Thursday, December 24, 2009

Deeply in love...

Kua.. kua.. kua... mmg deeply in love sungguh..... dgn cloth diapers n cloth diapering......... huhu... wat suspen ajerk!

Mmg 'kegilaan'ku yg masih waras la ketika ini...

Tp kdg2 rasa 'kurang waras' jugak bila tgk CD yg cumil2 n cute2... (harganya tau2 ajelah...huhu).. Ikutkan rasa mau ajerrrr ku rembat... Tapi sabar ajer la.... (jadilah pengguna yg bijak dan waras!!)

Skg ni rasa dah get-used la dgn rutin berCD... dgn jadual menukar CD (setiap 3-4 jam), juga jadual membasuh...

Mcm Auliya skg ni pakai dlm 5-6 CD sehari (dr lps mandi pagi sampai ke tgh mlm baru tukar pampers). Kira pakai lg la pampers 1 sehari. Hajatnya nak fully CD jugak, tapi CD tak cukup lagi... (baru ada 10 mmg tak dpt nak fully CD siang mlm)....

Jadual membasuh pulak selang sehari, selalunya basuh mlm n terus sidai di jemuran dekat koridor dapur kami tu. Sekali basuh ada la dlm 8, 9, 10 CD. Pagi esok dah kering, terus boleh pakai... (kalau insert belum kering guna insert lain).

Saya berCD...

1. kerana baik utk baby (selesa, bebas kimia, bebas rashes ~mmg takde dah ruam mcm hari tu, mula2 aritu mgkin krn sabun yg tak sesuai dan mgkin jugak sbb pampers yg digunakan masa tu, tp skg takde lg)....

2. utk alam sekitar. Saya rasa mmg satu sumbangan yg besar utk alam sekitar... Menjaga alam sekitar itu baik dan dituntut, memakai lampin kain adalah baik utk alam sekitar, jadi memakai lampin kain adalah baik....

3. lebih jimat (mmg la ni antara sebabnya jgk tp 2 kat atas tu lagi penting bg saya...)

Kenapa saya jual CD? Betul, sebab nak berkongsi kebaikan CD ni dgn semua org. Mmg dah ramai yg tahu n guna CD... tetapi di luar sana sgt ramai lagi yg tak tahu kewujudan CD (huhu).... Dikatakan hanya 5% yg menggunakan lampin kain dan 95% masih menggunakan 'pampers' (ada terbaca psl ni).

Saya rasa gembira dan syukur kerana dpt juga buat satu blog khusus utk info CD (walaupun tak siap lagi n byk lg nak tulis, walaupun saya sendiri bukanlah lg expert)... Sekurang2nya dpt juga membantu ibu2 yg baru nak berkenalan dgn cloth diaper ni... Sbb saya tahu ramai antara kita yg mmg tak sempat/ takde masa nak cari maklumat psl CD ni (esp mereka yg kerja)...... Mmg byk juga masa saya habiskan utk blog happy cloth diapering tu... Tgk ajelah, nak listkan satu2 e-shop tu mau 2 mlm...

Saya mmg bermula drp tak tahu apa langsung ttg CD... mmg blur sungguh la mula2 dulu... N skg ni sekurang2nya tahu la apa dia bila org sebut BG, HH, MT (huhu). Dah tahu la apa itu prefold, apa n macamana fitted, AIO, AI2. N skg dah tahu lagi byk jenama CD... Byk sgt brand, berpuluh2 or sampai 100 kot? Juga dah tahu range harga satu2 CD tu... Kalau tgk brand tu, tahu la berapa harga dia...

Saya baru jumpa satu CD brand Muttaqin Baby, produk muslim... Nak sgt tahu mana asal dia (takde cakap dlm web dia, tp harga in dollar), rupa2nya made in US (excited nak tahu pengeluar CD tu, hebat sbb org putih pun guna). Ada jugak org kita yg guna. Agak famaous dia punya fitted utk newborn...

Dan saya baru jumpa satu lagi CD brand Malaysia, Little Honey yg dijahit sendiri oleh seorang ibu... Cantik sgt... Beliau beli kain utk buat CD tu dari luar negara.... Best kan kalau blh jahit sendiri..... Anak kita sorang aje ada CD mcm tu....

Skg ni rasa nak sgt try AIO, AI2 dan juga fitted (AIO ada la yg coolababy, tp AI2 n fitted semua mahai2)... dan saya sebenarnya dlm proses mencuba jenama lain, esp jenama2 Malaysia... (lagi byk yg kita cuba, lagi byk pengalaman berCD yg kita dpt!!)

Ttg cabaran berniaga... Mula2 lagi dah rasa ada cabaran. Bkn cabaran apa pun, 'masalah' nak letak harga (itu pun masalah!). Bagi saya, dlm meletakkan harga biar menang-menang-menang. Kita sbg penjual menang (dpt gak untung even x byk), pembeli menang (beli dgn harga yg terbaik) dan penjual CD yg lain pun tak marah (mmg la rezeki masing2)...

