Kepada sesiapa yg masih tercari-cari peluang perniagaan ataupun mahu meluaskan 'empayar' sedia ada, boleh hubungi kawan saya Fith yg berada di Japan. Beliau menawarkan peluang perniagaan menarik utk kita yg kat Malaysia ni.
Boleh baca entry di blog beliau,
http://ourlovestory-7777.blogspot.com/2010/07/membuka-peluang-perniagaan-untuk-anda.html
ataupun boleh kontek beliau melalui Facebook, Siti Fithriah Ahmad Nasfy.
p/s: Sekadar mewar-warkan.. hehe.. Kalau ikutkan saya pun berminat tapi tak boleh nak bg komitmen dekat byk benda skg.. Lagipun nak buat penambahbaikan utk yg sedia ada ni dulu.. huhu..
Monday, July 12, 2010
Peluang perniagaan
Sunday, July 11, 2010
Mari berniaga!
Ramai yg mahu meniaga tetapi tak tahu nak jual apa...
Ramai juga yg tak minat bisnes, tak terfikir pun nak bisnes tetapi tiba2 aje jadi peniaga... Ya, mungkin boleh jadi peniaga yg berjaya (drp tak pernah terfikir tu)..
Ada juga yg tak minat bisnes, tak pernah terfikir utk buat biz, tak mahu cuba pun utk meniaga dan mmg kalau nak bisnes pun tak tahu nak jual apa... (jenis ni mgkin mmg suka dan redha hidup makan gaji)..
Ada juga org yg tiba2 jumpa "lubuk" dan terus jadi usahawan yg berjaya.. tp ramai yg hanya melihat peluang berlalu depan mata aje!!
Ada yg mmg minat betul meniaga dan pantang nampak peluang terus rembat semua.. haha.. mmg pure berjiwa usahawan dan opportunist la!
Ada juga yg dah ada pendapatan tetap tapi tak tenang hidup dan tak boleh tidur katanya kalau tak buat apa2 perniagaan.. haha... Mcm sorang kawan saya tu..
Dan mungkin ada juga yg nampak peluang, jiwa pun meronta2 nak berniaga tetapi mungkin belum berani utk mula ataupun sebab MALU?!!
Akhir sekali, minat meniaga, rasa nak meniaga, dah nampak nak jual apa tetapi tak tahu mcmana nak mulakan.. Huhu..
Anda dlm kategori mana?
Wednesday, July 7, 2010
Beberapa sistem/ kaedah untuk ajar anak membaca
Daripada entry saya yg terdahulu tentang cara ajar anak membaca (sila rujuk label Parenting), ni saya rumuskan (ceh!) beberapa sistem/ cara/ kaedah utk ajar anak membaca...
(laman web: http://www.readnetwork.com/). Utk bahasa Inggeris READ EASY.
Juga boleh didapati di AdikBijak.com (http://www.adikbijak.com/)
(laman web: http://www.cepatbaca.com.my/site/index.php ataupun kedainya http://shop.ameenbooks.com.my/). Utk bahasa Inggeris I CAN READ.
CAHAYAKU(laman web: http://www.e-xra.com/)
Nak tahu lebih lanjut tentang semua sistem/ kaedah cepat membaca di atas silalah google yer. Dlm youtube pun ada. Mcm bacalah anakku ada cara ajar (bunyi huruf), jadi boleh tgk la mcmana bunyi huruf yg betul. Lagu cory cat dan abu ada ayam pun ada dlm youtube. Video budak boleh membaca dgn kaedah e-Xra pun ada....
Apapun, semua/ hampir semua sistem cepat membaca di atas menggunakan kaedah fonik/ fonetik, di mana budak2 tidak dikenalkan dgn nama huruf, tetapi diajar bunyi2 huruf.
Secara peribadi, saya vote kaedah fonik berbanding sistem mengeja (mcm zaman kita dulu2) yg kena ingat dan kenal huruf satu persatu dulu dan lepas tu kena belajar mengeja pulak...
