Hari Isnin lepas...
Ape la CikDa.. tak betulkan dulu baju abg tu sblm amik gambar :)
ngan Tokmi dia (puan hajah PK HEM.. huhu)



Hari Isnin lepas...
Ape la CikDa.. tak betulkan dulu baju abg tu sblm amik gambar :)
ngan Tokmi dia (puan hajah PK HEM.. huhu)
(noor ilyani), my schoolmate dulu.. Open house ni juga merangkap housewarming party, memandangkan beliau baru saja duduk di rumah barunya di Putra Majestic Condominium, Jln Ipoh..
Di sana, telah berjumpa dgn beberapa org rakan lagi... Dari kiri: Zubay yg tgh pregnant, aku, Mc Syu n Kakyan (tuan rumah)
Gambar zubay ni la yg paling mahal... Ramai nak tgk dia pregnant... hehe...
Diorg cakap dlm FB, Hariz duk jeling kat Auliya... hehe..
Oh ya, sorang lagi yg sempat jumpa aritu Suta, takde plak gambar Suta... Suta pun tgh pregnant.. Comel anak Suta yg 1st, nama aishah hani.. Rambut keriting mcm buat!
And the makanans... Ada satay ngn nasi impit, roti jala dgn kuah kuzi (sedap!), bihun/ mee sup, bread butter pudding dgn custard sauce...Tak rasa pun bihun sup n puding roti tu sbb dah kenyang dgn satay n roti jala..
Juga ada biskut raya, buah dokong, kek coklat moist (k.yan buat sendiri) dan juga tapai..
Yg penting, had a great moment there... Seronoks berjumpa rakan2 lama, yg walaupun jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati...
p/s: Semua gambar di atas dari FB kakyan.. Cantik la rumah mu kakyan.. Nampak exclusive, 'song' ngan nama dia.. Kitchen kabinet pun cantik... Semua nampak best la.. Oh ya, rumah k.Yan di tingkat 7...
p/s: Seronok tgk my frens sorang2 beli rumah... Harga satu2 tu makk oiiii... Boleh tahan! Yer la, rumah kat area KL ni mana ada yg murah... Apapun, tumpang bangga dgn semua kawan2 saya... Happy for all of you! Kita semua dah berada dlm landasan masing2.. Moga kita semua sama2 berjaya! Insya-Allah.....
Semoga saya tergolong di kalangan org yg bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. hehe..
Biarlah saya beringat2 dahulu... hidup begitu jimat cermat n tak bermewah2 mcm org lain.. huhu... Asalkan kemudian hari nanti saya boleh bernafas lega (dan syukur)... insya-Allah..
Taknak la, bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian.. huhu.. Ada ke? Ada la kot, kalau tak beringat ketika senang...
Mcm pesan Rasulullah SAW, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tu...
Saya tak kesah, perlu bersusah payah skg - perlu korbankan pelbagai kehendak/ kemahuan diri, asalkan anak-anak saya nanti dapat sebagaimana anak2 org lain dapat, esp dari aspek pendidikan mereka...... Soal pendidikan adalah tiada kompromi!
Jangan bersusah-susah skg, akan datang pun susah n sampai mati pun susah dah la.. huhu...
Saya percaya, biarlah kita bersusah-susah skg.. Agar suatu masa bila kita senang nanti, kita tak lupa diri... Harap2 begitulah... Kesusahan pada hari ini akan jadi satu kemanisan yg tak terhingga suatu hari nanti... Insya-Allah...
Kesusahan ni bkn dari aspek material/ kewangan aje, tp "kesukaran dan kerumitan" dari segala segi, segala aspek kehidupan... Biarlah saya saja yg tahu... Kesusahan kita, takkan nak war-warkan satu dunia.. kan?
Paling tidak, sekiranya saya berjaya suatu masa dan ketika nanti, ketahuilah dunia bahawa saya bermula daripada susah, drpd kesukaran hidup yg bukannya sedikit..!!!
Saya percaya, semua org ada ujian dan cabaran hidup masing-masing, dgn cara masing-masing.. Cuma bergantung pada kita utk 'handle' cabaran hidup itu... Apa yg saya lihat, ramai juga manusia berjaya kerana cabaran hidup yg begitu luar biasa!
Kata pepatah, manusia yg memilih utk berjaya mencipta peluang, manusia yg tidak mahu berjaya hanya mencipta alasan....
Manusia yg berjaya juga adalah manusia yg bisa menukar MASALAH dan CABARAN kepada PELUANG.. Itulah manusia yg optimis dan bijak!!!!!
Dan saya, saya juga cuba menukar segala cabaran hidup ini sbg satu peluang... Paling tidak, peluang utk saya menghampirkan diri pada Yang Maha Kuasa, agar saya meminta hanya pada-Nya!!!