Utk meletakkan harga tu saya puas survey, habis semua blogshop yg menjual CD saya terjah... Mmg harga amat tidak konsisten. Perbezaan harga sampai 10-12 ringgit bagi CD yg sama!!! Huhu... Sungguh.... Dan saya hanya blh bagi harga yg terbaik, kalau ada yg dpt jual lagi murah tu mungkin mereka beli dari China terus (tak melalui supplier).

Oh ya, sebenarnya saya nak jual secara offline je (plan awal saya). Then buat blog tu just utk info CD, senang org yg beli CD nak refer, last2 iklan je la online. Begitulah ceritanya.....

Saya sebenarnya ada gak bercadang/ plan nak buat giveaway... tapi rasa segan plak.. huhu... Tgk la nanti yer....

***Update***

Lupa nak cakap:

- Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd semua (termasuk kawan2) yg memberi sokongan kpd saya... huhu.. (sgt terharu)
- Juga terima kasih yg tidak terhingga kepada encik suamiku ittew....

Monday, December 21, 2009

Nangis Contest by Mummy Ariq

Assalamualaikum semua...

Dah lama dah jumpa contest ni tapi takde masa nak buat entry... Hehe (nak join jugak)..

Contest ni dianjurkan oleh Mummy Ariq

So Mummy Ariq ni gambarnya utk penyertaan saya........



Nama baby: Nur Zahratul Auliya bt Mohd. Zukhairi
Umur: 9 bulan

Gambar tu tak berapa clear sbb dari henset adik, diambil semasa raya haji yg lalu. Si budak kecik tu nangis sebab taknak dgn orang. Sebelum ni ok jer orang amik/ dukung dia tapi tiba-tiba masa balik raya haji baru ni dengan semua orang dia taknak... huhu. Susah sangat nak buat keje, tgk aje org nak amik dia terus nangis.

Ada sekali tu dia pegang kuat2 sampai tertarik tudung saya sebab ada orang nak amik dia... Hihi... Gambar kat atas tu dia nangis masa Cikda dia nak dukung dia... Agaknya sebab lama tak jumpa n sebab dia biasa ngan kite aje (yg hari2 duk ngan dia ni) sbb tu taknak dgn orang..... Ok la, itu saje ceritanya...

Rasanya semua syarat dah cukup (kalau ada yg tak complete mummy Ariq tolong inform yerk)...

Hadiahnya tak tahu lagi apa (tak kesah la apa pun kan.... itu pun kalau menang!!)

Tarikh tutup contest 4 Januari 2010 (tahun depan, lambat lagi)...

So, sape2 lagi nak join boleh klik pada banner dekat sebelah tu....

Friday, December 18, 2009

(Sticky mode)

Himpunan Farisian 1 Malaysia

Tarikh: 18.12.09
Tempat: Paddock Lodge, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort
Masa: 8.00 mlm.


Sebarkan kpd semua bekas pelajar SMS Kelantan / SMSTMFP.

Sila respon ke 012-9310023.

"Bersama mencipta kegemilangan utk kembali berbakti........." (ni saya yg tambah ni)

Selamat Tahun Baru Awal Muharam 1431H!!

Kepada semua umat Islam.............

Semoga tahun baru ini, dgn usia yg makin meningkat kita buka buku hidup kita yang baru..... dgn azam baru... utk lebih DEKAT dengan-NYA.........

Semoga kita akan lebih mengerti hakikat kehidupan, mengenal erti HAMBA dan KETAATAN yg tiada kompromi kepada SANG PENCIPTA....

Semoga hijrah kita hijrah hati,

Hijrah dari alam gelap ke alam Nur atas Nur,

Dari leka ke jaga,

Dari fantasi ke realiti,

Dari mazmumah ke mahmudah,

Semoga kita semua mendapat perlindungan dan pembukaan dalam ilmu dan makrifah.........


Thursday, December 17, 2009

Gambar dan pictures

Ni sebenarnya gamba2 lama ni (dlm 1-2 bln lps kot), tapi nak letak jugak...

adik n abang

Sama tak muka kami???

Ni pulak gambar auliya panjat tilam tu yg aku sempat snap. Masa ni dia 7 bln lebih ke 8 bulan gitu la...

Satu....

Dua........ hiyyakkkk...


Tiga... dah selamat...

Risau sgt masa ni. Naik takpe la, takut dia nak turun (huhu)

Ni plak gambar masa dia dekat 8 bulan... Dia cuba bangun kat meja jepun tu (skg dah bgn berdiri.. huhu). Risau sgt takut jatuh/ terhantuk dkat meja tu...

Nak amik mainan kat ats meja tu... Tu zukhruf buat kapal terbang/ jet. Dia suka usik/ 'pecahkan' lps Zukhruf buat...

Tengok umi dia.. (Oh ya, masa ni pakai lagi stokin.. skg ni dah tak pakai la.. haha)

Dia suka 'makan' kepala ultraman kecik yg warna merah tu.. nampak tak?