Nak tahu lebih lanjut tentang fonik (phonics) atau fonetik ni pun silalah google yer. Guna keyword kaedah fonik/ kaedah fonetik... ataupun boleh baca kat sini...
Dlm youtube pun banyak video "phonics". ABC phonics song pun ada. Cuba la tgk..
Nota: 2 org adik saya dulu dah guna bacalah anakku (skg dah form 2 n darjah 6).. utk anak saya zukhruf pun saya guna bacalah anakku sbb masa tu itu je sistem yg saya tahu (lagipun dah pernah kursus bacalah anakku/ read easy dulu). Lps blh baca dgn bacalah anakku zukhruf guna SURIAKU pulak dekat sekolah dia skg.. Takde masalah la sbb dia dah boleh baca pun. Lagipun Suriaku adalah 'pembaikan' dari bacalah anakku.. Dlm kelas zukhruf skg (kelas pra) semua budak dah boleh baca, maknanya setengah tahun jer semua dah boleh baca...
Monday, July 5, 2010
Bagaimana mengajar anak berusia 2 tahun+?
Saya telah ditanya oleh Puan Nadia, bagaimana utk mengajar anaknya yg berusia 2 thn 4 bulan membaca....
Terlebih dahulu saya mohon maaf sbb lambat jawab. Hari tu saya dah komen dlm 1 entry dekat blog beliau tp tiba2 hilang plak.. huhu.. panjang lak tu taip... So saya buat entry kat sini la... paling tidak org lain pun boleh baca/ komen/ bg pendapat jugak..
Pada pendapat saya la... di usia ini (2 thn+), kita tak perlu lagi ajar mereka membaca dgn lebih formal (menggunakan mana2 sistem cepat membaca). Namun begitu, apa yg boleh kita lakukan:
1. Banyak bercakap/ komunikasi dgn anak2 kita supaya mereka dapat bercakap dgn bahasa yg baik (blh bina ayat yg bagus - sampai maksud), ataupun dgn tatabahasa yg "agak betul".. huhu.. contoh: "adik nak makan nasi".. selain itu dpt meluaskan kosa kata/ vocab mereka... (Budak yg bijak dapat membina ayat yg bagus)... Dlm usia ini, ada anak2 yg masih pelat, justeru kita sebagai ibu bapa mesti cakap dgn sebutan yg betul dgn anak2, maknanya jgn ikut sama cakap pelat dgn mereka (buat2 pelat). Mcm adik saya dulu sebut telinga "singa", kita pun ikut sebut "singa".. bila dikenalkan dgn singa (binatang), pelik la dia itu pun singa.. haha.. Kalau "cat", ada yg sebut "tet", kita jgn ikut mereka sebut "tet" pulak..
2. Kenalkan mereka dgn apa yg patut di sekeliling mereka, paling tidak mereka tahu apa itu biskut (ada yg panggil biskut tu roti.. haha), apa itu kerusi, apa itu mainan, apa itu sampah.. hehe.. yer la, paling tidak mereka tahu semua nama benda yg ada di rumah mereka.. Ini semua secara tak langsung jer. Kalau makan buah tembikai bgtau itu buah tembikai... Kalau nampak binatang bgtau n tunjuk binatang tu kat mereka... Begitu juga kalau balik kampung jumpa lembu, kambing, kerbau.. Duk KL ni mana jumpa tu semua.. So, masa tu blh la kenallkan mereka dgn haiwan2 tu.. (Anak sy auliya, bila tanya mana cicak? terus dia dongak kepala cari cicak, kalau tanya mana cat Tokmi, terus dia cari kucing tu dan tunjuk.. haha.. budak2 mmg cepat belajar).
3. Boleh juga ajar mereka kenal bhg2 tubuh badan mereka... ataupun ajar mereka mengenal bentuk dan warna. Cuba kenalkan mereka dgn satu persatu bentuk (bulat, segitiga, segiempat) dan juga warna2 utama. Semua ni diajar secara tak langsung jer. Warna tu boleh ajar sambil2 diorg duk main..
