Tuesday, January 4, 2011

Hari pertama persekolahan

Semalam hari Isnin (3.1.2011) bermula sesi persekolahan utk tahun 2011. Abang Zukhruf pun masuk Tahun 1.

Budak2 skg takde yg nangis pun masuk sekolah, takde mcm zaman dulu2 menangis-melolong.. hehe... Jarang sangat la yg nangis.. Sbb mostly diorg ni dah masuk tadika/ pra-sekolah..

Skg dah bukan KBSR tau, KSSR plak. Kurikulum Standard Sekolah Rendah.. Skg bukan target 3M (membaca, menulis, mengira) jer, tapi 4M (membaca, menulis, mengira n menaakul satu lagi)... Masa orientasi dgn ibu bapa hari Jumaat aritu ada diberikan sikit taklimat pasal tu..

Abang Zukhruf.. Beg tu kosong je, tak bwk buku pun. Necktie dia labuh tak blh adjust..

Perhimpunan hari pertama persekolahan. Ucapan Guru Besar.

Dewan sekolah ni jenis open/ terbuka

Zukhruf masuk kelas 1 Murni..

Suasana kelas 1 Murni


Zukhruf duk 'alah' ke belakang, sbb depan cikgu bg budak2 yg kecik/ rendah...

Kantin sekolah.. Nampak ok la, luas dan bersih.


Makanan pun tertutup elok..


Semlm tunggu sekejap jer Zukhruf, sampai dia masuk kelas.. Yer la, nak tgk jgk kelas dia. Itu yg tunggu tu.. Lepas diorg masuk kelas terus balik...

Semlm bawak bekal.. Duit pun bagi jugak sikit.. Makanan dekat kantin pun blh tahan jugak harga. Kuih biasa pun 40 sen satu.. Tp ada la makanan yg 50 sen mcm mee/ mihun goreng, mihun sup gitu.. Nasi lemak biasa RM1.00. Air biasa 50 sen.

Mcm dekat sekolah Al-Hilal dulu lain, makan pagi n tgh hari disediakan.. Makan la nak makan byk mana pun.. Nak tambah berapa kali pun, sampai abis semua!! Mmg puas hati tgk budak2 makan banyak...

3 minggu pertama ni budak2 Tahun 1 ni tak belajar lagi.. Diorg ada sesi orientasi/ program penyesuaian diri jer...

Harap2 Zukhruf ok la dekat sekolah ni... Insya-Allah... Dia pun cakap seronok...


5 comments:

transformed housewife said...

Salam,
Seronok tengok anak masuk Darjah Satu kan. Thn dpn anak sulung sy pun akan masuk DArjah Satu.

EdaManAli said...

zukhruf skolah kt mane k.long? dia dh blk duk ngn k.long dh kan? xskolah ngn tok mi dia lg kan?

bsr dh ank k.long kan...ida plak nnt menyusul...

Kaklong Nuzula said...

w'salam transformed housewife.. hehe.. terima kasih singgah sini.. a'ah kita pun excited anak dah masuk sekolah, tp pada masa yg sama menunjukkan kita dah makin 'matang'.. huhu...

ida, a'ah zukhruf ada kat sini, tak duk Kelate lg. sekolah SK seri murni, dekat je dgn rumah.. tak lama lagi iman pulak darjah 1.. kejap je masa...

Achiq said...

Salam perkenalan,
Seronok cerita pasal anak2 ni kan? Puteri sulung saya pun baru masuk darjah 1. Tak habis2 cerita pasal sekolah dia...

Kaklong Nuzula said...

Achiq. Salam perkenalan. Thanx singgah sini... Oo anak sulung pun baru masuk darjah 1 ke.. Syukur anak seronok kat sekolah kan?