Monday, February 22, 2010

Saya anak sulung...

Ya, saya adalah anak sulung drp 7 adik-beradik... Ramai kan?

Sebagai anak sulung sudah tentu saya mahu melihat satu-persatu adik-adik saya "lepas", maknanya berjaya masuk ke universiti, keluar univerisiti dan mendapat pekerjaan....
Walaupun saya sendiri belum tentu hala-tuju hidup saya.. hehe (ya, di usia ini masih belum tiada kerjaya tetap, masih belum jelas apa yg saya nak buat, apa yg saya mahukan - sbb terlalu byk yg saya mahukan, yg saya nak buat... haha) tapi sekurang2nya saya bersyukur 4 org adik saya dah masuk universiti dan 3 daripadanya dah keluar U dan bekerja...

Ya, saya sangat bersyukur... Sekurang2nya mereka dapat membantu meringankan 'beban' ibu bapa saya setiap bulan, atau paling tidak pun, lepas la diri mereka sendiri tanpa perlu disupport oleh ibu bapa saya lagi...

Saya tidak pernah bercerita secara detail ttg adik2 saya di blog ini.... jadi ni saya nak cerita secara ringkas (tgk2 jadi panjang jugak)....

Saje...... bukan apa, bukan nak menunjuk (no intention utk menunjuk or bangga diri, ok?).... Cuma tiba2 teringat dekat adik2 saya, bagaimana kami dibesarkan, bagaimana kami kena 'bbagi' makanan, kena makan ramai2, tak boleh amik lebih if ada yg belum makan (haha), have to kongsi apa yg ada, jgn ada yg tertinggal/ tak dpt, bagaimana kami kecik2 dulu selalu bergaduh (taktahu la sebab apa.. haha)... sampai ada yg kena marah, kena rotan, kena kurung di luar rumah pd waktu mlm dll... tapi skg bila dah besar, kami tak pernah putus hubungan, tak pernah bergaduh/ bermasam muka.... Semoga hubungan adik-beradik ini kekal selamanya.........

Gambar raya thn 2005, cukup 7 beradik. Lps tu tak pernah cukup...

Ya, adik saya yg pertama bwh saya (no. 2) lelaki, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 1 thn +... Beliau ex-MRSM Balik Pulau dan UTM. Kini dah hampir 6 bulan berada/ bekerja di Riyadh, Arab Saudi sebagai juruukur bahan (QS). Terlibat dlm pembinaan Universiti Al-Faysal, Riyadh (projek kontraktor malaysia). Semoga cita2 beliau utk punya firma ukur bahan sendiri akan tercapai.... insya-Allah.

Adik saya no. 3 perempuan, ex-Maahad Muhammadi (Perempuan), KB, then masuk UTP. Skg bekerja di Petronas MLNG, Bintulu sbg chemical engineer. Saya pun tak faham sgt apa kerja dia, tp dia kerja di 'plant'. Katanya dia "jaga" kapal yg keluar masuk membawa gas dari seluruh dunia, di mana sekali kapal singgah bernilai 100 juta USD.. huhu... Akan mendirikan rumah tangga, soon. Insya-Allah.

Adik saya no. 4, perempuan, ex-SMK Zainab 1 dan UTM (konvo bln 8 thn lps). Skg mengajar bersama ummi saya di sek.rendah Islam swasta di Kelantan, di mana zukhruf pun sekolah kat situ... Katanya nak cari keje kat Kelate aje, sbb nak jaga umi ngan abah....

Adik saya no. 5, juga perempuan, ex-SMK Zainab 1 dan MRSM Mersing, kini tgh study Asasi Law dekat UiTM. Lulus inteview JPA utk buat law dekat oversea tetapi sbb tempat terhad tepaksa buat local. Seorg yg bijak, kritis, punya self-esteem yg tinggi, pandai bawa diri, ada bakat pemimpin n friendly... Sgt kagum dgn cara dia bawa diri... haha.. Boleh berkawan dgn mcm2 org, yg sgt kaya-raya / org yg susah pun dia pandai kwn.. Dgn yg alim warak/ sebaliknya juga dia blh kawan... Very the bagus.. hehe...

Adik saya no. 6, perempuan, skg Form 2 di Sekolah Men. Agama Kg. Laut (sek. swasta) di Kuala Terengganu. Seorg yg very the unique.. huhu... Nothing more i can say... Apapun, semoga dia akan berjaya dlm hidup, kerana setiap anak/ manusia mempunyai kelebihan masing2...

Adik saya yg bongsu, lelaki. Skg darjah 6 dan bersekolah di sekolah umi saya, sama2 dgn zukhruf (di kelas pra)... Beliau lahir pada hari Jumaat, pagi 1 Syawal pd thn 1998. Masa tu saya Form 5.

Kalau nak cerita, mmg byk pengalaman sbg anak sulung.... Kena buat kerja rumah itu dan ini, kena jaga adik dll... Sejak adik saya yg no. 3 lagi saya dah basuk "kareb" dia (haha)... sampai la adik no.7 saya pernah basuh... Tapi itulah pengalaman yg mematangkan saya....

Ttg cara didikan umi dan abah saya, dari kecik lagi semua benda kena bagi sama banyak/ kongsi. Kalau beli LEGO, kena main sama2 (ya, kami membesar dgn LEGO, dah ada masa tu).... Kalau buah epal ada sebiji, mmg potong kecik2 utk bg sikit sorang. Sampai potong 8 pun ada...

Kalau ayam seketul sorang, semua dapat seketul... Sampai skg terbawa2.... "ambil berapa sorang ni umi????" haha... Yg penting, kena ingat dekat adik2... Jgn pentingkan diri sendiri!! Lagi satu, kena tolong-menolong antara adik-beradik, jangan "ssakat" (dah malas nak explain word ni).

Ok la, itu sahaja cerita saya... babai...

7 comments:

MiJa said...

bab kena bbagi tu mmg sgt bagus bila pikir2,tu yg buatkn kita ada toleransi sama adik beradik.tu jugak bwk maksud samarata & keadilan.kita kecik2 dulu x diajar utk bermewah2.

bleh ke nk buat bnda sama utk anak2 sndiri nih..haih..

kaklong nuzula said...

aah mija. itu la jugak yg perlu kita terapkan pada anak2 kita... masa mereka kecik ni benda2 tu mcm tak berapa penting tp sgt penting bila mereka dah besar nanti... huhu...

EdaManAli said...

adikbradik eda lg ramai k.long...11...eda no 5. ade 6 lg adik2. lbih kurang k.long jgk tu...tggjwb pn bsr. pling ingt mase kecik2 kene bsuh kain 1 besen bsr, sbb mesin basuh rosak, ummi plak dlm pntang...huhuhuuuu...mkn pn share sikit2 sorang, sbb idup dlm kesempitan. tu yg erat tu...

kaklong nuzula said...

Ooo eda 11 ke adik-beradik? lagi meriah tu... nama pun dekat2 sama jah semua kan? seronok ramai adik-beradik ni, lagi besar network kita... hehe...

Nadimah Mahmood said...

wahhh bagus adik bradik, semo jjadi blako...alhamdulillah...bila igt balik masa dulu2, betapa susahnya ibu bapa membesarkan kita rasa mcm terharu sgt..huhu sob sob...

kaklong nuzula said...

Aah Mah.. dulu lain ngan zaman anak2 kita loniey nih...

肉圓不加大蒜Jason said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社