4. Selain itu, di usia ini rasanya dah boleh ajar mereka mewarna (beli buka mewarna dan pensel warna/ crayon). Dulu2 saya terfikir juga kenapa kanak2 mesti diajar mewarna... Asal jadi kanak2 jer mesti kena mewarna, asal mewarna jer mesti kerja kanak2.. haha.. Sebenarnya, mewarna penting utk koordinasi tangan, mata, otak mereka. Juga utk tingkatkan fokus mereka (ada yg sampai meleleh air liur nak bg penuh warna.. haha).
5. Buat aktiviti bersama mereka, walaupun aktiviti yg simple.. Ajar mereka lukis bulatan (nak lukis bulatan pun satu skill tau).. Ataupun boleh buat aktiviti tampal menampal, kraf, lipatan kertas/ origami.. Ikutlah mana2 yg sesuai.. Boleh juga ajak mereka tgk anda buat kuih, ajak mereka sama2 lipat pakaian mereka, ajak mereka tolong apa yg patut...
pic credit to FB Mama Fathinz (http://whatalovelymama.blogspot.com/)6. Sediakan tempat utk mereka menconteng.. iya, sediakan buku, kertas atau whiteboard hanya utk mereka menconteng.. Budak2 di usia ini mmg suka sgt menconteng.. Ada yg akan menconteng dinding rumah.. huhu.. Boleh bg mereka pensel utk conteng di tempat yg dibenarkan tu.. Ikut budi bicara anda la mcmana...
Elok jer, jumpa gambar ni dekat sawanila.com (pic credit tu sawanila.com)
katanya, kat situ la creative corner anak2nya, tempat menconteng, tmpt luah perasaan.. hehe..7. Bacakan buku cerita (bergambar) utk mereka... Budak2 sgt suka mendengar cerita..
8. Bagi mereka belek2 sendiri buku (buku bergambar kanak2/ buku2 yg ada gambar).. budak2 mmg suka tgk gambar.. jgn bg mereka koyak dah la..
9. Tampal poster bergambar utk kanak2 di bhg dinding rumah yg sesuai. Kalau ada masa, tanya la mereka gambar2 tu...
10. Biarkan mereka bermain!! Beli mainan (esp yg ada unsur education) yg sesuai dgn mereka... Biar la mereka main masak2, main doktor2, main pancing2 ikan ataupun main mainan berupa blocks utk membina daya imaginasi mereka.. Ini kerana, ketika usia ini daya imaginasi anak2 sedang berkembang.. Biarkan mereka membina kreativiti mereka.. Sebenarnya kreativiti sgt penting utk kita "develop" pada anak2 kita, sebagaimana kata Einstein, "Creativity is more important than knowledge!!!"
pic credit to FB Mama Fathinz (http://whatalovelymama.blogspot.com/), beliau juga seorg penyokong dan pelaksana homeschool.11. Belikan/ pasang VCD atau DVD yg berunsur education, yg menyanyi sambil belajar ke... tak kesah la... asalkan yg sesuai utk mereka..
12. Belikan jigsaw puzzle menarik utk mereka. Boleh beli yg 9/ 12 keping kot sebagai permulaan.. yg mudah2 je la... suruh mereka buat.. lepas tu boleh beli yg lagi susah.. Anak saya zukhruf dulu mmg minat puzzle... masa umur 2 thn 8 bulan dia dah boleh siapkan puzzle yg 10x10 dan 12x8... dia buat sendiri pada cubaan kali pertama lagi!! Byk jugak la koleksi puzzle dia (yg murah2 je).. Sampai skg dia minat puzzle (yg online pun ada dia buat).