Juga 'peluang' utk saya lebih belajar erti sabar (sabar bkn hanya di mulut), erti ikhlas dgn segala ujian dan ketentuan Allah SWT dan juga erti syukur atas segala nikmat-Nya yg tak terhingga selama saya hidup di dunia ini...
Semoga saya tergolong di kalangan orang2 yg sabar, org2 yg ikhlas dan org2 yg bersyukur...
Doakan saya... Dgn semangat dan iltizam yg tidak pernah luntur, saya pastikan saya akan berjaya!!
Yg penting, ALLAH SWT sentiasa bersama org2 yg sabar... Selagi kita percaya dan mengharap hanya pada-Nya, DIA tidak akan menghampakan kita..................
p/s: Entry ini sekadar satu catatan kehidupan....
p/s: Segala ujian dan cabaran hidup dpt membina kekuatan hati dan menjadikan kita lebih kuat; fizikal, mental dan emosi...
p/s: Sangat respek pada org2 kaya yg bermula dari susah, termasuklah billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yg bermula hanya dgn menjual lembu....
(satu nukilan utk diri sendiri)
Zulaikha,
Apapun yg telah kau lalui...
Apapun yg telah kau rasai....
Apapun yg mendatangi hidupmu...
Walau sebanyak mana pun ujian yg mendatangimu...
Walau sebanyak mana pun aral yg menyekat laluanmu....
Walau sebanyak mana pun pahit dan getir yg menghiasi hidupmu...
Sabarlah... sabar, sabar dan sabar....
Sesungguhnya TUHAN TIDAK PERNAH TIDUR...
DIA TUHAN yg menjadikan kamu daripada tiada kepada 'ada'
yg menjadikan langit tanpa tiang...
yg mengawal hati-hati manusia...
DIA TUHAN YANG MAHA KAYA..
Berserahlah kepada-NYA...
Mohonlah hanya pada-NYA.. .
Sesungguhnya engkau menyembah TUHAN YANG BISA MEMBERIKAN PERTOLONGAN....................
YANG MANA JANJINYA TIDAK PERNAH DUSTA!!
Justeru, bangunlah Zulaikha...
Bangunlah demi anak-anakmu...
Bangunlah demi ibu bapa yg sentiasa mengharapkan kejayaanmu....
Bangunlah demi semua yg telah kau impikan.........
Bangunlah demi TUHAN yg menciptakanmu yg tidak mahu melihat hamba-NYA yg berputus asa...
Bangunlah dengan daya dirimu selaku insan yg menyembah TUHAN YG MAHA AGUNG...
Bangunlah untuk satu kehidupan sebagaimana yg telah kau impikan..........
Semoga tiada penyesalan di akhir usiamu... tiada kesalan di penghujung nafasmu...
Semoga ALLAH bersamamu...
Semoga suatu masa nanti segala isi langit dan bumi menyaksikan, setiap air matamu yg tumpah, setiap keringatmu yg jatuh, setiap daya dan usahamu akan dibalas dgn air mata gembira-bahagia-dengan ketenangan yg hakiki lagi abadi...
Sesungguhnya balasan yg paling indah, hanyalah balasan dari TUHAN EMPUNYA SEGALA...
Semoga segala yang kau cari akan kau temui...
Berakhir di jannatul firdausi nuzula......
Amin...
Kaklong Nuzula,
28 September 2010, 2.30 a.m
Kalau dah perempuan, perempuan jugak.. A girl is a girl!
Walaupun baru berusia 1 tahun 6 bulan sudah menunjukkan minat pada kasut!
Beberapa hari lps, suka sgt pakai kasut hitam tokmi.. Ni gambar yg sempat di'capture' petang tadi.. huhu..
Cuba nak pakai kasut tokmi!
Pernah tengok atau makan buah katak puru?
Beginilah rupanya...
Rasanya masam manis.. Sedap!
Ni pokoknya, ada kat belakang rumah saya..
Buah dia ada kat batang n dahan pokok..
Dalam bahasa Melayu rasanya dipanggil buah namnam... Pernah dengar?
p/s: Sedap dimakan dgn colek (gula+kicap) ataupun dgn serbuk asam yg biasa org makan dgn buah jambu batu tu. Cuba la!
Buat malam tadi, saje nak abiskan biskut meri yg ada. Sikit je pun buat. Dpt 1 bekas kecik jer..
This time masuk nestum sket..
Ni ha rupanya yg dah dipotong...
Bawah ni gambar kek batik yg dikeluarkan dari bekas utk dipotong (pandangan atas).. Yg nampak bijik2 kecik tu kacang n bijan la...
Oh ya, ada tambah serbuk koko dlm 2 sudu n telur sebijik..
Zukhruf bawak gi sekolah pagi tadi... Nak makan ngan kawan2 dia la kot..
Jalan2 (blogwalking) terjumpa bf logo ni.. Comel sgt "dolly" ni.. Imej muslimah gitu!