Tido mcm tak ingat dunia (haha ~ tapi mata tak rapat). Nampak sgt takde masalah... Oh ya, masa ni 7 bln. Skg ni dah lama tak tido dlm buai. Dia taknak. Pakai sekejap je buai tu dlm 2, 3 bln jer (yg Zukhruf punya dulu).

Nota: Meja jepun itu adalah meja warisan dari rumah umi aku kat Kelate. Dia yg nak ikut kami dtg ke KL... haha.

My Auliya @ 9 bulan

Yeah, my Auliya dah 9 bulan lebih tp ni baru nak update perkembangannya... (sbb uminya asek bz ajer... bkn bz sgt pun tp sindrom M menguasai diri.. haha)

So ni updatenya:

- Dah mula bangun berdiri tapi stil tak merangkak2 lagi (dah mula setapak dua n nyulur balik)... Penat aku n zukhruf duk ajar dia merangkak (mcm org sewel pun ada.. haha...)

- Makan pun banyak. Suka sangat pisang.. Haha. Nampak aje aku pegang pisang terus datang dgn lajunya... Boleh abis satu pisang!!! Mulut dia lps nganga, nganga... Haha...

- Suka sgt mengomel.. hihi. Selau sebut na.. na.. na... ney..ney pun ada.. Haha.. N dan pandai menjerit tuuu skg...

- Stil menikmati susu ibu secara eksklusif

- Masih lagi suka ngutip... jumpa apa2 semua nak masuk mulut...

- Selalu sgt la bgn berdiri, pantang jumpa apa2 yg blh dipegang utk bangun berdiri... n terbaru ni (9 bulan seminggu) dah blh naik ats meja jepun tu.. (huhu)... risau sungguh...

- 'Geram' sgt tgk spek aku, mesti dia nak tarik... (huhu)

- ermmm... apa lagi yer? Nanti la bila ingat aku update...

Wednesday, December 16, 2009

My Cheeky Boo Giveaway


Cloth diaper, CD, cloth diaper, CD.. tu aje yg ada dlm kepala saya lately (huhu)...

Utk merelaxkan diri, dengan ini saya ingin menyertai My Cheeky Boo Giveway yg dianjurkan oleh Bonnie, the owner of My Cheeky Boo

Giveaway ini menawarkan hadiah cloth diaper Moo Moo Kow yg berharga RM73 kepada 2 lucky winners.



Cute kan nama CD ni?? Lembu itu pun sgtlah cute...



About Moo Moo Kow(TM) Diaper:

It's an One Size pocket diaper that comes with 2 microfibre inserts (1 Large, 1 Small)
Moo Moo Kow(TM) Diaper has 4 setting which is S, M, ML and L which can fit from 3kg-18kg!
It is made with PUL outer and suede cloth as inner
It comes with 11 yummy solids colour that suits boys and girls
Retail price is Rm73 only.

Well, saya mula 'terjumpa' My Cheeky Boo ketika meronda-ronda cloth diaper di internet. Adalah menjadi hobi baru saya mencuci mata melihat segala macam cloth diaper yg dijual secara online (tengok pun jadi la!!), dan terjumpalah My Cheeky Boo.... Dan saya ada 'shout' dekat shout box Bonnie supaya buat satu giveaway (hihi)....

FYI, My Cheeky Boo 'terhasil' kerana minat Bonnie pada CD (she's a cloth diaper addict, katanya!). Selain cloth diapers yg pelbagai, My Cheeky Boo juga ada menjual cloth pad, diapering accessories, baby sling, pakaian kanak-kanak, natural soap etc.

I want to be the winner just because I'm also a cloth diaper addict.. Haha (but don't have much budget to buy the expensive one). And of course I want to be yg terawal mempunyai the Moo Moo Kow cloth diaper, just to add the CD collection of my daughter. That's all. Hope I'll be the winner and this candy pink Moo Moo Kow will be mine!!!

Maklumat lanjut tentang giveaway ini

Friday, December 11, 2009

Happy Cloth Diapering!!

Sempena hari baik dan bulan baik ini.......

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya ingin melancarkan blog saya yg baru;

Happy Cloth Diapering!!

~ semuanya tentang cloth diapers n cloth diapering (harap dpt membantu sesiapa yg nak cari maklumat psl CD). Di samping itu juga saya ada menjual CD dgn harga yg terbaik (insya-Allah)...

Silalah berkunjung yer....

# Blog tu tak siap lagi sebenarnya (ada lagi nak tambah, saya buat sikit2..... nak buat satu portal belum mampu).

Banyak benda

Yer, banyak benda nak fikir (n kena fikir), nak buat (n kena buat) n nak setel (mmg nak kena setel!)... sedangkan masa terus bergerak dan bergerak...................

So, what else I can do??

Utamakan yg lebih utama, first thing first!!

p/s: Haji Ali Rahimi (eming adikku) dah selamat pulang ke Malaysia (pg semlm) utk bercuti selama 2 minggu. Ntah, saya pun tak berapa faham kenapa dpt cuti n kena balik Malaysia (utk renew visa katanya). Oh ya, Auliya anakku juga dah masuk usia 9 bulan!!!