13. Bawa mereka berjalan2 ke tempat yg boleh mendedahkan mereka dgn benda baru, cth gi zoo ker, Aquaria, taman bunga, taman burung atau mana2 la tempat yg ada unsur "education"... kalau ada masa boleh join Sara Kids Craft Day ker... Juga boleh bawa mereka berenang, menunggang kuda dan aktiviti2 lain yg sesuai..
14. Ajar mereka disiplin. Yup, seawal usia lagi kena ajar mereka disiplin, adab, nilai2 murni dan akhlak yg terpuji.. Cth, nak makan/ minum kena duduk, pakaian kotor letak dlm bakul kain kotor, kemas mainan lepas main dsb. Juga ajar mereka ttg kebersihan, ttg apa yg kotor (jgn main)..
15. Ajar mereka tentang bahaya. Cthnya bgtau tempat2 yg tak sesuai utk main (dapur, tangga dll). Jgn main pintu dsb.. Juga bgtau tentang apa yg tak boleh main, pisau itu tajam - jgn usik, air panas itu panas. Cuba bg mereka rasa (sentuhkan tangan mereka) dekat benda yg ala2 panas supaya mereka tahu mcmana "PANAS" (ni saya pernah baca psl ni dulu)... Kalau kita cakap jer jgn main, panas.. (tak sentuhkan tangan mereka), mereka tak tahu mcmana panas.. huh!
16. Ajar mereka berdikari.. apa2 yg mereka dah boleh buat sendiri, cth: pakai baju seluar sendiri, makan dan minum sendiri.. Ada juga umur 3 tahun dah blh mandi sendiri!! huhu.. Mungkin dah boleh mulakan latihan ke tandas (toilet train) ketika usia mereka 2 thn+..
17. Latih ingatan mereka supaya mereka kuat ingatan.. Ermm... buat/ ajar la apa yg patut. Budak2 di usia ini byk belajar dgn "mengecam" (sbb blm boleh baca)...
18. Pastikan perkembangan mereka seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial... Ajar mereka berkongsi mainan, biarkan mereka berkawan (dgn budak2 lain), ajar mereka ketahanan emosi (jgn cepat menangis) dsbnya la...
Sebagai kesimpulan, ni ciri2 anak di usia 2-3 tahun (ataupun 1-3 thn):
- suka meniru apa yg mereka lihat (lebih byk melihat drp mendengar)
- suka bermain dan meneroka dunia mereka, jadi ambil kesempatan ini utk ajar mereka sambil bermain, play n learn!
- mereka akan "store" semua yg dilihat mereka (serap semua mcm sponge) dan akan keluarkan balik semuanya suatu masa dan ketika.. so, beware!! huhu..
HARAP JAWAPAN SAYA MEMUASKAN HATI PUAN NADIA, WALAUPUN TAK MENJAWAB SOALAN... hehe.. Oh ya, utk ajar anak membaca dgn lebih formal boleh mulakan apabila usia mereka menginjak 3 tahun...
Nota: Mungkin tips di atas juga sesuai utk anak berusia 1 tahun lagi.. Tgk la mana yg sesuai... Sebenarnya utk baby (baru lahir) lagi kita dah boleh mula "ajar", "stimulate" atau rangsang mereka, terutama rangsang deria mereka... Sy pun banyak lagi nak study psl early childhood education ni.. hehe..
p/s: Saya pun dah lupa sebenarnya mcmana anak saya Zukhruf masa umur dia 2 thn+ dulu... Apa yg saya ingat, anak saya tu pelat sungguh (sampai umur 3-4 thn still pelat).. So, dulu ada jugak saya ajar dia sebut suku kata Melayu (ma mi mu, ba bi bu, ta ti tu, ka ki ku......... dll la), suruh dia sebut dgn betul (sebelum ajar dia sistem cepat membaca).
Thursday, July 1, 2010
Hala tuju pendidikan anak2 kita..
Untuk pendidikan rendah mereka... sama ada;
1. sekolah kebangsaan biasa atau sekolah jenis kebangsaan cina (ada jugak ibu bapa melayu yg minat nak hantar sini)
2. sekolah rendah islam swasta (private school) - begitu byk skg..