Credit to momma mia (http://alinalan.blogspot.com) yg telah menempah logo ini drp wansteddy (http://wansteddy.blogspot.com atau http://wansteddystudio.blogspot.com) khusus utk peserta giveaway beliau dan semua ibu yg bf!!
Sape2 pun boleh amik badge ni.. Silalah ambil!
Utk anda yg tengah pregnant n berhasrat utk bf, ataupun mereka yg akan kawin/ baru kawin pun boleh amik, sebagai motivasi dan inspirasi utk bf baby nanti... insya-Allah..
Ini pula breastfeeding poster..
Tiap2 kali balik kampung saya mmg akan bawa balik CD (cloth diaper).. Selalunya dlm 10 keping gitu la.. Masuk dlm beg balik kampung jer, sekali dgn baju2 auliya.. Kiranya 1 beg tu pakaian n CD auliya jer la.. Selalu saya tak bawa balik pakaian saya, sbb dah ada yg mmg tinggal kat rumah..
Kalau korang ada diaper bag khusus utk letak CD lagi bagus! Mungkin boleh bawa wetbag n laundry net sekali bila balik kampung..
Semasa di kampung (di rumah parents) saya mmg menggunakan CD utk auliya.. Begitu juga di rumah mertua..
CD kotor/ CD yg dah digunakan selalunya saya akan terus bilas (buang kotoran), letak dlm baldi kering ataupun terus basuh.. Ataupun ada jgk rasa nak rendam SEKEJAP (dgn sedikit sabun) n terus bilas hingga bersih. Yg penting mesti bilas dgn bersih, dgn kadar air yg berpatutan!
Selalunya takde la nak kumpul byk2 mcm dekat rumah sendiri (2-3 hari sekali basuh), sbb CD yg dibawa balik pun tak byk... Paling byk, bila dah guna sampai 3-4 keping tu harus kena basuh la..
Alaaa... bukan susah pun nak handle CD ni.. Celup2 dlm air dgn sedikit sabun n bilas sekejap jer dlm bilik air..
Kalau di kampung saya mmg akan basuh tangan (hand wash) CD-CD tu, sbb tak simpan lama lps pakai.. Takkan 2-3 keping CD nak basuh ngan mesin basuh? Tak praktikal.
CD yg dibasuh tangan boleh aje diperah, tp jgn perah (pulas) kuat sgt terutama di bhg elastik CD tu.. Kang nanti jadi kendur plak getah dia.. Sy ramas2 jer CD tu sebelum dijemur..
Selalunya saya perlukan 2 baldi utk uruskan CD-CD ni, utk letak CD kotor n ketika basuh nak bilas tu senang sket ada 2 baldi...
Seterusnya CD yg dibasuh terus dijemur. Lagi baik kalau dapat direct sun, lagi cepat kering!
Tetap berCD (menggunakan cloth diaper - si lampin kain moden) walaupun balik kampung utk beraya! Beg balik kampung penuh dgn CD jer.. huhu..
Bwk balik dlm 10 pcs CD dan berapa belas insert kira cukup la selama berada di kampung..
Ni pula kek batik, juga dibuat 2 hari lps..Alas dgn platik dlm loyang tu supaya senang nak kuarkan n potong.. Tarik ajer plastik tu!
Buat lepas raya sbb tak sempat nak buat sebelum raya.. Buat utk makan2 sendiri jer!
Aritu sblm raya buat kek sponge jer, sbb ramai nak makan kek sponge. Kek sponge tu nama lain dia kek gula hangus/ kek sarang lebah!
Nak buat kek coklat dekat raya aritu dah ada org bagi sebijik kek coklat dlm kotak lagi! So, takut byk2 plak susah nak simpan..
Ni adalah kek coklat kukus yg buat 2 hari lepas.. Try resepi lain plak dari yg biasa buat sebelum ni..Saje rajin nak buat topping utk kek coklat ni n kat atas tu tabur choc rice.. Love warna merah tu Fatin adikku yg letak.. huhu..
Ok gak tekstur kek ni.. Bagi saya sedap la jgk!
Kata umi, umi lagi suka kek coklat yg bakar dlm oven! Tp bg saya dah ok sgt la yg kukus mcm yg nie (sbb sendiri buat, sendiri cakap ok la!).. hehe..
Actually sejak bertahun2 kami buat kek coklat bakar, cuma setahun dua ni jer buat kek coklat kukus... Saje nak try yg kukus plak sbb skg ni cam ramai buat style kukus..
Resepi kek coklat kukus yg selalu buat sebelum ni mmg senang yg amat.. cepat pun cepat! Takyah pakai mixer pun. Yg tu pun sedap, ada mcm brownies dari segi rupa dan rasa.. Pendapat saya yg tak berapa expert ttg cake ni la.. hehe..