni.. Adik ore target nak gi MTS (maahad tahfiz sains) tp tu la 'mmalah'..
Post a Comment