3. sekolah antarabangsa? - mcm anak2 org kaya/ pak menteri
4. homeschool (sekolah di rumah aje, tak masuk mana2 sekolah) - masih baru di Malaysia..
Apa pilihan anda?
p/s: akan dibincangkan nanti, suatu masa dan ketika.. insya-Allah.
CD oh CD
Rasanya setakat ini saya dah cuba lebih 10 jenis/ jenama CD.. tapi inilah kali pertama saya temui CD (one size) yg amat tidak sesuai dgn anak saya auliya..
Actually CD ni dah beberapa bulan ada dlm STASH auliya.. Gambar yg diambil ni pun dah lama.. Tp ni baru berkesempatan nak masukkan dlm blog (actually nak buat entry utk review semua CD tp ntah bila boleh buat).. hehe...
Taktahu la kenapa CD ni begitu tak kemas.. jadi menggelembung mcm belon dekat belakang.. huhu.. Mungkin sbb cutting CD ni yg besar menghala ke belakang (tak mcm coola/ lunatots).


CD ni one size. Kalau setting S atau M mmg tak kemas dekat wing depan dia.. Lepas tu, nak fitkan dekat budak pun susah (agak susah).. Oh ya, CD ni snap button. Entah la.. Kalau nak bg fit elok jadi ketat plak pinggang n paha.. Kalau nak longgarkan sket mcm longgar plak..
Kesimpulannya, CD ni mmg tak sesuai dgn anak saya. Boleh kira berapa kali je pakai CD ni. Pakai pun sbb CD ni je yg tinggal bila semua CD di jemuran... huhu...
Ada sorang lagi ibu juga cakap CD ni tak kemas dgn anaknya.. Taktahu la kot CD ni OK/ sesuai dgn baby yg agak besar/ chubby.. hmmm..
p/s: Saya tak jual CD ni. CD ni pun saya dapat PERCUMA, tapi bukan hadiah giveaway atau contest yer...
p/s: Harga CD ni boleh tahan, lagi mahal dari coolababy.. sampai RM40+ pun ada.. Tapi dah tak banyak dijual skg...
Abang di sekolah
Berada di kelas Pra Muslim...
Ni gambar masa makan pagi (gambar beberapa bulan lepas.. huhu). Makan pagi n tgh hari disediakan oleh pihak sekolah...
Ruang makan utk murid laki.. Murid pempuan belah depan..Apapun umi ucapkan tahniah utk abang atas perkembangan abang yg amat memberangsangkan akhir2 ini.. Semoga abang terus sukses.. Nanti abang pandai abang ajar adik Oliya ekk, mcm yg selalu abang cakap kat umi... hehe..
Nota:
Saya tidak mahu menjadi ibu bapa yg terlalu menekan anak2 dgn kurikulum, sistem persekolahan dan peperiksaan di Malaysia.. Amat tidak mahu anak yg berjaya hanya dlm PEPERIKSAAN - menjadi pelajar yg membesar dan hidup terlalu berorientasikan peperiksaan (mesti dapat no. 1, 2, 3, mesti dapat semua A).... huhu...
Bagi saya, kalau mereka tunjukkan keputusan yg bagus jugak dlm exam (tanpa kita push mereka), itu adalah satu BONUS...
Berjaya dlm peperiksaan tidak menjamin berjaya dlm hidup, yakni CEMERLANG DI DUNIA, GEMILANG DI AKHIRAT.. Ohh tidak!!
Apa yg penting adalah mereka (anak2 kita) tunjukkan minat utk belajar (minat pd ilmu), semangat ingin tahu yg tinggi, penyemaian akhlak dan sahsiah yg terpuji, pembentukan "tabiat" yg baik lagi mulia, serta perkembangan fizikal, mental, emosi yg seimbang.. itu sudah cukup utk bekal mereka di usia ini.... Lain kali la kita diskusi ekk... hehe...





